Anda di halaman 1dari 2

Latihan ansur maju merejam lembing

Terdapat beberapa latihan ansur dalam aktiviti merejam lembing. Antaranya ialah :
a)
b)
c)
d)

Berdiri dan merejam


Bergerak tiga langkah dan merejam
Bergerak lima langkah dan merejam
Bergerak lebih daripada lima langkah dan merejam

a) Berdiri dan merejam


Berdiri dengan kaki kiri di hadapan dan lembing ditarik ke belakang. Pastikan
lembing dipegang dengan tapak tangan yang menghadap ke atas dan bahagian siku
mengarah ke hadapan. Kemudian lembing ditarik ke hadapan dan direjamkan ke
sasaran yang telah ditandakan. Lakukan latihan ini secara nerulang-ulang.
b) Bergerak tiga langkah dan merejam
Sambil bergerak ke hadapan dengan langkah pertama, tarikkan lembing ke
belakang. Apabila sampai ke langkah ketiga, ledingkan badan ke belakang dan
letakkan tumit kaki (kaki kiri) di hadapan sambil menekankan tumit itu di atas tanah.
Ini terus diikuti dengan merejam lembing ke hadapan. Lakukan latihan ini secara
berperingkat, iaitu merejam lembing sambil berjalan dahulu dan diikuti dengan
merejam lembing sambil berlari anak.
c) Bergerak lima langkah dan merejam
Setelah para pelajar berasa yakin dan boleh melakukan latihan (a) dan (b) guru
bolehlah terus mengajar latihan bergerak lima langkah. Latihan ini memerlukan
peserta menarik lembing yang dipegangnya ke belakang sebaik sahaja dia mula
berlari dan bersedia untuk melancarkan lembing itu pada langkah yang kelima.
Kesemua butir penting seperti yang disebutkan di dalam latihan (a) dan (b)
hendaklah dipatuhi. Mula-mula buatlah latihan ini secara berjalan dan kemudian
diikuti dengan berlari.
d) Bergerak lebih daripada lima langkah dan merejam
Setelah melakukan latihan bergerak lima langkah, bilangan langkah larian itu boleh
ditambahkan menjadi tujuh, sembilan, atau sebelas langkah. Jarak atau bilangan
langkah larian yang berpatutan adalah penting untuk membantu kemampuan
merejam lembing. Di peringkat latihan ini, penggunaan tandaan bolehlah
diperkenalkan kepada para pelajar. Tandaan di tepi landas larian menandakan titik
atau tempat di mana peserta perlu mula membuat persediaan untuk melancarkan

lembingnya. Semasa mengadakan laihanmerejam lembing cara berlari pantas, guru


hendaklah menumpukan kepada tindakan merejam lembing yang berlandaskan
teknik asas dan pergerakkan ikut lajak oleh peserta selepas lembing direjam.
Aktiviti/ Permainanberkaitan dengan latihan merejam lembing
a) Membaling bola ke sasaran
Para pelajar cuba membaling bola tenis supaya kena pada sasaran di dinding. Gaya
membaling adalah dari belakang bahu dan atas kepala. Para pelajar boleh bermula
dengan kedudukan berdiri atau secara berlari beberapa langkah sebelum membaling
bola. Aktiviti ini boleh dipertandingkan sebagai permainan berpasukan atau
berseorangan. Pasukan atau peserta perseorangan yang mendapat jumlah mata
yang tertinggi di akhir bilangan pusingan yang telah ditetapkan dikira sebagai
pemenang.
b) Merejam lembing ke sasaran
Para pelajar cuba merejam lembing ke sasaran yang ditandakan di atas tanah.
Dalam aktiviti ini teknik menggerakkan lembing dan ketepatan mengenai sasaran
lebih dititikberatkan daripada jarak rejaman lembing. Pasukan atau individu yang
berjaya mengumpulkan jum;ah mata yang tertinggi dikira sebagai pemenang.
Bilangan rejaman bagi setiap pasukan atau individu ditetapkan terlebih dahulu.
Kesalahan biasa semasa merejam lembing
a)
b)
c)
d)

Menggenggam lembing terlalu kuat.


Larian tidak lurus dan langkah-langkah larian tidak teratur.
Lembing tidak ditarik ke belakang dengan sepenuhnya.
Sudut rejaman terlalu besar menyebabkan lembing direjam terlalu tinggi ke
atas.