Anda di halaman 1dari 27

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu landasan negara kearah membentuk satu sistem

pendidikan yang seimbang. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi asas dan sumber inspirasi
kepada semua rangka kearah pembangunan pendidikan ini sebenarnya mempunyai beberapa unsur-unsur
penting yang perlu difahami oleh setiap ahli masyarakat sama ada warga pendidik, para pelajar, mahupun
sesiapa sahaja rakyat Malaysia.
Unsur yang pertama ialah Pendidikan Suatu Usaha Berterusan. Ungkapan tuntutlah ilmu sampai
keliang lahad merupakan satu ungkapan yang sangat sesuai bagi menterjemah isi penting ini. Pendidikan
merupakan satu proses yang berterusan sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita
meninggal dunia. Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni dalam
pendidikan merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan lagi. Pendidikan sudah bermula sejak kita
berada dirumah lagi, seterusnya pendidikan secara formal di sekolah, institut pengajian tinggi dan
sebagainya.
Jika dilihat dari perspektif lain, pendidikan suatu usaha berterusan ini membolehkan berlakunya
perkembangan ilmu yang kritikal, seimbang dan mampu untuk melahirkan modal insan yang menjadi
matlamat utama negara kita pada masa sekarang. Sehubungan dengan itu, pendidikan secara berterusan
merupakan satu elemen penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Unsur kedua Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah memperkembang potensi individu. Potensi individu
ini boleh dibahagikan pula kepada 4 iaitu unsur intelek, jasmani, emosi, dan rohani. Melalui pendidikanlah
potensi individu boleh di perkembangkan dan di gilap. Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu iaitu
berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting untuk kecerdsan
mental kerana ianya merupakan satu perkara yang amat berkait rapat. Unsur emosi pula ialah berkaitan
dengan jiwa individu yang mana memberi kawalan kuat kepada semangat perpaduan dan sebagainya.
Perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik.
Unsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan
penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan. Unsur terakhir ialah unsur
intelek iaitu berkaitan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar
dapat diselesaikan dengan tepat. Semua unsur-unsur ini membantu dalam perkembangan potensi individu
dan menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perkembangan potensi individu telah membawa kepada perkembangan unsur ketiga iaitu perkembangan
potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Perkembangan secara menyeluruh dan bersepadu ini
merangkumi perkembangan individu yang maksima pada jalan atau cara yang tepat bagi membantu
menggilap potensi yang ada dalam diri individu tersebut.
Unsur keempat ialah insan yang seimbang dan harmonis. Maksud seimbang dan harmonis disini ialah
insan yang berilmu pengetahuan, mempunyai akhlak mulia, percaya dan yakin kepada tuhan, mempunyai
jiwa dan fikiran yang tenteram, sihat tubuh badan, serta matang dari segi emosi dan sosialnya. Insan yang
seimbang dan harmoni ini mempunyai jasmani, emosi, rohani dan intelek yang telah diperkembangkan
secara kritikal dan bersepadu. Hal ini dapat dilihat dalam kehidupan harian atau tingkah laku individu
yang bertanggungjawab, menghormati orang lain, mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi dan mampu
menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan tenang dan cepat.
Unsur seterusnya iaitu unsur kelima ialah kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Perkara ini memberi
penekanan kepada beberapa perkara penting seperti mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusi dan
alam dijadikan oleh Pencipta, mengetahui tentang percaturan yang telah dilakukan oleh Tuhan, faham
bahawa manusia dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan bertanggungjawab terhadap apa
yang dilakukan, menjauhi kemungkaran dan melakukan kebaikan, mengikuti dan mengamalkan ajaran
agama, dan yang terakhir sekali ialah sentiasa mengukuhkan kepercayaan beragama.
Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan ialah unsur seterusnya iaitu unsur keenaam. Berilmu
pengetahuan yang dimaksudkan disini ialah mereka yang sentiasa bersedia berkongsi ilmu dan
menggunakan ilmu untuk manfaat bersama. Antara ciri-ciri individu yang berilmu pengetahuan ialah
individu yang mencintai ilmu pengetahuan, minat mentelaah, berfikiran global, berusaha berkongsi ilmu
dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.
Unsur yang ketujuah ialah rakyat Malaysia yang berketrampilan iaitu rakyat yang bukan sahaja berilmu
pengetahuan, malahan rakyat yang mahir dalam melakukan tugasan dan mampu menjadi rakyat yang
inovatif. Selain itu, rakyat yang berketrampilan juga merupakan rakyat yang melaksanakan amanah yang
diberikan kepadanya dengan adanya kemahiran yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak. Rakyat
Malaysia yang berakhlak mulia merupakan unsur yang seterusnya dimana perkara utama yang dituntut
adalah rakyat yang mampu untuk menilai mana satu yang baik dan mana satu yang buruk. Kebolehan

berfikir jauh dalam menimbang kesan dan akibat sesuatu perkara dan yakin dalam perkara murni yang
dilakukan merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.
Mengetahui tugas dan tanggungjawab merupakan amanah yang wajib dilaksanakan dengan sempurna
merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam unsur ke sembilan iaitu unsur rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab. Undang-undang, perlembagaan negara perlulah dihoramati dan dipatuhi agar
keamanan negara, perpaduan kaum dan kemasyhalatan masyarakat dapat dijaga dan diteruskan. Rakyat
Malaysia yang mampu menikmati kesejahteraan diri iaitu yang berupaya menangani masalah hidup,
mampu berfikir secara waras, mempunyai tubuh badan sihat dan mempunyai kemahiran dalam menjalin
perhubungan yang baik dengan orang lain merupakan ciri-ciri bagi unsur kesepuluh.
Unsur yang terakhir iaitu unsur ke sebelas ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan kepada
masyarakat, agama, dan negara. Wujudnya rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan akan
membantu pembangunan negara dengan melahirkan keluarga yang harmoni dan mempunyai nilai-nialai
murni seperti semangat kerjasama dan perpaduan. Perkara yang lebih penting ialah adanya rakyat yang
mampu menguasai teknolongi dan ilmu-ilmu lain bagi memaksimakan pembangunan negara kita.
Kesimpulannya, bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis, pencapaian dalam aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani perlulah dititikberatkan dahulu kerana 4 elemen inilah yang menjadi
pemangkin sebenar dalam pembangunan modal insan selaras kehendak negara kita bagi mencapai
Wawasan 2020.

