Anda di halaman 1dari 2

Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS)

Oleh : Abdul Rahman Bin Saad


Sk Langkon, Kota Marudu, Sabah
1.0 Pendahuluan
Guru pelatih yang terlibat dalam PBS perlu melaksanakan Pernyataan Profesional
yang mengandungi laporan sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti PBS
tersebut. Perkara yang perlu dilakukan ialah guru pelatih perlu meletakkan
harapan/aktiviti/matlamat yang perlu dilakukan dalam tempoh seminggu di sekolah.
Guru pelatih perlu meletakkan fokus tertentu untuk mencapai objektif yang
disasarkan. Pernyataan Profesional perlu dilampirkan dalam Portfolio yang
mengandungi

dokumen

yang

menilai

mengenai

pengetahuan,

kemahiran,

pengalaman, kelayakan , matlamat dan pencapaian semasa PBS dijalankan. Pada


peringkat akhir, guru pelatih dikehendaki membuat refleksi yang bertujuan guru
pelatih dapat mengingat kembali, menaakul, menganalisis, dan membuat penilaian
kendiri tentang aktiviti yang telah dijalankan semasa PBS.
2.0 Objektif
Memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah.
Menghayati kerjaya seorang guru.
Memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah.
Mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid.
Memahami pengurusan dan strategi pengajaran dan pembelajaran.
Membina kemahiran berinteraksi dengan guru, murid dan kakitangan sekolah.
Mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran, pembelajaran
dan budaya sekolah.
Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan
analitikal.
Membina sikap positif terhadap profesion perguruan.
Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab.

3.0 Sasaran
Penyerapan unsur-unsur Akidah dalam iklim sekolah.

4.0 Pelaksanaan PBS


Pengalaman

Berasaskan

Sekolah

(PBS) or School-Based

Experience (SBE) memberi peluang kepada para pelajar perguruan


membiasakan diri dengan suasana sekolah dan membuat perhatian dalam
aspek pengurusan sekolah dan segala yang berkaitan. Hal ni berbeza
dengan praktikum atau praktikal bagi pelajar pendidikan. Sewaktu
praktikum, pelajar perguruan dimasukkan dalam jadual untuk mengajar
murid-murid, seolah-olah guru sebenar.
PBS ini juga merupakan satu syarat yang mesti dipenuhi untuk
menjalankan praktikum semasa berada di semester lima nanti. Tugasan
yang perlu saya sempurnakan semasa menjalani PBS ini adalah menilai
sejauh mana penyerapan unsur-unsur akidah dalam iklim sekolah.
Penempatan untuk menjalankan PBS ini terletak di tangan guru pelatih
sendiri, ini bermakna, setiap guru pelatih boleh memilih sekolah untuk
menjalankan tugasan ini, Sk Langkon Kota Marudu menjadi pilihan saya
untuk melaksanakan tugasan ini.
Taklimat untuk tugasan ini telah diberikan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan di
Dewan Besar dan telah disampaikan oleh petugas yang telah dilantik.
Beliau telah memberi penerangan dengan terperinci tentang tugasan
yang perlu dilakukan bagi memenuhi kehendak tugasan. Laporan untuk
tugasan ini hendaklah disiapkan dan dihantar kepada beliau seminggu
selepas menjalani PBS.

Anda mungkin juga menyukai