Anda di halaman 1dari 15

Masa: 3 jam

Arahan: Jawab empat soalan sahaja; dua soalan daripada Bahagian A dan dua
soalan daripada Bahagian B.
BAHAGIAN A
Jawab dua soalan sahaja.
1
2
3
4

Bincangkan peranan pembesar Melayu di Pahang sebelum campur tangan British.


Bincangkan kegiatan ekonomi komersial di Sabah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Bincangkan faktor campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu pada abad ke-19.
Huraikan kesan sosioekonomi akibat kemasukan orang Cina dan orang India pada akhir abad ke-19
dan awal abad ke-20.
5 Bincangkan usaha kerajaan untuk meningkatkan penglibatan dan sokongan penduduk tempatan
dalam membanteras ancaman komunis dari tahun 1948 hingga tahun 1960.
6 Analisis perkembangan pendidikan di Malaysia dari tahun 1956 hingga tahun 1961.
BAHAGIAN B
Jawab dua soalan sahaja.
7
8
9
10

Huraikan sistem pemerintahan beraja di Thailand dan China sebelum penglibatan kuasa Barat.
Bincangkan kewujudan masyarakat berbilang kaum di Myanmar dan Indonesia pada abad ke-19.
Bincangkan perkembangan sistem pendidikan di Filipina dan Jepun pada abad ke-19.
Bandingkan perjuangan antara Partai Nasional Indonesia dengan Kongres Kebangsaan India dalam
gerakan nasionalisme hingga tahun 1941.
11 Usaha pemodenan di Jepun pada pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20 lebih berjaya
berbanding dengan usaha pemodenan di China. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan
ini?
12 Bincangkan usaha pembangunan ekonomi dan sosial yang dilaksanakan di Filipina dan Vietnam
dari tahun 1945 hingga tahun 1963.

Majlis Peperiksaan Malaysia 2008

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 1 1

Sejarah K2 STPM 2008

4/2/09 11:55:57 AM

JAWAPAN CADANGAN
Bahagian A
SOALAN 1
Negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan British
mempunyai institusi pemerintahan yang sistematik.
Negeri Pahang mempunyai institusi pembesar
yang tersusun dan kemas. Institusi
pembesar
memainkan peranan penting dalam kerajaan dan
masyarakat. Golongan pembesar Melayu di Pahang
dilantik oleh sultan untuk menjalankan semua
dasar kerajaan meliputi aspek politik, ekonomi dan
sosial. Golongan pembesar Melayu mempunyai
tanggungjawab yang sangat besar untuk memastikan
kestabilan kerajaan negeri Pahang. Para pembesar
biasanya daripada golongan bangsawan dan rakyat
biasa yang dianugerahkan pangkat pembesar oleh
raja. Jawatan pembesar disandang secara monarki.
Pembesar berperanan secara langsung terhadap raja
dan masyarakat yang meliputi aspek pemerintahan,
ekonomi dan kebajikan masyarakat.
Orang Besar Berempat juga dikenali sebagai
orang besar jajahan. Mereka diberikan kawasan atau
daerah untuk ditadbir. Antaranya ialah Orang Kaya
Indera Maharaja Perba Jelai, Orang Kaya Indera Segara
Temerloh, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor dan
Orang Kaya Indera Syahbandar. Mereka memungut
cukai, menghakimi kes-kes jenayah dan sivil.
Orang Besar Berlapan dan Orang Besar Enam
Belas mempunyai bidang kuasa yang sama dengan
pembesar berempat, tetapi kurang pengaruhnya seperti
dalam hal cukai, kehakiman dan pentadbiran. Mereka
juga diberikan daerah-daerah kecil untuk ditadbir.
Orang Besar Raja merupakan sekelompok
pembesar yang penting semasa berlakunya peperangan.
Mereka mengetuai peperangan dan diberikan kawasan
tertentu untuk ditadbir, antaranya ialah Imam Perang
Rasul dan Tok Gajah. Pembesar Melayu Pahang
dilantik dan diturunkan pangkat oleh sultan. Mereka
bertanggungjawab sebagai penasihat dan pembantu
sultan atau raja dalam pentadbiran. Pembesar Melayu
Pahang dianugerahkan wilayah atau daerah kekuasaan.
Pembesar akan menjaga kebajikan masyarakat dan
memastikan rakyat memberikan taat setia kepada
sultan.
Di samping itu, pembesar Melayu Pahang diberikan
kuasa oleh sultan untuk memungut cukai di daerah
kekuasaannya dan memberikan sebahagian cukai
tersebut kepada sultan. Memandangkan pembesar tidak
dibayar gaji oleh sultan, cukai yang dipungut diambil
oleh pembesar.
Selain itu, golongan pembesar Melayu di Pahang
juga mesti menyediakan tenaga kerahan apabila
diperintahkan oleh sultan pada bila-bila masa sahaja.
Tenaga kerahan ini diambil daripada kalangan rakyat di
bawah kekuasaan pembesar masing-masing, contohnya
untuk tujuan membina istana dan gotong-royong.
2

Sejarah K2 STPM 2008

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 2 2

Di samping itu, pembesar Melayu di Pahang


juga berperanan sebagai lidah rasmi sultan untuk
menyampaikan titah dan perintah kepada rakyat di
daerah kekuasaannya. Selain itu, mereka juga akan
mengiringi sultan apabila berpergian ke luar negeri.
Tidak ketinggalan juga golongan pembesar Melayu
di Pahang mempunyai peranan mengetuai angkatan
tentera dan bertindak sebagai hakim dalam perbicaraan
yang tidak melibatkan hukuman bunuh.
Kesimpulannya, pembesar Melayu Pahang
merupakan jawatan tradisional dalam kerajaan Melayu
yang menjadi tulang belakang sistem beraja di Tanah
Melayu. Peranan pembesar semakin merosot dan jawatan
tersebut telah dimansuhkan oleh penjajah Barat dan
digantikan dengan pegawai British yang menjalankan
semua dasar pemerintahan dan pentadbiran. Campur
tangan British dalam hal ehwal pentadbiran negeri
Pahang, terutama yang berkaitan dengan adat istiadat
Melayu telah membangkitkan penentangan dalam
kalangan pembesar Melayu.
SOALAN 2
Kegiatan ekonomi komersial di Sabah pada abad
ke-19 dan awal abad ke-20 banyak dipengaruhi
oleh pihak Barat. Pihak Barat telah menggunakan
penduduk tempatan di Sabah untuk menjalankan
kegiatan ekonomi komersial. Masyarakat ini terdiri
daripada orang Bajau, Kadazandusun, Melayu Brunei
dan Kedayan. Setiap kaum atau penduduk peribumi
Sabah mengamalkan sistem ekonomi komersial yang
pelbagai seperti pertanian, penternakan dan perikanan.
Masyarakat peribumi yang tinggal di persisiran
menjadi pedagang dan pengikut rombongan dagang
pembesar-pembesar Brunei dan Sulu.
Kegiatan ekonomi komersial yang paling utama
di Sabah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 ialah
bidang pertanian. Tembakau merupakan tanaman
dagangan pertama yang penting. Menjelang tahun
1880-an, banyak ladang tembakau telah dibuka oleh
penguasa-penguasa berbangsa Belanda dan Jerman di
pantai timur Sabah. Pertanian secara komersial telah
berkembang dengan pesat di Sabah dengan adanya
pemodal Barat.
Menjelang tahun 1890, terdapat 61 buah ladang
tembakau di Sabah. Nilai eksport tembakau telah
meningkat daripada $882 pada tahun 1885 kepada
$1 176 000 pada tahun 1895. Perkembangan kegiatan
ekonomi komersial ini disebabkan oleh faktor dasar
tanah yang liberal dan ketiadaan cukai eksport serta
harga pasarannya yang tinggi.
Walau bagaimanapun, pertanian tembakau mulai
merosot selepas awal abad ke-20. Pada tahun 1902,
penanaman tembakau mulai merosot kerana diserang
penyakit dan juga akibat masalah bencana alam,
iaitu banjir. Malahan persaingan dengan pengeluar
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

4/2/09 11:56:03 AM

tembakau di Amerika Syarikat telah menjejaskan


pendapatan penanam tembakau tempatan di Sabah.
Pada tahun 1928, hanya terdapat dua buah ladang
yang masih beroperasi di Sabah.
Kegiatan ekonomi komersial yang kedua penting
ialah penanaman getah. Tanaman getah telah mula
diusahakan di Sabah pada tahun 1892 oleh para
pengusaha Barat, kemudian diikuti oleh para pekebun
bumiputera dan Cina. Perkembangan penanaman getah
di Sabah disebabkan oleh pembinaan jalan kereta api
di antara Jesselton (Kota Kinabalu) dengan Beaufort.
Syarikat Berpiagam Utara Borneo turut memberikan
pelepasan cukai eksport selama 50 tahun. Permintaan
yang tinggi di pasaran dunia turut menjadi faktor
peningkatan penanaman getah di Sabah.
Kawasan penanaman getah yang utama di
Sabah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 ialah
pantai barat. Keluasan kawasan penanaman getah
telah bertambah dengan mendadak. Contohnya, pada
tahun 1907 keluasan tanaman getah ialah 1306 hektar
kemudian bertambah menjadi kira-kira 14 095 hektar
pada tahun 1917. Sehingga tahun 1941, getah masih
menjadi penyumbang kepada kegiatan ekonomi
komersial bagi Sabah.
Di samping itu, kegiatan ekonomi komersial
yang tidak kurang pentingnya di Sabah pada abad ke19 dan awal abad ke-20 ialah pembalakan. Perusahaan
pembalakan telah mula berkembang di Sabah pada
tahun 1880-an. Perusahaan pembalakan dikuasai oleh
syarikat-syarikat British dan Cina. Antara kayu balak
yang mempunyai nilai eksport yang tinggi ialah seraya,
kapur, belian dan meranti. Kegiatan pembalakan
dijalankan di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.
Buruh dari Indonesia dan Filipina dibawa masuk ke
Sabah. Nilai eksport kayu balak Sabah menunjukkan
peningkatan yang begitu drastik. Contohnya, pada
tahun 1890 nilai eksport hanya $44 584 sahaja, tetapi
telah meningkat kepada $642 935 pada tahun 1910.
Menjelang tahun 1930, nilai eksport kayu balak
Sabah ialah $2.5 juta, manakala menjelang tahun
1937, Sandakan muncul sebagai sebuah pelabuhan
pengeksport kayu balak yang penting di dunia. Antara
negara yang mengimport kayu balak dari Sabah ialah
China, Singapura, Australia, dan Britain.
Selain itu, kegiatan ekonomi komersial yang
terdapat di Sabah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20
ialah sektor perlombongan. Hasil galian yang terpenting
ialah emas. Lombong-lombong emas telah mula
diusahakan sekitar tahun 1880-an di Sungai Segama.
Kegiatan perlombongan emas telah diusahakan oleh
orang Cina. Walaupun pengeluarannya terhad, tetapi
nilai eksport emas sangat tinggi. Selain itu, bahan
galian yang terdapat di Sabah ialah arang batu yang
dilombong berhampiran dengan Sungai Silimpopon.
Usaha perlombongan arang batu telah dilakukan oleh
Syarikat Cowie Harbour Coal yang telah ditubuhkan
pada tahun 1905 dan beroperasi hingga tahun 1930.
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 3 3

