Anda di halaman 1dari 3

BIG : PROGRAM KEMASYARAKATAN

Alhamdulillah , syukur kehadrat Allah SWT atas limpah dan kurniaNya Program
Khidmat Masyarkat telah melabuhkan tirainya pada 14 Februari 2015 yang lalu.
Program ini berlangsung selama 1 hari di Persisiran Pantai Bagan Lalang, Sepang,
Selangor.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Pensyarah Penasihat Dr.
Norfadhilah atas usaha yang dilakukan dalam menjadikan program ini berjalan dengan
lancar.
Didalam program khimat masyarakat ini, saya memegang jawatan bahagian
dokumentasi. Apa yang saya faham, kerja-kerja dokumentasi adalah seperti
menangkap gambar sebelum, semasa dan selepas program ini dijalankan. Bagi kerjakerja dokumentasi ini saya digandingkan bersama dengan rakan baik saya iaitu Noor
Liyana Yaakob. Banyak kerja-kerja kumpulan saya bergandingan dengannya dan saya
telah tahu cara untuk kolaborasi dengan beliau. Oleh itu, tiada masalah dalam kerja
bersamanya.
Sebelum memulakan sesuatu program itu, kami telah mengadakan beberapa
perbincangan seperti pemilihan AJK, menu makanan dan tarikh serta lokasi program ini
ingin dibuat. Oleh itu, tugasan saya adalah menangkap gambar dan merekodkan tarikh
perbincangan dijalankan serta pemilihan tarikh program ingin dijalankan. Hal ini sangat
merumitkan saya kerana sebelum ini saya memegang jawatan sebagai bahagian
makanan sahaja dimana ia lebih menjurus kepada makanan semata-mata. Berlainan
dengan bidang tugasan dokumentasi ini kerana saya bertanggungjawab secara
menyeluruh iaitu mengambil gambar dan notasi yang dibincangkan semasa, sepanjang
dan selepas program dijalankan.
Semasa perbincangan dibuat, ahli jawatankuasa yang lain ada menanyakan
kepada saya berkenaan bahan yang diperlukan oleh saya dan rakan sepanjang aktiviti
pembersihan dibuat. Adakah saya dan rakan memerlukan kamera untuk dokumentasi
atau tidak. Saya dan rakan memutuskan supaya tidak meminjam kamera dari unit
multimedia kerana bagi saya, cukuplah sekadar telefon pintar kerana bimbang akan
merosakkan kamera unit multimedia berikutan lokasi kami di pantai.
Pada tiga hari sebelum program, rakan saya Noor Liyana ada menanyakan
tentang peralatan yang masih belum ada, jika ada yang belum mencukupi bolehlah
Noor Kamariah Binti Sulaiman

BIG : PROGRAM KEMASYARAKATAN

kami membantu memandangkan kami tinggal diluar. Rakan yang lain menyebut
barangan yang diperlukan iaitu plastik sampah, sarung tangan getah dan topeng muka.
Saya membantu dengan membelikan barangan tersebut di kedai Hardware pada
malam sebelum program. Pelajaran juga buat saya adalah penyediaan peralatan
adalah sangat penting dan saya seharusnya membeli terus pada hari ketiga tersebut,
kerana bagi saya terdapat sedikit kecelaruan dalam mencari barangan yang diminta
pada saat-saat akhir.
Terdapat banyak pelajaran baharu yang saya pelajari iaitu saya perlulah
meninggalkan ruang kosong didalam telefon pintar untuk aktiviti program. Hal ini
kerana, setiap kali gambar diambil, pastinya telefon pintar saya tidak boleh menyimpan
gambar yang saya ambil disebabkan memorinya telah penuh. Oleh itu bagi tindakan
selanjutnya, saya perlulah menghantar gambar-gambar yang telah ditangkap terus ke
dalam komputer bagi memastikan aktiviti yang saya ambil itu berjalan dengan lancar.
Pada hari berlangsungnya program, saya hanya pergi dengan menaiki
kenderaan sendiri bersama rakan saya. Kelebihan yang perlu saya kekalkan adalah
bersiap awal. Saya dan rakan sampai awal di lokasi yang dimaksudkan iaitu lebih
kurang 8.55am. Saya dan rakan dapat bersarapan sambil menikmati udara pantai
dengan tenang.
Selain itu, Kelebihan buat saya dan rakan juga adalah terdapat suami kepada
seorang rakan kami yang membantu menangkapkan gambar semasa aktiviti dibuat.
Bagi saya dan rakan, aktiviti menangkap gambar dan membersihkan pantai didalam
masa yang sama adalah perkara yang berat. Ini kerana semasa mengambil sampah,
tangan kami telah kotor dengan pasir dan air. Oleh itu, bagi saya bahagian mengambil
gambar tidak boleh membuat aktiviti pembersihan. Ia perlu dikhaskan hanya untuk
mengambil gambar sahaja.
Bagi aktiviti semasa membuat pembersihan dipantai, saya dapati terdapat sedikit
kekurangan iaitu dari segi peralatan. Peralatan pembersihan di pantai seperti pengaut
sampah yang jarang perlu ada kerana dapat mengasingkan pasir daripada sampah. Ini
kerana saya banyak mengaut pasir daripada sampah yang ada.
Selain itu, sebagai penambahbaikkan, jika ada melibatkan lagi dalam aktiviti
pembersihan persisiran pantai. Bagi mengurangkan penat aktiviti pembersihan ini
Noor Kamariah Binti Sulaiman

BIG : PROGRAM KEMASYARAKATAN

adalah perlu mewujudkan sistem secara berperingkat. Dimana perlu ada separuh yang
menyapu dan separuh rakan-rakan yang mengutip. Malah, ianya perlulah dibahagikan
mengikut peruntukan masa seperti ruang a dan b adalah 2 jam. Setiap ruang mewakili 9
orang. Bahagikan kepada 2 bahagian iaitu masa pertama dan masa kedua. Bagi 30
minit pertama, seramai 4 atau 5 ahli sahaja yang perlu menyapu. Setelah itu, baki ahli
yang masih belum menyapu akan mengutip dan mengangkat sampah. Setiap 30 minit,
ahli perlu rehatkan diri seperti minum air.
Sebagai tambahan, aktiviti ini juga sangat bermanfaat kepada saya kerana
melalui program ini saya dapat menikmati persekitaran luar yang sangat mengujakan.
Dimana saya dapat melihat bagaimana anak-anak ketam berlari-lari senget mencari
kediamannya. Selain itu, saya dapat melepaskan tekanan perasaan yang saya alami
sepanjang berada di IPG keluar dengan melihat keindahan pantai. Di tambah juga
dengan aktiviti refleksi bersama Dr.Norfadhilah membuatkan saya berasa lega. Saya
dan rakan-rakan dapat saling bermaafan juga adalah satu pengalaman yang berharga
buat saya.
Kesimpulannya, program ini benar-benar memberi manfaat kepada saya. Saya
yakin saya akan mampu untuk berubah demi menjadi yang lebih baik dari yang
sebelumnya. Saya harap ilmu yang saya perolehi disini akan dapat saya gunakan untuk
program yang lain pula.

Noor Kamariah Binti Sulaiman

Anda mungkin juga menyukai