Anda di halaman 1dari 18

PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


United Nations

Organisation des Nations unies



Organizacin de las Naciones Unidas

Peta menunjukan negara ahli PBB


Peta ini tidak mewakili pandangan anggotanya atau keperihatinan status sah PBB
terhadap mana-mana Negara,[1] juga tidak mencerminkan secara tepat kerajaan kawasan
mana yang mempunyai perwakilan PBB.

Ibu pejabat

Kawasan antarabangsa di
Bandar New York, AS

Bahasa rasmi

Bahasa Arab
Bahasa Cina
Bahasa Inggeris
Bahasa Perancis
Bahasa Rusia
Bahasa Sepanyol

Keahlian

193 negara anggota

Pemimpin

Setiausaha Agung

Ban Ki-moon

Timbalan Setiausaha Agung

Asha-Rose Migiro

Presiden Perhimpunan Agung

Nassir Abdulaziz Al-Nasser

Presiden Majlis Keselamatan

Jos Filipe Moraes Cabral

Ditubuhkan
-

Piagam PBB ditandatangani

26 Jun 1945

Entri berkuat kuasa Piagam

24 Oktober 1945

Laman web
UN.org

Ban Ki-moon, Setiausaha Agung PBB.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang
dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945selepas Perang Dunia II. Keahliannya
terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang
ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat,
menegaskanhak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang
antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan
setelah gagal menghalang Perang Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco, akan
tetapi PBB kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946.
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Piagam PBB

2 Asal-usul dan sejarah

3 Ibu pejabat

4 Struktur organisasi

4.1 Perhimpunan Agung

4.2 Majlis Keselamatan

4.3 Majlis Ekonomi dan Sosial

4.4 Majlis Peramanahan

4.5 Mahkamah Keadilan Antarabangsa

4.6 Sekretariat

5 Bahasa rasmi

6 Kegiatan

6.1 Persidangan antarabangsa

6.2 Tahun-tahun Antarabangsa dan yang berkaitan

6.3 Kawalan senjata dan pelucutan senjata

6.4 Penjagaan keamanan

6.5 Hak asasi manusia

6.6 Bantuan kemanusian dan pembangunan antarabangsa

6.7 Persetiaan dan undang-undang antarabangsa

7 Pembiayaan

8 Kritikan dan perbalahan

8.1 Membuat reformasi pada PBB

8.2 Kegagalan dalam isu-isu keselamatan

8.2.1 Penganiayaan seks oleh pengaman-pengaman

8.3 Keahlian jawatankuasa

8.4 Skandal Minyak untuk Makanan

9 Senarai badan PBB yang lain

10 Rujukan

11 Pautan luar

Piagam PBB[sunting]
Berikut ialah mukadimah bagi Piagam PBB:
KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BERAZAM

untuk menyelamatkan generasi-generasi yang berikut daripada kesengsaraan


peperangan, yang dua kali dalam penghidupan kami, telah membawa kesedihan yang
tidak terkatakan kepada manusia, dan

untuk menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi manusia, kepada maruah
dan nilai manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan serta negaranegara besar dan kecil, dan

untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan
yang tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-undang yang lain
dapat dipeliharakan, dan

untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam
kebebasan yang lebih luas,

DAN UNTUK TUJUAN INI

akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu
sama lain sebagai jiran-jiran yang baik, dan

akan menyatukan kekukuhan kami untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan


antarabangsa, dan

akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah,


bahawa kuasa bersenjata tidak akan digunakan, kecuali untuk kepentingan umum, dan

akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan ekonomi dan


sosial untuk semua manusia,

MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENGGABUNGKAN USAHA KAMI SUPAYA DAPAT MENCAPAI


MATLAMAT INI

Asal-usul dan sejarah[sunting]

Tempat persidangan PBB

Istilah "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" ("United Nations") dicetuskan oleh Franklin D.


