Anda di halaman 1dari 1

Tema : The Kiss

Tahun : 1897-1898
Pengkarya : Edvard Munch
Saiz: 59 x 45.7 cm
Karya ini menunjukkan percintaan antara sepasang figura lelaki dan perempuan yang sedang mencium
(kissing) dengan tidak mengira suasana di persekitaran. Aksi mereka berdua ini yang mesra dan dapat
menunjukkan bahawa mereka sedang mengelamun percintaan dan percintaan ini adalah tulus.
Segi analisis pula,karya ini terdapat unsur penegasan iaitu subjeknya berada ditengah-tengah dan kelihatan
seimbang dengan sekelilingnya dipenuhi dengan garisan-garisan yang membentuk tekstu. Selain itu, imej iaitu
anatomi yang dicetak dalam bentuk 2 dimensi yang menyerupai rupa atau imej yang tidak mempunyai bentuk
yang lengkap dapat dilihat menerusi karya ini. Karya ini lebih berunsurkan alam khayalan kerana rupa
figuranya yang bengkang-bengkok.
Sudut interpretasi pula, pengkarya ini hendak menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan kemuliaan
percintaan. Percintaan yang mulia adalah kesanggupan dua pihak saling berkorban. Mereka perlu saling bantu
membantu tanpa mengira tempat dan situasi.
Segi pertimbangan pula, karya ini memang berjaya menyampaikan mesej iaitu percintaan antara sepasang
kekasih.