Anda di halaman 1dari 15

Isnin, 8 Oktober 2012

PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DALAM KELAS PEMULIHAN


PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN
PEMULIHAN.
PENGENALAN.
Kanak-kanak sejak dilahirkan telah mewarisi asas-asas kecerdasan. Kecerdasan ini
membolehkan mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling mereka.
Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang
diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan dan
yang kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan atau pengalaman.
Berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan bahan-bahan pengajaran
dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan media
yang mampu mewujudkan rangsangan yang kemudiannya akan bertindak
memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman. Guru-guru disarankan agar dapat
menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan
baik terutama dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan
pengajaran, kerana inilah di antara aspek yang memberi kesan terhadap prestasi para
pelajar.
DEFINISI ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
Menurut Mok Soon Sang (1991), ABM merupakan intipati dalam membantu guru bagi
melincikan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami
konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Mohd Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah dan Hajah Asmah binti
Abd. Rahman (2004), melalui penggunaan ABM dalam pengajaran, pelajar bukan
sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukakan tetapi pelajar dapat membaiki
kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Keadaan ini akan
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bertenaga dan dapat
menarik minat pelajar untuk belajar.
Kit Pengajaran merupakan satu kaedah inovatif sebagai bahan bantu mengajar di
sekolah. Bahan ini digunakan dan dilaksanakan oleh guru-guru untuk menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan difahami oleh pelajar.
Kit ini disediakan dengan berpandukan kepada aspek psikologi kanak-kanak dan
mengikut kemampuan serta kebolehan mereka dengan kemahiran yang berbeza.
http://epulidpliukm.blogspot.com/

Adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam
menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan,
dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.
http://rujuknota.blogspot.com/2011/07/definisi-dan-kategori-bahan-bantu-html
KEPENTINGAN KAJIAN PENGGUNAAN ABM

i.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Charlie Anak Ungang penggunaan ABM penting
bagi menarik minat pelajar pemulihan. Semua pihak terlibat dalam mempertingkatkan
prestasi murid-murid pemulihan dalam menguasai kemahiran membaca.
Pelajar
Membantu pelajar agar lebih memahami pelajaran yang diajar serta menghindarkan
mereka dari rasa bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Dengan
ini, diharapkan dapat mencungkil potensi individu pelajar dengan pendedahan sumber
pengajaran yang pelbagai bentuk.

ii.

Guru
Menjadi panduan kepada guru-guru di sekolah dalam melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran. Hasil daripada kajian ini membolehkan guru menilai semula
pengajaran mereka. Seterusnya akan meningkatkan lagi mutu pengajaran guru-guru ke
tahap yang lebih membanggakan. Penyelidikan ini juga mampu membantu guru-guru
menggunakan pendekatan pengajaran yang bersesuai dengan kemahiran yang diajar.

iii.

Pentadbir sekolah
Membantu pihak pentadbir sekolah bagi menyusun teknik pengajaran guru melalui
pemilihan ABM serta menyediakan kemudahan peralatan mengajar kepada guru agar
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

iv.

JPN ( Jabatan Pelajaran Negeri)


JPN juga dapat menyediakan dan melengkapkan Pusat Kegiatan Guru (PKG) di
kawasan mereka bagi memudahkan guru-guru mendapatkan dan meminjamkan ABM
bagi kegunaan di sekolah masing-masing.

v.

KPM ( Kementerian Pendidikan Malaysia)


Kajian ini juga dapat membantu KPM dalam mengenalpasti jenis ABM yang
bersesuaian dengan kemahiran terutamanya bagi murid pemulihan. Dengan ini KPM
dapat membekalkan terus ABM ke sekolah-sekolah tersebut atau melalui JPN seluruh
negeri.
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf
METODOLOGI KAJIAN,;
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji penggunaan Alat Bantu Mengajar dikalangan guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga cara digunakan untuk
membuat kajian tahap penggunaan ABM dikalangan guru dan keberkesanannya

dikalangan murid-murid. Kaedah yang digunakan adalah dengan cara soal selidik 5
orang guru pemulihan yang sedang mengajar dan mengendalikan program pemulihan,
kaedah temubual dengan pelajar-pelajar dan pemerhatian rekod pengesanan
pencapaian asas bacaan bagi meninjau tahap kemajuan pelajar-pelajar pemulihan.

