Anda di halaman 1dari 8

Relationships Among School

RELATIONSHIPS AMONG SCHOOL

The Relationships Among School Types, Teacher Efficacy Beliefs, and Academic
Climate: Perspective from Asian Middle Schools :
Article Critiques 2

Roslina Bt. Yahaya


801813
SMK Tunku Abdul Malik, Alor Merah, 05250 Alor Setar, Kedah.
roslinayahaya@ymail.com

Professor Dr. Rosna Bt. Awang Hashim


SGDY 5033
4th September 2010

Relationships Among School

PENGENALAN

Artikel yang bertajuk The Relationships Among School Types, Teacher Efficacy
Beliefs, and Academic Climate: Perspective from Asian Middle Schools,

telah ditulis

oleh Chong Wan Har, Klassen Robert M., Huan Vivien S., Wong Isabella, dan Kates
Allison Diane (2010). Kajian ini dijalankan secara bersama melibatkan kolaborasi antara
dua negara iaitu Singapura dan Kanada. Gabungan para cendikiawan ini telah
menghasilkan satu kajian yang pada pendapat saya sangat berguna kepada dunia
pendidikan secara keseluruhannya kerana melalui dapatan kajian yang dijalankan ini
secara tidak langsung dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada para pembaca
mengenai perhubungan antara jenis sekolah dengan kepercayaan efikasi guru dan iklim
akademik pelajar di negara Asia khususnya di negara Singapura yang boleh dijadikan
sebagai asas kepada para penyelidik di negara kita untuk menjalankan penyelidikan yang
sama pada masa akan datang untuk dibuat perbandingan.

Pada perenggan yang berikutnya, saya akan cuba menerangkan secara am


mengenai tujuan spesifik kajian ini dijalankan dan bagaimana rekabentuk atau
metodologi serta kaedah pengumpulan datanya. Seterusnya saya akan cuba meninjau
analisis data yang dibuat oleh pengkaji untuk melihat bagaimana data dianalisis dan
bagaimana penulis membuat kesimpulan-kesimpulan utama dalam kajian ini. Seterusnya,
saya akan cuba mengupas dari segi kebaikan dan kelemahan kajian ini serta melihat
implikasi kajian yang dijalankan ini kepada dunia pendidikan secara keseluruhannya.

Relationships Among School

ANALISIS

Tujuan spesifik kajian ini adalah untuk meninjau hubungan antara jenis sekolah,
kepercayaan efikasi diri guru dan iklim pengajaran menurut perspektif sekolah menengah
di Singapura. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan teknik soal selidik iaitu
menggunakan satu set soal selidik yang diedarkan kepada responden yang

terdiri

daripada 222 orang guru (80 orang lelaki dan 142 orang perempuan) yang mengajar di
sekolah- sekolah menengah yang terletak dikawasan penduduk golongan pertengahan.

Alat kajian yang dibina terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian satu
mengandungi 12 item untuk mengenal pasti efikasi kendiri responden. Bahagian dua
bertujuan untuk meninjau persepsi guru terhadap kemampuan rakan sekerja yang boleh
mempengaruhi pembelajaran pelajar yang juga mengandungi 12 item diadaptasi daripada
Skala Efikasi Kolektif Guru (TCE; Tschnanen-Moran & Barr,2004). Manakala bahagian
tiga mengandungi 8

item yang digunakan untuk mengukur Iklim Akademik iaitu

pengukuran menggunakan 9-point Likert-type scale. Kaedah yang digunakan untuk


mengumpul data adalah dengan menggunakan teknik persampelan

iaitu teknik

persampelan rawak berstrata.

Pada pendapat saya, rekabentuk kajian adalah sesuai dan merupakan pilihan
terbaik kerana kajian ini melibatkan pengumpulan data bagi menentukan perkaitan antara
dua atau lebih variabel yang saintifik dan menyelidik sama ada skor satu atau lebih
variabel mempengaruhi antara satu sama lain. Penulis tidak menyatakan persoalan kajian

Relationships Among School

secara spesifik. Walaubagaimanapun, penulis telah memberi gambaran dengan jelas


mengenai keseluruhan idea yang ingin dikaji dengan memberi penjelasan secara
terperinci mengenai kajian ini melalui latar belakang kajian dan penyataan masalah
kajian. Kajian ini adalah berbentuk kajian korelasi yang hanya melihat hubungan iaitu
hubungan antara jenis sekolah , kepercayaan dalam efikasi kendiri guru, dan iklim
akademik. Sampel yang digunakan adalah bersesuaian dengan populasi (222 orang) dan
ianya dapat menggambarkan keseluruhan populasi kerana jika menggunakan sampel
yang kecil , nilai variannya mungkin adalah tidak tepat atau berlaku secara tidak sengaja
( Creswell, J.W, 2008).

Dalam kajian ini, tiga bentuk analisis data digunakan iaitu melalui analisis
deskriptif, regression dan mediational. Ini secara tidak langsung menguatkan lagi hasil
kajian ini dari segi kebolehpercayaan dan kesahannya. Kekuatan utama kajian ini adalah
dari sudut persembahan datanya. Penulis menggunakan bahasa yang mudah dan tidak
terlalu teknikal untuk menginterpretasi data kepada pembaca tanpa mengabaikan standard
yang ditetapkan oleh APA.

