Anda di halaman 1dari 27

1.

PENGENALAN.
Semua warga seharus menyayangi harta benda awam seperti

menyayangi

harta sendiri. Sekiranya kegiatan merosakkan harta benda awam ini tidak ditangani
akan sampai satu peringkat di mana masyarakat akan menerima persepsi bahawa apa
yang berlaku itu merupakan perkara biasa. Jika senario ini berterusan, kemajuan yang
kita cita-citakan tidak akan tercapai dan tidak akan memberi pengertian yang bermakna
dari segi

ketamadunan masyarakat itu sendiri. Oleh sebab itu saya memilih tajuk

masalah vandalisme sebagai kajian kes bagi menyempurnakan tugasan ini.


Secara umumnya, masalah vandalisme boleh dikategorikan sebagai masalah
sosial yang berkait rapat dengan faktor pendidikan, kesedaran, kematangan,
kekeluargaan dan juga persekitaran. Justeru itu kita perlu mencari satu formula baru
dan membuat kajian yang komprehensif agar dapat mengesan punca masalah ini dari
akar

umbinya.

Pendekatan

yang

lebih

berkesan

memerlukan

gandingan

penguatkuasaan dan proses pendidikan yang berterusan dari peringkat awal.


Masyarakat perlu menyedari dan harus dididik untuk memahami bahawa menjaga
kemudahan awam adalah tanggungjawab bersama.
Vandalisme bukanlah satu isu baru di negara Malaysia malah ianya
diperbincangkan hangat melalui media massa. Kamus Oxford Advanced Learners
mentakrifkan vandalisme sebagai willfully destroy or damage (public property) dan
vandal sebagai person who willfully destroys or damage works of art, public and private
property, the beauties of nature, etc. Gejala sosial ini menimbulkan keresahan banyak
pihak di mana golongan remaja dikaitkan dengan aktiviti tidak sihat ini. Permasalahan
ini berlaku di banyak tempat awam, reakreasi, sekolah, pusat membeli belah dan
sebagainya.
Laku musnah atau vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan
harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Perkataan vandalisme berasal
daripada

nama

sebuah

puak

di Eropah, Vandal,

yang

telah

membinasakan

kota Rome pada tahun 445. Pada lazimnya, laku musnah ditanggap sebagai satu

bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual
yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap kondisi
masyarakat.
Di Malaysia, perbuatan merosakkan harta benda di sekolah dilihat sebagai suatu
tindakan yang serius. Masalah merosakkan harta benda sekolah, secara sedar atau
tidak, telah menjadi fenomena yang lumrah dalam alam persekitaran sekolah.
Perbuatan tidak bertanggungjawab ini mendapat perhatian serius daripada pihak
sekolah dan masyarakat. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar tidak memikirkan
kepentingan dan kesejahteraan orang lain.
Berdasarkan perkara di atas, pelajar sewenang-wenangnya merosakkan dan
mengotori kemudahan dan persekitaran sekolah tanpa rasa bersalah. Menurut Mohd
Zin Sham (1996), sejak 1968 lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mengedarkan surat pekeliling yang membenarkan pelajar-pelajar yang melakukan
kesalahan ini dibuang dan digantung sementara waktu. Pekeliling ini berada di bawah
undang-undang 1.3.5 iaitu merosak atau membinasakan harta sekolah.
Persoalannya sekarang, mengapakah golongan remaja (pelajar) begitu mudah
terpengaruh dengan aktiviti yang tidak sihat? Bukankah perbuatan menconteng dan
merosakkan harta benda awam merupakan suatu kerja yang sia-sia? Tidakkah pelajar
sedar yang perbuatan mereka tidak mendatangkan sebarang faedah? Seperti mana
yang dikatakan, dunia remaja kini penuh dengan pergolakan untuk mencari identiti diri.

1.1

DEFINISI MORAL.

Moral adalah tingkah laku manusia sejajar dengan ajaran, peraturan, adat dan agama
yang ditetapkan oleh masyarakat. Ajaran, peraturan, adat dan agama ini menentukan
bagaimana manusia harus hidup dan bertindak agar menjadi manusia baik. Oleh itu,
moral melibatkan manusia dan perhubungan manusia dengan alam, makhluk lain,
manusia dan bukan manusia.

Manusia yang tidak memiliki moral disebut sebagai

amoral, ertinya dia tidak bermoral dan tidak memiliki nilai positif di mata manusia

lainnya dan moral adalah hal mutlak yang harus dimiliki oleh manusia. Moral secara
ekplisit adalah hal-hal yang berhubungan dengan proses sosialisasi individu tanpa
moral manusia tidak boleh melakukan proses sosialisasi.
Moral secara bahasa berasal dari kata mores (Latin) yang bererti adat
kebiasaan. Dalam kamus, moral diertikan sebagai penentuan baik dan buruk terhadap
perbuatan dan kelakuan. Manakala dari segi istilah, moral merupakan istilah untuk
menentukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat, yang secara layak
dapat dikatakan benar, salah, baik, atau buruk. Acuan moral adalah sistem nilai yang
hidup dan diberlakukan dalam masyarakat.
Menurut Ashmore (1987), moral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin
mores yang membawa maksud sama seperti etika. Namun, moral merupakan satu
perkara yang lebih merujuk kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada
peraturan-peraturan yang ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan. Moral juga
bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem
moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat manakala etika pula bersifat teoretika
kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. Perkara ini
menerangkan bahawa moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika
adalah ilmu yang mengkajinya.
Menurut Fraenkel (1977), dilema moral atau konflik moral adalah situasi di mana
seseorang yang berdepan dengan dua atau lebih pilihan untuk menentukan
tindakannya mengikut kesesuaian. Dalam menghadapi dilema moral, seseorang
perlulah membuat penaakulan moral, iaitu proses bagaimana seseorang individu
memperkembang kebolehan membuat keputusan moral yang matang dan tersendiri
dalam sesuatu isu atau situasi moral.
Menurut kamus Oxford Advanced Learners, Edisi keenam, moral bermaksud
kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta
bersifat praktikal. Moral juga bermaksud tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila
atau peraturan masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai penentu.
Pertimbangan moral juga bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk
individu contohnya seperti sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang
3

