Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan

Apakah yang dimaksudkan dengan rogol?


RAPE IS VIOLENCE
Mengikut seksyen 375, panel kod Malaysia, seorang lelaki itu dikatakan telah
melakukan perbuatan rogol jika dia telah mengadakan persetubuhan dengan
seorang perempuan dalam keadaan-keadaan seperti berikut:
Tanpa kerelaan perempuan tersebut
Tanpa mendapat keizinan perempuan tersebut
Dengan kebenaran, tetapi kebenaran itu diperolehi dengan ugutan bunuh atau
kecederaan kepada beliau atau kepada orang lain, atau menyalahanggap fakta
yang sebenar dan lelaki tersebut tahu atau mempunyai sebab untuk percaya akibat
dari salah anggapan tersebut
Dengan kebenaran perempuan tersebut tetapi dengan menipu
Dengan kebenaran, tetapi semasa kebenaran itu diberi, perempuan itu tidak faham
apa sebenarnya yang berlaku dan akibatnya dari memberi kebenaran tersebut,
contohnya sewaktu perempuan itu mabuk, kurang sedar dan kecacatan mental
Jika perempuan tersebut di bawah umur, walaupun dengan kebenaran

Setiap hari mesti ada sahaja berita sensasi kes kes rogol di Malaysia yang
terpampang di dada dada akhbar. Sudah semakin menjadi jadi saban hari,
sehingga masyarakat hari ini sudah lali dengan berita berita seperti ini.
Dalam kes ini, bukan saja wanita, remaja perempuan dan pelajar menjadi
mangsa, tetapi bayi di bawah usia setahun juga pernah dilaporkan dirogol oleh bapa,
abang, datuk, teman lelaki ibu dan sebagainya. Gelaran apakah yang boleh
diberikan manusia yang bertopengkan binatang itu?
Peningkatan kes ini terhadap wanita perlu dibendung pada peringkat sekolah.
Kes rogol terhadap wanita tidak akan berhenti selagi tiada kesedaran sivik dan
simpati dalam diri setiap individu. Baik lelaki mahupun wanita seharusnya
memainkan peranan menangani masalah berkenaan tanpa menuding jari antara
satu sama lain.

Punca Punca
Media Massa
Pengaruh modenisasi dan globalisasi ini lebih terasa dan ketara dengan
bantuan berbagai alat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan
sumber maklumat yg cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui
teknologi yang semakin canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak
maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua
peringkat umur.Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru
dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif
dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut
apa yang ditonton.
Internet
Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada
pemaparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi
kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya, masyarakat
yang berfikiran kurang sihat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumatmaklumat yang boleh menjurus ke arah pemikiran negative seperti filem filem
lucah.
Institusi Kekeluargaan Yang Goyah
Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh merupakan salah satu
puncanya. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari
kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidikan agama anakanak mereka, ini akan menjadi satu faktor punca dan lagi, dengan bertambahnya
komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu
terhad. Ini akan membuat anak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak
mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih
sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti perceraian
dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang
tidak sihat.

Cara Berpakaian
Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup
memalukan.Cara berpakaian mereka yang menjolok mata dan bertentangan dengan
cara pakaian budaya kita (budaya Malaysia) sekali gus bertentangan dengan cara
pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita.Mereka begitu ghairah
untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju.Mereka takut dan
terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit.
Sayangnya, tidak semua dapat menerima pendapat bahawa mereka ada
memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas.
Faktor faktor lain yang turut menjadi punca kepada kes rogol

Faktor ekonomi, tahap pendidikan dan tiada kemahiran kerja juga turut
menyumbang kepada masalah ini.

Hukuman keatas perogol tidak berat.

Lambakan jualan alat dan ubat peransang seks

Adanya peluang bagi perogol untuk melakukan perkara yang menjijikan ini.

Langkah-langkah Mengatasi Kes Rogol


Pelbagai langkah drastik perlu dilaksanakan dengan segera agar jenayah ini tidak
terus berlaku dalam masyarakat kita terutama golongan belia yang akan memegang
tampuk pimpinan negara kita pada masa akan datang. Antaranya:
I. Pemuda-pemudi sendiri
II. Peranan Ibu Bapa
III. Peranan Kerajaan
I.