falsafah pendidikan kebangsaan


1.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Kemajuan sesebuah Negara adalah bergantung kepada sistem pendidikan selain daripada
kestabilan politik, ekonomi, kebudayaan dan sistem nilai masyarakat. Ketiadaan dasar
pendidikan yang sempurna dan mantap dengan falsafah yang jelas, sistem pendidikan adalah
tidak sempurna sifatnya kerana mempunyai pelbagai bentuk dan corak yang tidak berfokus.
Dasar-dasar yang dibuat dalam sesuatu pendidikan perlu merujuk kepada asasnya iaitu falsafah
pendidikan. Falsafah menjadi teras kepada sistem pendidikan kerana terkandung di dalamnya
matlamat yang hendak dicapai; kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan; ciri-ciri
yang hendak dibentuk; dan liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan.
Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas.
Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab yang juga berasal
daripada perkataan yunani philosophia, yang bermaksud "cinta kepada hikmah".
Secara umumnya, falsafah Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas dan tujuannya adalah
untuk mendapatkan kebenaran. Falsafah dapat dikategorikan 5 bidang berdasarkan
persoalannya, iaitu metafizik iaitu bidang falsafah ini memikirkan tentang kewujudan. Seterusnya
epistemologi. Bidang falsafah ini memikirkan tentang ilmu pengetahuan. Etika pula bermaksud
memikirkan tentang kemoralan manusia. Logik adalah satu bidang falsafah yang mengkaji
penaakulan manusia. Bidang yang terakhir ialah estetika.
Falsafah pendidikan lahir setelah melalui proses yang bersinambungan yang selari dengn
proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia. Bermula sejak tenah air menuntut
kemerdekaan daripada penjajah. Selepas merdeka, satu jawatankuasa dibentuk, iaitu
Jawatankuasa Rahman Talib bertujuan untuk mengkaji Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran
1957 yang digunapakai dalam sistem pendidikan selepas merdeka. Jawatankuasa ini
mengeluarkan laporan iaitu Penyata Rahman Talib 1960. kementerian pelajaran pada masa itu
banyak berpandu kepada Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960, dalam usaha
memberi pelajaran kepada rakayat di tanah air. Soal perpaduan kaum adalah menjadi agenda
uatam dalam melaksanakan aktiviti pendidikan pada masa itu.
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dengan mantap masih dikekalkan dalam Akta pendidikan
1996. Namun tambahan perkataan telah dilakukan bagi memantapkan lagi falsafah ini. FPN
seterunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Berdasarkan kepada FPK,

matlamat pendidikan negara dapat ditafsirkan sebagai usaha yang komprehensif dan berterusan
untuk melahirkan individu yang bersahsiah baik, berketerampilan seterusnya seimbang dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani tanpa mengetepikan kepercayaan dan
kepatuhan kepada perintah tuhan. Matlamat pendidikan Negara dapat dihuraikan sebagai
menyedia dan memberi peluang pendidikan kepada semua rakyat di negara ini tanpa mengira
kaum dan asal keturunan. Seterusnya memberi peluang kepada rakyat menuntut ilmu sepanjang
hayat selaras dengan konsep pendidikan seumur hidup dan membolehkan mereka melakukan
kerja dengan menggunakan kemahiran yang dipelajari. Konsep pendidikan berdasarkan FPK,
adalah suatu usaha yang berterusan dan berlangsung hayat (life long education). Rasionalnya
ialah kerana manusia mengalami pertumbuhan dan perkembangan. Proses pertumbuhan dan
perkembangan akan menyebabkan perubahan berlaku pada individu. Usaha adaptasi kepada
perubahan perlu kepada latihan kemahiran mehupun pendidikan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
2.0 ELEMEN-ELEMEN DAN UNSUR-UNSUR PENTING DALAM FALSAFAH PENDIDIDKAN
KEBANGSAAN.
Antara elemen-elemen dan unsur-unsur penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
kebangsaan ialah pendidikan suatu usaha berterusan. Pendidikan adalah suatu proses
pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan
pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat.
Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang
berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah yang dibentuk akan
terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Setelah tamat persekolahan, setiap individu
masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan yang
berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. Elemen
yang kedua ialah perkembangan potensi individu. Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan
bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat, potensi dan kebolehan seelokeloknya dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan. Bakat, potensi dan kebolehan
akan menjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling. Pendidikan
seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka.
Elemen yang ketiga ialah perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu. Bakat,
potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan; sebaliknya secara
berasingan; sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara
satu sama lain. Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek, iaitu
intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Seterusnya elemen yang keempat ialah insan yang seimbang dan harmonis. Amat penting bagi
individu memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta
mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani). Keimbangan
antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara
harmonis dengan diri dan orang lain. Individu sedemikian memiliki katahanan untuk menghadapi
segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul. Elemen
kelima ialah unsur intelek. Unsur intelek mempunyai kemahiran asas 3M. Membaca, menulis dan
mengira. Ianya berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Implikasinya,
pelajar sanggup berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran. Unsur rohani ialah elemen
keenam. Implikasinya, individu akan menyedari dan percaya pada Tuhan selain bersyukur
dengan pemberian Tuhan. Individu juga akan berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai
murni. Unsur emosi pula menyebabkan individu mempunyai emosiyang matang dan stabil.

Individu itu juga akan memiliki dan memupuk peraaan kasih sayang.
Elemen kelapan ialah unsur jasmani. Individu akan menyedari tentang kepentingan kesihatan
fizikal, mengembangkan bakat dan mkemahiran teknikal disamping menggunakan kemahiran
kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. Kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan ialah elemen kesembilan. Elemen ini membantu individu unntuk mengakui tentang
kewujudan Tuhan dan menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan
yang ditetapkan oleh tuhan. Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti. Elemen
seterusnya ialah rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Cintai ilmu pengetahuan dan
berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca. Mempunyai fikiran yang luas dan
terbuka.
Rakyat Malaysia yang berketerampilan ialah elemen yang kesebelas. Ianya mempunyai
kecekapan dan kompetensi diri dan berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna.
Individu juga akan berpandangan jauh dan berinisiatif. Seterusnya ialah rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab iaitu boleh dipercayai dan menyedari bahawa setiap tugas dan
tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Menjalankan tugas
dengan amanah, bersih dan cekap. Mematuhi peraturan dan undang-undang negara. Berusaha
untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat agama, bangsa dan negara. Elemen yang ketiga
belas ialah rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Berfikiran waras
dan berjiwa tenang. Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.
Elemen keempat belas pula ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Individu akan berusaha untuk memupuk
perpaduan rakyat melaluisifat tolenrasi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan
sebagainya. Berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasr-dasar yang
ditetapkan. Sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara, mematuhi
perlembagaan dan peraturan negara. Mempertahankan maruah diri, profesion agama, bangsa
dan negara.
Elemen yang kelima belas ialah berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Individu mempunyai
daya tahan fizikal dan mental yang tinggi dan berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup.
Elemen yang terakhir ialah sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara. Individu akan menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup dan
memupuk persefahaman keluarga. Mematuhi norma masyarakat dan cintakan negara.

3.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN


NEGARA.
Elemen-elemen dan unsur-unsur penting dalam FPK ini memberi implikasi terhadap sistem
pendidikan negara. Antara implikasi yang telah digariskan ialah FPK adalah satu dokumen rasmi
yang menggariskan hasrat Kerajaan terhadap sistem pendidikan negara ini serta matlamat
pendidikan dengan jelas. Oleh itu, kandungan FPK hendaklah dihayati dan diusahakan oleh
kaum pendidikbagi memastikan Kerajaandan matlamat pendidikan tercapai. Dalam pada itu,
amat penting agar FPK dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendidik semasa mereka
melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-masing. Para
pendidik juga hendaklah memainkan peranan katif dalam merealisasikan FPK. Dalam hal
tersebut, mereka hendaklah bersifat terbuka terhadap perubahan yang pesat dalam bidang sains
dan teknologi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sehubungan itu,
mereka seharusnya bersedia untuk membina ilmu dan kemahiran-kemahiran baru berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran, kemudian berani dan sanggup melaksanakan inovasi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bagi mata pelajaran yang diajar.
Selain itu, para pendidik perlu menyedari hakikat bahawa tugas dan tanggungjawab mereka
bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja. Malahan
pembentukan modal insan itu juga perlu diberi perhatian yang serius. Adalah diharapkan agar

