Anda di halaman 1dari 1

Laporan refleksi tahap kompetensi kecerdasan emosi watak-watak dalam situasi

Saya telah membaca cerpen Perlumbaan Kedua. Saya juga telah mengenalpasti
beberapa situasi mencabar yang telah dihadapi oleh watak- watak dalam cerpen ini.

Watak yang paling penting dalam cerpen Perlumbaan Kedua ialah Tuk Kura. Tuk Kura
ialah watak utama dalam cerpen ini. Watak ini telah memainkan peranan yang besar dalam
menghidupkan tema atau jalan cerita novel ini. Watak Tuk Kura dalam cerpen ini digambarkan
sebagai satu watak yang mempunyai konsep kendiri yang positif. Ciri ini boleh digambarkan
semasa dia menghadapi cabaran dari Sang Arnab Putih. Tuk Kura yang tabah dan cekal telah
menunjukkan betapa bijaksana dan matang. Selain itu, Tuk Kura ada mengamalkan ciri
penerimaan diri. Ciri ini boleh digambarkan dengan Tuk Kura dan kaumnya tidak pernah berasa
rendah diri tentang kelajuan berjalan mereka yang perlahan. Meraka telah menerima
kekurangan diri itu, dan pada masa yang sama mereka juga memahami serta memahami dan
menerima kelebihan mereka. Tuk Kura mempunyai kebolehan dalam mempunyai cangkerang
yang keras, matang, bijaksana, dan berpengalaman luas. Tuk Kura memiliki penghargaan diri
yang tinggi kerana beliau telah berjaya memenangi perlumbaan dengan kaum arnab.

Sang Gajah merupakan watak sampingan dalam novel ini. Sang Gajah merupakan satu
watak yang mempunyai konsep kendiri yang positif kerana dia bersifat sederhana dan rasional.
Contohnya, Sang Gajah sentiasa menjadi hakim dengan adil dan sangat berdisiplin tentang
kelakuannya. Selain itu, Sang Gajah mengamalkan ciri penerimaan diri kerana dia boleh
menerima keputusan yang telah dibuat. Sang Gajah juga memiliki penghargaan diri yang tinggi
kerana dia merupakan hakim bagi semua binatang di dalam hutan.

Anda mungkin juga menyukai