Anda di halaman 1dari 5

Kesesuaian Kurikulum Sains Sekolah Rendah dalam KSSR untuk cabaran abad ke-21

Dalam abad ke-21, perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi khususnya
dalam bidang ICT banyak membawa kepada perubahan. Kesannya ialah kepada
globalisasi. Cabaran di peringkat global sifatnya berubah dari semasa ke semasa. Oleh
yang demikian kurikulum sekolah perlu selaras dengan perkembangan tersebut. Kurikulum
kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa
relevan dengan perkembangan semasa bagi melahirkan modal insan seimbang yang
mampu berdepan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan. Sistem pendidikan
di Malaysia harus diberi penekanan kepada pembangunan modal insan, penghasilan pelajar
celik minda, pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat serta
program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul al-bab.
Sistem pendidikan Abad ke-21 dapat dicapai apabila ia menunjukkan perkembangan
dan kemajuan pesat serta dinamis dalam pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti,
kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibiliti yang diakui dan diterima di peringkat
antarabangsa atau dunia.
Pendidikan abad ke-21 merupakan satu transformasi yang dilakukan dalam
memperbaharui taraf pendidikan sedia ada yang mana sistem pendidikan abad ke-21
adalah lebih fleksibel, kreatif, mencabar dan lebih kompleks. Dalam menangani dunia yang
semakin pesat membangun, pendidikan harus di struktur semula untuk memenuhi keperluan
pelajar dalam dunia abad ke-21. Sebagai contoh, setiap sekolah perlu didedahkan dengan
kurikulum berasaskan projek berkaitan kehidupan bertujuan untuk melibatkan pelajar dalam
menangani masalah dunia sebenar dan isu-isu semasa. Bagi mencapai hasrat tersebut
pendidikan perlu bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut
keperluan masa dan persekitarannya. Memandangkan ianya berkait rapat dengan
perkembangan individu, keperluan masyarakat dan proses pembinaan negara bangsa maka
usaha penambahbaikan dan perubahan dasar perlu dilakukan dengan cepat bagi memenuhi
keperluan semasa. Ini membolehkan pelajar sentiasa didedahkan dengan perkara-perkara
yang berada di sekeliling mereka.
Dalam era ledakan maklumat dan timbunan ilmu, penggunaan teknologi komputer
menyemarakkan pengetahuan pelajar untuk menyusun maklumat dan pada masa yang
sama mencari suatu fakta spesifik secara efektif dan pantas. Oleh itu, semua sekolah di
Malaysia akan dihubungkan antara satu sama lain melalui Jaring dan seterusnya Internet.
Dengan adanya teknologi pendidikan abad 21 membolehkan pelajar-pelajar mengikuti
pembelajaran secara global classroom'. Di sini mereka berpeluang bersidang dan bertukar

pendapat tentang apa sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain malah dengan pelajar
lain di seluruh dunia.
Penguasaan terhadap teknologi maklumat ini amat penting agar masyarakat serta
negara kita tidak ketinggalan jauh berbanding negara maju yang lain seperti Amerika dan
Jepun. Seperti yang kita ketahui, dengan perkembangan zaman maklumat ini, ia telah
memberi ruang kepada kita untuk memperolehi pengetahuan secara mudah dan cepat.
Selain itu juga, ia turut memberi peluang kepada kita mengembangkan bakat yang sedia
ada serta potensi melalui kemahiran teknologi ini serta memberi mereka peluang dalam
mengikuti pendidikan sepanjang hayat. Segalanya hanya terletak di hujung jari sahaja.
Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti
hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita. YAB Perdana Menteri telah menggariskan
ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu kaya
maklumat (termasuk sains dan teknologi), kekuatan minda (kreatif dan proaktif), nilai-nilai
luhur dan murni (termasuk penyayang), semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan
keterampilan.
Dalam memenuhi tuntutan globalisasi abad ke-21, sistem pendidikan negara juga
sering melaksanakan lonjakan dengan menyediakan satu sistem pendidikan yang berkualiti
kerana kerajaan menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan Malaysia perlu terus
berkembang supaya dapat memenuhi aspirasi negara yang kian meningkat dan juga dapat
bersaing dengan negara lain yang setanding. Ekonomi dan dunia globalisasi hari ini
memerlukan pesaing yang mampu berfikir dengan lebih kritis, kreatif dan inovatif. Oleh yang
demikian, atas daya maju yang tinggi, Kementerian telah bekerja keras untuk membina
Pelan Pembangunan Pendidikan melalui kajian dan penilaian yang mendalam serta
pelibatan meluas pihak awam.
Langkah bagi menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan inovatif ini adalah
bermula daripada kurikulum yang seimbang daripada aspek budaya berfikir dan penjanaan
ilmu. Transformasi kurikulum ini dijangka mampu memberikan pendidikan sempurna dan
lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka memberi sumbangan kepada diri
dan masyarakat.