Roosevelt sewaktu Perang Dunia IIberlangsung untuk merujuk kepada Pihak Berikat yang terdiri
daripada dari 26 negara. Nama ini digunakan secara rasmi buat pertama kali pada 1
Januari 1942 dalam "Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu". Pengisytiharan ini
bertujuan untuk mengikat ahli-ahli Pihak Berikat kepada prinsip-prinsip Piagam Atlantik serta untuk
menerima sumpah daripada ahli-ahlinya supaya tidak menuntut keamanan daripada Kuasa Paksi.
Selepas pengistytiharan itu, Pihak Berikat menggunakan nama Gagasan untuk PBB telah
diperincikan dalam pengisytiharan-pengisytiharan yang ditandatangani dalam persidanganpersidangan Pihak Berikat diMoscow, Kaherah dan Tehran sewaktu masih berperang pada
tahun1943. Dari Ogos sehingga Oktober 1944, wakil-wakil daripadaPerancis, Republik China, United
Kingdom, Amerika Syarikat danKesatuan Soviet bertemu untuk memperincikan rancangan-rancangan
di Estet Dumbarton Oaks, Washington, D.C.. Perbincangan ini dan perbincangan yang kemudian
menghasilkan cadangan-cadangan yang menggariskan tujuan-tujuan pertubuhan itu, keahlian dan
alat-alatnya, serta pengurusan untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta
kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa. Cadangan-cadangan ini telah dibincangkan dan
diperdebatkan oleh kerajaan-kerajaan dan rakyat-rakyat sejagat.
Pada 25 April 1945, "Persidangan PBB tentang Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa" bermula di
San Francisco. Selain kerajaan-kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan,
termasuknya Kelab Lions Antarabangsa, telah dijemput untuk membantu menggubal piagam. 50
negara yang menghadiri persidangan ini menandatangani "Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu" dua bulan kemudian pada 26 Jun. Poland tidak menghadiri persidangan itu, tetapi satu
tempat telah diuntukkan kepadanya, dan ia kemudian menandatangani piagam itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan secara rasmi pada 24 Oktober 1945, selepas
piagamnya telah diratifikasi oleh kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan, iaitu Amerika Syarikat,
United Kingdom, Kesatuan Soviet, Perancis, Republik China serta kebanyakan daripada 46
penandatangan yang lain.
Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London, United Kingdom pada 10
Januari 1946 disertai oleh 51 negara. Pada April 2004, sebanyak 191 negara telah menyertai
pertubuhan ini.

Ibu pejabat[sunting]

Ibu pejabat PBB di New York.

Bangunan ibu pejabat PBB terkini dibina di sebelah Sungai East (East River), New York City pada
tahun 1949. Bagaimanapun, bangunan ini bukannya hak milik Amerika Syarikat. Ia dibina di atas
tanah yang dibeli daripada John D. Rockefeller, Jr. dengan derma sebanyak AS$8.5 juta, dan direka
bentuk oleh sepasukan arkitek antarabangsa, termasuknya Le Corbusier (Perancis) yang termasyhur,
Oscar Niemeyer (Brazil), dan wakil-wakil daripada banyak negara yang lain. Pasukan itu diketuai oleh
Wallace K. Harrison, pengetua Harrison & Abramovitz (NYC).
Ibu pejabat PBB di New York dibuka secara rasmi pada 9 Januari1951. Sedangkan ibu pejabat PBB
yang utama ditempatkan di New York, terdapatnya agensi-agensi utama yang terletak
di Geneva,Hague, Vienna, Montreal, Bonn, dan tempat-tempat yang lain. Alamat ibu pejabat PBB
ialah 760, United Nations Plaza, New York, NY 10017, USA.
Oleh sebab bangunan utama PBB telah lama, PBB adalah dalam proses mengubah suai serta
memperbesar bangunan ini. Untuk kegunaan sementara waktu, sebuah ibu pejabat yang
direkabentuk oleh Fumihiko Maki telah dibina di antara Jalan Ke-41 dan Jalan Ke-42 (41st dan 42nd
Street) di New York.

Struktur organisasi[sunting]

Piagam PBB menguntukkan enam alat yang utama, iaitu:

Perhimpunan Agung

Majlis Keselamatan

Majlis Ekonomi dan Sosial

Majlis Peramanahan

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)

Sekretariat

Bagaimanapun, terdapatnya juga banyak agensi khas untuk tujuan-tujuan yang tertentu. Untuk nama
agensi-agensi PBB yang lain, sila lihat bahagian: Senarai badan-badan PBB yang lain.

