Anda di halaman 1dari 6

PENULISAN HADIS DI ZAMAN RASULULLAH SAW

Sebenarnya penulisan hadis sudah bermula di zaman Rasulullah saw namun


penulisan ini tidaklah seperti apa yang ada di zaman kita ini dan tidak juga penulisan ini
menjadi rujukan kepada orang ramai akan tetapi ianya hanya menjadi simpanan para
Sahabat r.a yang menulis hadis tersebut.Sepertimana Abu Hurairah r.a berkata:

Maksudnya:tiada sahabat nabi yang lebih banyak menghafal hadis rasulullah saw daripada
aku kecuali Abdullah b amru sesungguhnya da menulis aku pula tidak menulis
(Riwayat Bukhari, kitab bab no 113)
Juga apa yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru beliau berkata:
Aku menulis segala yang aku dengar daripada Rasulullah saw kerana aku ingin
menghafalnya dengan tidak semena orang quraisy melarang aku mereka berkata: adakah
engkau menulis sesuautu daripada Rasulullah saw seorang manusia kadang-kadang
bercakap dalam keadaan marah dan kadang-kadang dalam keadaan redha?maka aku
memberhentikan penulisan aku aka aku mengadu hal berikut kepada Rasulullah saw
kemudian Rasulullah saw meletakkan tangannya di atas lembaran seraya bersabda:tulislah
demi nyawa aku di tangan-Nya tidak aku berkata kecuali datang dari aku perkara yang
benar
(Riwayat abu Daud di dalam dan Musnad Imam Ahmad 2015/2)
Maka di sini jelas bahawa penulisan hadis sudah muncul di zaman Rasulullah saw akan
tetatpi bukanlah ia menjadi rujukan untuk orang ramai. Di antara penulisan atau sahifah yang
muncul di peringkat ini:
1. As-sahifah as-sodiqoh yang ditulis oleh Abdullah bin Amru b al-as
2. Sahifah Ali bin Abi talib
3. Sahifah Saad b Ubadah
4. Lembaran yang mengandungi perintah dari Rasulullah saw tentang hokum hakam
kepada mereka yang dihantar ke tempat lain
Kesimpulannya, pada peringkat ini ilmu hadis tidak muncul dengan disiplin yang
tersendiri akan tetapi muncul secara tidak langsung iaitu periwayatan hadis daripada
Rasulullah saw kemudian disampaikan kepada sahabat yang lain.

REHLAH ILMI DI ZAMAN SAHABAT


Demi mencari riwayat maka para Sahabat r.a memperbanyakkan rehlah untuk
memastikan riwayat sebuah hadis ini dibuktikan dengan perbuatan Abu Ayyub al-Ansari yang
dikenali sebagai sahabat yang selalu melazimi Rasulullah saw bahawa beliau sanggup pergi
ke Mesir untuk mendengar hadis daripada Uqbah Bin Amir apabila selesai beliau terus
pulang ke Madinah Munawwarah.(marifah ulum hadis karangan al-Hakim Nisaburi)
KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN DI ZAMAN SAHABAT
1. Mengurangkan riwayat
2. memastikan periwayatan dengan perincian
3.Bertanya tentang rijal(perawi) yang meriwayatkan hadis
4.Kritikan terhadap riwayat
Kesimpulannya, di peringkat ini adalah sepertimana di zaman Rasulullah saw
bahawa pada zaman ini ilmu hadis tidak mempunyai disiplin yang tersusun namun zaman ini
terzahir beberapa kaedah dalam menerima riwayat hadis oleh para Sahabat dan sebahagian
Tabien.
Metodologi Penulisan Kitab Hadis Sahih Imam Bukhari
Imam Bukhari adalah ahli hadis yang termasyhur diantara para ahli hadis sejak dulu
hingga kini bersama dengan Imam Ahmad, Imam Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasai,
dan Ibnu Majah. Dalam kitab-kitab fiqh dan hadis, hadis-hadis beliau memiliki darjat yang
tinggi. Sebahagian menyebut dengan jolokan Amirul Mukminin fil Hadis iaitu pemimpin kaum
mukmin dalam ilmu hadis. Dalam bidang ini, hampir semua ulama di dunia merujuk
kepadanya.
Nama lengkap Imam Bukhari adalah Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim
ibn Mughirah al-Jafi ibn Bardizbah al-Bukhari, salah seorang dari perawi dan ahli hadis yang
terkenal. Beliau lebih dikenal dengan nama al-Bukhari, hal ini disandarkan pada tempat
kelahirannya iaitu Bukhari. Ada sumber mengatakan bahawa Imam Bukhari dilahirkan di
Bukhara, Uzbekistan, Asia Tengah. Beliau lahir pada hari Jumaat,13 Syawal 194 H pada 21
Julai 810 M. Ayahnya yang bernama Ismail terkenal sebagai seorang ulama yang soleh.
Tempat beliau lahir kini termasuk wilayah Rusia, yang waktu itu memang menjadi pusat
kebudayaan ilmu pengetahuan Islam sesudah Madinah, Damaskus dan Baghdad. Daerah itu
pula yang telah melahirkan ilmuan-ilmuan besar seperti al-Farabi dan Ibnu Sina. Bahkan
ulama-ulama besar seperti Zamaksyari, al-Durdjani, al-Bairuni dan lain-lain, juga dilahirkan di