generasi muda menjadi individu yang berkembang secara menyeluruh dan seterusnya berupaya
menyumbangkan ilmu, kemahiran, masa dan tenaga mereka demi keluarga, masyarakat dan
negara. Sebagai rumusan, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang kepada
FPK dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab profesional mereka, sudah pasti matlamat
dasar pendidikan negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan hanya satu impian sahaja.
Falsafan Pendidikan Kebangsaan dapat membantu sekolah dalam proses mewujudkan sekolah
berkesan. Sekolah rendah adalah tempat pendidikan awal anak-anak secara formal. Pada
zaman moden ini, sekolah menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan pendidikan yang
baik dan sempurna berbanding dengan rumah tangga dan keluarga. Di sekolah bermulanya
pembinaan peribadi dan kecemerlangan seseorang pelajar. Menerusi pendidikan di sekolah,
terdapat perancangan dan pelaksanaan aktiviti pendidikan yang tersusun rapi bagi mencipta
kecemerlangan bagi setiap pelajar. Sekolah adalah tempat untuk kecemerlangan dan bukan
untuk kegagalan.

4.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN


KEBANGSAAN (FPK)
4.1 Kepimpinan
Keberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segi kejayaan atau pencapaian sekolah
dalam peperiksaan disamping mewujudkan rasa kepuasan bekerja dalam sesebuah sekolah itu.
Pengetua merupakan pengurus utama kepada sesebuah organisasi persekolahan. Sekiranya
pengurusan dapat dilaksanakan dengan efektif dan cekap secara tidak langsung masalah di
sekolah dapat diselesaikan dan ini membantu ke arah pembentukan sekolah berkesan.
Kepimpinan sesebuah sekolah dapat dikaitkan dengan elemen penting dalan FPK iaitu rakyat
Malaysia yang berketerampilan harus mempunyai kecekapan dan kompetensi serta
berkebolehan untuk menjalankan tugas. Daripada kajian-kajian yang telah dilakukan mengenai
sekolah berkesan dapatlah dirumuskan bahawa apa yang membezakan keberkesanan
sesebuah sekolah dengan sebuah sekolah yang lain adalah kepimpinan pengetua. Pengetua
ialah pemimpin teknikal yang seharusnya meminimumkan peranan sebagai jurutera pengurusan.
Kepemimpinan seumpama ini ditumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir
dalam memanipulasi strategi dan keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang
maksimum. Kemahiran ini termasuklah aspek perancangan, pengelolaan, penjadualan dan
penyelarasan. Kejayaan kepimpinan sesebuah sekolah bermula dari pucuk pimpinannya.
Pengetua sebagai pemimpin manusia. Dalam hal ini, pengetua memainkan peranan sebagai
jurutera manusia. Maksudnya pengetua seharusnya mahir dan cekap dalam aspek perhubungan
manusia, dan perhubungan individu serta mampu menggerakkan stafnya. Ini selaras dengan
matlamat FPK iaitu untuk melahirkan individu yang bersahsiah baik dan berketermapilan.
Pengetua juga berperanan sebagai pemimpin simbolik. Dalam konteks ini pengetua
meminimumkan peranan sebagai penghulu yang memberi isyarat tentang nilai dan kepentingan
atau tujuan sesuatu perkara yang hendak dicapai. Kepemimpinan seumpama ini termasuklah
aktiviti seperti melawat bilik darjah dan kawasan sekolah, di samping cuba mengenali pelajar
dengan lebih dekat. Organisasi yang baik di sesebuah sekolah dapat melancarkan perjalanan
pentadbiran sekolah tersebut untuk melahirkan individu yang seimbang. Kepemimpinan budaya
amat penting bagi mencapai kecemerlangan sekolah. Pengetua yang menjalankan peranan ini
dapat dilihat menerusi usaha-usahanya mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai,
kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sekolah
yang unik.

4.2 Budaya Sekolah


Budaya sekolah di dapati merangkumi seluruh alam sekitar dan murid di sekolah. Alam sekitar
yang menggalakkan dapat melahirkan kesan baik terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran serta penghayatan nilai-nilai. Oleh yang demikian, usaha untuk pembentukan
akhlak dan sahsiah murid dapat berjalan dengan licin serta efektif. Nilai murni pula adalah unsur
yang amat penting dan akan diserapkan ke dalam setiap diri pelajar. Nilai-nilai murni bersifat

sarwajagat dan adalah selaras dengan agama, budaya dan norma masyarakat Malaysia. Nilainilai ini juga berteraskan kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Matlamat pihak
kerajaan bagi melahirkan Modal Insan iaitu melahirkan insan yang bukan sahaja intelek dalam
akedemik malahan mempunyai sahsiah dan akhlak yang baik. Sekolah yang berkesan perlu
mempunyai budaya dan iklim pengurusan yang baik. Setiap sekolah perlu membina iklim yang
bersesuaian dengan matlamat dan persekitaran sekolah tersebut.
Budaya sekolah juga bermaksud personaliti atau keperibadian sekolah yang mempengaruhi cara
sesuatu kerja itu dijalankan. Definisinya tentang bidang kuasa, peranan, tugas dan budaya diri
membentuk satu rangka kerja yang dapat mempengaruhi atau mengubah budaya sekolah
tersebut. Kecemerlangan sekolah ini adalah hasil transformasi yang telah dimulakan oleh
pengurus sekolah yang terlebih dahulu dan kecemerlangannya masih dikekalkan hingga kini
walaupun corak kepimpinan sekolah masih mengamalkan budaya kerja cemerlangan, seiring
dengan hasrat mencemerlangkan pendidikan. Berdasarkan instrumen profil budaya sekolah,
guru-guru dan pelajar mempunyai hubungan interpersonal yang lebih positif. Guru mempunyai
semangat kekitaan terhadap sekolah dan bangga menjadi guru di sekolah tersebut. Mereka
sentiasa memandang ke hadapan dalam usaha mereka dalam meningkatkan profesionalisme
mereka. Pelajar-pelajar pula merasa seronok menjadi pelajar di sekolah itu.
Di sekolah juga pengajaran dan pembelajaran dianggap sangat penting oleh guru dan juga
pelajar. Walaupun mereka mengamalkan panduan kurikulum yang digariskan oleh Kementerian
Pendidikan, guru dibenarkan menggunakan kreativiti semasa mengajar. Pelajar mengikuti aktiviti
pengayaan mengikut keupayaan masing-masing. Guru di sekolah berkesan adalah inovatif
dalam pengajaran dan amalan penilaian mereka. Pelajar dan guru disekolah akan merasa
sangat selesa ketika berada di perkarangan sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa berada
dalam keadaan bersih dan teratur. Sekolah yang berkesan mempunyai ruang yang mencukupi
untuk pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dan guru berbangga dengan kemudahan fizikal
yang mereka ada dan sentiasa menolong untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut
dalam keadaan yang sehabis baik. Konsep mengenai budaya sekolah telah ditakrifkan dengan
pelbagai cara, tetapi pada keseluruhannya adalah dipersetujui umum bahawa budaya sesebuah
sekolah itu merupakan perasaan atau gambaran suasana yang seolah-olah dapat dirasakan
ketika seseorang itu berada di sekolah tersebut. Antara konsep tersebut ialah Guru merasa
selesa, yakin dan puas. Guru tidak merasa tertekan atau bercelaru. Pengetua mempamirkan
keyakinan diri, bijaksana dan berlaku adil. Pengetua mudah dibawa berbincang dan mempunyai
fikiran yang terbuka. Pengetua merupakan seorang pemimpin yang baik, mampu membimbing
kakitangannya serta memperkembang potensi mereka. Pelajar merasa bangga terhadap hasil
kerja mereka dan terhadap sekolah mereka. Keadaan ini dapat mengeratkan hubungan antara
pendidik sejajar dengan hasrat FPK.

4.3 Ko-kurikulum
Ko-kurikulum juga penting dalam merealisasikan FPK. Antara kepentingannya ialah untuk
mewujudkan semangat kewarganegaraan dan semangat perpaduan. Apabila sesuatu aktiviti
diadakan, penglibatan pelajar dari pelbagai bangsa dapat mengeratkan hubungan antara satu
sama lain. Ko-kurikulum juga membantu untuk memaju dan mengembangkan bakat minat serta
kemahiran murid. Sekolah yang aktif dalam bidang ko-kurikulum boleh membantu murid
mengembangkan minat mereka dan mengasah bakat. Falsafah pendidikan kebabgsaan telah
menggalakkan pelajar aktif dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Minat dan bakat murid
yang diasah dan dibentuk boleh melahirkan individu yang berjaya serta membantu
mengharumkan nama sekolah. Ko-kurikulum juga berperanan melatih murid mengisi masa
lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Contohnya sekolah menganjurkan permainan kanakkanak pada musim cuti sekolah. Aktiviti ini membolehkan pelajar mengisi masa cuti mereka di
samping mengekalkan kesihatan yang baik. Selain itu, ko-kurikulum melatih murid dari segi
ketahanan mental dan fizikal. Ini dapat mencapai hasrat FPK untuk melahirkan individu yang
sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Peranan sekolah dalam membentuk ko-kurikulum ialah memastikan penubuhan persatuan,
kelab sukan dan permainan dan pasukan-pasukan unit-unit pakaian seragam. Sekolah juga
perlu menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik, teratur dan

sempurna dengan susunan progaram yang lengkap, sesuai dan praktikal. Selain itu sekolah juga
perlu menetukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum
saperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan da juga unit berunifom.
Bidang ko-kurikulum perlu diberi kedudukan yang sewajarnya, di samping memerlukan
komitmen yang jitu daripada penyertaan pelajar dan guru iaitu dapat memberi peluang kepada
pelajar untuk menunjukkan bakat dan minat masing-masing. Jadual waktu kegiatan ko-kurikulum
perlu lebig fleksibel agar tidak membebankan murid. Kad ko-kurikulum adalah penting kerana
dapat mengesan dan merekodkan pencapaian pelajar sepanjang tahun penglibatannya. Data ini
menjadi kriteria pemberian anugerah, sijil dan gred pelajar. Penglibatan ibu bapa, guru dan murid
boleh membantu dalam membangunkan dan memajukan sekolah melalui aktiviti ko-kurikulum.
Penyertaan maksima murid dan guru dalam aktiviti ko-kurikulum sememangnya boleh dicapai
dengan usaha yang bersungguh-sungguh oleh setiap warga sekolah. Cara dan tindakan yang
sesuai perlu diambil agar murid atau guru boleh memberi sumbangan bermakna kepada
sekolah. Sememangnya sokongan dan kerjasama semua pihak adalah penting dalam usaha
menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

4.4 Guru
Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan
kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru
dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat
sekolah. Guru berperanan sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pelajar
berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi
pengajaran yang sesuai. Guru juga sebagai ibu bapa kepada pelajar, demi menjaga
keselamatan dan kebajikan pelajar. Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri
dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka. Selain itu, guru perlu menjadi contoh
model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Nilai-nilai murni
yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar. Seperti dalam elemen
FPK yang menyatakan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara. Elemen ini dapat dikaitkan dengan peranan guru
yang berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa,
kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya. Dalam elemen ini juga guru perlu
mempertahankan maruah diri dan profesion, agama, bangsa dan negara. Guru juga sebagai
pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar secara
individu atau berkumpulan dan Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin
pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan
norma masyarakat. Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu dia dilatih
untuk menguasai kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada pelajarnya.
Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu yang
berguna dalam bidangnya. Dalam proses mengajar dan belajar, guru dituntut memiliki pelbagai
pengetahuan dan pemahaman yang bermanfaat untuk menimbulkan dan meningkatkan motivasi
pelajarnya semasa belajar, sehingga proses belajar yang dibimbingnya berjaya secara optimal.
Oleh kerana itu, guru perlu memahami dan menghayati serta menerapkan pelbagai prinsip dan
teknik-teknik untuk membangkitkan dan meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran.
Memang banyak sekali prinsip dan teknik yang berbeza-beza yang perlu diketahui oleh guru,
kerana di dalam usaha memotivasi pelajar sesungguhnya tidak hanya satu prinsip dan teknik
yang paling mujarab dipakai untuk semua pelajar, sepanjang masa, dan untuk semua situasi.
Berbeza mata pelajaran, berbeza keperibadian pelajar, dan berbeza keperibadian guru menuntut
perbezaan prinsip dan teknik yang dipakai dalam memotivasi pelajar. Oleh kerana itu, perbezaan
mata pelajaran, keperibadian pelajar dan keperibadian guru harus dipertimbangkan dalam
memilih prinsip-prinsip dan teknik-teknik yang akan dipakai dalam memotivasi pelajar.
Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan
amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak.
Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan
strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hari ini hendaklah sentiasa

berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa.


Sekolah sebagai satu institusi masyarakat perlu mementingkan perkembangan dan perubahan
tingkahlaku pelajar dan kehendak masyarakat. Justeru itu, persekolahan yang berorganisasi itu
perlu memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang
dianggap baik, misalnya perkara-perkara yang berkaitan dengan moral. Oleh itu guru di sekolah
perlu memainkan peranan sebagai agen memodenkan masyarakat dalam semua bidang
perkembangan semasa dan kemajuan. Ini bermakna pendidikan di sekolah perlu mementingkan
nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar serta membawa perubahan
semasa.