Perhimpunan Agung[sunting]
Perhimpunan Agung PBB (GA) terdiri daripada kesemua ahli-ahli pertubuhan ini dan bertemu setiap
tahun di bawah seorang presiden yang dipilih daripada wakil-wakilnya.
Sebagai alat PBB tunggal yang diwakili oleh kesemua ahli, Perhimpunan ini bertindak sebagai forum
untuk ahli-ahlinya membincangkan persoalan undang-undang antarabangsa serta membuat
keputusan tentang pengendalian pertubuhan ini.

Untuk nama ahli-ahli PBB, sila lihat: Senarai ahli PBB.

Majlis Keselamatan[sunting]
Majlis Keselamatan UN merupakan alat yang paling berkuasa dalam PBB. Ia bertanggungjawab
kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara. Sedangkan alat-alat PBB
yang lain hanya membuat cadangan kepada kerajaan ahli-ahli, Majlis Keselamatan mempunyai kuasa
di bawah Piagam PBB untuk memutuskan mana satu kerajaan ahlinya harus melaksanakan
keputusannya.
Keputusan-keputusan Majlis Keselamatan digelarkan "Ketetapan Majlis Keselamatan PBB". Ahli-ahli
Majlis Keselamatan bergilir-gilir memegang jawatan pengerusi setiap bulan.

Majlis Ekonomi dan Sosial[sunting]


Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan
kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa. ECOSOC mempunyai 54 ahli yang
dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh tiga tahun. Walaupun setiap ahli PBB berlayak untuk
dipilih, ahli-ahlinya sentiasa menyokong ahli-ahli daripada negara "Dunia Pertama".
Presiden ECOSOC dipilih untuk tempoh satu tahun daripada kalangan ahlinya yang merupakan
kuasa kecil ataupun tengah. ECOSOC bertemu setiap tahun pada bulan Julai untuk sidang selama

empat minggu. Sejak 1998, ia telah mengadakan lagi sebuah mesyuarat pada setiap April untuk
bertemu dengan menteri-menteri kewangan yang mengetuai jawatankuasa utama dalam Bank
Dunia danTabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
ECOSOC berfungsi dengan cara yang serupa dengan organ-organ PBB yang lain, termasuklah
mengumpul maklumat, menasihatkan ahli-ahli negara, dan membuat cadangan. Tambahan pula,
ECOSOC adalah di dalam kedudukan yang baik untuk memberikan polisi kepaduan dan
menyelaraskan fungsi-fungi badan-badan subsidiari PBB yang bertindih; dimana dalam peranan ini
bahawa ia amat giat.

Majlis Peramanahan[sunting]
Majlis Peramanahan PBB telah ditubuhkan untuk membantu memastikan bahawa wilayah-wilayah
bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan
dan keselamatan antarabangsa. Kini, kesemua wilayah amanah ini kebanyakannya merupakan
mandat Liga Bangsa-bangsa ataupun wilayah yang diambil daripada negara-negara yang ditewaskan
pada akhir Perang Dunia II telah memperoleh kerajaan sendiri ataupun kemerdekaan, baik
sebagai negara tersendiri, mahupun melalui penggabungan dengan negara jiran
yang merdeka. Palau merupakan wilayah yang terakhir, dan telah menjadi ahli PBB pada
Disember 1994.
Selepas misinya telah siap, Majlis Peramanahan menggantungkan operasinya pada 1
November 1994, dan walaupun ia masih wujud pada kertas, penghapusannya yang rasmi
memerlukan penyemakan Piagam PBB. Bagaimanapun, pada Mac 2005, Setiausaha AgungKofi
Annan mencadangkan reformasi yang meluas, termasuknya penghapusan Majlis Peramanahan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa[sunting]


Mahkamah Keadilan Antarabangsa (dikenali dalam bahasa basahan sebagai "Mahkamah Dunia" atau
ICJ} merupakan alat kehakiman yang utama untuk PBB. Ia ditempatkan di Peace
Palace, Hague, Belanda.
Ditubuhkan pada tahun 1945, Mahkamah ini merupakan waris kepada Mahkamah Keadilan
Antarabangsa. Mahkamah ini harus tidak dikeliru dengan Mahkamah Jenayah
Antarabangsa (Belgium) yang juga mempunyai kuasa "sejagat". Bahasa Inggeris dan bahasa
Perancis merupakan bahasa rasminya.
Fungsi-fungsi utamanya adalah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan
oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang
diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa. Bilangan keputusan
yang dibuat oleh ICJ masih tidak banyak, tetapi terdapatnya kesanggupan yang lebih besar untuk
menggunakan Mahkamah ini sejak tahun-tahun 1980-an, khususnya di kalangan negara-negara
membangun. Bagaimanapun, Amerika Syarikat telah menarik diri daripada bidang kuasa wajib pada
tahun 1986, dan kini hanya menerima keputusan mahkamah mengikut budi bicaranya.

Sekretariat[sunting]
Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam
antarabangsa. Piagam PBB mensyaratkan bahawa kakitangannya dipilih daripada kawasan-kawasan
yang meluas di seluruh dunia. Setiausaha Agung seorang diri sahaja bertanggungjawab memilih
kakitangan.
Sekretariat PBB membekalkan kajian, maklumat dan kemudahan yang diperlu oleh badan-badan
PBB untuk mesyuarat mereka. Ia juga melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan,
Perhimpunan Agung, Majlis Ekonomi dan Sosial, dan badan-badan PBB yang lain. Tugas-tugas
Setiausaha Agung termasuk membantu menyelesaikan pertikaian antarabangsa, mentadbirkan
operasi penjagaan keamanan, mengatur persidangan antarabangsa, mengumpul maklumat tentang
pelaksanaan keputusan-keputusan Majlis Keselamatan serta berunding dengan kerajaan ahli-ahlinya
terhadap pelbagai langkah yang dimulakan oleh PBB.

Bahasa rasmi[sunting]
PBB mempunyai enam bahasa rasmi iaitu bahasa Arab, Cina, Inggeris, Perancis, Rusia,
dan Sepanyol. Manakala bahasa kerja yang digunakan di Perhimpunan Agung
ialah Inggeris, Perancis dan Sepanyol (dalam Majlis Keselamatan PBB ia terhad kepada dua bahasa
sahaja iaitu bahasa Inggeris dan Perancis sahaja).

Kegiatan[sunting]
Rencana utama: Kegiatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Kegiatan-kegiatan PBB terdiri daripada 7 bidang yang utama:

Persidangan antarabangsa

Tahun-tahun antarabangsa dan yang berkaitan

Kawalan dan pelucutan senjata

Penjagaan keamanan

Hak asasi manusia

Bantuan kemanusian dan perkembangan antarabangsa

Persetiaan dan undang-undang antarabangsa.

Persidangan antarabangsa[sunting]
Ahli-ahli untuk PBB dan agensi-agensi khususnya memberi panduan dan membuat keputusan
tentang pelbagai persoalan substantif dan pentadbiran dalam mesyuarat biasanya yang diadakan

sepanjang tahun. Jika terdapatnya persoalan yang dianggap amat mustahak, Perhimpunan
Agung akan memulakan persidangan antarabangsa untuk menumpukan perhatian sejagat dan
memperoleh sepersetujuan untuk tindakan yang disatukan. Contoh-contoh terkini termasuk:

"Persidangan Dunia mengenai Kecekapan Perdagangan" yang diadakan pada Oktober 1994
di Columbus, Ohio: Ia menumpukan perhatian kepada penggunaan teknologi matlumat
moden untuk memperkembangkan perdagangan antarabangsa;

"Persidangan Dunia mengenai Pembangunan Sosial" yang diadakan


di Copenhagen, Denmark pada Mac 1995: Persidangan ini menegaskan tanggungjawab
negara terhadap pembangunan boleh kekal serta pelaburan dalam rancangan-rancangan
pendidikan, penjagaan kesihatan, dan peluang ekonomi untuk kesemua orang.

"Persidangan Dunia Keempat tentang Wanita" yang diadakan di Beijing, China, pada
September 1995;

"Persidangan PBB Kedua tentang Petempatan Manusia" (Habitat II), yang diadakan
di Istanbul, Turki pada Jun 1996.

Tahun-tahun Antarabangsa dan yang berkaitan[sunting]


Rencana utama: Tahun-tahun Antarabangsa PBB
PBB mengisytiharkan dan menyelaraskan "Tahun Antarabangsa untuk ..." supaya dapat
menumpukan perhatian kepada persoalan-persoalan yang utama. Melalui perlambangan
PBB, logo yang direka bentus khas untuk tahun itu, serta infrakstruktur sistem PBB untuk
menyelaraskan peristiwa-peristiwa di seluruh dunia, pelbagai tahun itu telah menjadi faktor
mangkin untuk memajukan persoalan-persoalan utama pada skala sejagat.

Kawalan senjata dan pelucutan senjata[sunting]


PBB telah menubuhkan berbagai-bagai forum untuk menujukan persoalan-persoalan
pelucutan senjata berbilang hala. Forum-forum yang utama termasuk "Jawatankuasa
Pertama Perhimpunan Agung" dan "Suruhanjaya Pelucutan Senjata PBB". Perkara-perkara
dalam agendanya merangkumi pertimbangan kebaikan dan keburukannya terhadap
pengharaman ujian nuklear, kawalan senjata angkasa lepas, usaha untuk
mengharamkan senjata kimia, pelucutan senjata nuklear dan senjata biasa, pengurangan
peruntukan tentera, serta langkah-langkah untuk mengukuhkan keselamatan antarabangsa.

Penjagaan keamanan[sunting]
Pengaman-pengaman PBB dihantar ke kawasan-kawasan di mana pertikaian bersenjata
baru-baru sahaja tamat, supaya dapat menguatkuasakan syarat-syarat persetujuan
keamanan serta untuk tidak menggalakkan askar-askar daripada memulakan pertempuran,
umpamanya di Timor Timur sehingga kemerdekaannya pada tahun 2001. Pasukan-pasukan

ini dibekalkan oleh ahli-ahli negara PBB. PBB tidak mempunyai sebarang tentera sendiri.
Kesemua operasi penjagaan keamanan harus diluluskan oleh Majlis Keselamatan.
Pasukan pengaman PBB menerima "Hadiah Keamanan Nobel" pada tahun 1988. Pada
tahun 2001, PBB dan Setiausaha Agung Kofi Annan memenangi Hadiah Keamanan Nobel
"kerana usaha-usaha mereka untuk mencapai dunia yang lebih teratur dan lebih aman."
PBB mengekalkan siri Pingat PBB yang dianugerahkan kepada ahli-ahli perkhidmatan
tentera yang menguatkuasakan persetujuan PBB. Pingatnya yang sulung ialah Pingat
Perkhidmatan PBB yang dianugerahkan kepada angkatan PBB yang menyertai Perang
Korea. Pingat NATO direka bentuk melalui konsep yang serupa dan kedua-duanya dianggap
sebagai pingat antarabangsa dan bukannya pingat tentera.

Hak asasi manusia[sunting]


Perjuangan untuk hak-hak asasi manusia merupakan alasan yang utama untuk mencipta
PBB. Kekejaman Perang Dunia II danpembunuhan kaum telah menyebabkan sepersetujuan
serta-merta bahawa pertubuhan baru harus berusaha untuk mencegah nahas yang serupa
pada masa akan datang.
Piagam PBB memerlukan kesemua ahli-ahli negaranya mempromosikan "rasa hormat
sejagat ke atas dan pematuhan kepada hak asasi manusia" serta mengambil "tindakan
bersama dan berasingan" untuk mencapainya. Suruhanjaya mengenai Hak Asasi Manusia
PBB, di bawah ECOSOC, merupakan badan PBB yang utama untuk mempromosikan hak
asasi manusia, khususnya melalui penyiasatan dan pemberian bantuan teknikal. Contoh
yang baik ialah sokongan PBB kepada negara-negara yang hendak berubah kepada
sistem demokrasi. Bantuan teknikal untuk menyediakan pilihan raya yang bebas dan adil,
perbaikan struktur kehakiman, bantuan mendraf perlembagaan, latihan untuk pegawaipegawai hak asasi manusia, serta pengubahan gerakan-gerakan bersenjata menjadi partiparti politik nyata sekali amat menyumbang kepada proses pendemokrasian di seluruh
dunia.
PBB juga merupakan forum yang menyokong hak-hak wanita untuk penyertaan sepenuhnya
dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di negara mereka.

