Anda di halaman 1dari 6

Hubungan Dengan Allah

Satu perkara yang paling utama yang sentiasa diingatkan oleh para anbiya,
khalifah ar rasyidin dan orang-orang soleh dalam semua keadaan adalah supaya pengikutpengikut mereka betakwa kepada Allah, menyemarakkan hati nurani mereka dengan
kecintaan kepadaNya dan bertaqarrub kepadanya. Inilah juga yang hendak disampaikan
kepada sahabat-sahabat sebagai ingatan dan akan datang sekiranya masih lagi berpeluang
untuk berbuat demikian, sebagai mengikut sunnah para anbiya dan uswah para khulafa
serta orang-orang yang soleh. Inilah perkara yang perlu diutamakan dari perkara-perkara
yang lain.
Beriman dengan Allah mendahului persoalan yang lain di dalam aqidah.
Berhubung dengan Allah dan bertaqarrub padanya mendahului persoalan-persoalan yang
lain dalam ibadah. Takut kepada Allah di tempat sulit dan di khalayak mendahului
perkara lain di dalam khalayak dan segala muammalat (pergaulan) dan amalan. Segala
usaha kita tidak mungkin menampakkan natijahnya kecuali setelah kita menghubungkan
diri kita dengan Allah. Segala kelemahan kita adalah bergantung kepada kelemahan
hubungan kita dengan Allah.
Satu hal yang jelas sekali ialah bahawa segala kerja yang dilakukan oleh manusia
di dunia ini sama ada berbentuk keagamaan mahupun keduniaan, kesemuanya tidak
didorong dan didesak kecuali dengan tujuan menyempurnakan kerja itu sendiri. Sikap
bersungguh-sungguh, berkeras hati, dan memerah tenaga tidak akan lahir kecuali setelah
kerja itu dilakukan dengan segala paduan roh dan perasaan serta semangat untuk
melaksanakannya. Umpamanya mereka yang bekerja untuk kemasalahatan dirinya tidak
mungkin dia akan menyembah dirinya tanpa mempunyai sifat cinta diri sendiri serta
mengutamakan diri sendiri. Kesungguhan kerja ini mengikut kadar kecintaannya kepada
diri sendiri serta berusaha dengan gigih. Bagi orang yang bekerja untuk keluarganya
adalah kerana kecintaannya terhadap mereka. Ia akan mengorbankan segala kesihatan,
wang, jiwa raganya untuk kepentingan mereka. Bukan setakat mengorbankan dunia
sahaja malah turut memperjudikan akhirat, dengan cita-cita supaya mereka dapat hidup
dalam kemewahandan senang setelah kematian nanti. Bagi mereka yang bekerja untuk
kemaslahatan ummah dan tanahair tercinta, dengan sepenuh hati, rela menanggung
beban, kerugian dan kerosakan, serta sanggup menerima siksaan penjara. Dia akan
bekerja siang dan malam dengan mengorbankan jiwa dan hartanya demi kepentingan
kedua-dua perkara tadi.
Sesungguhnya kamu belum lagi menunaikan tugas dakwah ini sekiranya
semuanya adalah untuk kemaslahatn diri, keluarga, bangsa dan tanahair kamu.
Sebenarnya tujuan dan cita-cita kamu mendokong dakwah ini ialah untuk memenangi
keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Kamu boleh memahami dengan mudah bahawa
matlamat kamu untuk menegakkan kalimah Allah tidak akan tercapai sekiranya hubungan
kamu dengan Allah begitu lemah sekali. Kerja-kerja dakwah ini tidak akan mencapai
sebarang kemajuan dan peningkatan sekiranya tidak disertai dengan kesungguhan,
keikhlasan dan dedikasi dan semangat. Para pejuang dakwah tidak cukup hanya dengan
membuat hubungan dengan Allah tetapi mereka mestilah memutus hubungan selain