Asia Tengah. Sekalipun daerah tersebut telah jatuh di bawah kekuasaan Soviet Union.
Kedudukan Imam Bukhari bukan sahaja dikenali dikalangan umat Islam sahaja, namun
seluruh umat manusia mengetahui kehebatan beliau. Kitab hadis Sahih Imam Bukhari
merupakan kitab hadis pertama yang menjadi rujukan para ahli hadis hingga sekarang
terutama dikalangan para ilmuwan muslim mahupun bukan Islam terutama tentang metod
dan pola penyusunan kitab hadis tersebut.
Di antara kota yang pernah beliau kunjungi dalam rangka mencari ilmu hadis adalah
ke Maru, Naisaburi, Ray, Baghdad, Basrah, Kuffah, Madinah, Mekkah, Mesir, Damaskus dan
Asqalani. Guru-gurunya dalam bidang hadis lebih dari 1000 orang. Beliau sendiri pernah
menyebutkan bahawa kitab al-Jami al-Sahih atau yang terkenal dengan nama Sahih alBukhari, disusun hasil dari menemui 1080 orang guru dalam bidang ilmu hadis. Dari
perjalanan beliau tersebut, Imam Bukhari berhasil mengumpulkan hadis sebanyak 600 000
hadis, 300 000 hadis di antaranya beliau hafal, yang terdiri atas 200 000 hadis hasan, dan
100 000 hadis yang sahih.
Beliau seorang intelektual yang berdisiplin tinggi. Imam Bukhari dikenali sebagai
pengarang kitab yang produktif. Karya-karyanya tidak hanya dalam disiplin ilmu hadis, tetapi
juga ilmu-ilmu lain, seperti tafsir, fiqh, dan sejarah. Fatwa-fatwanya selalu menjadi pegangan
umat sehingga mencapai darjat sebagai mujtahid mustaqil iaitu ulama yang ijtihadnya
terbuka, tidak terikat pada mazhab tertentu, sehingga mempunyai autoriti tersendiri dalam
pendapat berkaitan hukum. Pendapat-pendapat beliau sealiran dengan Imam Abu Hanifah
iaitu Imam Hanafi yang berpendirian mazhab hanafi, tetapi ada juga sedikit perbezaannya.
Sehingga pola penyusunan dan pola pimikiran beliau tentang hadis tidak bergantung kepada
satu mazhab saja, namun beliau mengambil dari berbagai pemikiran para ulama-ulama
dalam penyusunan kitab hadis tersebut.
Imam Bukhari diakui memiliki daya hafalan yang tinggi, diakui oleh kakaknya Rasyid
bin Ismail. Kakak beliau pernah menceritakan, pernah Bukhari semasa remaja dan beberapa
murid lain mengikuti kuliah dan ceramah di Balkh. Tidak seperti murid lain, Bukhari tidak
pernah membuat catatan semasa kuliah. Beliau sering dicemuh kerana membuang masa
tidak mencatat, namun Bukhari diam tidak menjawab. Suatu hari, kerana sering dicemuh,
Bukhari

meminta

kawan-kawannya

membawa

catatan

mereka,

kemudian

beliau

membacakan secara tepat apa yang pernah disampaikan dalam kuliah dan ceramah
tersebut. Tercenganglah mereka semua. Ternyata Bukhari menghafal di luar kepala 15 000
hadis, lengkap dengan keterangan yang tidak sempat mereka catat.