dianuti. Kesedaran moral mempunyai hubung kait dengan hati nurani atau dalam
bahasa asing disebut conscience, conscientia, gewissen, geweten dan dalam Bahasa
Arab disebut qalb, fuad. Kesedaran moral ini merangkumi tiga perkara iaitu kewajipan
untuk melakukan tindakan bermoral, wujud berasaskan rasional dan objektif iaitu
sesuatu perbuatan secara umum dapat diterima oleh masyarakat dan ketiga ialah
muncul dalam bentuk kebebasan.
Sebagai contoh, dalam kehidupan bermasyarakat, kesedaran moral dapat
mewujudkan masyarakat yang harmoni dan progresif. Hal ini demikian kerana,
kesedaran moral yang wujud dalam setiap diri masyarakat dapat memupuk
persefahaman, bertimbang rasa, tolong-menolong dan lain-lain nilai yang baik. Perkara
ini seterusnya akan membantu dalam melahirkan sebuah negara yang aman dan
tenang di mana setiap rakyat akan sentiasa berasa selamat dan sejahtera dengan
adanya masyarakat yang mempunyai kesedaran moral yang tinggi.
Contoh diatas jelas menyokong kata-kata Thomas Hobbes yang telah
menggambarkan kepentingan hidup bermoral seperti berikut,
Tanpa peraturan sosial (moral), akan wujud satu keadaan konflik yang tidak
berkesudahan dan persengketaan yang mengakibatkan kehidupan manusia menjadi
jahat, bersifat buas dan angkuh.
Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana
yang tenteram dan keadaan yang teratur agar proses pengajaran dan pembelajaran
dapat berjalan dengan licin dan lancar. Oleh itu aspek disiplin murid di sekolah haruslah
diberi perhatian yang berat oleh pihak sekolah dan keluarga seperti saranan
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1981.
Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh
itu ia hendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di sekolah atau
di luar sekolah.
Disiplin di sekolah juga adalah untuk membentuk dan mengawal diri pelajar
daripada melanggar undang-undang, norma, kebudayaan dan akhlak masyarakat, di
4

samping menanam nilai-nilai murni bagi membolehkan mereka membentuk sikap,


kepercayaan, keimanan, keteguhan prinsip dan lain-lain asas moral dan etika hidup.
Tetapi kini, masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat sama
ada diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai saluran media.
Bermacam-macam jenis salahlaku dilakukan oleh para murid, dari jenis yang ringan
sehinggalah kesalahan-kesalahan yang berat, seperti menyalahgunakan dadah,
merompak, memeras ugut, merosakkan harta benda sekolah (vandalism), mengancam
guru-guru dan murid-murid dan pelbagai lagi.

2.0

LATAR BELAKANG KAJIAN

Disiplin pelajar dan amalan berdisiplin adalah tanggungjawab masyarakat dan ibu bapa.
Pada tahap umur remaja, seseorang pelajar belum mampu menguasai strategi
perhubungan sosial, penjelasan nilai dan prinsip serta pegangan hidup. Pada peringkat
ini juga mereka mudah dipengaruhi oleh kumpulan rakan sebaya dan belum
mempunyai jati diri, harga diri dan hormat diri individu. Maka jalan mudah bagi
seseorang remaja untuk diterima oleh rakan sebaya ialah menjadi anggota kumpulan
atau mempunyai kumpulan kesepakatan sendiri. Pada tahap ini mereka paling sensitif,
mereka mahu diterima oleh rakan tetapi belum ada strategi perhubungan sosial yang
matang dan menyerahkan kepada kumpulan tersebut.
Pada tahap ini maka sewajarnya orang dewasa menasihat dan memberi
bimbingan kepada pelajar terbabit. Jika kita lihat pada masa dahulu kebanyakan remaja
bergaul dengan orang-orang tua di masjid dan di sini kita lihat kematangan remaja
walaupun dalam usia yang masih dikatakan remaja itu. Namun pada masa kini,
pergaulan remaja dengan orang dewasa semakin renggang apatah lagi nilai
kemasyarakatan juga semakin terhakis. Justeru dunia pelajar hanya dalam kumpulan
masing-masing dan mereka tidak dapat melihat dunia luar yang sebenar (Marzita,
2003)
Zalina (2003) mengatakan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di
negara ini dilihat sebagai tidak bersama-sama memainkan peranan untuk membantu
5

menyelesaikan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Sebagai sebuah persatuan


yang mempunyai hubungan secara langsung dengan sekolah, PIBG perlu merasa
terpanggil untuk bersama sekolah membendung dan menangani masalah disiplin
pelajar yang semakin meruncing. PIBG juga seharusnya memainkan peranan untuk
membantu sekolah mengenal pasti pelajar-pelajar yang berkemungkinan menimbulkan
masalah dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Penglibatan guru Pendidikan Moral dalam mendidik anak-anak murid juga dilihat
sebagai faktor penting yang memainkan peranan dalam pembentukan sahsiah murid
yang diingini. Beberapa aspek penglibatan guru Pendidikan Moral telah dikenal pasti.
Berdasarkan

kepada

aspek-aspek penglibatan

guru

Pendidikan

Moral

dalam

menangani masalah vandalisme ini, akan saya kaitkan dengan salah laku pelajar yang
dilakukan ketika di sekolah.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau punca masalah salah laku pelajar di sekolah dan
cara untuk mengatasinya. Fokus utama kajian ini adalah:
1. Mengenal pasti faktor-faktor salah laku vandalisme pelajar yang dilakukan di
sekolah.
2. Mengenal pasti jenis-jenis salah laku vandalisme pelajar yang dilakukan di
sekolah.
3. Mengenal pasti langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk membendung
masalah vandalisme daripada terus berlaku.

4.0

PERSOALAN KAJIAN

Untuk mencapai objektif-objektif kajian yang dijelaskan, berikut disenaraikan persoalanpersoalan kajian yang cuba dijawab dalam kajian ini:
1. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar terjebak dalam salah laku
vandalisme di sekolah.
2. Apakah jenis-jenis salah laku vandalisme yang terdapat dalam kalangan pelajar.
6

3. Apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah salah


laku vandalisme dalam kalangan pelajar di sekolah.
5.0

DAPATAN KAJIAN

5.1

Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme

Tingkah laku vandalisme dalam kalangan pelajar dipengaruhi oleh banyak faktor.
Namun, faktor yang dipilih dalam kajian ini adalah faktor kurangnya penekanan
pendidikan moral serta agama, tekanan hidup, pengaruh rakan sebaya, ibu bapa dan
keluarga, pengaruh media massa, dan sikap apati (tidak peduli) individualistik dan
materialistik masyarakat. Pengaruh dominan yang diketengahkan ini tidak lain dan tidak
bukan adalah untuk mencari penyelesaian terhadap salah laku vandalisme. Hal ini
demikian kerana golongan remaja khasnya adalah harapan masyarakat dalam mewarisi
kepimpinan dan pembangunan negara pada masa depan.
5.1.1 Kurangnya Penekanan Pendidikan Moral
Antara faktor berlakunya vandalisme adalah kurangnya penekanan pendidikan moral
serta agama sama ada di sekolah ataupun di rumah. Hal ini penting kerana tanpa
pendidikan tersebut, seseorang tidak akan mengetahui nilai-nilai murni yang sepatutnya
diamalkan oleh seseorang individu. Mereka tidak akan tahu kepentingan berbuat baik
serta mungkin berhadapan dengan kesukaran dalam membezakan betul salah daripada
sesuatu perbuatan. Hal ini mungkin berlaku akibat daripada sikap pelajar yang
menganggap pendidikan moral tidak berguna serta tidak mendatangkan sebarang
manfaat.
Guru-guru yang tidak menekankan kepentingan dan kebaikan pendidikan moral
di sekolah juga menyebabkan kegagalan mewujudkan generasi muda yang soleh dan
solehah. Ibu bapa yang rakus ataupun serakah mengejar kekayaan dan kewangan
telah menyisihkan pendidikan yang penting ini. Keadaan ini menyebabkan seseorang
itu tidak mendapat pendidikan moral dan agama yang secukupnya lalu bertindak
vandalisme kerana tiada pengajaran yang menentang perbuatan itu. Apabila mereka
dewasa nanti, mereka juga telah mempraktikkan perbuatan itu dalam kehidupan