PEMUDA-PEMUDI SENDIRI
Pemuda-pemudi terutamanya wanita tidak harus memakai pakaian yang

seksi, ketat lagi menggiurkan. Orang yang memakai pakaian begini adakalanya
bernasib baik kerana tidak dirogol. Namun begitu pemakaian mereka merangsang
sesetengah orang untuk melakukan rogol. Bayangkan, kalau keluar KL sahaja
seorang lelaki akan lihat puluhan malah ratusan perut, pusat dan peha-peha gebu
sudah tentu kalau nafsu tidak dibendung, mangsa-mangsa yang lemah akan
menjadi sasaran. Kan baik kalau wanita-wanita ini berpakaian melabuhkan pakaian
mereka. Lelaki yang kuat nafsunya pasti akan dapat dibantu secara tidak langsung.
Para ibu seharusnya mengingatkan janganlah membenarkan anak-anak perempuan
ini memakai seluar pendek ketat dan baju fit di hadapan datuk,bapa, pakcik dan
abang serta adik lelaki kerana lelaki ini nafsunya adalah terhadap perempuan. Bila
nafsu menguasai diri, sudah tentu anak atau cucu sendiri pun dikerjakan sampai
mati.
Selain itu, wanita seharusnya keluar berteman. Wanita moden sudah pandai
berdikari dan menjaga keselamatan diri. Wanita diharap jangan keluar dating
walaupun dengan boyfriend dan tunang. Kalau dating, orang ketiga adalah syaitan.
Walapun begitu, kadang-kadang ibu bapa buat tak kisah lagi-lagi kalau yang ajak
keluar tu tunang anak dia. Anak-anak memang suka. Apa jadinya kalau baru
bertunang sudah dianggap dapat lesen besar. Sudah terusik dan ditinggalkan baru
menangis tidak berlagu. Laporan All Women Society (AWAM) dalam satu buku
bertajuk The Rape Report: An Overview of Rape in Malaysia (2002) menyebut
daripada 6 jenis kes rogol, 2 daripadanya berpunca dari perjumpaan pasangan
lelaki-perempuan (kekasih/kenalan) yang bermula dengan kerelaan sendiri untuk
berbuat seks ataupun ditipu. Kalau tak keluar dating dari awal, sudah tentu
perogolan tidak berlaku.

Akhirnya, pemuda-pemudi harus sentiasa ingat untuk menutup pintu-pintu


maksiat. Segala benda yang mengundang berahi manusia maka janganlah
dibenarkan. Video lucah. Majalah lucah. Artis terkangkang. Artis tunjuk buah dada.
Artis tayang seluar dalam. Dan pelbagai lagi bahan yang boleh mendorong maksiat.
Kadang-kadang bila mahu mencapai majalah di kedai-kedai mamak, kelihatan
majalah-majalah blue ini dengan mudah boleh didapati. Marilah kita sama-sama
melakukan apa yang agama dan moral suruh buat. Memang perogol itu jahat, tetapi
kalau kita sendiri sama-sama menyumbang jasa untuk membangkitkan nafsu
perogol ini apa ceritanya pula?
II.

PERANAN IBU BAPA


Selain itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan penting dalam memupuk

nilai-nilai murni dalam diri anak-anak sejak kecil. Hal ini demikian kerana nilai-nilai
murni amat penting dalam membentuk peribadi mulia dalam diri anak-anak. Anakanak adalah ibarat kain putih yang suci dan bersih. Ibu bapalah yang akan mendidik
dan mencorakkan anak-anak mereka dengan ajaran agama yang kukuh dan mantap
di samping member teladan yang baik dan terpuji. Ibu bapa perlulah menilai semula
peranan mereka agar dapat mendidik anak-anak dengan sempurna mengikut kaca
mata agama dan moral. Tumpuan dan perhatian yang lebih tehadap anak-anak yang
sedang membesar amat penting untuk membentuk peribadi anak-anak agar mereka
membesar dengan seimbang duniawi dan ukhrawi. Dengan itu, gejala rogol dan
sumbang mahram akan dapat di atasi kerana individu yang mempunyai akhlak serta
iman yang kukuh dan mantap selalunya akan terhindar dari melakukan perkaraperkara negatif.
Di samping itu, ibu bapa harus memisahkan tempat tidur anak lelaki dan
perempuan apabila sudah mencapai umur akil baligh. Ini juga disebut dalam ajaran
agama-agama. Sebab itu rumah yang terbaik adalah paling kurang ada 3 bilik tidur.
Sebab antara kes rogol yang berlaku juga melibatkan adik-beradik dan juga si bapa
dan datuk yang meletakkan otak dan akal mereka di kepala lutut. Pemisahan tempat
tidur ini juga sebagai langkah awal membasmi dan mencegah kes-kes sumbang
mahram.