Bantuan kemanusian dan pembangunan antarabangsa[sunting]


Bersama-sama dengan pertubuhan yang lain, seperti Persatuan Palang Merah, PBB
membekalkan makanan, air minuman, tempat perlindungan dan perkhidmatan kemanusian
yang lain kepada penduduk-penduduk yang mengalami kebuluran, terpaksa berpindah
akibat perang, atau menderita disebabkan bencana yang lain.
Cabang kemanusiaan PBB yang utama termasuk Program Makanan Dunia (yang membantu
memberi makanan kepada lebih daripada 100 juta orang setiap tahun di 80
negara), Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian dengan projeknya di 116 buah negara, serta

projek penjagaan keamanan di 24 buah negara. PBB juga terlibat dalam


penyokongan perkembangan ekonomi, umpamanya perumusanMatlamat Pembangunan
Milenium. Program Pembangunan PBB (UNDP) merupakan sumber berbilang hala untuk
tabung bantuan teknikal di dalam dunia. Pertubuhan seperti Pertubuhan Kesihatan
Sedunia, UNAIDS dan Tabung Dunia untuk Membasmi AIDS,Tuberkulosis dan Malaria ialah
institusi-institusi yang utama dalam pembasmian penyakit AIDS di seluruh dunia, khususnya
di negara-negara yang miskin. Tabung Kependudukan PBB yang merupakan pembekal
utama untuk perkhidmatan pembiakan telah membantu mengurangkan kematian bayi dan
maternal di 100 negara.
PBB telah membantu menjalankan pilihan raya di negara-negara yang tidak mempunyai
banyak sejarah demokrasi, termasuknya pada masa kebelakangan
ini, Afghanistan dan Timor Timur. Ia juga menjalankan tribunal jenayah antarabangsa,
termasuknya Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Rwanda (ICTR) dan bekas Yugoslavia
(ICTY), serta Mahkamah Khas untuk Sierra Leone, dan Mahkamah Ad Hoc untuk Timor
Timur.
Pada 9 Mac 2006 Setiausaha Agung PBB Kofi Annan melancarkan Tabung Pusat Gerak
Balas Kecemasan (CERF) untuk mereka diTanduk Afrika yang diancam oleh kebuluran.[1]

Persetiaan dan undang-undang antarabangsa[sunting]


PBB merundingkan persetiaan seperti Konvensyen PBB mengenai Undang-undang
Laut untuk mengelakkan kemungkinan pertikaian antarabangsa. Pertikaian mengenai
penggunaan lautan dihakimi oleh mahkamah khas.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang merupakan mahkamah PBB yang utama
bertujuan untuk menghakimi pertikaian-pertikaian di antara negara-negara. Kes-kes terutama
yang dihakiminya termasuk:

Congo lawan Perancis: Republik Demokratik Congo menuduh Perancis kerana


menyalahi undang-undang disebabkan penahanan bekas ketua-ketua negaranya yang
telah dituduh untuk jenayah-jenayah perang;

Nicaragua lawan Amerika Syarikat: Nicagarua menuduh Amerika Syarikat kerana


mempersenjatai Contra secara haram (kes ini menyebabkan peristiwa Iran-Contra).

Pembiayaan[sunting]

Kompleks Pusat Antarabangsa Vienna di Austria. Pejabat-pejabat PBB mengambil sebahagian besar
daripada kompleks ini.

Sistem PBB dibiayai dengan dua cara, iaitu sumbangan taksiran dan sumbangan suka rela
daripada ahli-ahli negara. Perhimpunan Agung meluluskan peruntukan yang biasa dan
menentukan taksiran untuk setiap ahli. Secara umumnya, taksiran ini berdasarkan
keupayaan relatif setiap negara, sebagaimana yang diukur oleh statistik pendapatan negara,
bersama-sama dengan faktor-faktor yang lain. Peruntukan setiap dua tahun untuk PBB dan
agensi-agensi khasnya dibiayai oleh sumbangan taksiran.
Perhimpunan Agung telah mewujudkan prinsip bahawa PBB harus tidak terlalu bergantung
kepada mana-mana satu ahli dalam pembiayaan operasinya. Oleh itu, PBB mengenakan
had maksimum untuk sumbangan taksiran bagi peruntukan biasa. Pada Disember 2000,
Perhimpunan menyemak semula skala taksirannya untuk membayangkan keadaan dunia
yang terkini. Antara perubahan daripada penyemakan itu, had maksimum diturunkan
daripada 25% ke 22%. Amerika Syarikat merupakan ahli yang tunggal yang mencapai had
maksimum ini, tetapi ia masih menunggak bayaran sebanyak beratus-ratus juta dolar (sila
lihat: Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di bawah skala taksiran
yang diamalkan pada tahun 2000, penyumbang-penyumbang utama (selain Amerika
Syarikat) untuk peruntukan PBB yang biasa bagi tahun 2001 adalah seperti
berikut: Jepun (19.63%), Jerman (9.82%),Perancis (6.50%), United
Kingdom (5.57%), Itali (5.09%), Kanada (2.57%), Sepanyol (2.53%), dan Brazil (2.39%).
Rancangan-rancangan untuk agensi-agensi PBB yang khas
(seperti UNICEF, UNDP, UNHCR, dan WFP) tidak termasuk dalam peruntukan biasa, dan
dibiayai secara suka rela oleh kerajaan ahli-ahli. Sehingga tahun 2001, sumbangan ini
daripada Amerika Syarikat sahaja dianggarkan berhampiran AS$1.5 bilion pada jumlahnya.
Sebahagian daripada ini adalah dalam bentuk barangan pertanian yang diderma kepada