seharian. Hal ini sudah terang lagi bersuluh menunjukkan bahawa kurangnya
pendidikan moral dan agama merupakan salah satu faktor berlakunya vandalisme.
5.1.2 Tekanan hidup
Tekanan hidup ataupun stress juga merupakan salah satu faktor berlakunya
vandalisme. Hal ini demikian kerana sejajar dengan pawana globalisasi di negara kita,
Malaysia, pendidikan telah pun semakin dipentingkan serta dititikberatkan. Keadaan ini
seterusnya telah menyebabkan ibu bapa mewajibkan anak masing-masing agar lulus
dalam peperiksaan dengan keputusan yang cemerlang agar dapat berkhidmat serta
menyumbang kepada negara pada masa hadapan.
Oleh itu, seseorang pelajar mengalami banyak tekanan hidup untuk belajar
dengan bersungguh-sungguh agar tidak mengecewakan harapan ibu bapa. Terdapat
kemungkinan juga bahawa individu tersebut akan bertindak melakukan perbuatan
vandalisme untuk melampiaskan beban yang dihadapi. Mereka mungkin beranggapan
bahawa perbuatan itu amat menyeronokkan dan juga dapat membalas dendam kepada
pihak sekolah yang mewajibkan peperiksaan dijalankan.
5.1.3 Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan berlakunya vandalisme. Golongan remaja
lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan
sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja
yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaanya, golongan remaja yang
melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan.
Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea
termasuklah menconteng harta benda awam dan sekaligus merosakkannya. Datuk Lee
Lam Thye (1997) menyatakan bahawa golongan yang merosakkan harta benda
merupakan golongan remaja yang ingin bebas tetapi dikongkong oleh ibu bapa. Mereka
tidak mempunyai matlamat dan gemar melakukan kesalahan ini apabila berkumpul
dengan rakan-rakan mereka. Pelaku akan merasa puas setelah melakukan perbuatan
tersebut.
5.1.4 Ibu Bapa dan Keluarga
8

Ibu bapa merupakan insan terpenting dan memainkan peranan yang besar dalam
membentuk sahsiah dalam diri anak-anak. Dengan kata lain, ibu bapa adalah
pendorong kepada sifat vandalisme dalam kalangan remaja. Contohnya, ketika
memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan dari kereta tanpa
menghiraukan sebarang kemungkinan akan berlaku. Sesetengah remaja yang terjebak
dalam gejala vandalisme ini berasal daripada keluarga yang bermasalah atau keluarga
yang mengamalkan budaya hidup yang negatif. Menurut kajian yang pernah dijalankan
menunjukkan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatar
belakangkan keluarga yang bermasalah.
Selain itu, kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa
juga antara faktor utama yang mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.
Kajian Sulaiman Alias (1994) menyatakan golongan remaja yang melakukan
vandalisme merosakkan harta benda tidak mempunyai sebarang sebab malah tidak
memperolehi apa-apa keuntungan dari perbuatannya itu. Salah laku begini selalunya
menunjukkan bangkangan terhadap sesuatu atau luahan kekecewaan pelaku kepada
keluarga, masyarakat dan sekolah. Mereka ingin menarik perhatian orang ramai dan
memperkenalkan dirinya secara negatif.
Institusi keluarga kini kurang memberi perhatian dalam pembentukan sahsiah
keluarga terutama terhadap anak-anak. Akibatnya konflik keluarga akan timbul dan
anak-anaklah yang menjadi mangsa. Hal ini disokong oleh Galamus dan Maggs yang
menyatakan tahap konflik keluarga yang tinggi menyebabkan remaja terlibat dalam
tingkah laku bermasalah, khasnya vandalisme. Alim Muntu (1988) pula menambah
salah laku dalam kalangan pelajar terjadi kerana pelajar-pelajar kurang merasai
kemesraan dalam keluarga.
Mengikut perangkaan statisitik yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia, ternyata tingkah laku vandalisme dalam kalangan remaja meningkat dari
setahun ke setahun. Pada tahun 1993, seramai 2,226 pelajar terlibat dalam vandalisme.
Pada tahun 1994 pula meningkat hingga 2,622 pelajar dan pada tahun 1995 terus
meningkat kepada 2,736 pelajar. Walaupun bilangan kes tingkah laku vandalisme
dalam kalangan 1.2 juta pelajar menengah kelihatan kecil jumlahnya, namun perbuatan
9

kesalahan yang dilakukan ini memerlukan tindakan serius daripada pihak berkaitan bagi
mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong peningkatan aktiviti-aktiviti vandalisme
dalam kalangan pelajar di negara kita.
5.1.5 Pengaruh Media Massa
Pengaruh media massa merupakan pengaruh yang tidak kurang pentingnya dalam
mempengaruhi gejala vandalisme dalam kalangan remaja kita. Perkembangan pesat
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sedikit sebanyak menyebabkan peranan
media massa kian terserlah. Paparan adegan-adegan negatif dalam filem-filem atau
rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme
boleh mempengaruhi remaja melakukan gejala ini. Golongan remaja lazimnya mudah
meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka termasuk media massa,
apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya daripada pihak terbabit.
Sikap ganas dan keterlaluan para remaja sedikit sebanyak di pengaruhi apa
yang mereka baca, dengar dan tonton daripada media massa. Lantas, kesemua ini
diterjemahkan melalui perlakuan devian mereka sehingga memudaratkan harta benda
dan nyawa orang lain. Sebagai contoh, Akhbar Utusan Malaysia 5 April 1989
melaporkan polis menahan seorang pelajar lelaki berhubung dengan kejadian dua
letupan kecil di bilik tandas Sekolah Menengah Taman Tun Dr. Ismail. Kesan letupan itu
mengakibatkan tingkap-tingkap kaca pecah dan beberapa kepingan logam berselerak
dalam tandas tersebut.
Akhbar Metro 19 Jun 1996 pula melaporkan pelajar sebuah sekolah di Tampoi
bertindak menconteng nama seorang guru lelaki disiplin pada dinding bangunan bilik air
sekolah berkenaan dengan kata-kata lucah menggunakan penyembur cat. Malah
pelajar terbabit bertindak keterlaluan menconteng kata-kata memalukan iaitu guru itu
mempunyai hubungan sulit dan merogol seorang guru wanita.
Kes lain yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 19 Jun 2000, sebuah bilik
darjah Sekolah Kebangsaan Rawang telah musnah dalam satu kebakaran dipercayai
akibat perbuatan khianat. Dalam kejadian tersebut sebuah almari berisi beratus-ratus