Selain itu, bahan galian mangan telah dijumpai


pada tahun 1902 di Teluk Marudu. Bahan galian tersebut
telah dilombong oleh sebuah syarikat Barat, iaitu
Syarikat British Borneo Exploration mulai tahun 1905
hingga tahun 1908. Hasil galian mangan telah dieksport
ke Britain.
Di samping itu, kegiatan ekonomi komersial
di Sabah ialah hasil kekayaan bumi Sabah yang
dieksploitasi oleh penjajah Barat, iaitu sarang burung,
pokok launut, terpang dan sirip yu serta sagu. Pada
tahun 1926, eksport sarang burung bernilai $125 000
dan kawasan pengumpulan sarang burung ialah Gua
Gomantong, di Sandakan. Pokok launut yang dikenali
sebagai abaka diproses untuk dijadikan tali kapal
untuk dieksport ke Eropah. Pokok sagu atau rumbia
merupakan tanaman tradisional Sabah yang telah
dikomersialkan. Memandangkan hasil sagu di pasaran
dunia adalah mahal, pihak British telah menggalakkan
penduduk supaya mengusahakannya. Eksport sagu di
Sabah pada tahun 1888 bernilai $93 433.
Kesimpulannya, kegiatan ekonomi masyarakat
peribumi di Sabah sebelum kedatangan British adalah
bersifat sara diri. Setiap kaum mempunyai sumber
ekonomi tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh
lokasi petempatan yang berbeza. Namun, kegiatan
pertanian dilaksanakan oleh semua kaum peribumi di
Sabah. Kedatangan Barat telah menyebabkan kegiatan
ekonomi mereka mengalami perubahan seiring dengan
dasar ekonomi British.
SOALAN 3
Pada akhir abad ke-19, British telah berusaha untuk
campur tangan secara langsung di negeri-negeri Melayu.
British menggunakan pelbagai alasan untuk campur
tangan dalam pentadbiran di Tanah Melayu. Antaranya
ialah pertelingkahan takhta dalam kerajaan Melayu serta
menjaga keselamatan akibat pergaduhan kongsi gelap
Cina. Setelah berjaya menguasai kerajaan-kerajaan
negeri Melayu, British telah memperkenalkan pelbagai
dasar yang bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan
mereka. Pengenalan Sistem Residen merupakan langkah
yang telah digunakan oleh British untuk menstabilkan
kedudukan mereka di Tanah Melayu. Keadaan huruhara yang disebabkan oleh perang saudara telah berlaku
di negeri-negeri Melayu seperti di Perak, Pahang,
Selangor dan Negeri Sembilan. Perkembangan tersebut
menyebabkan para pemodal Eropah mendesak Kerajaan
British supaya campur tangan untuk memulihkan
keamanan supaya kegiatan perdagangan tidak terjejas.
Contohnya, Perak mengalami masalah perebutan kuasa
apabila Raja Ali telah dilantik menjadi sultan setelah
kemangkatan Sultan Jaffar pada tahun 1865. Perebutan
kuasa semakin rumit selepas kemangkatan Raja Ali
apabila tiga orang putera menuntut takhta, iaitu Raja
Abdullah, Raja Ismail dan Raja Yussof. Malahan masalah
di negeri-negeri Melayu yang lain telah menyebabkan
Kerajaan British di London mengarahkan Andrew Clarke
supaya terlibat secara langsung untuk menyelesaikan
pertikaian raja-raja Melayu.
Sejarah K2 STPM 2008

4/2/09 11:56:03 AM

Di samping itu, masalah kongsi gelap Cina antara


puak Hai San dengan Gee Hin turut menyumbang
ke arah perubahan dasar campur tangan British
di Tanah Melayu. Kedua-dua puak sering terlibat
dalam pergaduhan yang mengakibatkan kegiatan
perlombongan bijih timah dan keselamatan terjejas
teruk. Malahan pergaduhan kongsi gelap menyebabkan
kemusnahan peralatan perlombongan. Peperangan
penting yang berlaku antara kedua-dua puak adalah
pada tahun 1861, 1865 dan 1872. Perang yang meletus
pada tahun 1861 disebabkan tindakan Hai San menyekat
aliran anak Sungai Perak yang digunakan oleh Gee Hin
untuk mengangkut bijih timah. Peperangan tersebut
mengganggu kedudukan perdagangan British. British
melalui Kapten Speedy telah mendamaikan kedua-dua
puak dengan mengiktiraf Hai San sebagai pengusaha
lombong bijih timah di Larut pada tahun 1873.
British ingin menguasai sumber mineral yang
bernilai yang terdapat di Tanah Melayu untuk
pasaran antarabangsa. Selepas meletusnya Revolusi
Perindustrian di Eropah, keperluan terhadap bahan
mentah begitu tinggi untuk menampung pengeluaran
yang semakin meningkat. Britain amat memerlukan
bahan mentah, terutama bijih timah dan getah.
Oleh yang demikian, British di Tanah Melayu telah
menguasai sumber-sumber bahan mentah tersebut.
Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mineral
tersebut dieksploitasi oleh British. British menyedari
sekiranya Tanah Melayu tidak dikuasai dan jatuh ke
tangan pihak Barat lain, mereka akan rugi. Selain itu,
terdapat desakan daripada para pedagang British yang
menginginkan supaya monopoli terhadap perdagangan
bijih timah di Tanah Melayu dikuasai oleh British.
British telah berjaya meningkatkan pengeluaran bijih
timah di Tanah Melayu untuk memenuhi keperluan
perindustrian mengetin makanan.
Campur tangan British secara langsung di Tanah
Melayu didorong oleh perubahan terhadap politik
antarabangsa, iaitu persaingan antara negara Barat
untuk meluaskan wilayah. Oleh yang demikian,
British bimbang dengan usaha-usaha pihak Eropah
yang lain untuk menguasai Tanah Melayu. Pada ketika
itu, kuasa-kuasa Eropah yang lain sedang giat mencari
kedudukan di Asia Tenggara, contohnya Belanda di
Indonesia, Perancis di Indo-China dan Sepanyol di
Filipina. Tambahan pula, Jerman sedang berusaha
untuk mencari pengaruhnya di Tanah Melayu sekitar
tahun 1871. Keadaan ini telah menguatkan desakan
para saudagar British supaya mendesak Kerajaan
Britain campur tangan di Tanah Melayu.
Perubahan politik di Britain telah mempengaruhi
dasar mereka berkaitan dengan tanah jajahan. Pada
tahun 1874, Parti Konservatif telah berjaya menguasai
parlimen England menyebabkan berlaku perubahan
terhadap dasar luarnya. Dasar pentadbiran di Tanah
Melayu turut mengalami perubahan. Andrew Clarke
telah didesak supaya menjalankan dasar agresif terhadap
penguasaan Tanah Melayu. Oleh yang demikian,
4

Sejarah K2 STPM 2008

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 4 4

British telah memperkenalkan pelbagai cara untuk


mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu seperti
Sistem Residen.
Di samping itu, pihak British telah membangunkan
pelbagai infrastruktur pengangkutan untuk memudahkan
perhubungan mereka. Perdagangan antara timur dengan
barat semakin cepat dan singkat, contohnya pembukaan
Terusan Suez mampu memendekkan jarak perjalanan.
Selain itu, penciptaan kapal wap turut menyumbang
kepada penguasaan British terhadap Tanah Melayu.
Barang dagangan dari Tanah Melayu akan mudah
diangkut ke negara asal. Dengan ini, mereka seharusnya
menguasai Tanah Melayu sepenuhnya melalui dasar
campur tangan secara langsung. Pihak British yang
berada di Tanah Melayu mengubah dasar tidak campur
tangan kepada dasar campur tangan secara langsung
yang turut didorong oleh pelbagai sekatan oleh negerinegeri Melayu. Misalnya, para saudagar British tidak
dibenarkan memonopoli perdagangan bijih timah.
Cukai yang dikenakan terhadap saudagar British
terlalu tinggi.
Kesimpulannya, campur tangan British secara
langsung di negeri-negeri Melayu telah mengakibatkan
sistem politik dan ekonomi tempatan mengalami
perubahan yang ketara. Malahan pihak British telah
berjaya menguasai ekonomi tempatan. Sebenarnya
tujuan utama British campur tangan di Tanah Melayu
adalah untuk menguasai sumber ekonomi. British
turut membangunkan pelbagai infrastruktur di Tanah
Melayu seperti jalan raya. Walau bagaimanapun,
campur tangan Barat telah menyebabkan timbul rasa
tidak puas hati penduduk tempatan, terutama golongan
pemerintah yang kehilangan hak dan kepentingan di
Tanah Melayu.
SOALAN 4
Sebelum tahun 1800, penduduk di negara kita
hanya terdiri daripada penduduk tempatan. Walau
bagaimanapun, pada akhir abad ke-19 berlaku
kemasukan orang Cina dan India secara beramairamai ke negara kita. Kemasukan orang Cina dan India
disebabkan oleh banyaknya peluang ekonomi yang
terdapat di Tanah Melayu. Mereka mencari kehidupan
yang lebih selesa di Tanah Melayu kerana keperitan
hidup di negara asal mereka. Malahan British telah
membawa masuk orang Cina dan India ke Tanah
Melayu sebagai tenaga kerja di sektor perlombongan
dan perladangan. Kehidupan yang selesa di Tanah
Melayu menyebabkan golongan ini telah menetap
secara terus. Situasi ini memberikan kesan terhadap
kehidupan sosioekonomi di Tanah Melayu.
Kesan sosial kemasukan orang Cina dan orang
India pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 ialah
pertambahan bilangan penduduk Tanah Melayu yang
begitu pesat. Pada tahun 1870, bilangan penduduk Tanah
Melayu kira-kira 500 000 orang. Setelah kedatangan
orang Cina dan orang India ke Tanah Melayu, jumlah
penduduk bertambah menjadi 3 300 000 orang pada
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

4/2/09 11:56:04 AM

tahun 1921. Pada tahun 1931, jumlah penduduk bukan


Melayu lebih ramai berbanding dengan masyarakat
tempatan di Tanah Melayu. Situasi tersebut telah
melahirkan situasi masyarakat majmuk di negara kita.
Kehidupan mereka bercorak berasingan dan
mengamalkan kebudayaan masing-masing. Orang
Cina yang datang ke Tanah Melayu terdiri daripada
pelbagai kelompok. Mereka berbeza dari segi dialek,
adat dan pengkhususan ekonomi. Malahan terdapat
permusuhan antara mereka. Orang India pula tinggal
di kawasan ladang-ladang getah. Sedangkan penduduk
tempatan, iaitu orang Melayu tinggal di kawasan
kampung luar bandar dan pesisir pantai.
Di samping itu, kesan kemasukan orang Cina dan
orang India ialah kewujudan sistem persekolahan yang
tidak seragam dan menyulitkan pemerintahan British
menguruskan persekolahan di Tanah Melayu. Sistem
pendidikan vernakular telah berkembang dengan pesat.
Orang Cina dan orang India membuka sekolah masingmasing. Mereka menggunakan sistem pendidikan yang
dibawa dari negara asal mereka. Situasi ini mewujudkan
jurang antara kaum kerana semangat perpaduan melalui
pendidikan tidak wujud sama sekali.
Selain itu, kesan sosial kemasukan orang
Cina dan orang India ialah masalah jenayah yang
berleluasa, khasnya di negeri-negeri kawasan lombong
bijih timah seperti di Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan. Kumpulan orang Cina yang berbeza telah
mewujudkan kongsi gelap untuk menjaga kepentingan
masing-masing. Kumpulan kongsi gelap Cina sering
bermusuhan untuk mengukuhkan kedudukan dan
mempertahankan kawasan lombong bijih timah
mereka. Antara kumpulan kongsi gelap ialah Hai San
dan Ghee Hin.
Selain itu, kesan sosial kemasukan orang Cina dan
orang India ialah aktiviti pelacuran yang berlaku dalam
kalangan masyarakat. Terdapat aktiviti membawa
wanita-wanita Cina dari negara China untuk dijadikan
pelacur. Walaupun aktiviti tersebut hanya melibatkan
orang Cina, tetapi sering menimbulkan keadaan tidak
tenteram kerana berlaku pergaduhan. Hal ini telah
menyebabkan kemantapan politik terganggu. British
telah mengambil tindakan untuk mengatasi masalah
pelacuran dan pergaduhan tersebut.
Kesan ekonomi kemasukan orang Cina dan
India ialah perekonomian semakin meningkat,
khususnya dalam bidang perlombongan bijih timah
dan perladangan getah. Orang Cina dibawa ke Tanah
Melayu sebagai buruh di lombong bijih timah kerana
kemahiran dalam aktiviti tersebut. Manakala orang
India merupakan buruh yang mahir dalam perladangan
getah. Selain itu, aktiviti perniagaan turut berkembang
dengan pesat. Contohnya, orang Teochew dan Hakka
merupakan peniaga yang telah membuka banyak kedai
di kawasan bandar dan lombong bijih timah. Hal ini
telah meningkatkan ekonomi di Tanah Melayu.
Kesan seterusnya ialah pembentukan bandarbandar baru. Orang Cina dan orang India membuat
petempatan berkelompok di kawasan lombong dan
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 5 5

