Anda di halaman 1dari 1

DAKWAH RASULULLAH S.A.W.

Nabi Muhammad yang agung ini telah diutuskan oleh Allah untuk
mentauhidkan-Nya dan menyebarkan kebenaran dan menghancurkan kebatilan.
Pada permulaan penyampaian dakwah Rasulullah di Mekah, Rasulullah telah
menekankan penanaman akidah dalam setiap jiwa individu yang memeluki agama
islam. Syahadat tiada tuhan melainkan Allah menjadi medan dakwah rasulullah.
Pegangan akidah yang mantap di setiap individu muslim telah memberi kekuatan
yang tersendiri kepada ajaran islam. Pengajarannya di sini, kita hendaklah
berpegang dengan akidah yang betul dan dengan kukuh. Semasa penyebaran
dakwah di Mekah, Rasulullah menghadapi cabaran dan rintangan serta tentangan
yang cukup hebat. Rasulullah menghadapinya dengan penuh sabar dan tabah.
Baginda tidak pernah mengeluhdan merungut dengan yang perlu dihadapinya.
Jadi, jika kita ditimpa musibah dan rintangan, kita tidak sepatutnya mengeluh dan
terus putus asa. Kita hendaklah melaluinya dengan penuh sabar dan tabah. Setiap
kejadian itu pasti ada hikmahnya.