10

buku rujukan, buku tamabahan serta soalan peperiksaan untuk pelajar tahun 6 telah
musnah. Pihak polis telah mengesahkan terdapat unsur-unsur jenayah berdasarkan
penemuan puntung-puntung mancis di kawasan berkenaan.
Berdasarkan kes di atas, pihak polis tidak menolak kemungkinan besar
perbuatan ini dilakukan oleh pelajar sekolah. Nampaknya gejala vandalisme dan salah
laku pelajar semakin hari semakin meruncing sehingga membawa kepada perlakuan
jenayah yang lebih berat lagi. Pelajar begitu berani bertindak liar dan ganas tanpa rasa
perikemanusiaan langsung. Justeru, langkah-langkah drastik perlu diambil oleh pihakpihak terbabit untuk mencegah serta membanteras tingkah laku negatif pelajar-pelajar
sekolah.
5.1.6 Sikap Apati
Berhubung dengan faktor sikap apati, perlakuan sesetengah masyarakat kini yang
mementingkan soal kebendaan dan tidak peduli terhadap isu-isu yang berlaku di
sekeliing mereka turut merumitkan masalah vandalisme ini. Menurut kajian, kes
vandalisme banyak berlaku di kawasan bandar. Sikap individualistik masyarakat turut
mengeruhkan keadaan di mana tidak peduli apa yang berlaku. Golongan remaja
menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi
generasi yang dilahirkan di bandar yang sukar dikawal.
Di kawasan bandar kebanyakan penduduknya tidak ambil kisah. Oleh sebab itu,
golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini
tanpa menghiraukan rasa tanggunjawab terhadap harta benda awam. Kajian Anidah
Ithnin (1991) mendapati bahawa pelajar nakal memiliki konsep kendiri yang negatif,
sebaliknya pelajar-pelajar tidak nakal memiliki konsep kendiri yang positif. Maka,
golongan pelajar nakal banyak melakukan vandalisme di tempat-tempat awam.

Ibu bapa dan Keluarga


Pengaruh Rakan Sebaya
11

Faktor-faktor Vandalisme

Tekanan Hidup
Pengaruh Media Massa
Kurangnya Penekanan Pendidikan Moral
Sikap Apati

Rajah 1: Faktor-faktor Vandalisme

5.2

Jenis-jenis Vandalisme

Cohen (1968) & Bowles (1982) membahagikan perbuatan vandalisme kepada enam
kategori, iaitu vandalisme berbentuk keinginan; dirancang; ideological; sifat balas
dendam; suka-suka; dan bersifat merosak.
Pelbagai jenis vandalisme yang dapat kita lihat saban hari di negara ini. Jenis
vandalisme yang paling umum adalah menukar tulisan yang sedia ada dengan
perkataan lain yang boleh mengubah maksud asal perkataan tersebut dan boleh
menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. Hal ini makin berleluasa di sana-sini. Kita
dapat melihat papan tanda dilebuh raya misalnya selalu menjadi mangsa kerana tulisan
asal telah ditukar atau dipadam sesuka hati oleh mereka yang tidak mempuyai akal
yang waras ini.
Bagi yang gemar mengumpul barangan plastik, aluminium, besi keluli dan
tembaga pula mereka mampu manghasilkan pendapatan yang sangat lumayan. Ada
diantara mereka sanggup melakukan jenayah ini semata-mata untuk memenuhi dan
mancapai cita-cita dengan menambahkan lagi koleksi yang sedia ada. Mereka tidar
sedar bahawa kelakuan mereka ini merupakan satu kesalahan dan tergolong dalam
kegiatan vandalisme. Sebagai contoh, kejadian mencuri klip besi yang mengikat
landasan kereta api di sepanjang laluan Keretapi Tanah Melayu dari utara hingga
selatan. Hal ini amat merunsingkan pengguna perkhidmatan ini kerana sejak dahulu

12

lagi mereka telah memanfaatkan kereta api sebagai salah satu pengangkutan awam
yang selamat.
Selain itu, bagi industri barang lusuh dan kitar semula pula, semenjak ia
berkembang pesat, secara tidak langsung dapat memberikan pulangan yang lumayan
kepada pengumpul barang-barang dengan harga pasaran bagi besi dan keluli yang
semakin tinggi, ia kini sudah mencapai tahap membahayakan keselamatan awam
kerana setiap kali terjumpa sahaja logam sama ada yang terbiar atau tidak, nescaya
akan ada orang yang berminat dan sanggup mendapatkannya dengan cara yang tidak
halal.
Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada projek pengindahan persekitaran
yang menggunakan arca-arca keluli, lampu-lampu jalan berkerawang, penutup
longkang, papan tanda dan pelbagai lagi yang diilhamkan oleh pihak berkuasa
tempatan (PBT) di negara ini bakal menguntungkan pengumpul barangan ini selagi
lesen terus dikeluarkan dan tidak dipantau dengan rapi oleh pihak berkuasa.

5.3

Langkah-langkah Untuk Mengatasi Masalah Vandalisme

Menurut

kamus

dewan,

vandalisme

bermaksud

kegiatan

merosakkan

atau

memusnahkan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Fenomena ini
semakin menggusarkan hati pelbagai pihak memandangkan golongan remaja boleh
diibaratkan batu permata yang bakal mencorakkan masa depan negara. Persoalannya,
apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memerangi gejala negatif ini? Berikut
adalah langkah-langkah atau usaha yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah
vandalism.
5.3.1 Penekanan Pendidikan Moral dan Keagamaan di sekolah.
Pemaparan isu tanpa disusuli tiada pemantauan tidak ada gunanya. Salah satu langkah
yang perlu diambil untuk membendung masalah ini adalah dengan menekankan
pendidikan moral dan agama sejak di bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah, melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Perkara ini amat penting sekali agar apabila mereka

13

dewasa nanti, mereka akan mempraktikkan nilai-nilai murni yang telah diajar sejak kecil
lagi dalam kehidupan seharian.
Pihak sekolah juga harus bertindak menghukum sesiapa sahaja yang telah
ditangkap melakukan perbuatan vandalisme dengan harapan supaya peristiwa seperti
pisang berbuah dua kali dapat dicegah atau dengan kata lain mereka tidak akan
mengulangi perbuatan mereka itu. Ibu bapa juga harus mengajar anak masing-masing
serta bertindak mendidik mereka apabila mereka ditangkap merosakkan barang-barang
kepunyaan orang lain.
5.3.2 Bimbingan dan Kaunseling
Sudah terang lagi bersuluh bahawa langkah bimbingan dan kaunseling ini dapat
mengatasi masalah salah laku moral dalam kalangan murid. Sesi kaunseling ini penting
agar pelajar-pelajar yang menghadapi tekanan dalam pelajaran ataupun tekanan
daripada rakan-rakan yang memaksa mereka melakukan perbuatan vandalisme ini
berpeluang meluahkan serta menyatakan perasaan dan tekanan yang dihadapi masingmasing. Dengan ini, mereka akan berpeluang mendapat nasihat daripada seseorang
yang berpengalaman dan seterusnya mungkin dapat menyelesaikan masalah yang
harus diharungi oleh pelajar tersebut.
5.3.3 Penguatkuasaan Undang-undang
Penguatkuasaan dan Perlaksanaan Undang-Undang perlu dijalankan oleh pihak
Kerajaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 (Undang-Undang Kecil Vandalisme,
1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang
membabitkan RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika disabit kesalahan.
Perlaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme harus
menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan
pakaian seragam pesalah vandalisme. Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah
agar menjadi teladan kepada rakan-rakan yang lain.
5.3.4 Peranan Ibu Bapa dan Keluarga