ladang getah seperti di Ipoh, Kinta, Taiping, Kuala


Lumpur, Seremban dan Johor Bahru. Seiring dengan
kewujudan bandar-bandar baru tersebut, kerajaan
British telah membina jaringan jalan perhubungan dan
pengangkutan seperti jalan kereta api dan jalan raya.
Sistem jalan pengangkutan tersebut menghubungkan
antara ladang getah dan lombong bijih timah dengan
kilang mahupun pelabuhan.
Di samping itu, kesan ekonomi kemasukan orang
Cina dan India ialah meningkatkan kemajuan Tanah
Melayu secara keseluruhannya. Orang Cina dan
orang India banyak menetap di kawasan pantai barat
Tanah Melayu. Malahan orang Cina dan India lebih
banyak menetap di Pulau Pinang dan Singapura. Hal
ini telah menyebabkan kedua-dua buah negeri tersebut
berkembang dengan pesat. Contohnya, Singapura
telah berkembang sebagai sebuah pelabuhan entrepot.
Kesimpulannya, kemasukan orang Cina dan orang
India telah memberikan kesan terhadap kehidupan
sosioekonomi di Tanah Melayu. Orang Cina dan India
yang datang untuk memperbaik kehidupan mereka
telah tinggal secara tetap di Tanah Melayu. Tidak dapat
dinafikan bahawa orang Cina dan orang India telah
memainkan peranan yang penting dalam pembentukan
masyarakat majmuk. Mereka terlibat secara langsung
dalam kehidupan sosial dan ekonomi di Tanah Melayu.
Kehidupan secara bersama antara kaum di Tanah
Melayu telah mewujudkan keharmonian kaum.
SOALAN 5
Parti Komunis Malaya (PKM) telah melancarkan
pemberontakan bersenjata terhadap pemerintahan
di Tanah Melayu pada tahun 1948. Tujuan utama
PKM melancarkan pemberontakan adalah untuk
menggulingkan kerajaan dan seterusnya menubuhkan
Republik Komunis Tanah Melayu. PKM telah didesak
oleh Komunis Antarabangsa yang telah bersidang di
Calcutta, India. Dalam usaha tersebut, PKM telah
melakukan kekejaman, iaitu pembunuhan para
pegawai British, terutama pembunuhan tiga orang
peladang British di Sungai Siput pada tahun 1948.
British berusaha untuk membendung kegiatan komunis
dengan mengisytiharkan darurat pada tahun 1948.
Sepanjang tempoh 12 tahun Tanah Melayu
diisytiharkan darurat, pelbagai langkah telah dilaksanakan
untuk membendung kegiatan komunis. Antara langkah
awal yang dilaksanakan adalah memperkenalkan
undang-undang darurat. Dalam pada itu, kerajaan
telah mengharamkan Parti Komunis Malaya di Tanah
Melayu. Melalui undang-undang darurat, kerajaan
berkuasa untuk menangkap sesiapa sahaja yang disyaki
terlibat dalam kegiatan komunis. Kerajaan akan
menangkap mereka tanpa dibicarakan. Selain itu, orang
ramai tidak dibenarkan untuk berkumpul lebih daripada
lima orang. Pelaksanaan undang-undang darurat telah
menyebabkan banyak yang tidak bersalah ditangkap.
Malahan telah menyebabkan pergerakan orang ramai
terbatas kerana mereka bimbang ditangkap kerajaan.
Sejarah K2 STPM 2008

4/2/09 11:56:04 AM

Di samping itu, kerajaan telah menambah jumlah


tentera untuk memerangi anggota komunis di Tanah
Melayu. Semasa darurat, kira-kira 40 000 orang tentera
termasuk beberapa Rejimen Askar Melayu telah dikerah
untuk menghapuskan komunis. Selain itu, tentera turut
mendapat bantuan daripada pasukan polis yang berjumlah
70 000 orang dan Home Guard yang dianggarkan
berjumlah 25 000 orang yang mengawal di peringkat
kampung. Pasukan Special Constables (SC) yang
berjumlah 29 897 orang dikerah untuk menjaga kawasan
ladang pertanian. Melalui pertubuhan Komanwel, Tanah
Melayu mendapat bantuan ketenteraan asing untuk
memerangi komunis, antaranya dari New Zealand,
Australia dan India. Walau bagaimanapun, tindakan
ketenteraan kurang berjaya kerana anggota komunis
berada di dalam hutan. Kerajaan telah menggunakan
teknik perang gerila terhadap komunis.
Seterusnya kerajaan telah melancarkan Rancangan
Briggs yang telah diasaskan oleh Sir Henry Gurney pada
tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab
dalam melaksanakan rancangan ini ialah Leftenan Sir
Harold Briggs. Tujuan pelaksanaan rancangan tersebut
adalah untuk melumpuhkan kegiatan sokongan
komunis, iaitu Min Yuen. Tindakan yang dijalankan
adalah memindahkan penduduk Cina dari kawasan
pinggir hutan ke kawasan petempatan baru atau
kampung baru. Hal ini bertujuan untuk menyelamatkan
mereka daripada diugut dan digunakan oleh gerakan
Min Yuen bagi mendapatkan bekalan makanan dan
sebagainya. Petempatan semula yang dibina oleh
kerajaan dikawal ketat dan dipagari kawat berduri untuk
menjaga keselamatan mereka. Rancangan tersebut
telah berjaya memindahkan kira-kira 570 500 orang
ke kawasan lebih 400 buah kampung baru menjelang
tahun 1952.
Pada tahun 1952, Sir Gerald Templer telah
dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah
Melayu. Antara usaha yang dilakukan oleh beliau
adalah mewujudkan kawasan hitam dan kawasan putih.
Rancangan tersebut digunakan untuk memberi kesedaran
kepada penduduk Tanah Melayu supaya tidak memberi
bantuan kepada pihak komunis. Selain itu, usaha ini juga
bertujuan untuk menghalang rakyat daripada terpengaruh
dengan ideologi komunis. Kawasan-kawasan yang
terdapat anasir komunis diisytiharkan sebagai kawasan
hitam. Pihak tentera dan polis mengadakan sekatan dan
kawalan yang rapi di kawasan tersebut. Usaha untuk
membersihkan kawasan hitam daripada pengaruh
komunis dilakukan dari Johor hingga ke utara Tanah
Melayu. Kawasan yang berjaya dibersihkan daripada
anasir komunis pula dikenali sebagai kawasan putih.
Kawasan tersebut telah dimajukan oleh kerajaan dengan
menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti jalan
pengangkutan, pusat kesihatan dan sebagainya. Hal ini
telah menyebabkan rakyat bekerjasama dengan pihak
kerajaan untuk memerangi komunis.
Seterusnya pihak British cuba mengeratkan
hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Penubuhan
6

Sejarah K2 STPM 2008

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 6 6

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum merupakan


usaha ke arah itu. Tujuan penubuhan jawatankuasa
tersebut adalah untuk mengurangkan sokongan
orang Cina terhadap gerakan Parti Komunis Malaya.
Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh wakil-wakil
daripada semua kaum utama di Tanah Melayu,
contohnya Dato Onn bin Jaafar mewakili orang
Melayu, E.E.C. Thuraisinggam mewakili kaum India dan
Tan Cheng Lock mewakili kaum Cina. Dengan wujudnya
kerjasama tersebut, semangat kebangsaan telah dapat
ditanam dalam kalangan kaum Cina dan India. Tambahan
pula, pihak kerajaan telah melonggarkan pemberian taraf
kerakyatan.
Kerajaan turut melancarkan perang saraf untuk
memberikan kesedaran kepada rakyat Tanah Melayu.
Pelbagai cara telah dilakukan untuk menghebahkan
keburukan perjuangan komunis. Kerajaan telah
mengadakan ceramah di seluruh pelosok Tanah
Melayu, terutama di kawasan luar bandar. Selain itu,
kerajaan mengedarkan poster-poster tentang usaha
kerajaan memerangi komunis. Malahan kerajaan turut
menjadikan pihak komunis sebagai sasaran perang
saraf untuk menyedarkan kumpulan tersebut. Risalahrisalah tentang pengampunan kepada anggota komunis
yang menyerah diri telah digugurkan di kawasan
hutan. Pihak kerajaan juga menawarkan hadiah yang
lumayan kepada sesiapa yang memberikan maklumat
sehingga tertangkapnya anggota komunis, contohnya
Chin Peng bernilai $250 000 dan anggota yang lain
bernilai $20 000.
British juga telah menggalakkan penubuhan
parti-parti politik sama ada daripada kalangan orang
Melayu, Cina mahupun India. Kesempatan ini telah
digunakan oleh orang Cina untuk menubuhkan parti
politik, iaitu MCA. MCA bertujuan untuk membela
hak dan kepentingan kaum Cina, manakala kaum
India telah menubuhkan MIC yang turut berusaha
untuk memperbaik taraf hidup kaum tersebut di Tanah
Melayu. Parti-parti politik pelbagai kaum di Tanah
Melayu telah bersatu untuk mewujudkan perpaduan.
Contohnya, Parti Perikatan antara UMNO-MCA telah
bergabung pada tahun 1952. Hasil usaha tersebut telah
menyebabkan mereka berjaya memenangi pilihan
raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.
Dengan wujudnya parti-parti politik mengikut kaum,
parti-parti yang berfahaman sosialis dan radikal telah
diharamkan oleh British.
Kesimpulannya, darurat yang berlaku di Tanah
Melayu selama 12 tahun ialah suatu usaha yang dilakukan
oleh kerajaan untuk menghapuskan gerakan komunis.
Langkah yang dilakukan oleh kerajaan telah berjaya.
Dengan menggunakan kekuatan tentera, pihak komunis
yang berada di dalam hutan berjaya ditumpaskan. Selain
itu, undang-undang darurat telah mengehadkan pergerakan
penduduk Tanah Melayu sekali gus membatasi usaha
PKM mempengaruhi masyarakat. Segala usaha yang
dilaksanakan oleh kerajaan telah berjaya menghapuskan
anasir komunis. Walau bagaimanapun, dalam tempoh
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

