Anda di halaman 1dari 8

Majlis penyampaian Sijil dan Anugerah SMK Agama Limbang 2014

14 November 2014 (Jumaat)


QUE
Perkara
CATATAN
KETIBAAN TETAMU Mengumumkan ketibaan,
KEHORMAT
Yang dihormati, En Mohamad bin Tangah, Pegawai
Pejabat Pelajaran Daerah Limbang
Diiringi oleh dif-dif jemputan

NYANYIAN LAGU
NEGARAKU

BACAAN DOA

Masuk ke dewan
Hadirin sekalian, sebentar lagi akan dimainkan lagu
kebangsaan negaraku. Dijemput tetamu kehormat
dan hadirin untuk berdiri tegak dan sama-sama
menyanyikan lagu kebangsaan negaraku.
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian
sebentar itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
Hadirin sekalian,
Lebat kemiri pohonnya rendah
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah
sama-sama kita mengaminkan doa yang akan
diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Maziz Bin
Matusup.
Dengan penuh takzimnya,dipersilakan.

BACAAN AL-QURAN

Amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan


kepada al-fadhil ustaz atas bacaan doa sebentar
tadi.
Hadirin sekalian, Seterusnya Majlis dengan penuh
takzim menjemput adik MUHAMAD SHABRI BIN
MOHIDI untuk memperdengarkan bacaan suci ayat
al-quran dari surah _________________, ayat

__________ hingga ___________


Dipersilakan.

SALUTASI

Sadakallah hul azim,Terima kasih diucapkan atas


bacaan al-quran sebentar tadi.
Yang Dihormati En. Mohammad Bin Tangah
*Pegawai Pelajaran Pejabat Pendidikan Daerah
Limbang
Yang Berusaha En Haji Jaffri bin Haji Mail
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Agama Limbang
Yang Berusaha Ustaz Ahmad Bin Rambli
Penolong Kanan Kokurikulum
Yang Berusaha En Ismail bin Kedri
Penolong Kanan Tingkatan 6
Yang Dihormati En. Suhaini Bin Abdul Rahman
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru,
SMK Agama Limbang
Dif-dif jemputan,
Seterusnya
Ibu bapa, Barisan guru, para pelajar yang dikasihi
dan hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
sekalian.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


UCAPAN ALU-ALUAN Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur
MC
Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya
maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada
pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita
dalam akademik.
Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih
diucapkan kepada hadirin sekalian kerana sudi
menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada
Yang Dihormati En Mohamad Bin Tangah, kerana
sudi meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke
majlis kami. Ucapan terima kasih juga kepada
semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk

memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak


sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.
Hadirin sekalian,
Dari Dewan Utama As-syafie, mengalu-alukan
kehadiran hadirin sekalian ke
MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH
KECEMERLANGAN SMK AGAMA LIMBANG 2014.
Majlis pada hari ini akan menganugerahkan
penghargaan kepada para pelajar yang
menunjukkan kesungguhan dalam pelbagai bidang
akademik dan ko-kurikulum. Justeru, adalah
menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya
menjadi tonggak bagi memulakan anjakan pradigma
dan pencetus revolusi dalam diri setiap pelajar.
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
Hadirin sekalian,
Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan
ucapan alu-aluan. Untuk itu, majlis menjemput dan
mempersilakan,
Yang Berusaha, Tuan Haji Jaffri Bin Haji Mail,
Pemangku Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Limbang untuk menyampaikan
ucapan, dipersilakan.
(ucapan tamat)

UCAPAN
PERASMIAN

Majlis mengucapkan terima kasih.


Hadirin sekalian,
Kalau tuan pikat kenari
Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan mandat diberi
Mohon disempurnakan majlis kami

Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi.


Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan
perasmian. Untuk itu, majis menjemput dan
mempersilakan,
Yang Dihormati En Mohamad Bin Tangah Pegawai
Pelajaran Pejabat Daerah Limbang untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH
KECEMERLANGAN SMK AGAMA LIMBANG
2014. Dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


yang berbahagia
PERSEMBAHAN
KOIR Tingkatan 6

Hadirin sekalian,
Majlis gilang gemilang ini akan diteruskan lagi
dengan persembahan koir tingkatan 6. Untuk itu
majlis mempersilakan.
(persembahan tamat)

PENYAMPAIAN

Anugerah Usaha
Gigih:

a) Lulus Semua
Subjek
b) Murid mencapai
Sasaran kelas
c) Murid mencapai
sasaran sekolah
Anugerah Tiga
tempat terbaik Setiap
kelas
Anugerah subjek

Untuk makluman semua, persembahan koir itu tadi


di bawah pimpinan, Encik Syahrizan bin Suif, Encik
Ahmad Termizi Bin Jawawi dan Encik Nor Mizan bin
Damit. Majlis mengucapkan terima kasih.
Melati kuntum rotan berhias,
Tumbuh melata di tepi kali
Anugerah cemerlang 2014
Murid cemerlang kita hargai
Hadirin yang dihormati,
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada
usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak
mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan
dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang
berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini
akan menjadi pencetus semangat untuk terus
berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH

terbaik setiap
tingkatan
Tokoh kurikulum
a) Menengah rendah
b) Menengah atas
Anugerah PIBG
a) Insentif Murid
cemerlang setiap
tingkatan
b) Insentif murid
cemerlang PMR
2013
c) Insentif murid
menyambung
pelajaran ke IPT