14

Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah
kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak
tentang pentingnya harta benda awam dan menganggap harta benda orang lain sama
seperti harta benda sendiri. Secara tidak langsung, sekiranya anak sudah diingatkan
dengan falsafah ini, maka sudah tentu gejala vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa
perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak supaya tidak berlaku kebosanan dan
kekosongan di hati remaja.
5.3.5 Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah
Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberikan perhatian kepada
anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan pihak masyarakat
perlu peka terhadap isu ataupun gejala vandalisme yang berlaku di sekeliling mereka.
Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka.
Selain tiu, anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan
kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah juga patut memberikan
nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan menjaga harta benda
awam.

Penguatkuasaan Undang-undang
Bimbingan dan Kaunseling
Peranan Ibu bapa dan Keluarga
Langkah-langkah untuk Mengatasi Masalah Vandalisme
nekanan Pendidikan Moral dan Keagamaan di sekolah.

Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah

Rajah 2: Langkah-langkah Untuk Mengatasi Masalah Vandalisme.

15

5.4

Hasil Kajian Kes


Jadual 1: Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Tahap Salah
Laku Vandalisme Sekolah Kebangsaan Sultan Idris Shah, Gerik
(n=130)

Tahap Salah Laku Vandalisme


Rendah
Sederhana
Tinggi
Jumlah

Bilangan
118
12
0
130

Peratus
90.8
9.2
0.0
100.0

Jadual di atas menunjukkan analisis tahap salah laku vandalisme yang berlaku di
Sekolah Kebangsaan Sultan Idris Shah, Gerik. Seramai 118 orang atau 90.8 peratus
mempunyai tahap salah laku vandalisme yang rendah sementara 12 orang atau 9.2
peratus mempunyai tahap salah laku vandalisme yang sederhana, dan tiada bilangan
atau peratus untuk perlakuan salah laku vandalisme pada tahap yang tinggi. Secara
ringkasnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa masalah vandalisme di Sekolah
Methodist (ACS) Ipoh adalah berada pada tahap yang rendah.

6.0

TINJAUAN LITERATUR

Vandalisme bukanlah satu isu baru di Malaysia, malah ia hangat diperbincangkan oleh
media massa. Kamus Oxford Advanced Learners mentakrifkan vandalisme sebagai
willfully destroy or damage (public property) dan vandal sebagai person who willfully
destroys or damage works of art, public and private property, the beauties of nature,
etc. Di mana-mana sahaja kita sering terserempak dengan bangunan yang diconteng
dan dilukis dengan lukisan yang sungguh abstrak. Gambar-gambar dan lukisan lucah
mudah sahaja dijumpai pada tembok-tembok, batu batan di tepi pantai, tandas-tandas
awam, pondok telefon dan di bangunan sekolah termasuk kerusi dan meja pelajar.
Di Malaysia, perbuatan merosakkan harta benda di sekolah dikategorikan
sebagai salah laku yang berat dan serius. Ini terbukti apabila sejak 1968 lagi,
Kementerian

Pendidikan

Malaysia

telah
16

mengedarkan

surat

pekeliling

yang

membenarkan pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ini dibuang dan digantung


sementara waktu, di bawah undang-undang 1.3.5 merosak atau membinasakan harta
sekolah (Mohd Zin Sham, 1996).
Menurut Ann Wan Seng, (1994) vandalisme dilakukan oleh beberapa kategori
pelajar. Pertama, yang melakukan perbuatan vandalisme hanya secara suka-suka.
Tidak terlintas dalam fikiran mereka bahawa perbuatan vandalisme boleh membawa
akibat yang tidak baik seperti permandangan yang menyakitkan mata. Apa yang
terlintas dalam fikiran dicurahkan atas permukaan meja, kerusi, tembok, simen dan
batu-batan. Motif perbuatan mereka tidak jelas. Mungkin sekadar untuk menghabiskan
masa lapang.
Kedua, golongan pelajar yang mengalami tekanan jiwa yang hebat. Pelajar yang
hidup keseorangan merasakan dunia ini tidak bermakna. Kesunyian yang dihadapi
menyebabkan mereka melakukan perbuatan menconteng sekadar untuk menarik
perhatian orang ramai. Di samping itu, golongan pelajar dalam kategori ini mempunyai
alasan untuk melakukan vandalisme. Oleh kerana tidak ada tempat yang sesuai untuk
mereka mencurahkan isi hati, maka segala perasaan tidak puas hati dan kekacauan
fikiran diluahkan melalui tulisan-tulisan dan lukisan yang tidak tentu hala. Setiap
perkataan yang ditulis dan bentuk benda yang dilakar menggambarkan kekacauan jiwa
remaja tersebut.
Golongan ketiga pula terdiri daripada mereka yang sentiasa tidak puas hati
dengan keadaan diri dan masyarakat. Oleh itu, kita dapati sesetengah tempat diconteng
dengan gambar-gambar lucah, kata-kata yang memberahikan. Apabila mereka berbuat
demikian, mereka berasa puas dapat menggangu kehidupan orang lain. Golongan yang
keempat pula terdiri daripada remaja yang mabuk bercinta. Vandalisme dan golongan
ini bertumpu di taman-taman, tepi pantai dan tempat rekreasi. Antara hasil ukiran ialah
lambang love, anak panah dan ukiran nama merpati sejoli. Demi cinta abadi kasih
terpahat, rindu terpaku dan kasih diukir. Golongan ini melakukan vandalisme tanpa
kesedaran dan pertimbangan yang rasional. Dorongan emosi menguasai diri mereka
daripada akal fikiran.

17

Datuk Lee Lam Thye (1997) menyatakan orang yang merosakkan harta benda
merupakan golongan remaja yang ingin bebas tetapi dikongkong oleh ibu bapa. Mereka
tidak mempunyai matlamat dan gemar melakukan kesalahan ini apabila berkumpul
dengan rakan-rakan mereka. Pelaku akan merasa puas setelah melakukan perbuatan
tersebut.
Sekiranya gejala vandalisme ini tidak dikurangkan secara berkesan, ia akan
mendatangkan masalah yang rumit kepada negara. Tidak ada faedahnya negara pesat
membangun dan menggunakan teknologi yang baru, seperti peralatan canggih,
sedangkan para pelajar yang bakal menjadi jentera penggerak adalah generasi yang
tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab dalam memelihara harta benda negara.
Keuntungan negara terpaksa diagihkan untuk memperbaiki dan mengganti semula
harta benda yang telah dirosakkan.
Menurut Datuk Lee Lam Thye lagi masalah salah laku di kalangan pelajar
memerlukan tindakan bersepadu yang serentak dan menyeluruh dari setiap lapisan
masyarakat. Ini termasuklah guru, ibu bapa, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) dan
lain-lain (dlm. Norainon Othman, 1997)
Laporan Salah laku Murid Sekolah Malaysia (1996) mengkelaskan dua bentuk
serangan terhadap sekolah: pertama, serangan dituju kepada harta benda seperti
pecah masuk, merosak dan mencuri harta benda sekolah; kedua, serang dituju untuk
menganggu rutin sekolah seperti kebakaran, ugutan bom dan bunyi loceng amaran
palsu.
Menurut kajian Taip Abu (1989) pula, jenis-jenis tingkah laku merosak
Perumahan Mahasiswa dibahagikan mengikut kekerapan iaitu amat kerap, kerap dan
tidak kerap. Kajian ini menunjukkan menconteng dinding, memecah pintu, membengkok
kipas, memecah pasu bunga, merosak meja dan memecah papan kenyataan antara
yang amat kerap dilakukan. Kerosakan yang hanya kerap dilakukan adalah seperti
mengalihkan pemadam api, memecahkan kotak hosereel dan memecahkan glass point
bomba, merosakkan sinki dan mengoyak poster. Manakala, kesalahan yang tidak kerap
dilakukan

adalah

menanggalkan

tompok

18

lampu

dan

merosakkan

televisyen.

Kebanyakan jenis-jenis vandalisme ini dilakukan dalam keadaan yang spontan dan
tidak di rancang terlebih dahulu.
Sulaiman

Alias

(1994)

menyatakan

golongan

remaja

yang

melakukan

vandalisme merosakkan harta benda tanpa ada sebarang sebab serta tidak
memperolehi apa-apa keuntungan dari perbuatannya itu. Salah laku begini selalunya
menunjukkan bangkangan terhadap sesuatu atau luahan kekecewaan pelaku kepada
keluarga, masyarakat dan sekolah. Mereka ingin menarik perhatian orang ramai dan
memperkenalkan dirinya secara negatif.
Tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar dipengaruhi oleh banyak faktor.
Namun, faktor yang dipilih dalam kajian ini adalah faktor sosioekonomi, tingkat
pendapatan ibu bapa dan taraf pendidikan, faktor keluarga, faktor sekolah, faktor rakan
sebaya dan faktor diri sendiri. Oleh itu, pengaruh yang paling dominan perlu
diketengahkan untuk mencari penyelesaian terhadap salah laku vandalisme. Ini kerana
golongan remaja khasnya adalah harapan masyarakat dalam mewarisi kepimpinan dan
pembangunan negara pada masa depan.
Pelajar-pelajar sekolah melakukan vandalisme berdasarkan tujuannya yang
berbeza-beza. Cohen (1968) dan Bowles (1982), telah membahagikan perbuatan
vandalisme kepada enam kategori berikut:
1. Vandalisme berbentuk keinginan Vandalisme atau kerosakan dilakukan adalah
bertujuan untuk mendapatkan atau memperolehi sesuatu. Vandalisme ini amat
sering

berlaku

di

sekolah.

Misalnya,

memecahkan

vending

machine,

memecahkan peti duit telefon atau memecahkan penutup alat pemadam api.
2. Vandalisme yang dirancang Vandalisme jenis ini biasanya dilakukan untuk
mencapai satu-satu keinginan. Ia juga merupakan sesuatu perbuatan yang
disedari yang mempunyai matlamat yang telah difikirkan. Antara contoh
vandalisme bersifat taktikal ini ialah merosakkan loceng atau membunyikan
loceng keselamatan dan dengan ini matlamat akhir yang diingini ialah loceng
kecemasan tersebut akan terus berbunyi dan menganggu pelajar-pelajar lain.
3. Vandalisme ideological Vandalisme jenis ini mempunyai matlamat ideologi
besar yang telah dirancang. Cohen menjelaskan vandalisme jenis ini adalah

19

seakan-akan serupa dengan vandalisme taktikal. Mengecat atau menyembur cat


di dinding-dinding bangunan sekolah atau tandas dengan menulis slogan-slogan
politik tertentu
4. Vandalisme bersifat balas dendam Vandalisme jenis ini adalah sangat-sangat
ditakuti oleh pihak sekolah. Ia berpunca dari hasrat untuk membalas dendam ke
atas satu tindakan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Tindakan membalas
dendam yang dilakukan seperti memecahkan cermin tingkap, membakar pintu
dinding bangunan adalah beberapa contoh yang sering dilakukan.
5. Vandalisme bersifat suka-suka Vandalisme jenis ini dilakukan untuk tujuan
suka-suka. Ia juga dilakukan kadangkala untuk tujuan permainan dan merupakan
kegiatan merosak yang paling kerap berlaku di sekolah. Misalnya, satu
pertandingan diadakan di kalangan pelajar bagi tujuan siapa yang boleh
memecahkan kotak hosereel atau memecahkan glass point system pencegah
kebakaran tanpa diketahui oleh pihak sekolah.
6. Vandalisme bersifat merosak Vandalisme jenis ini merupakan satu perbuatan
merosak yang paling ganas. Cohen menyifatkan vandalisme jenis ini sebagai
cara menunjukkan rasa tidak puas hati atau rasa kekecewaan terhadap sesuatu.

7.0

RUMUSAN DAPATAN KAJIAN

Hasil kajian menunjukkan bahawa salah laku kenakalan yang paling dominan dilakukan
oleh pelajar di sekolah adalah salah laku jenis vandalisme. Walau bagaimanapun pada
keseluruhannya, ianya berada pada tahap rendah.
Gejala vandalisme yang berlaku ini berpunca daripada kewujudan mereka yang
suka melepak tanpa sebarang haluan sehingga menjadikan kemudahan awam seperti
pondok menunggu bas, papan tanda dan telefon awam dijadikan sasaran. Perbuatan ini
bukan sahaja menyusahkan orang ramai tetapi secara tidak langsung menggambarkan
masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran sivik.
Tidak semua vandalisme dilakukan dengan kasar. Sebaliknya tidak semua
perubahan besar dan kontroversial merupakan vandalisme. Hal ini memerlukan
ketelitian untuk menentukan apakah satu data atau informasi baru itu benar atau ia

