Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
0 PENDAHULUAN
Linguistik adalah suatu sains yang mengkaji bahasa. Ia mengandungi teori-teori dan
teknik-teknik menganalisa bahasa yang dipelajari oleh ahli-ahli bahasa untuk menganalisa
satu-satu bahasa itu. Teori-teori dan teknik menganalisa bahasa ini dirumuskan oleh ahliahli
bahasa
dari
pemerhatian-pemerhatian
mereka
terhadap
bahasa.
Dengan
menggunakan teori-teori dan teknik-teknik dalam linguistik itu seseorang ahi bahasa,
menurut kepercayaan mereka, dapat menghuraikan serta menganalisa satu-satu bahasa
secara objektif tanpa dipengaruhi oleh sebarang prasangka atau sentimen. Seorang ahli
bahasa adalah seorang pemerhati yang berkemahiran menghuraikan dan menganalisa
bahasa secara objektif dan tidak hanya sebagai seorang participant sahaja. Ia mungkin
tidak boleh menuturkan bahasa yang dikajinya tetapi berkemungkinan menganalisa
bahagian-bahagian bahasa seperti kelainan-kelainan untuk pertuturan, bentuk-bentuk
deskriptifnya sama ada perkembangan sejarah yang dilalui oleh perkataan-perkataan dan
sebagainya. Sekali pun aspek yang dikaji itu mungkin berbeza, pengkajian yang
dilaksanakan tetap bersifat objektif dan empirikal sepanjang masa
1.1 Pengenalan
Ilmu linguistik mempunyai bidang pengkajian yang luas sekali. Pengkajian bahasa boleh
dilakukan dari pelbagai sudut. Dengan berdasarkan aspek-aspek tertentu yang ditinjau
dalam pengkajian bahasa itu, maka ilmu linguistik dapat berdiri sebagai salah satu
daripada disiplin-disiplin yang berikut.
1.1.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan
Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang mengkaji
aspek-aspek teori ilmu linguistik secara umum. Di antara perkara-perkara yang
dikendalikan dalam bidang ini adalah penubuhan konsep-konsep yang meliputi soal-soal
mendefinisikan aspek-aspek dan daerah kajiannya secara umum, soal-soal menentukan
sifat-sifat umum yang ada pada semua Bahasa secara universal, soal-soal menentukan
cara-cara dan kaedah-kaedah tertentu yang boleh digunakan dalam penghuraian
Bahasa secara deskriptif dan sebagainya.
Linguistik gunaan pula dikenali sebagai linguistik terapan. Linguistik gunaan
timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi.
Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi,
kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa. Deskripsi bahasa seperti
sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan
bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. Linguistik ini menghasilkan
kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa. Linguistik
gunaan juga merupakan bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa
yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. Pengenalan linguistik gunaan sebagai
suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara
saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.
1.1.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan
Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk
memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa.
Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan
etimologi sesuatu bahasa. Tujuan linguistik histori adalah untuk mengetahui proses dan
perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini
Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang mengadakan
perbandingan antara Bahasa-bahasa yang sekeluarga. Tujuan kajiannya tidak lain untuk
melihat ciri-ciri perubahan dan persamaan di antara bahasa yang sekeluarga iaitu
Bahasa-bahasa turunan daripada satu Bahasa induk yang mungkin sudah tidak
digunakan lagi. Perbandingan yang dilakukan mungkin di antara beberapa aspek
tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa-bahasa yang dibandingkan itu. Linguistik
perbandingan memperlihatkan hubungan erat dengan linguistik huraian. Ini adalah
kerana huraian yang lengkap diperlukan terlebih dahulu tentang aspek-aspek tertentu
bahasa-bahasa yang dibandingkan itu sebelum kerja membandingkan itu dilakukan.
Akan tetapi sekiranya seorang ahli bahasa melakukan kerja-kerja perbandingan itu
maka penghuraian di antara bahasa-bahasa yang dibandingkan itu hendaklah diperolehi
secara deskriptif sebelum kerja membandingkan di antara bahasa-bahasa yang
berkontras itu dilakukan.
1.1.3
Linguistik Kontekstual
Linguistik kontekstual ialah bidang ilmu linguistik yang berinteraksi dengan
disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa
semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji
yang
mengkaji
interaksi-interaksi
linguistik
dengan
masyarakat
pada
keseluruhannya.
Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara bahasa dan
gejalanya dalam masyarakat. Cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul
dalam masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam
masyarakat. Merupakan satu kajian yang sangat luas dan mengkaji mengenai aspekaspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial,
kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu. Secara
mudah, sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa
dengan masyarakat..
Linguistik Antropologikal pula ialah cabang linguistik kontekstual yang mengkaji
hubungan di antara bahasa dan budaya. Melihat aspek-aspek kehidupan penutur yang
tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang
dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa. Manakala
Antropologi Linguistik pula ialah satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa
dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari
sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat. Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang
yang dikatakan memberi penumpuan kepada perhubungan di antara bahasa dengan
penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik.
Aliran Pemikiran
Ferdinand de Saussure (1857-1913) ialah orang pertama mengasaskan
beliau
merupakan
orang
pertama
yang
mengemukakan
dan
menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbezabeza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa
pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah
yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubahan yang dialami oleh sesuatu
bahasa tersebut.
De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep
langue dan parole. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole
bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam
masyarakat. Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan
buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung
beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul
dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut
yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.
Ferdinand menyatakan bahasa mempunyai jirim dan bentuk.
2.2.2
Sumbangan
Tatabahasa Struktural dikait dengan era Linguistik Moden. Dengan itu
Bahasa Dan Pustaka juga dilihat berunsurkan aliran struktural. Hal ini jelas
apabila beliau menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistematikfungsional, dari aliran Linguistik London. Ini kerana asas linguistik Asmah
berpangkal
daripada
Universiti
of
London
di
mana
beliau
mendapat
Ijazah Kedoktoran pada tahun 1969. Pemerian beliau terhadap nahu secara
secara bersistem. Maksudnya kajian Bahasa Melayu dihuraikan dari tingkat
bawah iaitu morfem kepada tingkat yang paling atas iaitu ayat dari segi skala
tatatingkat dalam nahu. Penghuraian beliau lebih cenderung kepada deskriptif
iaitu mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia
wujud dan digunakan oleh penuturnya. Asmah Hj Omar juga banyak
menerangkan secara terperinci aspek morfologi dan sintaksis secara mendalam.
2.3.3
Kepentingan Teori
Fokus pengkajianTatabahasa Struktural ialah aspek penghuraian struktur
bahasa. Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi,
dengan fonem sebagai unit bahasa. Secara asasnya tiap-tiap bahasa terdiri
daripada satu pertalian struktur tersendiri. Antara ciri-ciri Tatabahasa Struktural
ialah bahasa ialah pertuturan bukan tulisan, bahasa ialah satu sistem, sistem
bahasa ialah arbitari dan bahasa adalah untuk perhubungan.
Aliran Struktural menekankan pertalian struktur tersendiri, maka kajian
bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu morfologi dan
sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas
tertentu berdasarkan taburan kata-kata dalam struktur ayat. Pada peringkat
sintaksis, aliran struktul memberi tumpuan kepada perkembangan elemen dalam
ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat
yang
memecahkan
bahagian-bahagian
dalam
sesuatu
ayat
kepada
Struktural
ialah
mementingkan
bentuk
atau
struktur
yang
sebenarnya terdapat dalam sesuatu bahasa, tidak bertitik tolak daripada ciri-ciri
semantik yang terkandung dalam
tidak ada
3.0.
wahana pengucapan. Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu gaya
bahasa yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera. Stilistik dari sudut
sastera pula ialah kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan
bahasa. Oleh itu, karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya
untuk menimbulkan kesan artistik. Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182) menyatakan
stilistik meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha
menemukan fungsi estetik.
Stilistik dibahagikan kepada dua ciri utama iaitu kelainan dari aspek bentuk gaya bahasa
iaitu pengulangan, penyirnaan (sinkof), perbandingan (imejan, metafora, personifikasi,
pleonasme dan simile), pertautan dan pertentangan (hiperbola, inversi dan paradoks,
aliterasi, anafora, asonansi, epifora, rima dan sinkof), serta peribahasa, sindiran dan gaya
retorik, dan ciri yang kedua ialah pemakaian bahasa (fonologi, morfologi, sintaksis dan
semantik).
Beberapa unsur-unsur stilistik yang terdapat di dalam cerpen yang bertajuk Aku Pulang
ialah