Anda di halaman 1dari 2

Kitaran Pulmonari dan Kitaran Sistemik

Sistem peredaran darah manusia dikenali sebagai sistem peredaran ganda dua kerana darah
akan melalui jantung sebanyak dua kali dalam satu kitaran. Bermula dari jantung, darah
beroksigen dipam dari ventrikel kiri ke seluruh bahagian badan manusia melalui aorta.
Seterusnya, apabila sampai ke kapilari darah, oksigen akan dibebaskan. Darah yang
terdeoksigen tersebut akan dihantar semula ke jantung melalui vena kava ke dalam atrium
kanan. Darah kemudiannya dipam oleh ventrikel kanan ke peparu melalui arteri pulmonari. Di
dalam peparu, darah akan bergabung dengan oksigen dan dihantar ke jantung semula melalui
vena pulmonari ke atrium kiri di dalam jantung. Seterusnya kitaran akan bemula semula.
Sistem peredaran darah terbahagi kepada kitaran pulmonari dan kitaran sistemik. Kitaran
sistemik membolehkan darah beroksigen serta nutrien dibawa ke organ-organ badan dan
membawa darah nyahoksigen kembali ke jantung.
Peredaran darah dalam kitaran pulmonari membawa darah nyahoksigen ke paru-paru untuk
pertukaran gas sebelum darah beroksigen dikembalikan ke jantung.
Apabila otot-otot menguncup, vena tertekan dan darah dalamnya ditolak ke arah jantung. Injapinjap pada vena menghalang darah daripada mengalir ke arah belakang. Ia hanya
membenarkan darah mengalir satu arah iaitu ke jantung.
Semasa otot-otot mengendur, vena-vena tersebut akan dipenuhi semula dengan darah. Proses
penguncupan dan pengenduran otot membolehkan darah dialirkan ke jantung. Semasa
inspirasi, tekanan intratorasik menurun menyebabkan vena darah dalam rongga toraks
mengembung dan ini memaksa darah mengalir ke arah atrial kanan jantung. Apabila tekanan
intratorasik meningkat semasa ekspirasi, vena-vena tersebut dipenuhi semula dengan darah
nyahoksigen. Semakin tinggi tekanan ini, semakin banyak output jantung. Pernafasan yang
membantu keluaran jantung dikenali sebagai pam pernafasan.
Banding Beza Fungsi Arteri, Vena dan Kapilari
Saluran arteri membawa darah beroksigen kecuali saluran Arteri Pulmonari. Saluran arteri
bersambung dengan Aorta di jantung menyebabkan tekanan tinggi di pada arteri. Oleh itu, bagi
mengelakan dari saluran arteri pecah, dinding arteri sangat tebal dan kenyal bagi menampung
tekanan darah. Disebabkan dindingnya tebal maka lumen arteri adalah kecil. Selain itu, pada

arteri tiada injap kerana tekanan darah yang tinggi dapat memastikan darah mengalir dengan
laju dan tidak mungkin akan berpatah balik.
Vena pula berfungi untuk mengangkut darah terdeoksigen diseluruh badan kecuali saluran
Vena Pulmonari. Vena mempunyai tekanan darah yang rendah menyebabkan darah bergerak
perlahan dan tidak boleh dibawa ke jantung. Bagi mengatasi masalah ini, vena mempunyai
injap bagi memastikan darah terus dipam ke jantung tanpa berpatah balik. Disebabkan tekanan
rendah, dindingnya nipis dan kurang kenyal manakala lumennya besar.
Kapilari menghubungkan antara arteri dan vena. Ia boleh membawa dara beroksigen dan
terdeoksigen kerana di kapilari darah berlaku proses pertukaran bahan pada sel badan seperti
gas (oksigen dan karbon dioksida), nutrien (glukosa) serta bahan buangan.

Anda mungkin juga menyukai