4/2/09 11:56:05 AM

darurat penduduk Tanah Melayu mengalami pelbagai


penderitaan seperti tidak bebas bergerak dan masalah
ekonomi yang terjejas.
SOALAN 6
Sistem pendidikan pada zaman sebelum Perang Dunia
Kedua berkembang mengikut haluan masing-masing.
Sekolah-sekolah dibina mengikut kepentingan setiap
kaum. Hal ini turut mempengaruhi keseimbangan
peluang dalam kalangan kanak-kanak untuk mendapatkan
pendidikan. Sekolah vernakular India, Cina, Melayu
dan Inggeris berkembang tanpa adanya keseragaman.
Keadaan ini telah menyebabkan wujud perbezaan ras
yang amat ketara sehingga menghalang perpaduan
kaum di Tanah Melayu. Justeru, selepas Tanah Melayu
merdeka, sistem pendidikan untuk membentuk
perpaduan kaum telah diwujudkan. Sistem pendidikan
tersebut memberikan peluang kepada kanak-kanak
daripada semua kaum untuk menikmati pendidikan.
Usaha kerajaan jelas terbukti dengan sistem pendidikan
yang digariskan dalam Penyata Razak 1957 dan Akta
Pelajaran, 1961.
Penyata Razak atau juga dikenali sebagai Laporan
Razak merupakan satu usaha untuk mewujudkan
sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan. Dato
Abdul Razak bin Hussein telah dipertanggungjawabkan
untuk mengkaji sistem pendidikan pada masa itu.
Jawatankuasa Razak telah berjaya mengemukakan
cadangan untuk memperbaik sistem pendidikan
kebangsaan. Antaranya adalah mewujudkan dua jenis
sekolah rendah, iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan
atau dikenali juga Sekolah Umum yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, dan Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan atau Sekolah Jenis Umum
yang menggunakan bahasa Inggeris, Tamil atau Cina
sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu dan Inggeris
wajib diajarkan di kedua-dua jenis sekolah tersebut.
Para pelajar India dan Cina dari aliran Inggeris
diberikan peluang untuk mempelajari bahasa ibunda
mereka sekiranya memenuhi syarat, iaitu terdapat
sekurang-kurangnya 15 orang pelajar dan mendapat
permohonan daripada ibu bapa pelajar. Guru-guru
yang mengajar di sekolah-sekolah tersebut mestilah
mempunyai kelayakan, iaitu Sijil Sekolah Menengah
Rendah atau mendapat latihan mengajar sekurangkurangnya satu tahun. Kerajaan telah memberi bantuan
kewangan kepada sekolah yang mematuhi garis
panduan yang terkandung dalam Penyata Razak.
Di peringkat menengah, Penyata Razak telah
mengemukakan cadangan penubuhan dua jenis
sekolah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan dan
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. Sekolah
Menengah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar, manakala Bahasa Inggeris
menjadi mata pelajaran wajib. Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan menggunakan bahasa Inggeris, bahasa
Tamil atau bahasa Cina sebagai bahasa pengantar
dan Bahasa Melayu menjadi mata pelajaran wajib.
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 7 7

Sistem pendidikan menengah terbahagi kepada tiga


peringkat, iaitu menengah rendah, menengah atas dan
prauniversiti.
Pada peringkat menengah rendah, para pelajar
akan menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran
(SRP/LCE) yang akan melayakkan mereka belajar di
peringkat menengah atas sehingga Tingkatan Lima.
Para pelajar akan menduduki Sijil Persekutuan Tanah
Melayu yang setaraf dengan Cambridge Overseas
Certificate. Kelulusan sijil tersebut akan digunakan untuk
memasuki prauniversiti, iaitu Tingkatan Enam yang
akan ditempuhi selama dua tahun, sebelum menduduki
Sijil Tinggi Persekolahan yang akan digunakan sebagai
syarat utama kemasukan ke universiti.
Melalui Penyata Razak, bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris wajib diajarkan di semua sekolah
rendah mahupun menengah. Malahan bahasa Melayu
telah digunakan sebagai bahasa kebangsaan untuk
menyatupadukan rakyat Tanah Melayu yang berbilang
kaum. Dengan mengajarkan bahasa Melayu di sekolah,
akan dapat membentuk persefahaman dan perhubungan
yang baik antara kaum, di samping pembentukan sukatan
pelajaran yang sama untuk semua sekolah. Sistem
pendidikan bercorak Tanah Melayu dan dianggap sebagai
asas sistem pendidikan kebangsaan.
Laporan Rahman Talib telah disiapkan oleh Abdul
Rahman bin Haji Talib selaku Menteri Pendidikan pada
ketika itu. Laporan Rahman Talib pada tahun 1960
telah berjaya menambahbaikkan sistem pendidikan
kebangsaan. Laporan tersebut telah membuat kajian
tentang pelaksanaan sistem pendidikan sebelumnya,
kemudian mengemukakan beberapa cadangan. Antara
cadangan yang dikemukakan ialah para pelajar akan
mendapat peluang bersekolah sehingga berumur 15
tahun. Hal ini bererti kenaikan secara automatik di
semua sekolah rendah dan menengah bantuan kerajaan,
mendapat pendidikan di sekolah rendah selama enam
tahun kemudian akan melanjutkan ke sekolah menengah
sehingga tingkatan tiga dan pelajaran di peringkat
sekolah rendah diperoleh secara percuma.
Bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dijadikan
bahasa pengantar di sekolah dan institusi pengajian
tinggi. Hal ini merupakan usaha lanjutan yang
terdapat dalam Laporan Razak yang berusaha untuk
menjadikan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan
antara kaum. Bahasa Melayu turut digunakan untuk
semua peperiksaan awam sama dan di sekolah rendah
mahupun sekolah menengah. Hal ini bererti semua
calon wajib lulus dalam mata pelajaran bahasa Melayu
sebagai syarat memasuki sekolah menengah. Selain
itu, kelas peralihan untuk para pelajar dari sekolah
rendah aliran Tamil dan India selama setahun. Kelas
peralihan tersebut bertujuan untuk memperbaik
penguasaan bahasa Melayu pelajar yang berpindah ke
aliran Melayu atau Inggeris. Di samping itu, Laporan
Rahman Talib mengesyorkan supaya pelajar Tingkatan
Tiga diwajibkan untuk mengambil peperiksaan LCE/
SRP.
Sejarah K2 STPM 2008

4/2/09 11:56:05 AM

Mata pelajaran akhlak turut akan diajarkan di


sekolah. Laporan tersebut mencadangkan supaya
diadakan kemudahan untuk pengajaran Pendidikan
Agama Islam, dengan syarat jumlah pelajar Islam
sekurang-kurangnya 15 orang, manakala para pelajar
bukan Islam akan belajar mata pelajaran Moral. Keduadua mata pelajaran wajib diajarkan di sekolah-sekolah
untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek
ilmu dan kerohanian, manakala mata pelajaran bahasa
Tamil dan Cina akan diajarkan di sekolah sekiranya
terdapat permintaan daripada ibu bapa pelajar.
Bagi membentuk sistem pendidikan kebangsaan
yang lebih mantap, laporan tersebut telah mencadangkan
supaya kurikulum dan semua bentuk peperiksaan
diselaraskan. Laporan tersebut turut mencadangkan
supaya pendidikan teknik dan vokasional diwujudkan
untuk mendedahkan para pelajar kepada perkembangan
bidang teknik dan vokasional. Sebagai menyahut usaha
tersebut, tiga buah institusi teknologi telah dibina
yang masing-masing terdapat di Kuala Lumpur, Ipoh
dan Pulau Pinang. Selain itu, Jemaah-jemaah Nazir di
peringkat negeri dan persekutuan juga ditubuhkan untuk
mengawasi perjalanan pendidikan di sekolah-sekolah.
Kesimpulannya ialah sistem pendidikan yang
diperkenalkan sebaik-baik sahaja Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan sehingga 1961 bertujuan
untuk mewujudkan perpaduan kaum. Dalam usaha
membentuk sistem pendidikan kebangsaan, pandangan
daripada semua kaum diambil kira melalui rundingan
antara kaum. Melalui sistem pendidikan telah
memberikan peluang kepada semua kaum untuk
mendapatkan pendidikan yang seimbang. Malahan
kerajaan telah memberikan bantuan kewangan kepada
semua sekolah. Penyelarasan sistem pendidikan Tanah
Melayu telah membantu mewujudkan perpaduan
kaum. Hal ini jelas terbukti dengan pengajaran Bahasa
Melayu di semua sekolah, selain penyeragaman
kurikulum dan peperiksaan. Laporan Razak dan
Akta Rahman Talib telah menjadi asas pembentukan
sistem pendidikan kebangsaan selepas pembentukan
Malaysia pada tahun 1963.
Bahagian B
SOALAN 7
Sistem pemerintahan beraja merupakan suatu bentuk
kerajaan yang wujud di kebanyakan negara di Asia
sebelum penglibatan kuasa Barat. Raja Thailand
berlandaskan ajaran agama Buddha. Kuasa tertinggi
dalam pemerintahan negara di Thailand dan China
ialah raja atau maharaja. China mengamalkan sistem
maharaja yang berlandaskan ajaran Confucius. Dalam
masyarakat Cina, seorang maharaja dianggap sebagai
wakil tuhan yang diutus. Raja Thailand dan Maharaja
China mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sistem
politik, mahupun sosial dalam masyarakat, selain
mempunyai pengaruh dalam semua hal ehwal di dunia.
Dengan yang demikian, raja bertanggungjawab penuh
ke atas keamanan, kemakmuran serta kesejahteraan
rakyat keseluruhannya.
8

Sejarah K2 STPM 2008

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 8 8

Sistem beraja di Thailand merupakan


kesinambungan daripada beberapa dinasti sebelumnya.
Pemerintahan Dinasti Chakri telah berjaya mengekalkan
kemerdekaan Thailand daripada penguasaan penjajah
Barat. Sistem pemerintahan beraja Thailand adalah
berkuasa mutlak. Ajaran agama Hindu-Buddha
meletakkan raja mempunyai kuasa mutlak tanpa boleh
dipersoalkan. Dalam hal yang demikian, raja dianggap
sebagai keturunan dewa dan mempunyai darah putih.
Mereka dikaitkan dengan dewa atau tuhan yang
dikenali sebagai devaraja. Konsep devaraja melihat
raja sebagai bayangan tuhan. Hak seorang pemerintah
berasaskan bun rami atau kuasa akhlak dan kebolehan
peribadi. Seseorang yang ingin menjadi raja tidak
semestinya berasal daripada dinasti yang pernah
memerintah, tetapi memaparkan bun rami dan kebolehan
yang luar biasa. Seorang raja berhak memerintah selagi
masih mempunyai bun rami.
Di samping itu, dalam bidang politik raja
memainkan peranan penting, iaitu memelihara
perpaduan dalam kalangan masyarakat. Dalam masa
yang sama merupakan alat untuk mengawal sistem
pentadbiran negara. Lebih penting lagi raja mempunyai
penguasaan yang cukup besar terhadap sumber tenaga
manusia. Sebagai contoh, Raja Mongkut merupakan
raja yang berjaya mengelakkan Thailand daripada
dijajah oleh kuasa asing melalui kebijaksanaannya.
Beliau mengamalkan dasar diplomasi dengan kuasakuasa Barat untuk mengekalkan kemerdekaan dan
kedaulatan Thailand.
Selain itu, dalam sistem ekonomi, abad ke-19
merupakan tempoh kuasa besar giat meluaskan
pengaruh mereka di Asia Tenggara. Raja Thailand
telah mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kuasa
Barat. Contohnya, pada tahun 1824 kerajaan Thailand
dan British telah menandatangani suatu perjanjian yang
membolehkan Thailand memperoleh pengiktirafan
daripada British untuk menguasai Negeri-negeri Melayu.
Thailand telah mengamalkan dasar pintu terbuka untuk
mendapatkan hasil dagangan daripada negara luar. Hal
ini telah dilakukan semasa pemerintahan Raja Rama III.
Sistem pemerintahan beraja di Thailand, terutama
dalam aspek sosial memperlihatkan perubahan ketara
semasa pemerintahan Raja Mongkut. Beliau telah
mengubah adat istiadat seperti upacara meminum air
ketaatan. Pemerintah Mongkut telah mengubah suai
beberapa adat lain seperti membenarkan rakyat melihat
wajah raja dapat merapatkan golongan rakyat dengan
pemerintah.
Selain itu, Raja Chulalongkorn merupakan seorang
raja yang berwibawa. Beliau telah mendapat pendidikan
tradisional dan pendidikan Barat. Faktor ini telah
membantu Raja Chulalongkorn dalam kejayaan
pemerintahan beliau. Chulalongkorn telah melakukan
pengubahsuaian dalam adat tempatan seperti
menghapuskan adat menunduk kepala semasa
berhadapan dengan raja. Selain itu, beliau juga
menghapuskan amalan perhambaan, memberikan
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

4/2/09 11:56:06 AM

kebebasan beragama, membahagikan Thailand kepada


18 monthon dan setiap monthon dibahagikan kepada
beberapa maung.
Maharaja bertindak sebagai ketua negara dalam
pemerintahan China. Hal ini menunjukkan bahawa
maharaja memiliki kuasa mutlak. Kuasa mutlak
maharaja jelas dalam penggubalan undang-undang
kerajaan. Undang-undang yang digubal oleh maharaja
adalah untuk menjaga kestabilan negara dan melicinkan
pentadbiran kerajaan. Malahan undang-undang yang
digubal oleh maharaja bertujuan untuk mengukuhkan
kedudukannya dalam sistem politik negara. Hal ini
diperkuat dengan anggapan bahawa rakyat tidak berhak
untuk mempersoalkan segala bentuk undang-undang
yang digubal oleh maharaja.
Dalam bidang kehakiman, maharaja China
bertanggungjawab mengadili setiap kes yang
dilaporkan, malahan maharaja akan menjatuhkan
hukuman ke atas setiap pesalah, terutama yang
melibatkan kesalahan yang membawa kepada
hukuman mati. Dalam masyarakat China, keadilan
seorang maharaja sangat diutamakan kerana mereka
percaya bahawa maharaja merupakan pelindung
kepada masyarakat bawahan.
Negara China yang sangat luas telah mengundang
pemberontakan dan peluasan kuasa oleh bangsa lain,
terutama Mongol. Oleh yang demikian, maharaja
mestilah seorang yang mempunyai pengetahuan
yang tinggi dalam bidang ketahanan dan pertahanan.
Maharaja merupakan seorang ketua dalam ketenteraan.
Walaupun maharaja tidak terlibat secara langsung
di medan perang, tetapi semua keputusan berkaitan
dengan peperangan ditentukan oleh maharaja seperti
mengisytiharkan perang dan juga perdamaian. Dalam
hal yang lebih penting lagi maharaja yang berkaliber dan
disanjung oleh rakyatnya mestilah bertanggungjawab
menjaga dan mampu mengekalkan keamanan serta
keselamatan rakyat dan negara China.
Memandangkan maharaja dalam masyarakat
China dianggap sebagai anak tuhan atau wakil tuhan,
seseorang maharaja akan mengetuai semua upacara
keagamaan. Malahan terdapat tempat-tempat suci
di dalam istana maharaja yang tidak boleh dimasuki
oleh orang lain selain maharaja. Terdapat perayaan
keagamaan yang dilaksanakan mestilah mendapat
perkenan dan dimulai oleh maharaja.
Dalam bidang ekonomi, maharaja menguasai
segala hal ehwal ekonomi dan kekayaan negara.
Malahan semua tanah pertanian merupakan kepunyaan
maharaja yang diusahakan oleh rakyat jelata. Kegiatan
perdagangan mestilah dijalankan dengan kebenaran
maharaja. Hubungan perdagangan dengan negara luar
mestilah mendapat restu daripada maharaja. Oleh yang
demikian, ibu kota dijadikan pusat kegiatan ekonomi.
Maharaja juga berusaha untuk memastikan
kemakmuran ekonomi rakyat sentiasa terjamin. Hal
ini terbukti apabila maharaja memberi bantuan kepada
rakyat yang mengalami masalah bencana alam seperti
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 9 9

banjir atau kemarau. Maharaja akan sentiasa memberi


bantuan berupa makanan dan pakaian kepada mangsa
bencana alam.
Maharaja juga mempunyai kuasa untuk
menentukan segala bentuk dan jumlah cukai yang akan
dikenakan kepada rakyatnya. Maharaja telah melantik
para pembesar untuk menjalankan semua kegiatan
ekonomi, terutama pemungutan cukai, perdagangan
dan sebagainya. Dalam bidang sosial, maharaja
bertanggungjawab penuh terhadap keamanan dan
kesejahteraan rakyat. Sekiranya seseorang maharaja
gagal memerintah negara, beliau akan digulingkan
oleh rakyat. Menurut kepercayaan masyarakat Cina,
seseorang maharaja gagal dalam pemerintahannya
apabila berlaku malapetaka dalam negara seperti banjir,
kemarau dan sebagainya. Oleh itu, rakyat jelata berhak
menggulingkan pemerintahan kerajaan tersebut.
Sebelum kedatangan Barat, sistem pemerintahan
beraja di Thailand dan China merupakan tunjang
kehidupan politik bagi negara tersebut. Raja berada
di lapisan tertinggi dalam masyarakat dan dipandang
sangat mulia oleh rakyatnya. Pengaruh dan kekuasaan
raja di Thailand semakin berkurangan serta tercabar
setelah golongan intelektual memperkenal sistem
pemerintahan raja berperlembagaan. Manakala sistem
beraja di China mengalami kemerosotan setelah
campur tangan pihak Barat, terutama British. Kuasa
raja juga tergugat dengan penentangan yang dilakukan
oleh rakyat tempatan. Sistem maharaja di China telah
berakhir setelah pengaruh komunis menguasai sistem
politik di negara tersebut.
SOALAN 8
Pada abad ke-19, kawasan Asia Tenggara menjadi
tumpuan para imigran India dan Cina. Antara negara
yang menjadi tumpuan imigran India dan Cina ialah
Myanmar dan Indonesia. Kemasukan para imigran ke
negara-negara tersebut kerana banyak peluang pekerjaan
dan ekonomi. Selain itu, pihak Barat turut memberi
galakan kemasukan para imigran sebagai sburuh
kasar yang murah. Orang-orang India di Myanmar
telah berjaya menguasai bidang ekonomi. Sebahagian
besar mereka terdiri daripada pemodal dan tuan-tuan
tanah. Orang Cina yang berada di Indonesia turut
berjaya menguasai perekonomian tempatan sehingga
menimbulkan perasaan anti-Cina di Indonesia.
Imigran India di Myanmar telah bermula
dengan pesat pada abad ke-19 apabila British berjaya
menguasai Myanmar. British telah membawa masuk
orang India ke Burma untuk dijadikan buruh kasar,
khususnya di ladang pertanian dan perkilangan milik
British. Buruh-buruh India dibayar dengan gaji yang
murah, malahan kos pengangkutan untuk membawa
imigran India rendah kerana jarak antara Myanmar
dengan India adalah dekat. Kedatangan orang India
ke Myanmar telah menyebabkan perkembangan
dalam bidang ekonomi, khususnya penanaman padi.
Buruh-buruh India diguna untuk membuka kawasan
Sejarah K2 STPM 2008

4/2/09 11:56:06 AM

penanaman padi yang baru. Dengan menggunakan


buruh India, keluasan kawasan penanaman padi
bertambah daripada 6 juta ekar kepada 8 juta ekar
menjelang abad ke-20. Selain itu, buruh India turut
digunakan ketika musim menuai padi.
Selepas Perang Dunia Kedua, orang India di
Myanmar mulai menguasai perekonomian, tetapi
bukan sebagai buruh. Mereka muncul sebagai pemilik
perusahaan, khususnya pertanian. Mereka memiliki
tanah-tanah pertanian yang luas dan mampu bersaing
dengan pengusaha tempatan. Orang India menjadi
golongan Chetti yang menguasai ekonomi Myanmar.
Golongan ini bertindak sebagai pemiutang kepada
para petani. Dalam hal ini, petani akan mencagarkan
tanah mereka kepada Chetti. Akhirnya golongan ini
memiliki banyak tanah apabila petani tidak dapat
membayar hutang. Golongan Chetti India telah
berjaya menguasai ekonomi Burma, terutama tentang
pemilikan tanah pertanian.
Penghijrahan orang Cina ke Indonesia
mendatangkan kesan yang besar terhadap ekonomi.
Pada peringkat awal, orang Cina hanya menjadi buruh
kasar di estet milik Belanda. Menjelang pertengahan
abad ke-19, orang Cina telah menceburkan diri dalam
pelbagai aktiviti ekonomi, terutama perdagangan.
Misalnya mereka menjalankan perniagaan, perjudian
dan pengangkutan feri. Orang-orang Cina telah
berjaya menguasai ekonomi Indonesia, bahkan mereka
memiliki kekayaan yang melebihi penduduk peribumi
Indonesia. Oleh yang demikian, sebilangan besar
orang Cina terlibat dalam perniagaan, iaitu kira-kira
37 peratus daripada jumlah orang Cina di Indonesia.
Bagi menjamin dan melindungi perniagaan mereka,
mereka telah menubuhkan Dewan Perniagaan Cina,
Indonesia pada tahun 1908.
Kehadiran orang Cina di Indonesia turut memberi
kesan terhadap sistem pendidikan di negara tersebut.
Sama halnya di tempat-tempat lain, orang Cina akan
menjalankan kegiatan pendidikan untuk anak-anak
mereka. Sekolah Cina telah wujud di Indonesia sekitar
tahun 1909. Walau bagaimanapun, sekolah tersebut
menggunakan kurikulum Belanda. Perkembangannya
tidak begitu memberangsangkan kerana tidak dibuka
sepenuhnya untuk anak-anak orang Cina. Perkembangan
sekolah-sekolah Cina-Belanda di Indonesia mendapat
bantahan daripada kerajaan China dan Persatuan Cina
Seberang Laut. Belanda berusaha untuk menyekat
pengaruh sekolah-sekolah Cina kerana ingin
mengurangkan penguasaan orang Cina di Indonesia.
Orang-orang Cina terlibat secara langsung dalam
bidang pentadbiran. Apabila Belanda mewujudkan
Volksraad pada tahun 1918, orang-orang Cina
memainkan peranan penting dalam dewan perwakilan
tersebut. Terdapat kira-kira lima orang Cina dalam
dewan perwakilan untuk menyuarakan hak dan
kepentingan mereka. Selain itu, orang-orang Cina
telah menjadi tenaga kerja profesional seperti doktor
dan guru.
10