penduduk-penduduk yang menderita, tetapi sebahagian besarnya masih merupakan


sumbangan dalam bentuk wang.

Kritikan dan perbalahan[sunting]


Rencana utama: Kritikan dan perbalahan PBB

Membuat reformasi pada PBB[sunting]


Pada tahun-tahun kebelakangan ini, terdapatnya banyak seruan untuk membuat
reformasi pada PBB. Tuduhan pada tahun 2004 dan 2005 mengenai salah pengurusan
dan rasuah mengenai Program Minyak untuk Makanan untuk Iraq di bawah Saddam
Hussein telah menyebabkan seruan yang baru untuk reformasi.
Sebuah rancangan reformasi yang rasmi telah dimulakan oleh Setiausaha Agung
PBB, Kofi Annan tidak lama selepas beliau memegang jawatan itu pada 1 Januari 1997.
Reformasi yang telah dikemukakan termasuk:

penukaran keahlian tetap untuk Majlis Keselamatan (yang kini membayangkan


hubungan kuasa 1945);

menjadikan birokrasi lebih nyata, bertanggungjawab dan cekap;

menjadikan PBB bersikap lebih demokratik; dan

mengenakan tarif antarabangsa terhadap semua pengilang senjata di seluruh dunia.

Kegagalan dalam isu-isu keselamatan[sunting]


Walaupun PBB menumpukan sebahagian besar daripada usaha-usahanya dalam
bidang keamanan dan keselamatan, dalam banyak kes, ahli-ahli PBB telah
menunjukkan keberatan untuk mencapai ataupun menguatkuasakan ketetapanketetapan Majlis Keselamatan. Pada 2003, Amerika Syarikat mengetuai serangan
terhadap Iraq di tengah-tengah rasa tidak setuju yang kuat antara kebanyakan ahli-ahli
PBB. Untuk hampir sedekad, Israel menentang ketetapan yang memerlukannya
menghapuskan petempatan-petempatan di Tebing Barat dan Gaza. Kegagalankegagalan ini berpunca daripada sifat antara kerajaan PBB dalam banyak hal, ia
merupakan persatuan yang terdiri daripada 191 ahli negara yang harus mencapai
sepersetujuan, dan bukannya sebuah pertubuhan yang bebas. Walaupun tindakantindakan telah diberikan mandat oleh Majlis Keselamatan, Sekretariat jarang diberikan
sumber-sumber yang mencukupi untuk melaksanakannya.

Penganiayaan seks oleh pengaman-pengaman[sunting]


Telah dilaporkan bahawa pengaman-pengaman daripada beberapa negara telah
menganiayai dan bergilir-gilir merogol kanak-kanak perempuan semuda umur 12 di

Republik Demokratik Congo. Penganiayaan ini dilaporkan telah berlaku secara meluas
dan masih berlaku walaupun terdapatnya banyak pendedahan dan penyiasatan oleh
"Pejabat Perkhidmatan Kealpaan Dalaman PBB". [2][3]
Penyiasatan dalaman PBB pada tahun 2005 mendapati bahawa penganiayaan seks
yang serupa juga telah dilaporkan di lima negara yang lain di mana pengamanpengaman PBB telah diatur kedudukan, termasuknya Burundi, Cte
d'Ivoire dan Liberia. [4]

Keahlian jawatankuasa[sunting]
Pemasukan Sudan dan Libya yang mempunyai rekod hak asasi manusia yang tidak
terhingga ke dalam Suruhanjaya PBB untuk Hak Asasi Manusia, dan pelantikan Libya
sebagai pengerusi Suruhanjaya ini telah menjadi satu perbalahan. Bagaimanapun,
negara-negara itu memperdebatkan bahawa negara-negara Barat, dengan sejarah
keganasan dan kekejaman penjajahan, tidak ada hak untuk berdebat tentang keahlian
Suruhanjaya ini.