dengan Allah. Hubungan mereka dengan Allah bukanlah merupakan salah satu daripada
hubungan-hubungan yang banyak tetapi hubungan dengan Allah itu hanyasanya dengan
Allah semata-mata dan tidak dengan yang lain. Mudah-mudahan dengan ini pemikiran
mereka terarah dan terpimpin hanya kepada hubungan mereka dengan Allah dan tidak
dihinggapi oelh penyakit-penyakit kelemahan, malah setiap hari semakin kuat dan
semakin menguasai hati mereka.
Tidak ada percanggahan pendapat di antara kita bahawa hubungan kita dengan
Allah merupakan roh perkara ini dan menjadi tiang serinya. Saya bersyukur kepada Allah
bahawa dalam jemaah kita ini, tiada seorang pon yang meluapakan hakikat ini. Namun
sedemikian, di sana masih ada lagi persoalan-persoalan yang mungkin menggelisahkan
sebilangan anggota jemaah. Antaranya;

Apa sebenarnya hubungan manusia dengan Allah?


Apakah usaha yang dapat memperkuatkan hubungan ini dan
menyuburkannya?
Apakah jalan-jalan sehingga ia dapat menguasai, dirinya menikmati
kelazatan berhubung dengan Alah dan sampai ke peringkat manakah
pencapaiannya?

Berulang kali saya merasai anggota jemaah kita masih belum mengetahui jawapan
yang sebenar bagi persoalan tadi. Mereka mendapati diri masing-masing seolah-olah
berada ditengah padang pasir yang tidak mempunyai petunjuk dan pandangan yang boleh
menunjukkan pandangan yang sebenarnya kepada matlamat yang ditujui. Mereka tidak
mengetahui sejauh manakah mereka sudah lalui dan berapa banyakkah lagi yang perlu
diteruskan. Dengan ini sebilangan besar daripada mereka telah hilang panduan di dalam
tanggapan-tanggapan yang pudar. Oleh yang demikian pada hari ini tidak memadailah
saya, hanya menasihati kamu supaya berhubung dengan Allah dan bertaqarrub
kepadaNya tetapi saya ingin cuba untuk memberi jawapan kepada persoalan-persoalan
tadi.
Makna Hubungan Dengan Allah
Maksud hubungan manusia dengan Allah mengikut keterangan al-quran ialah
supaya manusia menjadikan penghidupan, kematian, solat dan peribatannya semata-mata
kepada Allah.
Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta
alam.
Al-anam:162

hendaklah seseoarang itu menyembah allah dengan penuh keikhlasan dan bersih.
Rasulullah telah berulangkali menerangkan pengertian hubungan hamba dengan Rabb
sehingga tiada debupun menutup pengertian ini. Mengertilah kita akan hakikat hubungan
dengan Allah.

takut akan Allah ditempat sunyi dan di tempat yang terang


hendaklah engkau percaya bahawa yang di tangan Allah lebih
terjamin dari apa yang ada di tangan kamu
hendaklah engkau menuntut keredhaan Allah dengan kemarahan
manusia
(al hadith)
tidak pula mencari keredhaan manusia dengan kemarahan Allah. Setelah terjalin
rapi hubungan ini, maka kecintaan, permusuhan dan tegahhanya semuanya untuk Allah
semata-mata. Tanpa dicampuri dengan kemahuan atau kebenciannya. Ini bermakna
iannya telah sempurna di dlam hubungannya dengan Allah.
Siapa yang cintakan Allah, memberi kerana Allah dan menegahnya kerana Allah,
sesungguhnya ia telah sempurna imannya
kemudian hendaklah kamu memperbaharui setiap waktu doa kamu yang kamu
doakan tiap-tiap malam daripada rakaat terakhir dalam witir kamu. Tidakkah kamu selalu
berucap.
ya tuhan kami, sesungguhnya kami minta tolong daripda engkau, minta hidayah
daripada engkau, beristighfar kepada engkau, beriman dengan engkau dan bertawakkal ke
atas engkau. Kamu memuji kepada engkau atas segala kebaikan, kami memecat dan
menyingkirkan sesiapa yang durhaka kepada engkau. Ya Allah! Dikaulah yang kami
sembah dan dikaulah kami solat dan sujud, kepada engkaulah kami berusaha dan maju.
Kami mengharapkan rahmat engkau, kami takut azab engkau sesungguhnya azab engkau
tetap menimpa orang-orang kafir.
Hendaklah kamu merenung perkataan-perkataan doa ini dan perhatikan apakah
dia hubungan setiap malam, daripada malam-malam yang telah mempersetujui hubungan
kamu dengan Allah. Sudah terukir gambaran hubungan ini pada doa itu yang didoakan
oleh rasulullah bila bangun solat ditengah malam. Rasulullah sentiasa berdoa berikut ini,
bermunajat dengan tuhannya yang maha Esa lagi tinggi.
ya Allah ya tuhanku, kepada dikaulah aku berserah, dengan dikaulah aku
beriman, di atas dikaulah aku bertaubat, kepada idkaulah aku kembali, bersama dikaulah
aku bermusuh dan dihadapan dikaulah aku berbicara.
Jalan Memperkuat Hubungan Dengan Allah
Adapun untuk menimbulkan hubungan ini dengan Allah tiada jalan lain, hanya
ada satu sahaja. Seorang insan hendaklah beriman dengan Allah yang Esa sebagai Rabb
dan Ilah bagi dirinya dan sekelian makhuk dilangit dan di bumi. Mempercayai sifat-sifat
uluhiyyah, tuntutan dan kelayakannya tidak boleh diberi selain dari Allah. Hendaklah
membersihkan hati kamu kepada kekuatan syirik. Bila manusia dapat menyempurnakan

segalanya ini mengikut cara yang dipinta ini, akan terikatlah jalinan hubungan antaranya
dengan Allah. Adapun untuk mengeratkan hubungan ini terletak pada dua jalan;
1. melalui jalan kefahaman dan berfikir
2. melalui jalan bekerja
pereratan melalui jalan kefahaman dan tadabbur ialah supaya kamu mempelajari
alquran dan hadith nabi yang sahih dengan sebenar-benar kefahaman dan mengamatinya
berulang-ulang kali. Supaya dengan dapat kamu mempergunakan apakah yang terjalin
diantara kamu dengan Allah daripada perhubungan ini dari segi realiti yang ada, sehingga
apabila kamu mengetahui sudut-sudut inidan kamu cuba membentang dan membanding
dengan hal keadaan kamu, maka bertambahlah erat hubungan kamu dengan Allah. Maka
untuk itu hendaklah kamu melihat segenap sudut dan sampai ketahap mana telah kamu
laksanakan tuntutan serta apakah kekurangan yang kamu rasai dalam diri kamu di atas
perkara ini. Sekadar mana perasaan ini dapat diperkuatkan dalam diri kamu, maka
sekadar itulah dapat diperkuatkan dalam diri kamu, maka sekadar itulah hubungan
dengan Allah.
Adapun dari segi pertalian kamu dengan Allah ialah kamusebagai hamba dan
Allah sebagai tuhan. Dari sinilah kamu dijadikan sebagai khalifahNya di muka bumi dan
memindahkan kepada nikmat-nikmat pemberiannya yang tidak terkira dan terbilang.
Bertolak dari sini juga, setelah kamu beriman, maka Allah membeli jiwa dan harta kamu
dengan syurga. Daripadanya juga kamu bertanggungjawab dihadapanNya dan Allah tidak
bermuhasabah dari segi zahir kerja-kerja kamu, tetapi telah pun mencatat setiap gerak
geri, diam dan kehendak kamu. Inilah dan banyak lagi contoh-contoh pertalian yang telah
sedia ada di antara kamu dengan Allah. Berdasarkan kepada kefahaman di atas dan
merasai serta melakukan tuntutannya, akan menentukan hubungan kamu dengan Allah
dan bertqarrub kepadanya. Sekadar mana kamu melalaikannya, dan itulah kamu kanjauhi
Allah dan merenggangkan hubungan dengannya. Semakin kuat berjaga-jaga dan berusaha
memelihara dan mengambil berat terhadap urusanNya, maka semakin kuat dan
mendalam hubungan kamu dengan Allah.
Namun demikian jalan berfikir tidak akan mendatangkan buahnya malah tidak
mungkin bergantung kepadanya untuk beberapa ketika yang panjang selagi mana kamu
tidak sandarkan kepada amali, iaitu ketaatan yang ikhlas terhadap hukum ilahi serta
membelanjakan jiwa dan harta kepada mana-mana jalan yang boleh membawa kepada
mardathillah. Makna ketaatan dan terhadap hukum ilahi ialah melakukan segala yang
diperintah oleh Allah dengan jiwa kamu pada ketika senang dan susah, sunyi dan terang
tanpa mengambil hirau keuntungan dunia, malah hanya memperhitungkan keredhaan
Allah, serta meninggalkan sesuatu yang dibenci Allah secara sunyi atau terang dengan
penuh kebencian hati dan cemuhan hati terhadapnya. Jangan pula kamu menjadikan
kenikmatan duniawi sebagai motif kamu untuk meninggalkan larangan Allah sematamata. Inilah jawapan yang meningkatkan kepada darjat takwa kepada Allah.
Adapun hal yang meningkatkan kamu kedarjat ihsan selepas darjat takwa ini ialah
supaya kamu berusaha mempertingkatkan segala fadhilat-fadhilat yang dicintai Allah dan

rasulNya, dan menjauhi segala yang dibenci dan dicerca oleh Allah dan rasulNya. Dan
janganlah kamu meringankan dalam perkara ini untuk membelanjakan segala apa yang
kamu miliki daripada jiwa, harta, masa dan usaha, kekuatan fikiran dan hati kamu dengan
peringatan, supaya kamu tidak tumbuh dalam hati sebarang rasa megah, tertwan dengan
apa yang telah kamu lakuakan daripada kerja-kerja, pengorbanan, melupai diri sendiri,
dan berbakti serta supaya tidak terlintas dalam hati kamu perasaan kita berbudi kepada
orang tetapi berkewajipan kamu merasakan pada setiap keadaan bahawa kamu masih
kurang dalam melaksanakan apa apa yang diwajibkan atas kamu daripada kewajipankewajipan Pencipta kamu.
Jalan-Jalan Yang menyuburkan Hubungan Dengan Allah
Memilih dan melalui jalan ini bukan suatu perkara yang mudah, malah ia suatu
jalan yang sukar dilalui dan untuk menempuhnya memerlukan kepada kekuatan yang
yang luar biasa. Adapun jalan-jalan yang boleh dipergunakan untuk melahirkan kekuatan
ini pada peribadi manusia ialah;
1. solat
yang dimaksudkan bukan setalat solat yang wajib dan sunnat-sunnat malahan
sunnat nawafilnya mengikut kadar kemampuan kamu. Suatu perkara yang kamu mesti
berjaga-jaga sewaktu melakukan solat sunat nawafil lebih-lebih lagi diwaktu malam,
mungkin melahrikan sifat riya, dan takbur yang paling terkeji, yang mungkin
merosakkan jiwa seorang mukmin dan menjadikan segala amalannya seperti debu ditiup
angin. Sifat-sifat yang merosakkan ini timbul bila diheboh-hebohkan amalan-amalan
nawafil sedekah-sedekah dan zikir lain.
2. zikrulllah
menyebut (zikir) nama Allah adalah satu pekara yang mesti dan tidak boleh luput
dari mana-mana manusia satu lahzah pun atau dalam mana-mana keadaan, dalam
kehidupan sehariannya. Namun demikian tariqad yang direka oleh bermacam-macam
kumpulan sufi di masa yang terakhir atau ditiru daripada bawaan india atau paderi
kristian atau selain daripada mereka bukanlah suatu jalan yang sihat atau murni, malah
jalan yang sihat dan murni ialah yang dikemukakan oleh nabi Muhammad sendiri dan
diperuntukkan kepada sahabat-sahabatnya. Oleh yang demikian hendaklah kamu
mengambil sebanyak mungkin zikir dan doa-doa yang ditinggalkan Rasulullah dan para
sahabat. Tetapi jangan pula memadai dengan mengahafalnya dan digerakkan lidah untuk
menyebutnya tanpa memahami maknanya, malah hendaklah kamu mengahafal disertai
dengan maknanya sekali disamping mengetahui maksud dan tujuan. Inilah sebaik-baik
bagi memperbaharui zikrullah, melaksanakan wirid-wirid dan wazifah.
3. Puasa
Puasa yang dimaksudkan di sini bukanlah puasa yang diwajibkan sahaja tetapi
puasa-puasa sunnat juga. Sebaik-baiknya dan yang paling sederhana ialah dengan
berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan. Kamu cuba hendak membentuk diri kamu tiga
hari yang khusus itu berguna untuk bertaqwa dimana Allah telah menyatakan bahawa
tujuan asal berpuasa adalah supaya kamu bertaqwa.

4. berbelanja di jalan Allah


Yang dimaksudkan bukanlah zakat yang wajib sahaja tetapi juga sedekah sunnat
mengikut kadar kemampuan kamu. Satu perkara yang wajar dalam memperkatakan
perkara ini, bukalah tujuan berbelanja di jalan Allah sekadar yang dapat oleh seseorang
itu, dari hartanya tetapi tujuan dan pencapaian sebenar ialah dari roh dan dan perasaan
yang tercetus dalam mencari mardhatillah. Seseorang lelaki fakir yang berbelanja di jalan
Allah sepuluh ringgit sedangkan dia sangat memerlukan duit itu bermakna ia lebih
dicintai oleh Allah, lebih banyak ganjaran dan lebih tinggi nilainya dari seribu ringgit
yang dibelanjakan oleh seorang lelaki yang kaya dengan wangnya yang bertimbuntimbun dan melimpah itu. Satu hal yang perlu kamu tahu ialah di samping perkara di atas,
bahawa sedekah jua merupakan perkara yang penting yang ditentukan oleh Allah dan
rasulnya, dalam rangka pembersihan diri. Sekiranya kamu mahu, kamu boleh cuba
perkara ini, dan kesan-kesannya pada jiwa kemanusiaan kamu. Katakanlah sekali kamu
bersalah, lantaran itu kamu bertaubat dan menyesal sekadar itu sahaja, tetapi pada masa
lain kamu telah melakukan kesalahan pula lantas kamu bersedekah sedikit, daripada
wang kamu, di samping kamu bertaubat dan menyesal. Dari sini kamu akan mengetahui
perbezaan yang jelas daripada dua gambaran ini, kamu tidak akan ragu-ragu lagi sedekah
bersama taubat itu membersihkan jiwa manusia dan akan menyekat daripada berlakunya
perkara mungkar yang lalu dengan cara yang lebih kuat dan terpuji.
Inilah cara mudah yang ditentukan Allah dan ditunjukkan oleh Rasulullah.
Sekiranya kamu melaksanakan cara-cara ini kamu akan berhubung dengan Allah,
bertaqarrub kepadanya melalui penghidupan kamu bersama keluarga dan masyarakat
kamu tanpa memerlukan kepada suatu program latihan seperti yang dilakuakan oleh ahli
sufi dengan muraqabah diri.

Anda mungkin juga menyukai