Anda di halaman 1dari 2

Refleksi oleh Afiq Aiman bin Kamarulizra

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan
peluang untuk menyiapkan tugasan kerja khusus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini
ialah Cabaran dan Isu Semasa Dunia GCI1022. Sepanjang menjalankan tugasan kerja
kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi.
Pertama sekali saya menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar di
kotak minda saya ialah dimanakah ingin saya mulakan dan mampukah saya menyiapkan
tugasan ini. Hal ini kerana saya masih lagi baru dan tiada pengalaman dalam membuat
kerja khusus ini. Hal ini juga disebabkan pada masa yang sama terdapat beberapa kerja
khusus yang perlu disiapkan. Walau bagaimanapun, saya tetap meneruskan dan tidak
mengambil mudah tugasan ini. Sebaliknya, saya menyahut cabaran menyempurnakan
tugasan ini.
Saya telah mengambil langkah mengumpulkan maklumat terlebih dahulu. Melalui
kaedah ini saya telah pelajari dimana saya dapat jadikan sumber maklumat untuk diperolehi.
Saya telah mengambil pelbagai sumber yang saya dapat kesan iaitu sumber manusia.
Maklumat daripada sumber manusia ini saya perolehi daripada sesi temu bual ke atas
rakan-rakan dan juga pensyarah. Selain itu, sumber daripada media elektronik, media
bercetak, media tiga dimensi dan juga sumber persekitaran telah saya gunakan.
Dalam mencari maklumat daripada sumber yang saya dapat itu, saya telah
mengenal pasti maklumat yang saya kehendaki. Kaedah ini memerlukan saya memahami
apa kehendak soalan. Langkah seterusnya ialah mengenal pasti bentuk maklumat yang
diperlukan seperti kamus, artikel, laman web dan juga buku. Dengan ini, saya telah
mengenal pasti cara untuk mendapatkan maklumat berkenaan. Sebagai contoh, buku dan
jurnal dapat kita peroleh dengan menggunakan system OPAC mahupun pengkalan data.
Langkah terakhir yang saya gunakan ialah membuat penilaian ke atas maklumat yang saya
perolehi. Saya telah memastikan maklumat tersebut memenuhi kehendak dan keperluan
soalan tugasan. Saya juga telah menyenaraikan bahan rujukan yang digunakan untuk saya
membuat bibliografi.
Di samping itu, saya juga telah menghadapi masalah untuk mengetahui kebenaran
sesuatu fakta. Hal ini kerana terdapat beratus-ratus artikel yang boleh dikaitkan dengan
pemanasan global. Dengan ini, saya telah mempelbagaikan sumber maklumat saya untuk

mencari maklumat mengenai isu ini. Dengan ini saya telah dapat menyokong akan
kebenaran artikel yang saya telah dapati.
Selain itu, saya juga telah mempelajari dan menambahkan info pengetahuan tentang
isu semasa yang sedang berlaku di dunia ini. Seperti contoh fakta-fakta yang saya telah
perolehi di dalam kajian ini telah dapat membuka mata saya mengenai faktor dan kesan
pemanasan global ini sendiri. Dengan kajian ini, saya akan turut sama membantu
mengurangkan kesan pemanasan global yang semakin berleluasa. Antara yang saya
mampu lakukan termasuk bersama-sama menyokong kempen kitar semula yang walhal
telah lama diadakan tetapi saya sendiri masih tidak mengetahui lagi.
Tambahan lagi, saya juga telah pelajari cara membuat peta i-think yang saya sendiri
baru memahami penggunaannya di IPG ini. Kaedah ini sangat menarik kerana ia dapat
menambahkan daya ingatan kita untuk memahami dan menghafal sesuatu fakta atau
maklumat. Dengan menggunaka peta i-think, saya telah dapat merangka sesuati esei dan
juga dapat menjadikan sesuatu maklumat itu dibentang dengan kreatif dan menarik.

Anda mungkin juga menyukai