Skandal Minyak untuk Makanan[sunting]


Program "Minyak untuk Makanan" diwujudkan oleh PBB pada tahun 1996 untuk
membenarkan Iraq menjual minyaknya kepada pasaran dunia sebagai tukaran untuk
keperluan kemanusiaan untuk rakyat Iraq, tanpa membenarkan kerajaan Iraq membina
semula tenteranya selepas Perang Teluk pertama.
Bagaimanapun, rancangan itu telah ditamatkan pada akhir tahun 2003 di tengah-tengah
tuduhan penyalahgunaan dan rasuah. Bekas Pengarah Benon
Sevan dari Cyprus meletakkan jawatan sewaktu Interim Report.pdf laporan kemajuan
interim daripada penyiasatan PBB menyimpulkan bahawa Sevan telah menerima rasuah
daripada rejim Iraq.[5]
Juga terlibat dalam skandal itu ialah Kojo Annan, anak lelaki kepada Kofi Annan, yang
telah dikatakan mendapat kontrak "Minyak untuk Makanan" PBB untuk Coctecna,
sebuah syarikat Switzerland. Menteri Luar Negeri India juga telah dipecat kerana
peranannya dalam skandal ini.

Senarai badan PBB yang lain[sunting]


Badan-badan lain yang merupakan agensi khas dalam PBB, walaupun tidak dinyatakan
dalam piagamnya ialah :
1. Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)

2. Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IRBD) (termasuk


Perbadanan Kewangan Antarabangsa dan Persatuan Pembangunan
Antarabangsa)
3. Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)
4. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)
5. Pertubuhan Kelautan Antarabangsa (IMO)
6. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
7. Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
8. Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)
9. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO)
10. Kesatuan Pos Sedunia (UPU)
11. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
12. Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (WIPO)
13. Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).
Agensi-agensi sementara termasuk:
1. Pentadbiran Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRRA)
2. Pertubuhan Pelarian Antarabangsa (IRO) (tanggungjawabnya kemudian diambil
alih oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian) (UNHCR)
3. Agensi Bantuan dan Kerja untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA)

Rujukan[sunting]
1.

Jump up "The World Today" (PDF). Capaian 18 June 2009. "The designations
employed and the presentation of material on this map do not imply the expression of
any opinion whatsoever on the part of the Secretariat of the United Nations concerning
the legal status of any country"

Pautan luar[sunting]

Terminologi Diplomatik

Laman web rasmi PBB

Teks untuk Piagam PBB

Sukarelawan PBB

Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia

Website Laman web "Jawatankuasa bagi sebuah PBB yang Demokratik" (versi
bahasa Jerman dan Inggeris)

Laman web Forum Polisi Sejagat, sekumpulan pemikir bebas mengenai PBB

Dokumen dan Sumber mengenai PBB, Perang, Jenayah Perang dan Pembunuhan
Kaum

Latar belakang Economist.com

Wang Kertas PBB, 1946-56

Kritikan terhadap Setiausaha Agung

Gerak balas konsepsi di PBB mengenai pembunuhan beramai-ramai di bandar


Srebrenica pada Julai 1995

PBB yang benar: Birokrasi, rasuah, pelaburan wang haram, kegiatan pertukaran
minyak untuk makanan yang haram, serta skandal seks kanak-kanak
[sorok]

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


Sistem PBB
Program, Tabung dan
Agensi
Resolusi PBB

Mahkamah Keadilan Antarabangsa Majlis Ekonomi dan Sosial Majlis Keselamatan Perhimpuna
FAO ICAO ILO IPCC UNCTAD UNDCP UNDP UNEP UNESCO UNFIP UNFPA
UN-HABITAT UNICEF UNRWA UPU WFP WHO WMO
Perhimpunan Agung Majlis Keselamatan

Keahlian

Negara ahli Pemerhati

Anda mungkin juga menyukai