Anda di halaman 1dari 3

Resepi Samosa

yang disediakan bersama inti daging. Boleh diganti dengan ayam.


Ditulis oleh : Che' Nom

Masa:
Penyediaan: 40 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 50 minit
Jumlah Hidangan : 30 biji
Bahan-Bahan:
Bahan untuk inti:

3 biji kentang saiz besar atau 500 g kentang, dipotong dadu


1 batang karot, dipotong dadu
sayur campur (jika suka, dan kalau guna sayur campur tak perlu lagi masukkan
karot)
1 tangkai daun kari
2 biji bawang besar, dipotong dadu
3 ulas bawang putih, dicincang halus

3 sudu besar rempah kari daging


1 cawan daging atau ayam cincang
1/2 senduk minyak masak
garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk kulit samosa:

kulit popia secukupnya


2 sudu besar tepung gandum, dibancuh dengan sedikit air
Cara Penyediaan:
Cara untuk inti:
1. Rebus kentang separuh masak dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, kemudian diikuti bawang putih dan
daun kari sehingga naik bau.
3. Bancuh serbuk rempah kari dengan sedikit air, dan tuang ke dalam bahan tumis
tadi.
4. Kacau sehingga rempah masak dan pecah minyak. Kalau minyak agak
berkurangan, boleh tambahkan lagi minyak supaya rempah masak sempurna.
5. Apabila rempah sudah bertukar warna sedikit gelap dan pecah minyak,
masukkan daging atau ayam kisar. Kacau sehingga daging masak.
6. Masukkan karot (atau sayur campur). Masak sehingga karot lembut kemudian
diikuti kentang.
7. Perasakan dengan garam dan gula, secukup rasa.
8. Angkat dan sejukkan. Apabila inti telah sejuk, boleh di balut dengan kulit popia.

Sumber dari
http://iresipi.com/resepi/samosa/show