Walaubagaimanapun pada pendapat saya terdapat beberapa kelemahan yang


dikenalpasti antaranya adalah berkenaan tajuk artikel. Saya merasakan tajuk artikel ini
perlu diubah daripada The Relationships Among School Types, Teacher Efficacy
Beliefs, and Academic Climate: Perspective from Asian Middle Schools,

ditukar

kepada The Relationships Among School Types, Teacher Efficacy Beliefs, and
Academic Climate: Perspective from Singapore Middle Schools. Setelah meneliti

Relationships Among School

artikel ini saya merasakan tajuk ini kurang sesuai untuk meletakkan frasa Asia itu kerana
kajian ini secara keseluruhannya tidak menggambarkan negara Asia kerana ia dilakukan
di negara Singapura sahaja dan negara Singapura hanyalah sebuah negara yang kecil dan
merupakan antara negara yang dari segi sosio ekonominya adalah sangat jauh kehadapan
berbanding dengan negara-negara lain di Asia dan merupakan antara negara termaju jika
dibandingkan dengan negara Asia yang lain; apatah lagi jika hendak dibandingkan
dengan negara Asia Tenggara yang lain seperti Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam,
Brunei dan Malaysia sendiri. Sudah tentu tahap dan suasana pendidikan di Singapura
sudah jauh kehadapan berbanding negara-negara yang disebutkan di atas.

Meletakkan kajian ini untuk megukur dari segi

perspektif negara Asia adalah

sangat keterlaluan. Kajian ini juga hanyalah dilakukan di kawasan bandar sahaja di
negara Singapura dan sudah tentu dapatan kajian tidak menggambarkan secara
keseluruhan negara Asia.

Menariknya, sistem persekolahan di negara Singapura ada sedikit persamaan


dengan negara kita iaitu mementingkan pencapaian pelajar dari segi akademik dan
menggunakan peperiksaan awam sebagai alat untuk mengkategorikan atau mengkelaskan
pelajar cemerlang, sederhana atau lemah diperingkat sekolah rendah untuk memudahkan
tapisan ke sekolah menengah yang dipecahkan kepada dua jenis sekolah iaitu sekolah
menengah berpencapaian tinggi untuk pelajar cemerlang dan sekolah biasa untuk pelajar
sederhana dan lemah. Hasil dapatan kajian oleh penulis, sedikit sebanyak membuatkan
saya terfikir, jika guru-guru berefikasi tinggi adalah guru-guru di sekolah berprestasi

Relationships Among School

tinggi dan guru yang berefikasi rendah adalah guru-guru di sekolah harian biasa maka
apakah yang akan berlaku dalam tempoh 5 hingga 10 tahun yang akan datang kepada
masyarakat kita?

Pelajar-pelajar dari SES yang tinggi menurut kajian ini adalah golongan yang
menghuni sekolah berprestasi tinggi dan rata-rata pelajar yang SES rendah berada di
sekolah biasa yang mempunyai iklim akademik yang kurang memuaskan dan memiliki
guru yang berefikasi rendah ( disebabkan pelajarnya tidak bermotivasi dan mempunyai
masalah disiplin).

Roda ini akan berputar dan tiada perubahan yang boleh dilakukan dan akhirnya
menghasilkan output yang kualitinya sudah dapat dijangka. Saya merasakan empat
saranan oleh penulis yang diadaptasi dari Bandura (1997) boleh digunapakai sebagai
alternatif untuk mengatasi masalah ini. Empat saranan tersebut jika mampu diikuti oleh
sekolah biasa tidak mustahil boleh menjadi penawar kepada pelajar-pelajarnya untuk
lebih bermotivasi den mampu mengubah landskap iklim akademik sekolah.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, tujuan kajian ini telah dapat dicapai untuk melihat perhubungan
antara jenis sekolah dengan efikasi kendiri guru dan iklim akademik melalui analisis data
yang telah dibuat dan mungkin jika kajian ini lebih diperluaskan kepada sekolah-sekolah
diluar bandar sudah tentu dapatan kajian ini lebih kuat . Kajian ini sangat berpotensi

Relationships Among School

untuk dikembangkan pada masa akan datang dan kajian ini juga mampu menjadi sumber
rujukan penting kepada pentadbir dan penggubal dasar untuk dibuat penambahbaikan
terhadap sistem pendidikan di negara kita.

RUJUKAN
Chong Wan Har, Klassen Robert M., Huan Vivien S., Wong Isabella, & Kates Allison
Diane (2010). The Relationships Among School Types, Teacher Efficacy Beliefs,
and Academic Climate: Perspective from Asian Middle Schools. The Journal of
Educational Research 103: 183-190,2010.
Creswell, J.W. (2008). Educational Research Planning, Conducting ,and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research (3rd ed.) Singapore: Pearson Merrill
Prentice Hall.

Relationships Among School

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai