Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Bersyukur Kepada Ilahi dengan hidayahNya dapat sekali lagi saya berkongsi
pengetahuan dan pengalaman di dalam menghasilkan kerja kursus dalam mata
pelajaran BMM 3109 iaitu Morfologi Bahasa Melayu. Semoga apa yang saya
kongsikan ini akan dapat memberi sedikit pengetahuan dan pengalamanyang
boleh meningkatkan lagi daya kreativiti semasa pengajaran dan pembelajaran
disekolah. Pada pendapat saya Bahasa Melayu adalah bahasa yang
mempunyai struktur dan bersistem, dengan asas yang padu dan kukuh ini,
Bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek yang
berwibawa. Menurut Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985), morfologi
ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan
cara-cara pembentukannya.
Manakala menurut Marzuki Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993)
menyatakan morfologi ialah
i)
ii)

Kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk kata-kata


Bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok
belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur
kata terhadap golongan dan erti kata.

Oleh yang demikian sebagai seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu di
sekolah perlulah menguasai bidang morfologi supaya pengajarannya lebih
berkesan dan tepat. Apabila saya mendalami ilmu Morfologi Bahasa Melayu
berdasarkan modul BMM 3109 serta mendapat bahan dengan merujuk kepada
bahan bacaan serta melayari internet untuk menyiapkan tugasan ini,
kefahaman saya semakin meningkat , oleh itu pengetahuan yang lebih
mendalam ini akan dapat membantu saya untuk mengajar murid-murid dengan
lebih baik.
Dari perincian sukatan pelajaran yang diedarkan kepada saya dan rakan-rakan
memudahkan saya mengikuti kuliah yang disampaikan oleh pensyarah dan
rujukan daripada bahan bacaan serta pencarian ilmu melalui internet.
Pensyarah pembimbing menyampaikan kuliah mengikut perincian yang meliputi
semua aspek kajian dalam ilmu Morfologi. Walaupun aspek-aspek ini kami
telah menguasainya, tetapi apabila diperincikan secara mendalamnya melalui
19

struktur kata dan bentuk kata menyebabkan ada juga kekeliruan yang timbul
dalam mengkelaskan sesuatu bentuk kata tersebut. Melalui apa yang
dikuliahkan serta rujukan Tatabahasa Dewan dapat membantu saya memahami
bidang kajian ilmu Morfologi ini. Sepanjang interaksi dengan pensyarah saya
didedahkan dengan bidang kajian ilmu Morfologi yang terkandung dalam
Bahasa Melayu.. Walaupun topik-topik ini pernah saya pelajari semasa
mengikut pengajian sebelum menjadi guru dulu, ada yang saya ingat dan ada
yang memerlukan saya membuat rujukan untuk mengukuhkan pemahaman
saya. Dengan apa yang dipelajari ini dapat saya katakan bahawa semua ini
pernah saya mengaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu agar murid-murid memahami tentang struktur bentuk kata dalam
Bahasa Melayu.
Pada pandangan saya guru perlulah menguasai bidang Morfologi supaya
berkemahiran untuk mengajar Bahasa Melayu lebih mantap dan dapat
diaplikasikan kepada murid-murid di sekolah. Dengan hal yang demikian sudah
tentulah dapat membantu mereka lebih bermotivasi dan bersemangat untuk
belajar dan seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di dalam kelas akan lebih berkesan. Apa pun, saya berasa gembira
kerana pembelajaran BMM 3109 yang telah dikuliah kepada kami oleh En. Mat
Kamal mencapai objektifnya. Semoga apa yang telah saya dan rakan-rakan
sekumpulan hasilkan kerja kursus ini menepati tajuk dan kehendak pensyarah.
Apabila saya memikir tentang pengalaman ini, maka saya benar-benar
menginsafi bahawa murid-murid bukannya malas dan tidak mahu belajar tetapi
perlu ada sesuatu ransangan yang menarik perhatian dan minat mereka untuk
terus belajar dan belajar didalam kelas samada di arus perdana mahupun
di kelas pemulihan khas. Justeru dengan itu, pengalaman yang ada selama
lebih kurang 22 tahun sebagai guru yang mengajar Bahasa Melayu melihat
bahawa

guru

pengajarannya

perlu

melengkapi

terutama

dalam

ilmu

bahasanya

bidang

Morfologi

serta

kreatif

supaya

dalam

mencapai

objektif pengajaran dan pembelajaran. Apatah lagi jika mengajar murid yang
mempunyai pelbagai kecerdasan. Jika kita buat yang terbaik , murid juga akan
dapat yang terbaik...InsyaAllah.

20

Sekian, terima kasih.

21

Anda mungkin juga menyukai