Akhir kata, janganlah sampai nasi sudah menjadi bubur, barulah ibu bapa
kelam kabut untuk mengambil tindakan yang sememangnya amat susah diterima
oleh para remaja yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Seterusnya ibu bapa
pula tidak seharusnya bersikap lepas tangan dalam mendidik anak-anak disebabkan
kesibukan bekerja dan melepaskan tanggungjawab kepada pembantu rumah. Jadi
ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada anak-anak supaya
mereka menganggap ibu bapa sering menjadi tempat berlindung dan tempat
mengadu masalah.
III.

PERANAN KERAJAAN
Kerajaan juga harus mengambil berat tentang kes roigol dan sumbang

mahram ini. Antara langkah-langkah yang patut diambil adalah seperti berkut:
A.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


i) untuk menubuhkan Rape Survivors Association bagi membantu mangsa
melaksanakan kajian untuk mengenal pasti punca dan cara bagi mengatasi
jenayah rogol.
ii) menganjurkan kempen atau program untuk menggalakkan wanita dan
kanak-kanak mempelajari kemahiran mempertahankan diri, contohnya
taekwondo, karate, taichi, capoeira dan sebagainya.
iii) mewujudkan dasar keluarga negara.
iv) bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan rogol mengurangkan
tekanan emosi yang dialami.
v) mengkaji jumlah kaunselor terlatih dalam membantu mengendalikan
mangsa rogol.
vi) menganjurkan program khusus yang memfokuskan kepada pengukuhan
institusi kekeluargaan seperti kursus dan ceramah mengenai kemahiran
keibubapaan.

B.

Jabatan Peguam Negara


i) menimbangkan cadangan hukuman lebih berat untuk pesalah kes rogol.
ii) mengkaji takrif rogol.
iii) mempercepatkan pendakwaan ke atas pesalah kes rogol.
iv) mengkaji keperluan perundangan agar aduan kes rogol tidak boleh ditarik
balik.

C.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional


i) mempergiatkan Skim Rukun Tetangga untuk menggalakkan penduduk
setempat

menjaga

keselamatan

kawasan

persekitaran,

termasuk

memperluaskan pelaksanaan Skim Rondaan Sukarela (SRS).


D.

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri


i) mengkaji keperluan mewujudkan pusat maklumat untuk menyimpan data
mengenai perogol.
ii) mengkaji cadangan untuk mensyaratkan semua petugas yang selalu
berhubung dan berinteraksi dengan kanak-kanak seperti pengasuh, pemandu
bas sekolah dan tukang kebun diselidik latar belakang mereka.
iii) meneliti keperluan pemulihan (rehabilitation) dan kaunseling agar pesalah
kes rogol dapat dipulihkan dan mampu balik ke pangkuan masyarakat.

E.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan


i) meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenal pasti kawasan berisiko
tinggi serta sering berlaku kejadian rogol dan seterusnya membersihkan
kawasan ini secara konsisten
ii) menasihati pemilik kawasan awam seperti stesen rel transit ringan (LRT),
stesen bas dan letak kereta agar meningkatkan tahap keselamatan di
kawasan berkenaan.

F.

Kementerian Pelajaran
i) meneliti kesesuaian untuk memperkenalkan pengetahuan dan kemahiran
hidup kepada pelajar sekolah
ii) mengkaji keberkesanan Pendidikan Moral , Pendidikan Islam dan
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
iii) menimbangkan cadangan agar subjek Pendidikan Moral diajar kepada
semua murid sekolah dan tidak hanya terhad untuk murid bukan Islam
sahaja.

G.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna


i) mengadakan penguatkuasaan berterusan bagi membanteras penjualan
ubat rangsangan seks dan bahan pornografi.