4.5 Disiplin
Sejak kewujudan institusi persekolahan di negara ini, tiap-tiap buah sekolah sama ada sekolah
menengah ataupun sekolah rendah perlu melantik seorang guru yang bertindak sebagai guru
disiplin. Pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah
penting untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah yang
berkesan mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang
tanpa penindasan yang secara amnya adalah selesa untuk suasana proses pembelajaran.
Untuk membentuk sekolah berkesan, pelajar-pelajar di sekolah berkenaan perlulah diterapkan
dengan nilai-nilai murni. Nilai murni akan membentuk membentuk peribadi dan sahsiah pelajar
yang cemerlang dan seterusnya masalah disiplin di sekolah dapat diatasi. Ini kerana ada juga
sesetengah pihak yang mengukur disiplin pelajar sebagai ukuran output sesuatu sekolah itu.
Tugas guru disiplin ini adalah untuk memastikan tiap-tiap pelajar di sekolah tersebut mengikut
undang-undang yang ditetapkan. Pelajar-pelajar yang didapati melakukan kesalahan seperti
salah laku pelajar iaitu datang lewat, tidak hadir ke sekolah, rambut panjang dan sebagainya
sehinggalah kepada kesalahan yang berat seperti merokok dan menghisap dadah di bawah
pemerhatian guru disiplin. Guru disiplin amat dihormati dan ditakuti oleh kebanyakan pelajar.
Sekolah lebih memberi tumpuan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Hubungan
yang rapat antara pihak sekolah dengan ibu bapa, guru dengan pelajar adalah penting. Guru
perlu mendekati pelajar secara peribadi dan memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang
pelajar tersebut. Dengan cara ini pelajar merasakan mereka dihargai dan pihak sekolah sentiasa
mengambil berat terhadap kepentingan mereka. Oleh yang demikian pelajar yang bermasalah
tidak segan untuk berbincang dengan guru mereka berkenaan masalah yang dihadapi. Keadan
ini mengelakkan pelajar dari melepaskan masalah mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti
yang booleh menjejaskan ketenteraman awam seperti salah laku jenayah dan gengsterisme. Di
sekolah pula penguatkuasaan disiplin perlulah tegas dan berterusan. Usaha yang berterusan
perlu dilakukan termasuk mengukuh, memperjelas dan menentukan kebolehgunaan surat-surat
peraturan dan pekeliling yang berkaitan sejajar dengan perubahan-perubahan persekitaran dan
masa. Sistem pengurusan disiplin di sekolah juga perlu berkesan meliputi rekod individu pelajar,
rekod pelanggaran disiplin serta hukuman dan ganjaran. Pengawalan displin perlu dilakukan
secara bersepadu atau melalui kaedah permuafakatan dengan melibatkan semua kumpulan
atau pihak iaitu sekolah, ibu bapa, masyarakat, kerajaan dan penguatkuasa undang-undang.
Kerjasama perlu dibentuk melalui satu rangkaian yang jelas dan melibatkan pelbagai aktiviti
seperti penyampaian dan penyaluran maklumat tentang disiplin yang melibatkan pelajar sekolah
harian kepada pihak pengurusan sekolah dan pihak penguatkuasa undang-undang. Kerjasama
dalam bentuk perancangan dan penyediaan pelan tindakan secara bersama berdasarkan
kefahaman yang jelas untuk mencegah dan membasmi aktiviti geng dan samseng di kalangan
pelajar. Aktiviti pengawalan dan tindakan bersama juga perlu bagi menghapus aktiviti-aktiviti
gengster dan samseng di dalam sekolah khususnya tindakan yang melibatkan penguatkuasaan
undang-undang dan disiplin. Elemen yang terkandung dalam FPK perlu didedahkan seperti

unsur rohani yang membentuk pelajar supaya berakhlak mulia dan bersyukur dengan pemberia
Tuhan. Pihak sekolah juga perlu melemahkan dan menghapuskan faktor-faktor penarik dan
penolak yang mempenagruhi pelajar untuk terlibat dalam masalah disiplin dengan menjadikan
sekolah sebagai faktor yang kuat untuk menarik semua kumpulan pelajar agar sayangkan
sekolah dengan menyediakan sekolah dan persekitannya sebagai tempat yang kondusif dan
seronok untuk belajar. Langkah seterusnya ialah mengawal jaringan aktiviti tidak berfaedah yang
melibatkan pelajar dengan menyediakan pelan tindakan dan melaksanakannya secar bersama
melalui tindakan berkesan. Antaranya pihak sekolah harus menentukan bahawa pelajar-pelajar
tidak melepak sama ada dalam waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan kerana ini
akan mendedah pelajar kepada pelbagai pengaruh yang tidak sihat. Selain itu pihak pengurusan
sekolah perlu menyediakan satu sistem kawalan mencegah ahli-ahli kumpulan gengster dan
samseng daripada menjadikan pelajar-pelajar sebagai mangsa dalam masa tiga waktu utama
iaitu sebelum persekolahan, semasa rehat dan waktu selepas tamat sesi persekolahan harian.
5.0 RUMUSAN
Dunia yang semakin kompetetif sesungguhnya memerlukan keberkesanan diperingkat sekolah
disebabkan Malaysia akan bertaraf antarabangsa dan memerlukan kepemimpinan yang
berwibawa, teknologi bertambah canggih serta ragam manusia yang berbagai-bagai.
Sememangnya Kementerian Pendidikan bertekad untuk melahirkan manusia insan kamil yang
seimang pembangunan rohani, emosi, jasmani dan intelek sebagaimana yang dituntut oleh
Falsafah Pendidikan Negara. Manusia beginilah yang nantinya berupaya mendokong Wawasan
2020. Untuk mencapai tahap yang dikatakan sekolah cemerlang dan berkesan dalam
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah mudah. Mencapai tahap yang betulbetul sempurna dan ideal adalah sesuatu yang sukar kerana dalam proses mencapai sesuatu
objektif, terdapat beberapa masalah atau kekangan yang perlu dihadapi. Salah satu faktor yang
menghalang pengurusan yang cekap bagi membentuk sekolah berjaya ialah proses birokrasi.
Tidak dapat dinafikan bahawa kawalan dari bahagian bahagian seperti Kementerian Pendidikan
dan juga Jabatan Pendidikan Daerah adalah diperlukan untuk meningkatkan keupayaan
sekolah. Pelbagai aspek perlu diberi perhatian. Contonya seperti kepimpinan sesebuah sekolah,
budaya sekolah, ko-kurikulum yang mantap, peranan guru dan seterusnya pengawalan disiplin
yang baik. Selain itu, Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam membimbing dan
mengasuh anak-anak mereka di rumah sebelum mereka dihantar ke sekolah atau keluar dari
rumah agar mereka mempunyai ketahanan iman dan mental dalam menghadapi cabaran dan
rintangan arus perdana globalisasi. Akhirnya dalam usaha membina keberkesanan sekolah,
reformasi atau program pembaikan sekolah haruslah merupakan tindakan pembangunan
dalaman sekolah. Sememangnya dalam pelaksanaan reformasi di sekolah, penglibatan setiap
masyarakat sekolah amat penting, sungguhpun tugas utama sekolah dan guru berkaitan dengan
pengajaran dan pelaksanaan kurikulum, namun usaha meningkatkan kemajuan sekolah perlu
dihayati dan ditangani bersama demi membentuk sekolah yang berkesan dan merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Unsur intelek. Unsur intelek merupakan unsur yang penting untuk melahirkan
murid-murid yang mempunyai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira. Murid-murid juga akan sering berusaha untuk memperoleh dan
mengembangkan ilmu yang benar. Seterusnya, murid juga berkemahiran untuk
berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif dan mereka sanggup untuk berkongsi
ilmu dengan orang lain dan persekitaran.

Unsur rohani. Unsur rohani ini ialah murid-murid sedar dan percaya kepada
Tuhan, bersyukur kepada pemberian Tuhan, serta mereka berakhlak mulia dan
berpegang kepada nilai-nilai murni.

Unsur emosi. Unsur emosi pula ialah murid-murid dapat mengawal emosi dengan
baik serta mempunyai emosi yang matang dan stabil. Mereka juga dipupuk
dengan perasaan kasih sayang, contohnya sayang kepada ibu bapa. Mereka juga
disemai dengan sifat kekitaan serta perpaduan dalam diri mereka.

Unsur jasmani. Unsur jasmani pula ialah murid-murid akan menyedari tentang
kepentingan kesihatan fizikal mereka. Mereka juga dapat mengembangkan bakat
dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial. Dan mereka dapat menggunakan
kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.

