Anda di halaman 1dari 6

SINOPSIS

Cerita Di Sebalik Wajah mengisahkan seorang remaja iaitu Doktor Fikri yang
cacat kulitnya iaitu balar. Nama Doktor Fikri diberikan oleh bapanya
sempena nama seorang doktor yang telah mendoakan keselamatan ibunya
sewaktu melahirkannya. Disebabkan nama dan kecacatan kulitnya yang
balar Doktor Fikri sering diejek dan diketawakan. Namun begitu, dia tabah
menerima segala dugaan yang menimpa dirinya. Pertukaran ke sekolah
Menengah Kebangsaan Menggatal banyak memberikan pengalaman baharu
kepadanya. Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz dapat menerima
kehadirannya di sekolah itu. Mereka berkawan baik sehinggalah Doktor Fikri
dianiaya oleh tiga orang murid iaitu Narius, Jais dan Jamadi yang juga sering
mengganggu murid lain.
Satu laporan salah laku mereka telah dibuat kepada guru disiplin iaitu Cikgu
Wahab. Hal ini menyebabkan mereka berdendam kepada Doktor
Fikri. Narius dan kawan-kawannya meletakkan buku-buku perpustakaan dan
beberapa dompet ke dalam beg sekolah Doktor Fikri. Guru disiplin telah
membuat pemeriksaan mengejut ke setiap kelas. Doktor Fikri telah dipanggil
dan disoal siasat namun dia hanya mendiamkan diri. Selepas kejadian
tersebut, kawan-kawannya mula menjauhkan diri kecuali Josy yang masih
setia memberikan perangsang dan semangat serta memintanya bersabar
dengan dugaan yang menimpa.
Semasa sukan tahunan sekolah, Doktor Fikri gagal menamatkan larian 1500
meter dan pengsan. Dia juga kehilangan basikal yang baru dibeli dengan
duit simpanannya sendiri. Pada suatu hari seorang murid mengadu kepada
Cikgu Wahab bahawa dia ternampak Narius dan rakan-rakannya mencuri
basikal doktor Fikri. Hal ini dilaporkan ke balai polis. Narius dan rakanrakannya ditangkap atas pelbagai kesalahan yang dilakukan. Mereka
ditahan di lokap. Jais dan Jamadi dijamin oleh keluarga masingmasing. Narius tidak dapat dibebaskan kerana keluarganya miskin. Doktor
Fikri dan bapanya dipanggil untuk mengambil semula basikalnya. Semasa di
balai polis, Doktor Fikri ternampak Narius sedang menangis di samping
bapanya yang sudah uzur. Doktor Fikri meminta ayahnya menjamin Narius.
Semenjak hari itu, Narius, Jais dan Jamadi insaf dan berubah menjadi
baik. Mereka mengaku kepada murid lain bahawa merekalah yang
menganiaya Doktor Fikri. Namun, pada masa yang sama, Doktor Fikri
berhijrah ke Jepun kerana bapanya bertugas di sana. Setelah setahun,
Doktor Fikri dan keluarganya balik bercuti di Malaysia. Kepulangan Doktor
Fikri disambut dengan gembira oleh rakan-rakannya. Keluarga Doktor Fikri
mengisi cuti mereka dengan bersama-sama mendaki puncak Gunung
Kinabalu seperti yang dihasratkan oleh Doktor Fikri.

Persoalan

1.

Persoalan menghargai persahabatan


Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa ja rintangan dan
tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

2.

Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga


Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang
kepada Doktor Fikri. Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka.

Persoalan keinsafan
Contoh: Narius, Jais dan Jamadi berubah sikap dan insaf atas kesalahan
mereka terhadap Doktor Farid, lebih-lebih lagi setelah Doktor Farid menyuruh
bapanya menjamin Narius di balai polis.

4.

Persoalan aplikasi Ilmu


Contoh: Doktor Farid mengaplikasi pengetahuan menanam sayur-sayuran,
memelihara ayam dan menjualnya di Tamu daripada mata pelajaran
Kemahiran Hidup yang dipelajarinya.

5.

Persoalan kemahiran menguasai ilmu elektronik


Contoh: Kemahiran menguasai ilmu elektronik perlu diterapkan pada
peringkat awal pendidikan lagi seperti yang dijalankan di Jepun bagi
memastikan remaja lebih ke arah inovasi.

6.

Persoalan berdikari
Contoh: Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang
diinginkannya
walaupun
mendapat
tentangan
awal
daripada
ayahnya. Doktor Fikri berjaya mengusahakan kebun sayur dan membela
ayam.

7.

Persoalan pasrah menerima ketentuan Tuhan

Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila
anak yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.
8.

Persoalan taat akan perintah agama


Contoh:Cikgu Saiful dan keluarga sering sembahyang bewrsama-sama di
rumah

WATAK DAN PERWATAKAN


WATAK UTAMA
DOKTOR FIKRI

14 tahun
cacat kulit-balar
tabah
rajin membaca
penyayang
berdikari

CIKGU SAIFUL

bapa doktor fikri


amat sayang kepada doktor fikri
bertanggungjawab terhadap keluarga
melakukan solat berjemaah bersama keluarga

PUAN HALIPAH

JOSY

ibu doktor fikri


menyediakan bekal makanan untuk doktor fikri
memberi sokongan moral untuk doktor fikri
suka memeriksa kerja rumah dan buku latihan doktor fikri

kawan baik doktor fikri


mengambil berat tentabg doktor fikri
suka memberi kata-kata semangat
tidak suka mempercayai fitnah

GAYA BAHASA
HIPERBOLA
Apabila cahaya matahari yang terlalu tajam
menembusi ruang di dalam kelas,matanya hampir
tertutup.
SIMILE
Ada yang menepuk-nepuk meja,ada pula yang
bersuara seperti katak memanggil hujan
REPITISI
SAP! SAP! SAP!
SINKOPE
Ampun cikgu,saya 'tak' akan buat lagi
PERSONIFIKASI

Hanya daun-daun yang melambai lembut seolah-olah


berbisik kepada pelajar yang berada di dalam pagar
itu.

PENGAJARAN
1.KITA HENDAKLAH INSAF ATAS KESALAHAN YANG DILAKUKAN
Narius insaf atas kesalahanya terhadap doktor fikri
2.KITA HENDAKLAH MENYAYANGI KELUARGA
Cikgu saiful,puan halipah,doktor fikri menyayangi antara satu sama lain
3.KITA HARUS MENGAMALKAN SIKAP RAJIN

Doktor fikri yang selalu membaca buku dan mengusahakn kebun sayursayuran serta ternakan ayam
4.KITA PERLU TABAH MENGHADAPI DUGAAN
Doktor fikri tabah menghadapi ejekan,sindiran dan fitnah yang
dilemparkan kepadanya
5.KITA HENDAKLAH MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA
Rakan-rakan doktorfikri bersalaman dengan kedua ibu bapa doktor fikri
ketika mereka melawat doktor fikri di rumah.

Anda mungkin juga menyukai