20

merupakan vandalisme. Sehubungan itu, orang ramai juga diharap dapat memberi
kerjasama dengan melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab mengenai
sebarang perbuatan vandalisme.
Walaupun perbuatan vandalisme tidak memudaratkan dan membawa kerosakan
yang kekal, perbuatan ini mencemarkan tempat tumpuan orang ramai. Bagaimana
kalau lakaran lucah dan perkataan yang memberahikan dibaca oleh golongan muda?
Ini sudah tentu akan menimbulkan imaginasi dan khayalan seks yang boleh mendorong
seseorang melakukan perbuatan jenayah seperti mencabul kehormatan, rogol dan
melakukan hubungan seks bebas. Selain itu, perbelanjaan yang tinggi diperlukan untuk
membersihkan tempat atau kawasan yang telah diconteng. Semua usaha pembersihan
dan pemulihan ini memerlukan tenaga yang banyak.
Perbuatan vandalisme tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Sesetengah pihak
tidak mempedulikan perbuatan ini kerana menganggapnya sebagai fenomena
sementara yang akan terhenti dengan sendiri. Sejauh manakah kebenaran ini?
Vandalisme dilakukan secara berterusan daripada satu generasi kepada generasi lain.
Jika perbuatan ini didiamkan begitu sahaja, sudah tentu kita menggalakkan lagi
perbuatan vandalisme ini untuk terus berlaku.
Walaupun selama ini perbuatan vandalisme tidak dianggap sebagai jenayah dan
tiada peruntukan undang-undang untuk mendenda atau menangkap para pelakunya,
remaja yang didapati melakukan vandalisme seharusnya dikenakan hukuman
kompaun. Kompaun ini dapat memberi pengajaran kepada mereka yang ingin
melakukan vandalisme, setidak-tidaknya mereka akan berfikir dahulu sebelum berbuat
demikian.
Di ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa berusaha sedaya
upaya untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap memelihara
harta benda awam ini dengan membentuk Jawatankuasa Anti-vandalisme yang turut
dianggotai oleh jabatan lain dan agensi kerajaan. Apabila menyedari hakikat bahawa
pelajar merupakan aset penting dan generasi wawasan yang akan menerajui negara
pada masa hadapan, maka Jawatankuasa Antivandalisme ini telah melibatkan sekolah
dan para remaja untuk turut sama menjayakan kempen ini. Jabatan Pendidikan sendiri
21

telah menganjurkan satu kempen yang diberi tajuk Harta Benda Awam MilikkuMilikmu. Pertandingan seperti ini amat penting dan perlu dilakukan untuk menanamkan
sifat lebih bertanggungjawab dan secara tidak langsung dapat menyemaikan perasaan
sayang dan cinta terhadap harta benda awam.
Selain itu, masyarakat juga memainkan peranan yang penting dengan memberi
kefahaman betapa buruknya akhlak mereka yang melakukan vandalisme. Contohnya,
ibu bapa sebagai orang yang terdekat dengan remaja sepatutnya mendidik anak-anak
mereka dengan contoh tauladan yang baik serta mengasihi dan meluangkan masa
bersama anak-anak agar tidak menimbulkan fenomena kebosanan dan kekosongan di
hati mereka.

8.0

HUBUNG KAIT PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DENGAN MASALAH

VANDALISME DI SEKOLAH
Menurut Kamus Dewan (1970) guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh.
Daripada pengertian di atas, jelas menunjukkan guru merupakan insan yang
berkecimpung dalam arena perguruan yang dikaitkan sebagai suatu bidang mengajar
atau melaksanakan dalam konteks institusi pendidikan dalam usaha menyampaikan
ilmu kepada anak murid atau masyarakat. Dalam kerangka tugas sebagai Guru
Pendidikan Moral yang berwibawa, khususnya dalam meningkatkan perkembangan
moral kognitif remaja (pelajar) ke arah melahirkan generasi yang bertanggungjawab
dan berwawasan, seseorang Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa pelajar yang
datang ke sekolah telah mempelajari serba sedikit persoalan moral di rumah daripada
keluarga dan masyarakat.
Keadaan ini bermakna, para pelajar harus diberi harapan dan kepercayaan agar
tabiat tentang moral yang dipelajari bakal melahirkan pengetahuan moral mereka
sekaligus perkembangan moral kognitif terus subur. Dengan cara ini kita dapat
memupuk nilai-nilai dan prinsip hidup golongan remaja agar menjadi remaja yang
berilmu serta berdisiplin.

22

Dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendekatan Perkembangan


Moral Kognitif adalah berasaskan kepada teori perkembangan moral Kohlberg yang
memberi fokus kepada merangsang perkembangan moral para remaja (pelajar).
Pedekatan ini banyak membantu membina kebolehan menaakul golongan remaja di
peringkat yang lebih tinggi. Bailey (1979) dalam (Chang Lee Hoon, 2005) turut
menyatakan bahawa perkembangan moral pada peringkat ini lebih tertumpu kepada
perkembangan karaktor moral, sikap terhadap peraturan moral dan membuat
pertimbangan moral. Di samping itu juga, istilah perkembangan memberi satu
gambaran yang menunjukkan satu perubahan yang progresif ke tahap yang lebih
kompleks yang tidak boleh diterbalikkan, maka perkembangan moral membayangkan
andaian mengenai apakah yang dianggap matang dari segi moral.
Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa di sekolah sendiri merupakan
sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara
sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan
pengaruh secara tidak lanagsung kepada pembelajaran moral para pelajar di sekolah.
T. Mariuthu (1980) dalam Rosiadi (2008) menjelaskan bahawa remaja menghabiskan
hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya
berbanding dengan keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekoah seperti
pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan
peperiksaan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru,
kesemuanya menggalakkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar yang lemah dari
segi akademik.
Keadaan ini sudah tentu berbeza jika pelajar yang belajar di sekolah yang
ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan mudah
proses pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya.
Dengan

cara

ini,

Guru

Pendidikan

Moral

di

sekolah

terbabit

berperanan

mengembangkan moral kognitif pelajar yang bermasalah.


Selaras dengan kepentingan Perkembangan Moral mengikut skema Kohlberg
yang mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan salah satu
faktor yang menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah

23

faktor paling penting yang pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku
moral.

Kohlberg membicarakan bahawa bagaimana individu boleh bertingkah laku

moral jika dia tidak faham dan tidak berfikir tenang sebab kenapa dia patut bertingkah
laku sebegini. Justeru, Guru Pendidikan Moral harus bersedia mengajar nilai-nilai moral
sekaligus memperkembangkan pengetahuan moral pelajar agar mencapai matlamat
untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi. Tambahan penaakulan moral yang
matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional memudahkan pembelajaran dan
penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja di sekolah.
Selain itu, Guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan
objektif-objektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral dalam
kalangan pelajar. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan
bukan sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata
pelajaran yang lain. Selaras dengan Falsafah Pedidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM
digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur yang membolehkan
potensi individu berkembang secara menyeluruh dan seimbang. Justeru itu, bagi
mencapai matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan diberi
peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian
mereka. Keadaan ini sejajar dengan perkembang moral kognitif pelajar berkenaan
dengan pertimbangan moral (moral judgement) Kohlberg yang mengklasifikasikan
terdapatnya tiga ciri pertimbangan moral bagi golongan pelajar iaitu:
i.
ii.
iii.

pertimbangan tentang nilai bukan fakta


pertimbangan sosial yang melibatkan pertimbangan tentang manusia dan
pertimbangan normatif atau preskriptif, pertimbangan tentang patut, hak dan
tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai tentang kecenderungan sendiri.