Sekolah merupakan institusi penting untuk merealisasikan matlamat Falsafah


Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan sahsiah terpuji. Sekolah merupakan
institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran
asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus
mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang
sedia ada. Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya
sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi
perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh.

Aspek pertama yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya
sekolah kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek
yang penting untuk merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka
menggalakkan murid bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid
dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru
pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra, berasa tenteram serta
melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna. Iklim sekolah
yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik dan iklim ini
akan dapat membantu sekolah mencapai hasratnya seperti membentuk murid

lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan
mesra, lebih berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya. Ini bertepatan dengan
elemen FPK iaitu, membentuk rakyat Malaysia yang berketerampilan.

Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu
aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan
bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan
sekolah, keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah
yang lengkap, keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran
dan juga keindahan sekolah. Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan
merangsang pembelajaran diwujudkan bertujuan menghasilkan murid-murid
yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek.

Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan


keharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormatmenghormati dan mengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab, perpaduan,
kemesraan dan keadilan. Perkara-perkara ini menjurus kepada eleman FPK iaitu,
rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

Seterusnya, aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu


seperti semangat mahu belajar sama adda dalam bilik darjah atau di
perpustakaan sekolah. Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui
penganjuran program-program akademik seperti Program NILAM dengan tujuan
membudayakan aktiviti membaca dalam kalangan murid-muridnya. Program ini
secara tidak langsung dapat mengembangkan daya pemikiran murid sama ada
kritis atau kreatif. Menurut Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat dibina
melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina
budaya ilmu ialah melalui amalan membaca yang berterusan.

Aspek seterusnya ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunan


bahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik
darjah. Untuk meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti
pertandingan seperti pertandingan bercerita boleh dianjurkan oleh pihak sekolah
sebagai galakan penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua, iaitu bahasa
Inggeris juga perlu diberi perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang ingin
melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat global.

Selain itu, aspek ko-kurikulum juga memainkan peranan penting untuk


merealisasikan hasrat FPK. Sekolah perlu memainkan peranan yang berkesan
dalam melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum
merupakan gerak kerja bercorak pendidikan yang dijalankan di dalam dan luar
waktu sekolah. Gerak kerja merupakan aktiviti-aktiviti kumpulan secara bukan
formal. Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan pembelajaran di bilik darjah adalah
kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Walaupun aktivitiaktiviti ko-kurikulum lebih bercorak bukan formal, tetapi gerak kerja yang
dijalankan adalah terancang.

Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan menyemai


sifat-sifat kepimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat dalam
kalangan murid. Aktiviti ko-kurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid
mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental dengan
perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Melalui kegiatan kumpulan, semua
murid boleh dididik dan mendidik diri mereka sendiri.

` Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan


dalam mendidik murid-murid untuk mengembangkan bakat dan minat. Aktivitiaktiviti yang boleh dilaksanakan dalam gerak kerja ko-kurikulum ialah pasukan
unit beruniform, persatuan atau kelab dan juga sukan permainan. Pihak sekolah
perlu memastikan semua murid melibatkan diri dalam ko-kurikulum ini kerana
gerak kerja ini dianggap sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah dan
sebagai satu bidang pendidikan.

Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah mempunyai beberapa


matlamat penting yang merangkumi aspek pendidikan, pembelajaran dan
sosialisasi. Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di
sekolah diharap dapat membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang
dalam kalangan murid, memupuk nilai-nilai akhlak dan pendidikan yang diingini,
memajukan kemahiran, minat dan bakat murid, meningkatkan disiplin dan
kepimpinan diri, mengukuhkan dan memperkayakan lagi pengetahuan dan
kemahiran, menjadi asas kerjaya pada masa akan datang dan mengisi masa
lapang dengan aktiviti berfaedah serta menyeronokkan.

Dalam aspek pembelajaran pula, kegiatan ko-kurikulum bertujuan untuk


mewujudkan mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan
menggembirakan murid. Selain itu, perhubungan antara guru dan murid juga
akan dapat dieratkan.

Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu melahirkan
dan membentuk murid-murid yang mempunyai semangat kekitaan dan
kewarganegaraan serta mempunyai rasa dan tanggungjawab untuk berkhidmat
untuk masyarakat, sejajar dengan elemen FPK iaitu melahirkan rakyat Malaysia
yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.

Secara amnya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti pengurusan kokurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individu,
membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa masyarakat, meningkatkan
mutu disiplin para murid bagi memperkukuh integrasi dalam kalangan mereka.
Selain itu, pihak sekolah harus memberi peluang secukupnya kepada muridmurid untuk menyertai program terancang bagi memperkembangkan bakat,
minat, serta kemahiran masing-masing.

Aspek seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting untuk merealisasikan
hasrat FPK. Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara
menyeluruh dan bersepadu iaitu insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani.

Dengan pengenalan KBSR di negara kita, peranan guru di sekolah juga


bertambah kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar,
pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai
inovator, iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan. Seseorang guru perlu
menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum
memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya dicungkil terlebih
dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku
lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran itu.
Oleh itu, adalah penting bagi seorang guru menggerakkan muridnya dengan
pelbagai cara seperti menggunakan alat bantu mengajar, mengadakan main
peranan (role playing), mengadakan simulasi dan sebagainya.

Selain itu, guru juga perlu mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam
sesebuah bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama,
langkah kedua, langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran
haruslah diatur supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti
pembelajaran.

Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang


diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalamanpengalaman murid untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep
dengan lebih mudah lagi. Perkataan-perkataan yang diguna pakai oleh guru
sepatutnya mudah difahami dan penerangannya jelas dan padat. Penggunaan
alat bantu mengajar seperti carta, gambar, dan lain-lain dapat menjelaskan lagi
konsep yang ingin disampaikan. Guru juga mesti menolong murid-murid
mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang bermakna. Idea yang abstrak
boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar ini.

Guru juga perlu menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti


sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya
dengan menjalankan pelbagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesan sejauh
mana objektif pengajaran dan pembelajaran sudah tercapai.

Pendek kata, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan
yang berilmu dan bersahsiah tinggi sejajar dengan matlamat FPK. Guru juga
memainkan peranan yang amat besar dalam merealisasikan matlamat
kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangunnya bangsa dan negara pada
masa hadapan.

Aspek terakhir untuk merealisasikan hasrat FPK ialah disiplin. Sekolah sebagai
agen utama yang bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin
hingga ke peringkat akar umbi. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah cuba mentakrifkan disiplin sebagai
kesanggupan seseorang individu untuk menghormati dan mematuhi undangundang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri,
juga kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup
tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku
hormat-menghormati antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolongmenolong dan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang
membina serta sanggup berkhidmat untuk masyarakat.

Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan akhlak.
Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi terpenting dalam
membentuk disiplin murid-murid. Masalah disiplin akan menjejaskan tumpuan
murid kepada pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya dikawal dengan
kerjasama warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal
keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi
memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan
sebuah jawatankuasa menangani masalah disiplin murid peringkat sekolah
dengan melantik beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang tinggal
berhampiran dengan sekolah bagi memantau disiplin murid. Pihak sekolah juga
hendaklah memantau kawasan sekolah yang terdapat masalah disiplin.

Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan


membina semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas
utama guru bimbingan dan kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan
kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai masalah disiplin dengan
tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini. Selain itu, guru bimbingan dan
kaunseling juga berfungsi untuk membina perhubungan dengan ibu bapa muridmurid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau
pihak polis.

Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya


persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam
membentuk imej dan keyakinan diri muridd ke arah kecemerlangan dan
kegemilangan seterusnya dapat menggapai hasrat FPK.

Kesimpulannya, berdasarkan semua huraian di atas, maka ternyatalah bahawa


kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan FPK adalah bergantung kepada
aspek budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini
akan menentukan modal insan yang bakal dilahirkan sama ada memenuhi hasrat
FPK atau tidak. Kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak
langsung mampu menjana dan membina modal insan berkualiti. Merujuk kepada
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006, negara kita berhasrat untuk
menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh,
berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi...perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran
menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru,
mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan
persekitaran global yang sering berubah-ubah. Sekali lagi dinyatakan bahawa,
peranan sekolah amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung dalam
FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.

4.1 PERANAN-PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

4.1.1..PERANAN..FPK.DI..SEKOLAH

Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan dalam melahirkan murid dan guru yang cemerlang . Sekolah
merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan
kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid
untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan
kepada..khazanah..ilmu..yang..sedia..ada..

4.1.2 PERANAN FPK DALAM ASPEK KEPEMIMPINAN

Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepemimpinan. Pemimpin


sekolah iaitu guru besar merupakan orang penting dalam memajukan institusi
pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan
berhubungan dengan guru dan juga murid. Mereka bertanggungjawab
menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah, membentuk visi
dan misi sekolah yang..berlandaskan..FPK..

Selain itu, pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya
sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan juga disiplin murid diberi
penekanan dan perhatian yang sewajarnya supaya hasrat FPK dapat
direalisasikan.
Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan guru besar
sebagai peneraju utama di sekolah-sekolah. Penyelidikan oleh Morrisson (2005)
mendapati bahawa perubahan peranan pentadbir sekolah perlu berlaku dalam
aspek-aspek tertentu seperti kepemimpinan, tuntutan kerja, orientasi
perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumber manusia, membuat keputusan,
komunikasi, kuasa, dan perancangan. Peranan guru besar merupakan antara

faktor utama yang akan menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah


sekolah. Guru besar yang berkesan mampu mengubah keadaan sesebuah
sekolah menjadi cemerlang.

Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia menjelang


tahun 2020, fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan pentadbiran sekolah
menjadi semakin mencabar. Peranan kepemimpinan di peringkat sekolah
mestilah dalam bentuk instructional leader yang memainkan peranan tertentu
pada tahap serta kedudukan masing-masing untuk melaksanakan sesuatu
progam pendidikan. Kepemimpinan pendidikan juga haruslah berperanan
sebagai transformational leader..iaitu..sebagai..agen..transformasi..perubahan.

Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaanjangkaan tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa
berada dalam keadaan bersedia. Pemimpin sekolah mestilah juga mampu dan
berupaya membimbing guru-guru di bawah pengawasannya untuk menjadi lebih
berkesan.

Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepemimpinan


yang bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan.
Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar merupakan individu yang paling
berpengaruh dan bertanggungjawab..terhadap..sesuatu..perubahan.

Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan
murid terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan
guru besar pula dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang
mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan
persekitaran sosial (iklim), atau budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah
yang mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik
murid..(Rutter..et..al,1979).

4.1.3 PERANAN FPK DALAM ASPEK BUDAYA SEKOLAH

Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya
sekolah, kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek
yang penting dalam merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka
menggalakkan murid bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid
dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru
pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra, berasa tenteram serta
melaksanakan tugas..dengan..adil,..dedikasi,..gembira..dan..sempurna.

Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang
demokratik dan iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya
seperti membentuk murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela
bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih spontan dan berkreativiti serta lebih
tinggi motivasinya.

Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama
iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek
penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti
kebersihan kawasan sekolah, keselamatan anggota-anggota sekolah,
kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap, keselesaan yang kondusif untuk
pengajaran dan pembelajaran dan juga..keindahan..sekolah. Dari aspek sosial
pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan keharmonian di
antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan
mengucap salam, kerjasama, rasa
tanggungjawab,perpaduan,.kemesraan..dan..keadilan.

Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya


ilmu seperti semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di
perpustakaan sekolah. Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui
penganjuran program-program akademik seperti Program NILAM dengan tujuan
membudayakan aktiviti membaca dalam diri murid-muridnya. Program ini secara
tidak langsung dapat mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis
atau kreatif. Menurut Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat dibina
melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina
budaya ilmu ialah melalui amalan tabiat..membaca..yang..berterusan.

Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi


penggunaan bahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di
luar bilik darjah. Untuk meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa,
aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan dan pidato boleh dianjurkan oleh
pihak sekolah sebagai galakan penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua
Bahasa Inggeris juga perlu diberi perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang
ingin melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat global.
Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan meransang pembelajaran diwujudkan
bertujuan menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan
menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

4.1.4 PERANAN FPK DALAM ASPEK KO-KURIKULUM

Aspek keempat pula ialah ko-kurikulum. Untuk merealisasikan FPK, sekolah juga
perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja kokurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikan
yang dijalankan di dalam dan di luar waktu sekolah. Gerak kerja merupakan
aktiviti-aktiviti kumpulan secara informal. Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan
pembelajaran di bilik darjah adalah kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan
di sekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti ko-kurikulum lebih bercorak informal, tetapi
gerak kerja..yang..dijalankan..adalah..terancang.

Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan menyemai


sifat-sifat kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di
kalangan murid. Aktiviti ko-kurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid
mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental dengan
perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Pelaksanaan ko-kurikulum cuba

melihat minat dan bakat murid-murid. Melalui kegiatan kumpulan, semua murid
boleh dididik dan mendidik diri..sendiri.

Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan boleh memainkan


peranan dalam mendidik murid-murid untuk mengembangkan minat dan bakat.
Begitu juga masyarakat yang bertanggungjawab boleh memainkan peranan
mereka dalam mendidik murid-murid. Ini disebabkan alam masyarakat di luar
sekolah sebenarnya amat kaya dengan ilmu pengetahuan yang boleh
dimanfaatkan oleh murid-murid. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam
gerak kerja ko-kurikulum ialah pasukan unit beruniform, persatuan/kelab dan
juga sukan. Pihak sekoalh perlu memastikan semua murid melibatkan diri dalam
ko-kurikulum ini kerana gerak kerja ini dianggap sebagai sebahagian daripada
kurikulum sekolah dan sebagai satu bidang..pendidikan.Gerak kerja ko-kurikulum
dilaksanakan di sekolah mempunyai beberapa matlamat penting yang
merangkumi aspek pendidikan, aspek pembelajaran..dan..aspek..sosialisasi.

Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di sekolah


diharap akan dapat membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang di
kalangan murid; memupuk nilai-nilai ahklak dan pendidikan yang diingini;
memajukan kemahiran, minat dan bakat murid; meningkatkan disiplin dan
kepemimpinan diri; mengukuhkan dan memperkayakan lagi pengetahuan dan
kemahiran; menjadi asas kerjaya pada masa akan datang dan mengisi masa
lapang dengan aktiviti berfaedah dan..menyeronokkan. Dari aspek pembelajaran
pula, kegiatan ko-kurikulum bertujuan untuk mewujudkan dan
mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan
murid-murid. Selain itu, perhubungan antara guru
dengan..murid..juga..dapat..diwujudkan.

Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu melahir dan
membentuk murid-murid yang mempunyai semangat kekitaan dan
kewarganegaraan serta mempunyai rasa dan tanggungjawab berkhidmat untuk
masyarakat. Secara keseluruhannya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan
kualiti pengurusan ko-kurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan
lagi potensi individu, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa
bermasyarakat, meningkatkan mutu disiplin para murid bagi memperkukuhkan
integrasi di kalangan mereka. Selain itu, pihak sekolah juga harus memberi
peluang secukupnya kepada murid-murid untuk menyertai pelbagai aktiviti
terancang bagi memperkembangkan minat, bakat serta kemahiran masingmasing.

4.1.5 PERANAN FPK KEPADA GURU

Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam
merealisasikan FPK termasuklah FPG yang digubal untuk guru. Guru
bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan
bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.

Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di sekolah
juga bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai
pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga
sebagai inovator, iaitu..orang..yang..mendatangkan..pembaharuan. Seseorang
guru menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi muridmurid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya
ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses
pembelajaran berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai
minat..terhadap..pelajaran..itu.

Oleh itu, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan


berbagai-bagai cara seperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar,
mengadakan main peranan (role playing), mengadakan simulasi dan sebagainya.
Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam
sesebuah bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama,
langkah kedua, langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran
haruslah diatur supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti
pembelajaran.

Gurulah yang menjalankan tugas mengatur setiap langkah pembelajaran. Dalam


mengatur langkah-langkah pembelajaran, guru akan merancang terlebih dahulu.
Apabila membuat sesuatu rancangan, keperluan-keperluan murid, objektifobjektif pelajaran, bahan-bahan dan alat-alat mengajar seharusnya
dipertimbangkan. Pengajaran yang dirancangkan dengan baik akan membawa
faedah..yang..besar..kepada..murid-murid.

Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang


diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalamanpengalaman murid untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep
dengan lebih mudah lagi. Perkataan-perkataan yang digunakan oleh guru
sepatutnya mudah difahami dan penerangannya padat serta jelas. Penggunaan
alat bantu mengajar seperti carta, gambar, perbandingan dan graf dapat
menjelaskan lagi sesuatu konsep yang disampaikan. Guru juga menolong muridmurid mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang konkrit dan bermakna.
Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan carta dan alat
bantu mengajar lain.

Guru perlu juga menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi


aktiviti sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai muridmuridnya dengan menjalankan berbagai-bagai ujian. Penilaian ini akan dapat
mengesani sejauh manakah objektif pengajaran dan pembelajaran telah
tercapai.

Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan
berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat
kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa
hadapan.

4.1.6 PERANAN FPK DALAM ASPEK MENDISIPLINKAN PELAJAR

Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama
bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat
akar umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi
merangsang perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
sejajar..dengan..kemahuan..FPK..

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran


telah cuba mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu untuk
menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan
dari luar atau dengan kerelaan sendiri; juga kesanggupan seseorang bekerja
atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak
individu lain, mengamalkan tingkah laku hormat-menghormati di antara satu
dengan lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan
yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat untuk
masyarakat.

Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan akhlak.
Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi yang penting dalam
membentuk disiplin murid-murid. Masalah disiplin murid akan menjejaskan
tumpuan mereka terhadap pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya dikawal
dengan kerjasama warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal
keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi
memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan
sebuah jawatan kuasa menangani gejala disiplin murid peringkat sekolah dengan
melantik beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang tinggal

berhampiran dengan sekolah bagi memantau disiplin murid. Pihak sekolah juga
hendaklah memantau kawasan sekolah yang terdapat masalah disiplin.

Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan perhatian khas
daripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak supaya tidak
berlaku pengasingan dan perbezaan di antara mereka dengan murid lain di
sekolah.

Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan


membina semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas
utama guru bimbingan dan kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan
kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai masalah disiplin dengan
tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini. Selain itu, guru bimbingan dan
kaunseling juga berfungsi untuk membina perhubungan dengan ibu bapa/
penjaga murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan
masyarakat atau pihak polis.

Disiplin yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid. Faedahfaedah tersebut adalah seperti berikut:

a) Pengajaran dapat dijalankan dengan licin dan teratur.


b)
Pembelajaran dapat dilaksanakan dalam suasana yang tenang serta
teratur.
c) Keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat ditingkatkan lagi.
d) Murid-murid menjadi lebih produktif jika mereka berdisiplin.
e) Keselamatan murid-murid dapat dijamin kerana setiap murid dapat
mematuhi peraturan-peraturan..sekolah.
f) Kemalangan yang berlaku di makmal atau bilik darjah dapat dikurangkan.

g) Segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat.

Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya


persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam
membentuk imej dan keyakinan diri murid ke arah kecemerlangan dan
kegemilangan, selaras dengan hasrat negara yang menekankan usaha
pembentukan modal insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

4.2 PERKAITAN FPK DALAM PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Melalui FPK kita dapat


menerapkan kefahaman dalam diri pelajar tentang kepentingan mempelajari
bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang merupakan bahasa pertuturan bukan hanya
perlu dipelajari malahan perlu dikuasai secara mendalam oleh semua pelajar dan
guru di sekolah.

Dalam menjadikan kita seorang guru bahasa Melayu yang mampu bertutur
dengan menggunakan bahasa standard memerlukan latihan yang berterusan.
Pengalaman belajar selama lima tahun di institut pendidikan guru(IPG) perlulah
di manfaatkan dan digunakan dengan sebaik mungkin. Hal ini perlu kerana
masih ada guru bahasa Melayu bertutur dalam bahasa dialek mereka sendiri. Ini
akan mengelirukan pelajar yang tidak mengetahui asas bahasa Melayu.

Sebagai guru yang akan mengajar matapelajaran bahasa Melayu di sekolah


rendah. Bahasa yang digunakan hendaklah betul kerana pada peringkat ini,
pelajar akan mengambil dan menerapkan gaya pertuturan yang telah diajar
kepada mereka.

Melalui FPK , seorang guru mampu menjadi guru yang berkeperibadian lebih
unggul dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi,
intelektual, dan sosial. Pelajar yang mampu bertutur dengan menggunakan

bahasa kebangsaan dengan baik akan melahirkan individu yang cinta akan
Negara dan mampu berbakti kepada nusa dan bangsa.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan kepada semua huraian diatas, maka ternyatalah


bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaaan (FPK) adalah bergantung kepada berdasarkan sekolah itu sendiri,
aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga
disiplin. Semua aspek ini akan menentukan modal insan yang bakal dihasilkan
sama ada memenuhi hasrat FPK atau tidak. Kejayaan dalam merealisasikan FPK
juga secara tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan yang
berkualiti.

Merujuk kepada PIPP (2006), negara kita berhasrat untuk menghasilkan


modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi
mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggI dan perlu mampu untuk berfikir
secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan
mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan
untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan guru amat penting dalam menyahut
cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan
keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

6.0 REFLEKSI
http://eh-saimen.blogspot.com/2011/10/sem2-pengantar-pendidikan-negara.html

Anda mungkin juga menyukai