Sejarah K2 STPM 2008

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 10 10

Orang Cina juga terlibat dalam gerakan


nasionalisme di Indonesia, tetapi lebih menjurus kepada
perkembangan nasionalisme di negara asal, iaitu
China. Perjuangan nasionalisme di China memberikan
pengaruh terhadap kesedaran kebangsaan orang
Cina di Indonesia. Hal ini terbukti dengan wujudnya
pertubuhan seperti Persatuan Orang Cina dan Kelab
Pengembara Nanyang. Pertubuhan-pertubuhan tersebut
giat menganjurkan kempen kesedaran dalam kalangan
orang Cina. Malahan mereka telah menerbitkan beberapa
buah akhbar berbahasa Cina seperti Li Po, Chabar
Perniagaan dan Jawa Tengah. Walau bagaimanapun,
Belanda telah menyekat kegiatan politik orang Cina
kerana bimbang mereka akan membentuk kerjasama
dengan golongan nasionalis Indonesia.
Kesimpulannya, kewujudan masyarakat majmuk
di Myanmar dan Indonesia pada abad ke-19 banyak
dipengaruhi oleh sistem perekonomian. Golongan
imigran berlumba-lumba untuk mendapatkan peluang
ekonomi yang tersedia di Myanmar dan Indonesia.
Tambahan pula, penjajah British di Myanmar dan
Belanda di Indonesia memberi kebenaran kepada para
imigran untuk masuk ke negara tersebut. Kemasukan
masyarakat majmuk ke Myanmar dan Indonesia telah
menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan
bangsa Myanmar dan Indonesia. Golongan imigran
telah menguasai ekonomi dan politik negara tersebut.
Situasi tersebut telah menyebabkan perasaan tidak
puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.
SOALAN 9
Pada abad ke-19, negara-negara di Asia mengalami
perkembangan sistem pendidikan, terutama setelah
kedatangan kuasa-kuasa Barat. Sistem pendidikan
di Filipina telah lama bermula sebelum kedatangan
bangsa Sepanyol dan Amerika Syarikat. Perkembangan
sistem pendidikan berlaku dengan pesat setelah campur
tangan Barat. Di Jepun pula, pendidikan mengalami
perkembangan yang pesat ke arah pemodenan negara
Jepun.
Sistem pendidikan di Filipina sebelum kedatangan
Sepanyol merupakan campuran antara akademik dengan
pertukangan. Murid-murid diajarkan membaca, menulis,
membuat kira-kira, muzik, agama dan adat. Muridmurid diajarkan menjadi pahlawan, pemburu, peladang,
nelayan, pelombong dan pembuat kapal. Walau
bagaimanapun, pendidikan tersebut dilaksanakan secara
tidak formal sahaja.
Perkembangan sistem pendidikan di Filipina
selepas penjajahan Sepanyol lebih berkaitan dengan
bahasa Sepanyol. Hal ini berkaitan dengan usaha untuk
menyebarkan agama Kristian dalam kalangan penduduk
Filipina. Sepanyol mengajarkan bahasa Sepanyol supaya
orang Filipina akan meninggalkan amalan-amalan tradisi
dan kemudian menganut agama Kristian.
Pendidikan rendah di Filipina telah didirikan di
Cebu pada tahun 1565. Pendidikan menengah telah
dimajukan di Filipina oleh orang Jesuit. Mereka telah
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

4/2/09 11:56:07 AM

mendirikan beberapa buah kolej perempuan di Manila.


Malahan pada tahun 1611, orang Dominica telah
mendirikan Universiti Santo Thomas yang merupakan
universiti tertua di Asia Tenggara.
Pada abad ke-19, barulah banyak peluang
pendidikan diberikan kepada penduduk tempatan
Filipina. Malahan golongan berfahaman liberal di
Filipina telah meluaskan sistem pendidikan untuk
penduduk Filipina. Pada tahun 1863, sistem pendidikan
yang baru telah diperkenalkan di Filipina. Berdasarkan
dasar tersebut, kerajaan Sepanyol mestilah mendirikan
sebuah sekolah lelaki dan sebuah sekolah perempuan
di setiap pueblo (daerah). Kanak-kanak lelaki dan
perempuan mesti bersekolah. Golongan miskin tidak
dikenakan sebarang bayaran. Paderi daerah mestilah
menjadi inspektor tempatan untuk memastikan sistem
pendidikan tersebut dipatuhi.
Selain itu, guru-guru hendaklah mengajarkan
bahasa Sepanyol kepada murid-murid. Walau
bagaimanapun, terlalu sedikit yang menggunakan
bahasa Sepanyol. Guru-guru dibayar gaji yang sangat
rendah. Oleh yang demikian, tidak ramai yang ingin
menjadi guru. Sistem tersebut tidak berjaya mencapai
matlamatnya.
Oleh yang demikian, pada tahun 1865, kerajaan
Sepanyol telah mendirikan sekolah untuk melatih guruguru. Walaupun tidak mendapat sokongan daripada
rakyat Filipina, tetapi ianya telah memberikan banyak
ruang kepada golongan pertengahan kaya di Filipina
untuk memberi pendidikan yang tinggi kepada anakanak mereka. Menjelang pertengahan abad ke-19,
Sepanyol telah mendirikan kira-kira 2150 buah sekolah
dengan 200 000 orang murid di seluruh Filipina.
Pada masa tersebut, pendidikan di Filipina, terutama
pendidikan untuk kaum wanita adalah yang paling maju
di Asia Tenggara.
Perkembangan sistem pendidikan Jepun pula
telah mengalami perkembangan yang pesat semasa
pemerintahan Maharaja Meiji pada tahun 1872.
Kerajaan Meiji telah memperkenal sistem pendidikan
yang moden. Sistem pendidikan Jepun dirangka
untuk membina sebuah negara yang kuat dan maju.
Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun
1871. Pendidikan rendah Jepun berasaskan model
Amerika Syarikat. Pendidikan rendah selama tiga tahun
mulai diwajibkan pada tahun 1880 dan seterusnya
dilanjutkan kepada enam tahun pada tahun 1907.
Selepas pendidikan rendah, terdapat pendidikan
menengah selama lima tahun, pendidikan tinggi selama
tiga tahun serta pendidikan universiti selama tiga atau
empat tahun. Sistem pendidikan Jepun mewajibkan
semua anak lelaki dan perempuan yang berumur enam
hingga 14 tahun bersekolah tanpa sebarang bayaran.
Malahan kerajaan Meiji turut memberi kebenaran
kepada guru-guru swasta dan paderi Kristian Amerika
Syarikat mendirikan sekolah menengah. Pada tahun
1890, Maharaja Meiji telah mengeluarkan prinsip
berkaitan dengan pendidikan, iaitu semua rakyat
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 11 11

Jepun mestilah berbakti kepada orang tua, mencintai


keluarga, menuntut ilmu, memelihara kesenian dan
meningkatkan kepandaian intelektual, dan mengorbankan
diri untuk negara.
Pada zaman kemuncak pendidikan Jepun,
terdapat Universiti Tokyo yang ditubuhkan pada tahun
1877. Kerajaan Meiji seterusnya telah menubuhkan
beberapa buah universiti imperial seperti Kyoto 1897,
Kyoshu 1910 dan Hokkaido 1918.
Pelajaran teknikal juga dititikberatkan dengan
menubuhkan beberapa buah maktab teknikal. Oleh yang
demikian, sistem pendidikan Jepun telah membekalkan
teknikal yang perlu untuk pembangunan kebendaan.
Pelajar-pelajar Jepun dihantar ke Britain, Jerman,
Perancis dan Amerika Syarikat. Sistem pendidikan
tersebut telah membantu proses pemodenan Jepun.
Malahan beberapa pemimpin kerajaan Meiji
seperti Ito, Inoue dan Yamagata yang bertanggungjawab
dalam pemodenan Jepun telah mendapat pendidikan
Barat di luar negara. Sifat-sifat orang Jepun seperti
rajin bekerja, kepentingan nasional yang melampaui
kepentingan peribadi dan keluarga serta kesediaan
menerima kebudayaan asing telah memainkan peranan
penting dalam usaha pemodenan sistem pendidikan
dalam proses kemajuan negara Jepun.
Kesimpulannya, perkembangan sistem pendidikan
di Filipina dan Jepun pada abad ke-19 mengalami
banyak perbezaan. Usaha pendidikan yang dilakukan
di Filipina banyak dilaksanakan oleh bangsa Sepanyol
sebagai penjajah negara tersebut. Oleh yang demikian,
kandungan sistem pendidikannya lebih menekankan
sistem pendidikan Sepanyol. Di Jepun, sistem
pendidikan dilaksanakan oleh Maharaja Meiji untuk
memajukan bangsa dan negara. Sistem pendidikannya
mengutamakan pemodenan, terutama yang berkaitan
dengan ilmu Barat. Sistem pendidikan di keduadua buah negara telah berjaya melahirkan golongan
intelektual.
SOALAN 10
Partai Nasional Indonesia (PNI) telah ditubuhkan pada
4 Julai 1927 oleh ahli-ahli Kelab Pendidikan Bandung.
Parti Nasional Indonesia dipimpin oleh tokoh-tokoh
nasionalis utama seperti Ir. Sukarno sebagai ketua,
Sartono, Iskaq, Budiarto, Sunario dan sebagainya.
Penduduk di Indonesia telah bangun menentang
pihak penjajah di negara masing-masing. Rakyat di
kedua-dua buah negara berasa tidak puas hati dengan
dasar penjajahan yang menindas rakyat melalui dasar
politik dan ekonomi. Bagi Indonesia, penubuhan Parti
Nasional Indonesia telah menyemarakkan semangat
nasionalisme terhadap penjajah Belanda. Kongres
Kebangsaan India telah ditubuhkan pada tahun 1855,
oleh golongan terpelajar. Melalui kongres kebangsaan
India golongan nasionalis mendesak pentadbiran
British supaya memperbaik taraf hidup rakyat India.
Kongres tersebut menuntut persamaan hak dalam
perkhidmatan awam India.
Sejarah K2 STPM 2008

11

4/2/09 11:56:07 AM

PNI merupakan sebuah parti massa sekular yang


popular di Indonesia. Tujuan penubuhan PNI adalah
untuk menyatukan rakyat Indonesia dan mengamalkan
cara tidak bekerjasama dengan Belanda. Selain itu,
PNI melaungkan perpaduan nasional dan berdikari
tanpa bergantung pada pihak luar untuk mencapai
kemajuan bangsa Indonesia. PNI menyeru para pegawai
Indonesia supaya memboikot persidangan Volskraad
dan Perkhidmatan Awam Indonesia.
Ir. Sukarno sebagai tulang belakang pergerakan dan
perjuangan PNI telah berjaya memainkan peranannya.
Sememangnya Sukarno memiliki karisma dan kebolehan
untuk menyatukan dan menyedarkan rakyat Indonesia
untuk bangkit menentang pihak penjajah. Beliau telah
berjaya menyatukan penduduk Indonesia di Pulau Jawa
dan pulau-pulau lain. Selain itu, PNI memainkan peranan
penting untuk mengukuhkan kesatuan-kesatuan sekerja
dan membangunkan ekonomi rakyat. Pendidikan yang
bersifat nasional turut diberikan perhatian oleh PNI,
misalnya mewujudkan sekolah-sekolah Taman Siswa.
PNI telah berjaya menyatukan golongan muda
Indonesia supaya menyokong perjuangannya. Oleh yang
demikian, pergerakan pemuda PNI telah menganjurkan
Kongres Pemuda yang menghasilkan Sumpah Pemuda
pada 28 Oktober 1928. Melalui slogan Satu Negara,
Satu Bangsa dan Satu Bahasa, maka perjuangan
PNI berjaya menyatukan parti di Indonesia sehingga
terbentuk Parti Indonesia Raya. Bagi memantapkan lagi
perjuangan PNI untuk mencapai kemerdekaan Indonesia,
Sukarno telah berusaha menyatukan semua pertubuhan
politik. Tujuan Sukarno bertindak sedemikian adalah
untuk mewujudkan perpaduan nasional. Dengan itu,
terbentuklah Permuafakatan Parti Politik Kebangsaan
Indonesia (PPPKI) pada tahun 1928.
PNI telah muncul sebagai sebuah parti yang paling
berpengaruh di Indonesia dengan keanggotaannya
mencapai 10 000 orang menjelang Mei 1929. PNI
telah berjaya menarik semua kaum yang terdapat di
Indonesia sebagai anggotanya. Oleh sebab PNI begitu
popular dalam kalangan rakyat dan perjuangannya yang
anti-Barat, khususnya Belanda maka Belanda telah
mengharamkan penerbitan akhbar Persatuan Indonesia
yang menjadi lidah rasmi PNI. Malahan kelantangan
Sukarno dan beberapa orang pemimpin utama PNI
mengkritik Belanda menyebabkan mereka ditangkap
oleh Belanda. Penangkapan Sukarno telah menyebabkan
perpecahan dalam parti yang menyaksikan wujud
PPPKI dan PNI. Selain itu, wujud beberapa parti baru
yang merupakan serpihan daripada PNI, iaitu Parti
Indonesia, Parti Rakyat Indonesia dan Kelab Pendidikan
Nasional Indonesia. Bagi melenyapkan perjuangan
PNI, Belanda telah mengharamkan parti tersebut pada
tahun 1929. Dengan itu, berakhirlah perjuangan Parti
Nasional Indonesia.
Kongres Kebangsaan India merupakan cetusan
ilham Allan Octavian Hume bersama-sama dengan
50 orang mahasiswa Universiti Calcutta. Tujuan asal
penubuhannya adalah untuk membawa perubahan
12