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

KEPENTINGAN ALAT BANTU MENGAJAR


Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 : 65 ) kepentingan
ABM bolehlah dirumuskan seperti berikut:ABM menyediakan satu asas yang kuat untuk semua konsep.
Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar.
Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal.
Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri dikalangan
pelajar.
Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.
Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.
Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan
beragam.
Kamarudin Hj. Husin (1986) merumuskan kepentingan ABM seperti berikut:Memberi rangsangan dan minat murid-murid.
Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan
mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid.
Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran
mereka lebih kekal.
Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara
lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan meragam.
Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan
kata.
Ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat
menambahkan lagi bacaan murid-murid.

JENIS-JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR


Bahan-bahan bantu mengajar bolehlah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:1. ABM bukan elektronik iaitu ABM asas seperti papan tulis, buku teks, papan pamer,
buku rujukan, grafik model, papan pengajaran, gambar, carta, grafik, model, surat ,
lukisan, majalah, risalah, nota-nota, kertas kerja, skrip, fail tegak, bingkai carta pusing,
kad imbasaan, kad cantuman, boneka, bahan-bahan permainan dan sebagainya.
2. ABM berbentuk elektronik seperti filem tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP, projektor
LCD, pita video, pita rakaman, piring hitam, kad audio, lutsinar OHP, tv atau VCR,
cakera padat audio, komputer, internet dan disket komputer.
3. Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam semulajadi seperti
lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan realia.
http://www.scribd.com/doc/12807608/ Definisi-ABM

PERANAN BAHAN BANTU MENGAJAR


Daripada hasil dapatan yang dijalankan oleh Charlie Anak Ungang 80% daripada
responden bersetuju dan 20% amat bersetuju, ini bermakna 100% bersetuju bahawa
penggunaan ABM membolehkan pelajar menerima dengan jelas pengajaran guru.
Antara peranan ABM ialah:1. Alat bantu mengajar memainkan peranan yang penting di dalam proses pengajaran
guru dan pembelajaran murid. Menurut Atan Long (1982), kesedaran terhadap cara
pengajaran dan pembelajaran yang hanya mementingkan penggunaan kapur, bercakap
dan menggunakan buku-buku teks tidak lagi menjamin keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran apatah lagi sebagai kaedah untuk menguji dan mencabar keupayaan
fikiran, kebolehan dan daya imaginasi murid-murid. Adalah menjadi tugas guru untuk
menggunakan alat bantu mengajar yang bersesuai untuk memahamkan pembelajaran
yang akan diajar nanti.
2. Sabri (2000) menyatakan bahawa terdapat tiga kepentingan alat bantu mengajar iaitu:i.
Membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya memainkan
peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi pengajaran.
ii.
Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang
berlaku.
iii.
Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran.
3. Menurut Ford Le Roy (1982) guru yang mahir bukan sahaja merupakan seorang
pelukis yang dapat mereka bahan pengajaran tetapi seorang pelukis yang dapat
memahami perbezaan individu. Beliau juga menyatakan bahawa sesuatu bahan
dengan sendirinya tidak akan menghasilkan sebarang perubahan pembelajaran tetapi
kemahiran guru menggunakan bahan itu boleh memberikan kesan yang berkekalan.
4. Menurut Asri (2000), pengajaran tradisional yang hanya tertumpu kepada mendengar
penjelasan guru secara teori sahaja tanpa bukti tidak dapat dijadikan peneguhan
supaya lebih cepat memahami dan mengingati dengan berkesan. Sebaliknya
pengajaran yang menggunakan alat bantu mengajar dapat mengukuhkan pembelajaran
kerana pelajar dapat mengalami apa yang diajar.
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP/NURBAIZURAAP030318DTTP.p
df

i.

KESAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR


Mengikut analisa yang dijalankan oleh Charlie Anak Ungang seramai 60% responden
bersetuju dan 40% amat bersetuju bahawa penggunaan ABM menambah minat pelajar
untuk terus mengikuti pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihan. Terdapat dua
faktor yang membantu keberkesanan penggunaan ABM di dalam kelas iaitu faktor dari
guru dan faktor murid sendiri.
Faktor guru
Apa yang telah diketahui umum, kejayaan sesuatu perkara yang berlaku adalah
bergantung kepada faktor wujud secara langsung atau tidak langsung. Begitu juga

ii.

a.

b.

c.

d.