PENYAMPAIAN

Anugerah Ko-

KECEMERLANGAN SMK AGAMA LIMBANG 2014


pada hari ini akan kita mulakan dengan
Penyampaian Anugerah Usaha Gigih
Untuk itu, majlis sukacitanya menjemput,
Penyampai : Yang dihormati Encik Suharni bin
Abdul rahman , Yang Dipertua PIBG SMK Agama
Limbang
Diiringi oleh: Yang berusaha Encik Ismail Bin Haji
Kedri, Setiausaha PIBG SMK Agama Limbang.
Untuk menyempurnakan acara penyampaian
anugerah tersebut. Dipersilakan.
(baca senarai nama)
Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian
Anugerah Ko-kurikulum,

kurikulum

a) Unit beruniform
b) Kelab dan
persatuan
c) Sukan dan
permainan
Tokoh Kokurilulum
a)Lelaki
b) Perempuan
Anugerah Sahsiah
Terpuji
a)Menengah rendah
(lelaki)
b) Menengah rendah
(perempuan)
c) Menengah atas
(lelaki)
d) Menengah atas
(perempuan)
e) Pra U

Penyampai : Yang Berusaha, Tuan Haji Jeffri bin


Haji Mail, Penolong Kanan Pentadbiran SMK
Agama Limbang
Diiringi oleh: Yang berusaha, Ustaz Ahmad Bin
Rambli, Penolong Kanan Ko-kurikulum SMK Agama
Limbang
(baca senarai nama)

Anugerah Merit
Tertinggi
a) Lelaki
b) Perempuan
c) Pra U
Anugerah Pengawas
(wakil)
Tokoh Badar
a) Lelaki
b) Perempuan

PENYAMPAIAN

Tokoh Ibnu Khaldun

Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian


Anugerah kepada Tokoh Ibnu Khaldun.

(cemerlang
Akademik,
Kokurikulum,
sahsiah)

Penyampai : Yang Dihormati Encik Mohammad Bin


Tangah, Pegawai Pelajaran Pejabat Pendidikan
Daerah Limbang
Diiringi oleh: Semua tetamu kehormat

Graduasi Pelajar SPM Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini,
dan STPM
sekali lagi dapat kita berkumpul di dalam dewan
yang telah dihias indah, bagi meraikan Majlis Hari
Anugerah Cemerlang SMK Agama Limbang. Hari
ini, tanggal 14 November 2014, warga dewan
bersama-sama menyaksikan catatan kenangan
manis buat para penerima anugerah seterusnya.
Bagi meneruskan majlis, tingkatan 5 dan Tingkatan
6 akan tampil ke atas pentas untuk
menyempurnakan majlis khas untuk mereka iaitu
Majlis Graduasi Pelajar SPM dan STPM.
Pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 yang
telah berjaya menamatkan pengajian di SMK
Agama Limbang ialah :
********(Lampiran) (2)***********(Mini Konvokesyen)

Penyampaian
Cenderahati Tetamu
Kehormat

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohamad Bin


Tangah dan semua tetamu kehormat untuk
penyampaian sijil itu tadi.
Hadirin yang dihormati,
Adat orang bertandang, kehadiran dialu-alukan,
kepulangan diraikansebagai tanda kasih dan
tanda penghargaan , majlis dengan ini
mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Jafrri bin
Haji Mail, PK 1 SMK Agama Limbang untuk
menyampaikan tanda hati kepada tetamu jemputan
kita pada pagi ini. Dipersilakan Yang Berusaha
Encik Mohamad bin Tangah untuk menerima tanda
hati daripada pihak sekolah.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan haji dan Yang
Berbahagia ______________________.

JAMUAN &
BERSURAI

Dengan berakhirnya penyampaian anugerah itu


tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku
pengendali majlis mengundur diri.
Saya Lela Masomarto Norazahar Han dan Rapiah
menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf
sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara
sepanjang kami berbicara.
Terima kasih buat semua warga SMK Agama
Limbang , rakan guru, orang perseorangan yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi
menjayakan MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH
KECEMERLANGAN SMK AGAMA LIMBANG
2014.Sesungguhnya kerja dan amal yang penuh
dengan keikhlasan akan mendapat ganjaran dan
keberkatan dari Allah s.w.t. InsyaAllah.
Akhir sekali terimalah 2 rangkap pantun dari kami
berdua
Pohon kenanga elok merimbun
Tersenyum si dara menyunting bunganya
Kami menghimpun maaf dan ampun
Wacana hidup berkat selamanya

Burung tekukur terbang rendah


Terbang bersama si burung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai
Sekian wabillahitaufik wahidayah..wassalam..

Anda mungkin juga menyukai