Sejarah K2 STPM 2008

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 12 12

dalam semua aspek seperti politik, sosial dan


pemikiran masyarakat India. Mereka melihat bahawa
kemunduran rakyat India berpunca daripada pemikiran
yang masih kolot. Justeru, mereka telah mengadakan
persidangan rasmi pada 30 Disember 1855, yang telah
dihadiri oleh 74 orang perwakilan.
Pertemuan tersebut telah memutuskan beberapa
perkara penting yang menjadi asas perjuangan
nasionalisme India kemudiannya. Dalam perjuangan
nasionalisme bersifat sederhana, kongres telah
menggariskan beberapa perkara penting yang mesti
diperjuangkan demi kemajuan negara India. Antaranya,
kongres menuntut supaya rakyat India diberi peluang
untuk menganggotai Majlis Pusat dan Majlis
Perundangan. Pihak British telah memonopoli
keanggotaan majlis-majlis di India menyebabkan
rakyat India tidak mempunyai saluran untuk
mengemukakan pendapat. Selain itu, kongres menuntut
supaya taraf pendidikan rakyat India diperhatikan
oleh British. Kongres juga menuntut supaya jawatanjawatan penting dalam kerajaan diberikan kepada
rakyat India yang berkelayakan. Hal ini kerana terlalu
sedikit kakitangan awam daripada kalangan rakyat
India. Kongres mendesak pihak British mengurangkan
perbelanjaan ketenteraan kerana terlalu banyak wang
digunakan dalam pertahanan.
Pemerintahan British diminta untuk memenuhi
semua tuntutan pihak kongres. Hal ini terbukti dengan
keanggotaan orang India dalam Majlis Perundangan
pada tahun 1892. Perkara ini juga bererti rakyat India
memberi pendapat dan berbincang tentang hal ehwal
pemerintahan negara seperti belanjawan dan dasardasar negara serta kebajikan rakyat India.
Pihak Kongres Kebangsaan India terus mendesak
pemerintah British supaya melaksanakan semua
tuntutannya. Akibat desakan daripada pihak kongres,
British melalui Wizurai Lord Curzon telah membuat
beberapa pembaharuan penting seperti mengurangkan
cukai petani dan memanjangkan tempoh pembayaran
untuk petani yang menghadapi masalah kewangan.
Selain itu, sektor pertanian diberikan perhatian yang
serius oleh kerajaan dengan pembinaan Jabatan Pertanian
dan memperbaiki sistem pengairan. Contohnya, kawasan
pertanian yang mempunyai kemudahan pengairan
meliputi 6.5 juta ekar, khususnya di wilayah Pusa. Aspek
pertahanan turut diperkukuhkan, contohnya penempatan
pasukan tentera di bahagian Barat Laut India, selain
menggunakan tentera tempatan untuk mengawal wilayah
tersebut. Perkhidmatan pengangkutan telah dimajukan
dengan pembinaan kira-kira 8 ribu km jalan kereta api.
Walau bagaimanapun, Kongres Kebangsaan India
masih tidak berpuas hati kerana terdapat kepincangan
dan diskriminasi dalam pemerintahan British. Hal ini
terbukti dengan penentangan yang dilakukan oleh
beberapa orang pemimpin kongres. Contohnya, Bol
Gangadhar Jilak dan Gopal Krishna Gokhale yang
berusaha untuk membela nasib golongan miskin dan
menuntut kemerdekaan India.
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

4/2/09 11:56:08 AM

Kesimpulannya, Partai Nasional Indonesia dan


Kongres Kebangsaan India telah berjaya menyatukan
penduduk di negara masing-masing. Pendudukan
Belanda di Indonesia telah ditentang oleh pemimpin
nasionalis Indonesia, perjuangan melalui parti politik
tersebut telah mendapat sambutan rakyat Indonesia.
Sedangkan Kongres Kebangsaan India merupakan
parti yang berjaya membentuk kerjasama antara
penganut agama Hindu dengan Islam. Mereka telah
berjaya mendesak penjajah British supaya melakukan
pembaharuan di negara India. Tidak dapat dinafikan
bahawa Partai Nasional Indonesia dan Kongres
Kebangsaan India telah menjadi penggerak penting
terhadap usaha-usaha mencapai kemerdekaan Indonesia
dan India daripada penjajah Belanda dan British.
SOALAN 11
Negara Jepun dan China telah mengubah dasar
negara untuk membawa kemajuan terhadap negara
masing-masing. Golongan berpendidikan Barat telah
menggunakan idea-idea moden. Di China, banyak
gerakan pembaharuan dilancarkan untuk memajukan
negara tersebut, antaranya Pembaharuan 100 Hari dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, dasar perubahan
tersebut tidak berjaya membawa sebarang kemajuan
yang bermakna terhadap negara China. Sebilangan
besar penduduknya masih bersikap konservatif dan
enggan menerima perubahan, terutama idea-idea
Barat. Keadaan tersebut berbeza jika dibandingkan
dengan penduduk Jepun yang sentiasa menerima
perubahan. Tambahan pula, peranan yang dimainkan
oleh Maharaja Meiji telah menaikkan semangat
rakyatnya untuk mencapai kemajuan.
Kejayaan Jepun membangunkan negaranya
disebabkan oleh kepimpinan Maharaja Meiji yang
mendapat sokongan daripada sebilangan besar
rakyatnya. Beliau seorang maharaja yang amat dihormati
oleh rakyat Jepun. Beliau berusaha untuk memajukan
negara Jepun dengan menggunakan idea Barat.
Tambahan pula, beliau berusaha untuk mengelakkan
penjajahan Barat, terutama Amerika Syarikat. Dengan
menjalin hubungan dengan Barat akan mengurangkan
ketegangan. Selain itu, beliau telah melakukan
perubahan pentadbiran dengan menggunakan golongan
muda yang berpendidikan Barat. Golongan tersebut
dikenali sebagai Oligarki Meiji. Antara pemimpin yang
terlibat dalam usaha pemodenan Jepun ialah Okubo
Toshimichi, Kido Koin, Ho Hirobumi dan sebagainya.
Golongan tersebut digambarkan sebagai sangat setia
terhadap kepimpinan Meiji dan menjalankan semua
dasar atas nama maharaja.
Di samping itu, pemerintahan dan pentadbiran
negara Jepun turut mengalami pemodenan. Sistem
pemerintahan tradisional telah digantikan dengan
pemerintahan bercorak Barat. Sebaik sahaja Meiji
menerajui tampuk pemerintahan Jepun, beliau telah
menghapuskan sistem feudal yang telah diamalkan
kira-kira 1000 tahun lamanya. Hal ini bererti sebuah
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 13 13

kerajaan pusat telah dibentuk dan mewujudkan sistem


pemerintahan yang seragam di seluruh negara. Beliau
telah membentuk kerajaan pusat yang terdiri daripada
tiga buah jabatan utama. Pertama, Jabatan Kepala
Negara (Sosai) yang terdiri daripada Putera Diraja,
Arisugawa. Kedua, Jabatan Pembesar-pembesar Kelas
Utama (Gigo) yang dianggotai oleh Kuge dan daimyo
utama, dan Jabatan Pembesar-pembesar Kelas Kedua
(Sanyo) yang mengandungi lima orang pembesar
istana dan 15 orang samurai.
Jepun berjaya dengan dasar pembangunan kerana
mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Jepun
telah berjaya membangunkan ekonominya. Abad ke-19
merupakan zaman permulaan Revolusi Perindustrian
di negara tersebut. Antara perindustrian terawal
yang dimajukan ialah tekstil, kaca, kertas, simen dan
barangan elektrik. Perkembangan seterusnya telah
berjaya melahirkan golongan penguasa yang memiliki
perdagangan raksasa, iaitu Mitsubishi, Mitsui dan Yasuda.
Sementara itu, sistem mata wang yang standard untuk
negara Jepun telah diwujudkan, iaitu Yen yang diiktiraf
sebagai mata wang Jepun. Selain itu, penubuhan bank
kebangsaan, iaitu Bank of Japan atau Nippon Ginko telah
ditubuhkan pada tahun 1882. Perkembangan seterusnya
memperlihatkan kesungguhan Jepun untuk memajukan
perindustriannya dengan menghantar para pelajarnya ke
Barat untuk mempelajari pelbagai teknologi.
Dengan perubahan yang dapat diterima oleh semua
lapisan penduduk Jepun, kestabilan dan keamanan dalam
negara dapat dikekalkan. Semua pihak, terutama golongan
feudal kehilangan kuasa dan wilayah pentadbiran, tetapi
mereka tidak menimbulkan sebarang penentangan.
Keadaan tersebut disebabkan oleh semangat kebangsaan
yang tinggi dalam kalangan mereka. Mereka taat dan setia
terhadap maharaja. Pihak asing yang berada di Jepun turut
mengiktiraf pemodenan negara Jepun. Malahan pihak
Barat telah membuat penyemakan terhadap perjanjianperjanjian mereka untuk mengekalkan hubungan baik
dengan Jepun. Contohnya, pada tahun 1894 Britain telah
mengiktiraf pemodenan Jepun. Menjelang tahun 1911,
Jepun mempunyai taraf yang sama dengan kuasa-kuasa
besar Barat.
Kegagalan pembaharuan di China disebabkan
oleh kelemahan kepimpinan dan wujud semangat
kewilayahan yang menyekat kemajuan. Terdapat
pemimpin gerakan pembaharuan yang tidak
mempunyai kebolehan. Selain itu, mereka tidak
mempunyai semangat kebangsaan. Mereka berjuang
untuk kepentingan wilayah masing-masing. Malahan
para pemimpin tidak mempunyai ilmu pengetahuan
dan buta huruf. Contohnya, dalam Gerakan Taiping
pemimpin seperti Hung Jen Kau seorang yang tidak
berdisiplin dan tidak bermoral, iaitu suka berfoya-foya
dengan banyak perempuan, iaitu kira-kira 300 orang.
Selain itu, tidak wujud kerjasama antara wilayah untuk
menjayakan perjuangan. Contohnya, dalam gerakan
Pembaharuan 100 Hari, wilayah seperti Shantung,
Canton, Szechuan dan Nangking menentang gerakan
Sejarah K2 STPM 2008