Berpandukan pada pendapat tersebut, dapat dikatakan bahawa Imam Bukhari


merupakan seorang yang pintar dan cerdas. Beliau pada usia muda telah menunjukan
kecintaan kepada ilmu hadis. Dalam menghimpun hadis-hadis sahih dalam kitabnya
tersebut, Imam Bukhari menggunakan kaedah-kaedah penelitian secara ilmiah dan terperinci
yang menyebabkan kesahahihan hadis-hadisnya. Beliau berusaha dengan bersungguhsungguh untuk meneliti dan menyelidiki keadaan para perawi, serta berusaha mencari
kesahihan hadis-hadis yang diriwayatkannya.
Keistemewaan Penulisan Kitab Hadis Sahih Imam Bukhari
Kedudukan hadis dalam Islam sebagai sumber hukum. Para ulama juga telah bersepakat
bahawa dasar hukum Islam adalah al-Quran dan Sunnah iaitu al-Hadis. Kitab sahih Imam
Bukhari telah memperoleh penghargaan tertinggi dari para ulama. Para ulama telah
bersepakat bahawa Sahih al-Bukhari adalah satu-satunya kitab yang paling sahih sesudah
al-Quran.
Kitab Sahih Imam Bukhari diterima oleh para ulama secara sepenuhnya di setiap masa
dan keistimewaan kitab Imam Bukhari yang diungkapkan oleh para ulama, diantaranya:
1. Imam al-Tirmidzi berkata: Aku tidak melihat dalam ilmu IIlal iaitu cacat yang
tersembunyi dalam hadis dan para tokoh hadis seorang yang lebih mengetahui dari AlBukhari.
2. Ibn Khuzaimah berkata: Aku tidak melihat sesorang yang lebih mengetahui hadis
Rasulullah SAW dan yang lebih hafalan daripada Muhammad bin Ismail Al-Bukhari.
3. Al-Hafizh Adz-Dzahabi berkata: Dia adalah kitab Islam yang paling agung setelah kitab
Allah.
Di antara kelebihan daya ingatan dan kecerdasan Imam Bukhari ialah mampu
membawa 100 pasangan sanad hadis dan matan yang sengaja diajukan oleh 10 ulama
Baghdad semasa menguji kekuatan daya ingatan dan intelektual Imam Bukhari dalam
periwayatan hadis. Semua itu dapat dijawab oleh Imam Bukhari dengan baik. Para ulama
yang mengambil hadis dari Imam Bukhari antaranya yang sangat popular adalah Al-Tirmidzi,
Imam Muslim, An-Nasai, Ibrahim bin Ishaq al-Hurri, Muhammad bin Ahmad Ad-Daulabi,
Manshur bin Muhammad al-Bazdawi. Imam Bukhari meninggal dunia 1 Syawal 256 H/31
Ogos 870 M pada hari jumat malam sabtu iaitu malam Hari Raya Idul Fitri dalam usia 62
tahun kurang 13 hari di Samarkand.