Dalam menuju ke arah pendidikan abad ke-21, pelbagai kemajuan yang dikecapi
oleh setiap individu secara global mahupun lokal. Profesion perguruan adalah yang
bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar sistem pendidikan yang berpandukan
Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Dalam menjana dan melahirkan pelajar yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu juga, FPN juga
memberi penekanan kepada kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), sejajar
dengan itu juga kemahiran baru seperti sains dan teknologi, kemahiran komunikasi,
kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga amat penting di era ini.
Sebagai menyahut baik anjakan transformasi sistem pendidikan ini, kemahiran abad
ke-21 secara tidak langsung dititik beratkan oleh kementerian bagi mencapai tujuan pelan
dan melahirkan generasi pemangkin negara yang ideal. Standard pelajar di abad ke-21
adalah memerlukan kemahiran baru yang lebih berdaya saing dan berjaya dalam dunia
pendidikan dan juga kehidupan seharian. Kemahiran abad ke-21 pada kebiasaannya
digunakan dalam menghuraikan pelbagai kebolehan yang diperlukan untuk berjaya di
zaman global. Justeru itu juga, proses pembelajaran dalam bilik darjah perlu merangkumi
literasi

teknologi,

pembelajaran kolaboratif,

penggunaan

pendekatan

pembelajaran

berasakan projek serta aplikasi pemikiran aras tinggi, termasuk pemikiran kritis untuk
mengsintesis dan menilai maklumat dalam menyelesaikan masalah.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha
menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan
semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari 2010 bertujuan
meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran yang diajarkan di sekolah khususnya
matapelajaran Sains. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard
kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.
Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui
dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau
petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard
kandungan.
Kurikulum

Standard

Sekolah

Rendah

(KSSR)

merupakan

satu

bentuk

pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada
pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas

kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang
tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai
yang perlu dikuasai murid. Dalam KSSR mata pelajaran disusun mengikut modul dan
tunjang. Mata pelajaran Tahap 1 dalam KSSR dikelompokkan kepada tiga modul iaitu Modul
Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.Mata pelajaran Tahap 2 dikelompokkan
kepada dua kategori iaitu Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Bagi kategori
Mata Pelajaran Teras, mata pelajaran seterusnya diklasifikasikan mengikut lima tunjang iaitu
Tunjang Komunikasi, Tunjang Sains & Teknologi, Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika,
Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai dan Tunjang Kemanusiaan. Manakala bagi kategori Mata
Pelajaran Teras Elektif terdapat satu tunjang iaitu Tunjang Komunikasi Elektif.Penegasan
semula mata pelajaran mengikut modul dan tunjang dalam KSSR adalah bagi memastikan
murid-murid dapat mengalami pertumbuhan dan perkembangan secara seimbang dan
haronis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.KSSR juga mengandungi
penegasan standard kandungan dan standard pembelajaran.
Teknologi Maklumat & Komunikasi sebagai komunikasi yang menggunakan teknologi
terkini sebagai alat untuk berhubung antara satu sama lain tanpa mengira situasi, masa, dan
lokasi geografi. Tiga asas utama sistem teknologi maklumat adalah perkakas komputer,
perisian komputer dan komunikasi data. Sinergi antara ketiga-tiga teknologi tersebut
berupaya menggerak dan mewujud satu kuasa teknologi yang bernilai dan berdaya maju
dalam aspek komunikasi atau perhubungan.Teknologi maklumat diperkenalkan bagi
memajukan lagi sistem pendidikan harian di sekolah. Oleh yang yang demikian kita sebagai
pendidik seharusnya tidak ketinggalan dalam mendalami ilmu bagi bidang Teknologi
Maklumat dan Komunikasi.
Matlamat kurikulum Teknologi Maklumat peringkat sekolah ialah untuk membentuk
pelajar yang berpengetahuan secara menyeluruh tentang teknologi maklumat dan
berkemahiran menangani maklumat dengan menggunakan teknik dan perkakasan teknologi
maklumat bagi menyelesaikan masalah.Di samping pengetahuan dan kemahiran, Kurikulum
Teknologi Maklumat juga membentuk pelajar yang bersikap positif terhadap impak dan
sumbangan teknologi maklumat kepada masyarakat dan kehidupan harian, supaya dapat
menyumbang secara berkesan dan sepenuhnya dalam masyarakat juga ekonomi
berteknologi di tempat mereka hidup dan bekerja. Objektif kurikulum tersebut ialah
membolehkan pelajar mengkaji, mengguna dan memahami sistem dan persekitaran yang
berkaitan dengan teknologi maklumat; membina pengetahuan tentang prinsip dan proses
teknologi maklumat, mengenal pasti serta meneroka keperluan dan peluang yang boleh
ditangani melalui teknologi maklumat; menjana idea bagi memajukan teknologi berkaitan
dengan keperluan yang dikenal pasti; mengguna teknologi maklumat dengan berkesan

untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah; dan juga menyedari implikasi


penggunaan teknologi maklumat terhadap masyarakat dan kehidupan harian.
Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan
kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang
disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti
digunakan secara meluas. Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan
sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti
komputer, multimedia, cekera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu
disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan
pembelajaran pada abad ke 21 dibantu sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan
menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna
kepada pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap
berpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan daripada apa yang diamalkan sekarang.

Anda mungkin juga menyukai