Anda di halaman 1dari 3

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
SMK TUN HUSSEIN ONN, KLUANG JOHOR
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL
BIL. 1/2015
Tarikh

08 Januari 2015

Masa

12.00 1.30 tengahari

Tempat

Bilik Guru SMK Tun Hussein Onn, Kluang

Pengerusi

Encik Mohd Nazri bin Mohd Sah

Kehadiran(Bilangan) :
Turut Hadir (Jika ada) :
1

3 orang
Tiada

UCAPAN PENGERUSI
Ucapan terima kasih daripada Tuan Pengerusi atas kehadiran guru-guru menghadiri
mesyuarat pada hari ini. Tuan Pengerusi turut menegaskan berkaitan dasar-dasar KPM,
visi, misi, matlamat dan Perancangan Strategik Sekolah yang mana perlu dilaksanakan
dengan penuh rasa tanggungjawab.
Guru-guru juga diingatkan tentang integriti sebagai seorang pendidik yang diamanahkan
untuk membentuk pelajar bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Encik Anuar bin Sarmin
Disokong untuk pengesahan oleh Puan Azlina binti Wahab

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit

FOKUS MESYUARAT
4.1 Fail Rancangan Mengajar
4.1.1 Penggunaan Fail Rancangan Mengajar bagi Rancangan Pelajaran Harian
diwajibkan kepada semua guru mulai tahun 2015. Di dalamnya terkandung
Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan, Rancangan Mengajar, Pekeliling yang
berkaitan, senarai nama murid serta kelas yang diajar; juga perkara-perkara
lain yang bersesuaian untuk dikepilkan bersama. Penghantaran fail
Rancangan Pelajaran Harian adalah pada setiap hari Khamis kepada Tuan
Pengetua bagi disemak dan di tanda tangan.
Tindakan : Untuk makluman

PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.2 Anggaran Perbelanjaan


4.2.1 Bagi tahun 2015, panitia akan membuat pembelian alatan untuk matapelajaran
Pendidikan Moral seperti berikut untuk kegunaan semasa P dan P

Bahan-bahan Bantu Mengajar


Bil
1
2
3
4
5
6
7
8

Bahan Bantu Mengajar


Kertas Mahjong
Kertas A4 Putih
Kertas A4 berwarna
Pen Marker
White board Sederhana
Kertas tebal berwarna
Gam
Gunting

Jumlah
3 gulung
6 rim
3 rim
I kotak
1 buah
2 rim
6 botol
6 bilah
Tindakan : Untuk makluman

4.3 Agihan tugas Panitia Pendidikan Moral


4.3.1
Pengerusi : Encik Mohd Nazri bin Mohd Sah
Setiausaha : Encik Anuar bin Sarmin
AJK
: Puan Azlina binti Wahab
Tindakan : Untuk makluman
4.4 Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran (P dan P)
4.4.1 Penyeliaan P dan P bagi Fail Rancangan Pelajaran Harian, proses P dan P
dan buku tulis pelajar akan dilakukan tiga kali setahun oleh jawatankuasa
berkaitan.
Tindakan : Untuk makluman
4.5 Perkembangan Staf
4.5.1 Analisis peperiksaan dibuat bagi menentukan headcount pelajar.
4.5.2 Kajian tindakan bagi memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran
abad ke 21.
Tindakan : Untuk makluman
4.6 Penilaian dan Ujian
4.6.1 Penilaian dilaksanakan empat kali setahun iaitu Penilaian 1, Pentaksiran
Pertengahan Tahun, Penilaian 2 / Pentaksiran Percubaan dan Pentaksiran
Akhir Tahun / Peperiksaan Awam. Jadual disusun bagi memudahkan guru
bertindak menyediakan soalan.
Tindakan : Untuk makluman

PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.6.2 Program kecemerlangan akademik dirancang dan dilaksanakan mengikut


perancangan yang ditetapkan.
Tindakan : Untuk makluman
4.7 Pemantauan/Kawalan Standard Akademik
4.7.1 Pemantauan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak
Pentadbir bagi menguatkuasakan piawaian standard akademik yang
dirancang.
Tindakan : Untuk makluman
HAL-HAL LAIN
5.1 Pengerusi akan membeli buku rujukan untuk pelajar pelajar pendidikan Moral
untuk tujuan membuat nota dan juga buku latihan untuk pelajar Pendidikan Moral.
5.2 Pengerusi juga meminta semua guru berhubung kepada Ketua Panitia jika
ada sebarang cadangan dan juga permasalahan agar dapat diselesaikan
dengan segera.
PENUTUP
Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Disediakan oleh,
.................................................
( ANUAR BIN SARMIN )
Setiausaha
Tarikh : 09 Januari 2015

Disemak Oleh,
.......................................
( MOHD NAZRI B MOHD SAH )
Ketua Panitia
Tarikh : 10 Januari 2015

Anda mungkin juga menyukai