Sejajar dengan tanggungjawab besar para guru seperti yang terkandung dalam
Etika Profesion Perguruan (EPP), Guru Pendidikan Moral juga tidak lepas daripada
tanggungjawab ini. Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi sebagai seorang
pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat dicapai
bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang
bermoal tinggi serta mulia. Adalah diharapkan juga para pelajar menolak sikap devian
mereka agar tidak terlibat dalam gejala vandalisme di tempat awam ataupun sekolah.
24

Antara lain, kekuatan moral bakal melahirkan masyarakat berminda kelas


pertama adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya
kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Masyarakat tersebut juga
tahu menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara,
bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri
yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip
kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan negara senantiasa
dijunjung. Semangat Islam Hadhari yang menekankan kepada pegangan prinsip-prinsip
berasaskan nilai-nilai universal yang luhur, akan diterapkan.
Menyentuh tentang konsep Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara, guru
telah memikul satu tanggungjawab penting. Hal ini demikian kerana, selain Kod Etika
Profesion Perguruan (EPP), aspirasi negara juga disandarkan kepada tanggungjawab
untuk membangunkan negara. Oleh itu, guru berkenaan harus menjadi teladan (role
model) dalam mempraktikkan prinsip yang positif di samping menyebarkan mesej yang
diingini kepada para pelajar. Dalam isu ini, mesej untuk menolak sebarang perbuatan
yang bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang negara wajar
ditonjolkan dalam kalangan pelajar melalui penggemblengan usaha bersama agar imej
institusi pendidikan dapat dipelihara sepenuhnya sekaligus membentuk generasi
Malaysia yang bertanggungjawab dan berwawasan.

9.0

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia-Nya, yang memberi


nikmat sihat tubuh badan, nikmat iman dan akal, maka dapatlah tugasan ini disiapkan
mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Tugasan ini dijalankan secara kumpulan
berpasangan dan individu.
Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ELM 3043E ini, banyak faedah yang
berguna dan baik telah dikutip untuk kegunaan saya sebagai guru. Kaedah rujukan dan
perbincangan bersama rakan-rakan yang dijalankan telah meningkatkan pemahaman
saya tentang masalah moral dan agen sosialisasi yang bertujuan untuk mengatasi

25

masalah moral sama ada di dalam mahupun di luar negara. Selain itu, saya juga dapat
mengetahui peranan guru moral dalam menangani masalah-masalah moral daripada
terus menular dalam kalangan remaja.
Kepelbagaian kaedah dan aktiviti yang dijalankan bersama rakan-rakan
sepanjang tempoh penyiapan kerja kursus ini juga telah berjaya merapatkan ukhuwah
kami. Pada masa yang sama, sikap toleransi dan bekerjasama dapat ditingkatkan
melalui kolaborasi antara pensyarah dengan pelajar. Keadaan ini memberi peluang
kepada saya untuk mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan di samping dapat
memahami cara pengajaran pensyarah, sekaligus dapat mengukuhkan hubungan dua
hala antara kami semua.
Selain itu, pengalaman berinteraksi dengan pensyarah dan rakan-rakan dalam
melaksanakan tugasan ini turut memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki cara
komunikasi saya ke arah yang lebih berkesan sebagai modal untuk menjadi seorang
guru yang berkredibiliti. Segala tunjuk ajar dan kritikan membina yang diberikan oleh
pensyarah pembimbing, iaitu Encik Razimi, dalam proses penyiapan tugasan ini juga
banyak membantu kami untuk menghasilkan kerja kursus yang baik dan berkualiti.
Apa yang dapat saya rumuskan berkenaan dengan tugasan projek ini adalah,
masalah moral kini dilihat mempunyai perkaitan dengan isu keguruan. Oleh itu, para
pendidik perlu bersifat terbuka dalam mendidik anak-anak muda di sekolah. Mereka
perlu diberi peluang dan ruang untuk mengekspresikan perkembangan diri. Misalnya,
kegiatan-kegiatan yang dijalankan di sekolah perlu lebih dimanfaat dengan kualiti masa
berbanding kuantiti masa yang ada. Setiap kegiatan yang dilakukan dalam sekolah
perlu diterapkan dengan semangat bersungguh-sungguh dan akur kepada peraturan
dan keputusan sekolah. Dengan ini, pelajar sekolah yang mematuhi peraturan dan
menerima sesuatu dengan terbuka dapat dibentuk dari bangku sekolah dan dapat
dibawa ke luar sekolah.
Berdasarkan perkara di atas, kejayaan cemerlang dalam bidang akademik
banyak bergantung kepada keupayaan murid dan guru menangani cabaran yang ada
dalam sistem pendidikan negara seperti globalisasi dalam pendidikan, kemahiran
menggunakan teknologi maklumat dengan sepatutnya, pendemokrasian pendidikan
26

dan sikap keterbukaan kepada kepelbagaian budaya. Sokongan kepada anak murid
daripada guru juga amat penting memandangkan guru merupakan pembentuk tingkah
laku, pengurus pembelajaran, agen perubahan kepada mereka. Murid-murid yang
melakukan kesilapan seharusnya diberi peluang kerana kesilapan merupakan
pengalaman dan pedoman untuk mengajar mereka agar tidak mengulangi perkara yang
sama.
Kesimpulanya, apa yang pasti globalisasi yang dihadapai remaja masa kini dapat
di atasi melalui pedoman diri. Malah, jalan utama untuk menghadapi cabaran duniawi
dalam diri remaja kini ialah berbalik kepada nilai-nilai murni. Malah, peranan guru dalam
membentuk tingkah laku murid ke arah yang positif menuntut usaha berlipat ganda
daripada warga pendidik sendiri.
Segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya peroleh, insya-Allah
akan saya praktikkan dengan sebaik mungkin. Harapan saya agar ilmu ini akan
memberi manfaat pula kepada murid-murid di sekolah. Semoga harapan kerajaan untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang dapat dicapai dengan adanya pengahayatan
dan penguasaan Isu-isu Moral dan Cabaran Penghayatan Nilai-nilai Murni oleh setiap
guru, kerana guru yang berkualiti menjadi aspirasi negara.
Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek ini telah memberikan
banyak faedah kepada saya dan mendorong saya untuk lebih mencintai profesion yang
mulia di samping memberi semangat kepada saya untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi
agama, bangsa dan negara. Semoga segala masalah yang dihadapi semasa
menghasilkan kerja kursus ini dapat dijadikan pengajaran dan diperbaiki lagi untuk
semester yang akan datang. Akhir kata, saya berharap agar tuan pensyarah berpuas
hati dengan hasil kerja kursus yang telah disiapkan ini seterusnya dapat menyumbang
kepada markah subjek ELM 3043E untuk semester ini. Insya-Allah, amin.

27