13

4/2/09 11:56:09 AM

tersebut. Hal ini menyebabkan Gerakan Pembaharuan


tidak berjaya tanpa kerjasama daripada rakyat China
keseluruhannya.
Di samping itu, China menghadapi ancaman
imperialisme Barat dan Jepun. China terlibat dengan
dua kali insiden peperangan dengan Britain, iaitu
Perang Candu I dan II. Kekuatan tentera sekutu telah
melemahkan tentera China yang kekurangan dari
aspek persenjataan. Gerakan penentangan terhadap
kuasa-kuasa Eropah, khususnya British menghadapi
kegagalan akibat kekurangan senjata. Contohnya, dalam
Pemberontakan Boxer, mereka mengalami kekalahan
kerana tidak mempunyai senjata yang lengkap.
Kesempatan tersebut telah digunakan oleh pihak
British untuk melemahkan rakyat China. Selain itu,
China menghadapi ancaman dari Jepun yang berusaha
untuk mengembangkan kekuasaannya di Tanah Besar
China. Hal ini terbukti dengan beberapa siri peperangan
dengan Jepun. Perang China-Jepun berlaku pada tahun
1894 yang mengakibatkan China mengalami kekalahan
teruk. Serangan Jepun ke atas China telah dilakukan
lagi pada tahun 1937 yang sekali gus telah melemahkan
sistem pemerintahan negara tersebut.
Negara China menghadapi masalah kekurangan
sumber ekonomi akibat dikuasai oleh pihak asing.
Setelah kekalahan China dalam dua siri peperangan
dengan British dan Jepun, sumber ekonomi khususnya
perdagangan telah dikuasai oleh mereka. Contohnya,
perniagaan tradisional China mengalami kemerosotan
akibat kehadiran ekonomi moden. Selain itu, sumber
ekonomi seperti pertukangan turut mengalami
persaingan dengan industri Barat yang lebih canggih.
Dengan kekurangan sumber ekonomi, pembaharuan
yang dilaksanakan mengalami kegagalan dana
yang terhad. Tambahan pula, pihak Barat telah
mempengaruhi sistem percukaian yang dikenakan
oleh pemerintahan Manchu ke atas rakyat China.
Beban hutang kerajaan China banyak akibat terpaksa
membayar ganti rugi setelah kalah dalam peperangan.
Kesimpulannya, menjelang abad ke-19 dan awal
abad ke-20, negara Jepun dan China telah berusaha untuk
membuat pelbagai pembaharuan untuk memajukan
negara masing-masing. Mereka berhasrat untuk
memperbaharui sistem politik dan ekonomi supaya
lebih berdaya saing dengan kuasa-kuasa Eropah. Walau
bagaimanapun, jika ditinjau secara teliti hanya Jepun
sahaja yang berjaya dengan pembaharuannya. Hal ini
terbukti dengan terbinanya sebuah negara yang kukuh
dan stabil; berbeza dengan China yang gagal dalam
usaha pemodenan. Sokongan daripada seluruh rakyat
sangat penting sebagai pemangkin kepada kemajuan
sesebuah negara.
SOALAN 12
Selepas mencapai kemerdekaan daripada penjajah
Barat, khususnya Amerika Syarikat dan Perancis,
kedua-dua buah negara, iaitu Filipina dan Vietnam telah
berusaha untuk membangunkan ekonomi dan sosial
14

Sejarah K2 STPM 2008

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 14 14

negara masing-masing. Negara Filipina telah mencapai


kemerdekaan pada 4 Julai 1946. Kemerdekaan negara
daripada penjajah telah mengukuhkan penguasaan
rakyat tempatan terhadap pembangunan ekonomi
negara masing-masing. Perkembangan ekonomi
Filipina dan Vietnam tertumpu kepada ekonomi
komersial. Filipina dan Vietnam telah menggalakkan
kemasukan pemodal-pemodal asing untuk melabur di
negara masing-masing.
Selepas mencapai kemerdekaan, Filipina
menghadapi masalah ekonomi yang kritikal. Filipina
tidak mampu membangunkan ekonominya. Oleh yang
demikian, Presiden Roxas telah meminta bantuan
kewangan dari Amerika Syarikat. Amerika Syarikat
telah memberikan pinjaman sebanyak AS$70 juta
daripada Perbadanan Kewangan Pembinaan Semula.
Perdagangan luar Filipina telah meningkat,
khususnya dengan Amerika Syarikat. Filipina telah
mengikat perjanjian dengan Amerika Syarikat
melalui Akta Perdagangan Filipina 1946. Hubungan
perdagangan tersebut tidak banyak menguntungkan
Filipina kerana Filipina terpaksa menjual barangan
kepada Amerika Syarikat dengan harga yang murah.
Filipina tidak boleh menjalin hubungan perdagangan
dengan negara lain.
Filipina telah meminta bantuan kewangan dari
Amerika Syarikat pada tahun 1950. Amerika Syarikat
telah bersetuju untuk memberikan pinjaman sebanyak
AS$250 juta untuk membangunkan Filipina. Amerika
Syarikat telah memberikan tunjuk ajar tentang
pengurusan ekonomi kepada Filipina seperti menetapkan
kadar cukai dan menggubal undang-undang untuk gaji
minimum kepada pekerja sektor pertanian.
Filipina mengadakan rancangan pembangunan
lima tahun di bawah pemerintahan Presiden Quirino.
Rancangan tersebut tidak berjaya sepenuhnya kerana
berlaku penyelewengan dalam pentadbiran seperti
penipuan, rasuah dan pembaziran dalam belanjawan
negara.
Presiden Magsaysay telah memberikan perhatian
terhadap keadaan ekonomi dan kebajikan rakyat.
Beliau telah memindahkan para petani ke kawasan
pertanian baru. Kerajaan telah mewujudkan Skim
Kredit Desa untuk memberikan kemudahan pinjaman
kepada masyarakat bawahan.
Kemudahan infrastruktur seperti jalan raya telah
diperbaiki untuk memudahkan pengangkutan hasil
ekonomi. Filipina telah mengutamakan sektor pertanian
untuk membangunkan ekonominya. Tanaman utama
ialah kelapa, tebu, abaka, dan nanas. Filipina menjadi
pengeluar kelapa kering dan gula yang utama di dunia
pada tahun 1961.
Bagi negara Vietnam pula telah menumpukan
perhatian kepada ekonomi pertanian. Kegiatan
penanaman padi merupakan pekerjaan utama
penduduknya. Lebih kurang 80 peratus penduduk
tinggal di kawasan luar bandar. Kira-kira 4.3 juta
penduduk Vietnam bekerja sebagai petani. Kawasan
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

4/2/09 11:56:09 AM

pertanian Vietnam ditanami dengan padi sebanyak 86


peratus. Antara tahun 1955 hingga tahun 1958, ladangladang telah diusahakan dengan tanaman padi dan
hasilnya ialah 2 tan beras bagi setiap hektar. Kerajaan
Vietnam telah mengisytiharkan pertanian secara
kolektif. Melalui dasar ini, kerajaan akan memodenkan
teknik-teknik pertanian dan penggunaan jentera untuk
meningkatkan pengeluaran pertanian. Kerajaan telah
menyatukan tenaga petani. Melalui Rancangan Tiga
Tahun pada tahun 1958 hingga 1960, penyusunan
syarikat pengeluar pertanian telah dilaksanakan. Melalui
dasar ini, para petani menyerahkan tanah dan binatang
ternakan kepada kerajaan untuk diusahakan.
Di samping itu, antara tahun 1945 hingga tahun
1954 getah juga ditanam di sekitar Saigon dengan
keluasan mencecah 80 000 hektar. Usaha untuk
menambah keluasan kawasan penanaman getah terus
dilaksanakan oleh kerajaan. Contohnya, pada tahun
1960, jumlah keluasan penanaman getah di Vietnam
telah mencapai 100 000 hektar.
Selain itu, pembangunan perindustrian telah
digiatkan secara meluas di Vietnam, misalnya dalam
Rancangan Lima Tahun Vietnam 1961 hingga
1965. Kegiatan ekonomi, terutama yang berkaitan
dengan perindustrian telah dimajukan oleh kerajaan,
terutamanya penenunan kain dan beberapa bentuk kraf
tangan. Menjelang tahun 1960, terdapat kira-kira 67.8
peratus golongan tukang telah menubuhkan syarikat
masing-masing. Antara perindustrian yang penting di
Vietnam ialah perusahaan besi waja yang dikendalikan
oleh Syarikat Thai-Nguyen yang dimulakan pada tahun
1960 dengan kerjasama China. Bidang perindustrian
lain yang turut diusahakan di Vietnam ialah peralatan
ladang, pengangkutan, kilang baja, tenunan dan alatalat elektrik.
Bagi meningkatkan ekonomi Vietnam, bantuan
dari luar negara diperlukan, terutama dari Soviet dan
China. Contohnya, China telah memberi bantuan
ekonomi kepada Vietnam sebanyak 800 juta Yuan
pada tahun 1955, manakala Soviet telah memberikan
pinjaman sebanyak $107.5 juta untuk mendirikan 43
buah perindustrian baru di Vietnam.

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 15 15

Di samping itu, Vietnam telah berusaha untuk


meningkatkan perdagangan antarabangsa dengan
negara-negara lain. Pada tahun 1959, dianggarkan 70
peratus nilai perdagangan Vietnam daripada negara
blok komunis. Walau bagaimanapun, Vietnam turut
mengadakan hubungan dagangan dengan negara
lain seperti Perancis, Jepun, Hong Kong dan Jerman.
Tidak ketinggalan pula Vietnam telah menandatangani
hubungan perniagaan dengan negara Kemboja, Laos,
India dan Afrika. Barangan eksport utama Vietnam ialah
arang batu, fosfat, simen, kopi, barangan berasaskan
kayu, buah-buahan dan kraf tangan.
Dalam aspek sosial, Vietnam telah berusaha untuk
memajukan sistem pendidikannya. Pada tahun 1960,
kerajaan telah meningkatkan sistem pendidikan dengan
membina lebih banyak sekolah supaya lebih ramai
kanak-kanak akan berpeluang untuk mendapatkan
pendidikan. Misalnya, 1 385 000 orang kanak-kanak
telah bersekolah pada tahun tersebut. Kerajaan telah
membina kira-kira 416 buah sekolah menengah am,
manakala dianggarkan 2900 orang penuntut universiti
pada tahun 1955, telah meningkat kepada 18 854 pada
tahun 1963.
Di samping itu, kerajaan Vietnam turut memperbaik
kemudahan awam untuk kepentingan rakyatnya,
misalnya sistem pengangkutan, terutama jalan kereta api
yang menghubungkan Hanoi dengan Lao Kay. Selain
itu, pengangkutan udara turut diperbaiki oleh kerajaan
Vietnam untuk kepentingan negara dan rakyatnya.
Kesimpulannya, usaha pembangunan ekonomi
dan sosial negara Filipina dan Vietnam dari tahun 1945
hingga tahun 1963 adalah untuk kepentingan negara
dan penduduknya. Kerajaan Filipina dan Vietnam
yang baru mengalami Perang Dunia Kedua terpaksa
menghadapi pelbagai rintangan ekonomi kerana
terjejas terus dalam peperangan tersebut. Kedua-dua
buah negara terpaksa mengharapkan bantuan daripada
negara-negara lain untuk mendapatkan segala pinjaman.
Malahan hubungan perdagangan antara Filipina dengan
Vietnam dengan negara luar turut meningkatkan
ekonomi mereka. Kerajaan kedua-dua buah negara
telah membangunkan segala kemudahan sosial untuk
mengekalkan kesejahteraan rakyat masing-masing.

Sejarah K2 STPM 2008

15

4/2/09 11:56:10 AM