dengan kejayaan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar di dalam


kelas yang diikutinya. Pelajar akan dianggap berjaya apabila seseorang pelajar dapat
memahami apa isi kandungan yang diajar oleh gurunya semasa di dalam atau diluar
kelas. Maka peranan penggunaan ABM oleh guru di dalam pengajaran amat penting
dalam keberkesanannya terhadap pelajarnya.
Faktor Murid
Guru tanpa pelajar dan pelajar tanpa guru adalah situasi yang tidak mungkin wujud
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua watak adalah perlu wujud di
dalam waktu yang sama supaya proses pengajaran dan pembelajaran akan wujud.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Gould-Marks di dalam buku Zarul Akhmar (1993)
membuktikan apabila alat komunikasi digunakan dengan bijak peratus pemahaman
adalah sebanyak 30 peratus dan ingatan 40 peratus. Kesimpulannya pelajar harus bijak
menggunakan alat komunikasi mereka seperti pancaindera sebaik mungkin supaya
mereka dapat menguasai pelajaran mereka.
http://eprints.utm.my/11426/1Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu Mengajar
MASALAH PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR.
Kajian yang dijalankan mendapati bahawa 60% daripada responden mengatakan
bahawa kelengkapan ABM di sekolah tidak lengkap. Keadaan ini menurut Koh Boh
Boon (1987) menjadi tekanan kepada guru pemulihan yang akan membawa kesan
yang negetif kepada pelaksanaan program pemulihan di sekolah. Penggunaan secara
berkesan dan berterusan sememangnya mendatangkan faedah kepada guru dan murid
pemulihan. Menurut Mok Soon Sang (1995) seseorang guru yang proaktif ialah guru
yang sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi pelajarnya mempelajari sesuatu
kemahiran bacaan dengan berkesan serta menitik beratkan penggunaan bahan bantu
mengajar sebagai landasan utama bagi mencapai hasrat itu.
Sesuatu ABM yang hendak dibina mestilah mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk
diketengahkan kepada murid-murid mereka iaitu:Ketahanan
Alat dan bahan yang dibina dan dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar supaya alat
atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang atau pun boleh
digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.
Kos
Bahan yang dibina atau dibeli sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah. Walau
bagaimana pun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan pengajaran bukan terletak
pada mahal atau murahnya bahan yang digunakan, malahan penggunaan akan lebih
bererti jika bahan-bahan tersebut dibina oleh pelajar sendiri.
Ketepatan maklumat.
Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamakan maklumat yang tepat
kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio dan sebagainya.
Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz.
Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan sebagainya.
Mudah alih
Guru juga harus memastikan sama ada alat yang dipilih itu digunakan di dalam bilik lain
atau tidak, atau pun alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan

yang lain. Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan bagi
keseluruhan pelajaran atau bahagian tertentu sahaja.
e. Jangka masa
Guru juga perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atau aktiviti itu akan dijalankan
supaya alat atau bahan boleh digunakan semaksimun yang mungkin. Bagi waktu
pengajaran yang pendek, alat atau bahan yang mudah dikendalikan perlu digunakan
supaya tidak berlaku pembaziran masa.
f.

Strategi pengajaran dan pembelajaran.


Untuk strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa guru harus menyesuaikan alat
atau bahan yang dipilih dengan objektif, taraf pengurusan bahasa pelajar,pengetahuan
dan pengalaman, minat pelajar dan situasi bahasa yang dirancang.
http://qaryfikir.wordpress.com/2008/09/11/kaedah-penyesuaian-bahan-bantu-mengajarbuku-teks/
Analisa pencapaian atau prestasi asas bacaan pada awal dan akhir semester
pelajar berbantukan alat bantu mengajar.
Hasil dapatan yang dijalankan oleh charlie Anak Ungang, menunjukan peningkatan
yang amat ketara bagi murid-murid pemulihan menguasai asas bacaan. Daripada 15
responden yang dijalankan di 5 buah sekolah kesemua murid-murid tersebut
menunjukkan peratus peningkatan yang tinggi. Paling ketara adalah peningkatan
sebanyak 35% dan paling sedikit sebanyak 7.7%. Mike dari SK St Alban telah
menunjukkan satu peningkatan yang paling ketara setelah mengikuti pembelajaran
yang sistematik dan berbantukan alat bantu mengajar.
Dilihat dari rekod pengesanan pencapaian bacaan pemulihan pada awal dan akhir
semester, menunjukan prestasi yang amat jauh berbeza berbanding penggunaan alat
bantu mengajar. Peratus purata min yang ditunjukkan pada awal semester ialah 59%
berbanding pada akhir semester meningkat kepada 80%, iaitu peningkatan sebanyak
21%. Ini jelas membuktikan bahawa penggunaan alat bantu mengajar telah berjaya
mempertingkatkan prestasi penguasaan asas bacaan dalam kalangan pelajar
pemulihan. Ini jelas bertepatan dengan Abdul Rahman Abdul Rashid (1995) bahawa
penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran
asas bacaan dalam kelas pemulihan adalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan
kejayaan pembelajaran, lebih-lebih lagi untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia.
KESIMPULAN
Alat bantu mengajar adalah elemen yang sangat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kita selalu beranggapan penggunaan perkataan di dalam kelas sudah
memadai untuk menyampaikan masej dalam sesuatu pengajaran. Dengan
menggunakan alat bantu mengajar segala bentuk simbol dan komunikasi verbal yang
abstrak dapat diperjelaskan. Ini memudahkan para pelajar memahami isi kandungan
sesuatu pengajaran. Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi juga
dapat mengatasi sikaf pasif dikalangan para pelajar kerana ia akan menimbulkan minat
pelajar untuk belajar, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti

suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih mengembirakan dan


menyeronokkan.
Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran, ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat
unit yang ada pada setiap pelajar dan ditambah pula persekitaran yang berbeza, ini
akan membuatkan guru mengalami sedikit kesulitan dalam mengatasi perkata tersebut.
Keadaan ini dapat diatasi dengan penggunaan alat bantu mengajar kerana
kemampuannya dalam memberikan pengalaman dan persepsi yang sama serta tepat
tentang sesuatu konsep atau prinsip kepada semua pelajar. Selain itu pencapaian
pelajar akan menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat bantu mengajar. Ini
kerana murid dapat memahami dan menguasai tentang sesuatu konsep dan secara
tidak langsung dapat membaiki keputusan penilaian di dalam kelas. Guru juga dapat
memenuhi pencapaian objektif pembelajaran yang diharapkan dalam sesuatu isi
kandungan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.

Dicatat oleh ainul Shahman di 9:12 PG


E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan TerbaruCatatan LamaLaman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
2013 (9)
2012 (17)
Disember (8)
November (2)
Oktober (6)
STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KELAS PEMULIHAN
Cara menyelesaikan masalah pengamatan penglihatan
PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DALAM KELAS PEMULIH...
MASALAH TINGKAH LAKU
DOA IFTITAH
Jun (1)
Followers

co

m
el
Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan
HBEF2503norhazurahasshim@oumsp.2
013
38
15. Rajah 6 menunjukkan pergerakan Bulan
mengelilingi Bumi.
Rajah 6
Antara yang berikut, yang manakah
menunjukkan fasa Bulan pada hari ke-15
mengikuttakwim Qamari?
P C. RB. Q D. S16. Maklumat yang berikut
adalah tentang satu fasa Bulan.Antara yang
berikut, yang manakah berkaiatan dengan
maklumat di atas?
Bulan Purnama C. Bulan SabitB. Anak Bul
D. Bulan Separa
Tidak kelihatan dari Bumi
Boleh dilihat pada hari
pertama mengikuttakwim Qamari

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503norhazurahasshim@oumsp.2
013
39
17. Rajah 7 menunjukkan fassa-fasa Bulan.
Rajah 7
Apakah yang diwakili oleh T dan U?
A.B.C.D.18. Berikut menunjukkan fasa-fasa
Bulan.Antara yang berikut, yang manakah
menunjukkan urutan fasa Bulan yang betul?
P, Q, S, R C. Q, S, R, PB. S, P, R, Q D. S,
Q, P
U
Anak bulan Bulan purnamaBulan separa Anak
bulanBulan sabit Bulan SeparaBulan purnama
Bulan sabit
P - Bulan sabitQ
Bulan purnamaR
Bulan separaS
Anak bulan

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503norhazurahasshim@oumsp.2
013
40
19. Mengapakah yang kelihatan menukar
bentuk setiap malam?A. Ia dilindungi oleh
awanB. Semasa ia bergerak, cahaya Matahari
melindungi sebahagian daripada BulanC. Ia
dilindungi oleh BumiD. Semasa ia bergerak, ia
hilang tenaganya20. Rajah 8 kedudukan Bulan
mengelilingi Bumi.
Rajah 8
Berdasarkan rajah 8, fasa Bulan yang
manakah akan dapat dilihat?
Kertas Soalan Tamat(*Catatan- Ujian Pos
sama seperti Ujian Pra, tetapi berbeza dari
segi nombor soalan.)

Job Board

About

Press

Blog

Stories

Terms

Privacy

Copyright

We're Hiring!

Help Center
Academia 2015

Menuntut Ilmu adalah wajib


Mengenai Saya

Lihat profil lengkap saya


Daily Calendar
Digital clock
Bersantai Dengan In-Team
follower. Templat Travel. Imej templat oleh Josh Peterson. Dikuasakan oleh Blogger.

Anda mungkin juga menyukai