Anda di halaman 1dari 2

Sejarah dan Konsep Kelas Bercantum

Setiap murid di negara ini perlu diberikan peluang untuk memperoleh pendidikan selaras
dengan pendemokrasian pendidikan. Oleh sebab terdapat banyak sekolah kurang murid di
pedalaman, kelas bercantum diadakan. Di samping itu, bilangan guru di sekolah-sekolah
tersebut juga adalah sedikit dan dengan itu, perlu mengajar lebih daripada satu kelas pada
masa-masa tertentu.
Sejarah kelas bercantum telah bermula sejak penjajahan British di negara ini di mana ia
dikenali sebagai Multiple Class Teaching. Multiple Class Teaching dijalankan di Lower
Primary School ketika itu oleh sebab keadaan bilangan guru yang sangat minima dan
kemudahan asas seperti bilik darjah dan papan tulis tidak mencukupi.
Konsep Kelas Bercantum
Konsep kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi
murid-murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu dan dua, tahun tiga dan
empat serta tahun lima dan enam.
Kelas bercantum sebagai satu bentuk pengajaran yang mana seorang guru mengajar
murid-murid terdiri daripada beberapa gred atau lebih daripada satu gred di dalam sebuah
bilik darjah. (UNESCO, 1988).
Berasaskan pernyataan di bawah, cuba bincang dengan rakan anda bagaimana boleh
berlaku?
a. Kalau enrolmen tahun / darjah berkenaan ada 10 orang murid atau lebih, kelas tidak perlu
dicantum.
b. Kalau bilangan guru mencukupi, kelas tidak perlu dicantum.
c. Kalau bilangan guru tidak mencukupi dan bilangan murid adalah 10 orang atau kurang, kelas
perlu dicantum.
d. Seelok-eloknya satu kelas bercantum tidak melebihi 20 orang murid.
e. Umur murid-murid dalam satu kelas bercantum perlulah hampir sama dan dari tahap yang
sama, misalnya darjah satu dan dua atau darjah dua dan tiga.

6.2
Ciri-ciri Kelas Bercantum
Kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja.

Murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan

Bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak membolehkan satu kelas

biasa dibuka.
Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru mengikut
bilangan kelas.

Strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa.

Anda perlu ketahui bahawa tugas mengelola kelas-kelas bercantum banyak memerlukan
persediaan dan pendekatan yang mahir daripada pihak guru. Kemahiran multi task
atau keterampilan guru diperlukan supaya dapat menimbulkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.

Anda mungkin juga menyukai