Disamping cerdas, Imam Bukhari termasuk para ahli hadis yang kuat dan banyak
hafalannya, sehingga para ulama menempatkan kitabnya hadis Sahih Bukhari kitab yang
paling sahih setelah al-Quran. Namun disisi lain, terutama dari kalangan orientalis tidak
berhenti mengkritik Imam Bukhari terutama tentang metod dan pola penyusunan kitab
hadisnya.
Di antara kalangan dan tokoh orientalis yang mengkritik Imam Bukhari adalah, Ignaz
Goldziher, seorang orientalis berasal dari Hungaria dari keluarga Yahudi yang menjadi
pelopor pengkritik Imam Bukhari dalam periwayatan hadis. Prof. Dr. MM Azami dalam
bukunya Dirasat fil Hadis an-Nabawi wa Tarikh Tadwinih menyatakan bahawa Ignaz
Goldziher menuduh rujukan hadis yang dilakukan oleh ulama terdahulu terutama Imam
Bukhari tidak dapat disahihkan secara ilmiah kerana kelemahan metodnya. Menurut
Goldziher kerana para ulama lebih banyak menggunakan metod kritik sanad, dan kurang
menggunakan metod kritik matan. Goldziher kemudian mencadangkan metod kritik baru iaitu
kritik matan saja. Apabila diteliti cadangan Ignaz Goldziher, sebenarnya para ulama
terdahulu sudah menggunakan metod kritik matan. Apa yang dimaksud kritik matan oleh
Ignaz Goldziher itu berbeza dengan metod kritik matan yang digunakan oleh para ulama.
Menurutnya, kritik matan hadis itu mencakupi berbagai aspek seperti politik, sains, sosial
dan lain-lain. Beliau mengatakan bahawa dalam kitab Sahih Bukhari, Imam Bukhari hanya
melakukan kritik sanad dan tidak melakukan kritik matan. Sehingga setelah dilakukan kritik
matan oleh Ignaz Goldziher, hadis itu ternyata palsu.
Diantara para penulis moden atau intelektual Islam yang berfikikiran orientalis ini
adalah Profesor Ahmad Amin. Dalam bukunya Fajr al-Islam, beliau juga merendahkan ulama
hadis secara umum. Kemudian secara khusus, Imam Bukhari dikritiknya. Katanya, Kita
melihat sendiri, meskipun tinggi reputasi ilmiahnya dan cermat penelitiannya, Imam Bukhari
ternyata menetapkan hadis-hadis yang tidak sahih dilihat dari segi perkembangan zaman
dan penemuan ilmiah, kerana penelitian beliau hanya terbatas pada kritik sanad saja.
Menurut Ahmad Amin, banyak hadis-hadis Bukhari yang yang tidak sahih, atau secara
tepatnya palsu. Diantaranya adalah sebuah hadis di mana Rasulullah SAW bersabda,
Seratus tahun lagi tidak ada orang yang masih hidup diatas bumi ini. Hadis ini oleh Ahmad
Amin dinilai palsu, kerana ternyata setelah seratus tahun sejak Rasulullah SAW mengatakan
hal itu masih banyak orang yang hidup diatas bumi ini.
Seorang pakar hadis berasal dari Indonesia, Prof. Dr. Ali Musthafa Yaqub dalam
bukunya kritik hadis menyatakan, adalah suatu tindakan yang sangat tidak ilmiah apabila
ada orang yang terburu-buru menilai bahawa suatu hadis itu palsu menurut penilaiannya,

kerana bertentangan dengan al-Quran dan bertentangan dengan hadis yang lain yang
sedarjat kualitinya sebelum melihat karya tulisan para ulama terdahulu yang membahas
masalah tersebut. Kejahilan seseorang dalam memahami maksud suatu hadis tidak dapat
dijadikan alasan untuk menilai bahawa hadis tersebut palsu.[12]
Dengan demikian, bahawa para orientalis tidak ilmiah dalam menilai bahawa dalam
hadis-hadis Imam Bukhari terdapat riwayat-riwayat yang palsu dan bertentangan dengan alQuran, kerana kritikan mereka tidak ilmiah. Namun dalam berdasarkan kritikan yang
dilakukan oleh tokoh-tokoh orientalis kepada Imam Bukhari, hanya perkara kecil iaitu dalam
pola penyusunan hadis yang dilakukan oleh Imam Bukhari hanya menggunakan pendekatan
sanad saja, beliau mengabaikan pengkajian hadis yang disandarkan kepada matan.
Disinilah yang menjadi perbezaan antara pola penyusunan kitab hadis antara Imam
Bukhari dan Imam Muslim iaitu terletak pada sanad dan matan. Berdasarkan pada kitab
hadis Imam Bukhari dan Imam Muslim, bahawa metod atau pola penyusunan kitab hadis
yang dilakukan Imam Bukhari adalah menggunakan pendekatan kepada sanad, sedangkan
Imam Muslim adalah menggunakan pendekatan sanad dan matan. Akan tetapi bahawa
Imam Muslim lebih mengutamakan kepada pendekatan matan dibandingakan dengan
gurunya Imam Bukhari.

Anda mungkin juga menyukai