Anda di halaman 1dari 12

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung

aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan


individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif
dan berdisiplin.
(Falsafah Pendidikan Guru)
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) merupakan penyuluh yang memberi pedoman dan arah tuju
kepada segala usaha pendidikan. Matlamat yang terkandung dalam falsafah ini dapat
membangunkan modal insan. Maka adalah penting bagi setiap guru untuk meneliti dan
mentafsir kandungannya serta memahami secara mendalam hasrat dan cita-cita yang
terkandung di dalamnya. Kandungan, hasrat dan cita-cita yang dinyatakan dalam Falsafah
Pendidikan Guru (FPG) akan memberikan memberikan implikasi kepada keseluruhan
perjalanan sistem pendidikan.
Kerjaya guru adalah salah satu profesion yang dipandang mulia oleh masyarakat.
Kerjaya membawa erti ikhtisas atau pekerjaan yang membawa peluang untuk meningkatkan
kemajuan. Oleh itu, kerjaya guru boleh diertikan sebagai profesion guru yang mempunyai
ikhtisas pendidikan dalam membangunkan modal insan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh
Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang diterima daripada Ibnu Umar, katanya Nabi Muhammad
menyatakan Apabila mati anak Adam itu, maka tiada lagi yang berguna padanya, kecuali tiga
perkara iaitu doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya, sedekah dan ilmu yang
bermanfaat. (Tuan Mohd Fadlan Tuan Jaafar, 2006:4). Berdasarkan hadis ini nilai dan
kemuliaan seseorang insan yang bergelar guru amatlah tinggi dalam Islam. Peranan guru
dalam profesion keguruan cukup besar. Guru dianggap sebagai agen perubahan dalam
sesebuah masyarakat. Selain itu guru juga dianggap sebagai arkitek manusia kerana
membentuk dan membimbing seluruh lapisan masyarakat supaya mendapat peluang
mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara
menyeluruh dan seimbang di sekolah mahupun di luar sekolah.
Dalam proses transformasi kurikulum, peranan dan cabaran golongan pendidik pada
masa mutakhir ini semakin diasak dengan pelbagai isu yang diberikan penekanan dan
perhatian wajar. Antaranya ialah gejala kes pelanggaran disiplin seperti ponteng sekolah,
kejadian buli khususnya di asrama, biadab terhadap guru, perbuatan vandalisme yang
menjijikkan mata memandang, memeras ugut pelajar junior, bergaduh dalam kawasan sekolah
dan terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah. Semua isu ini perlu ditangani secara

berkesan oleh sekolah kerana jika dibiarkan berterusan akan menjadi wabak yang membarah
dalam kalangan anak muda kita. Dengan demikian, peranan dan tanggungjawab semua guru
mesti menjurus kepada pembentukan akhlak pelajar yang murni dan bukan setakat menjadi
penyampai ilmu pengetahuan saja. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah
mengatakan:
Guru bukan saja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid,
tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup yang
dipegang dan budaya yang diterima olehnya.
(Petikan ucapan beliau pada Sambutan Hari Guru peringkat
Kebangsaan di Ipoh pada 16 Mei 2000)
Jadi, di sini jelas menunjukkan kepada kita memang menjadi tanggungjawab teras
seseorang guru itu membentuk jati diri dan akhlak anak muridnya dengan keluhuran budi
pekerti yang tinggi dan mempunyai akhlak yang mulia. Sebenarnya, teras utama dalam aspek
pendidikan adalah untuk membimbing dan memberi pendidikan akhlak murni. Jadi, dalam apa
jua mata pelajaran yang diajar oleh seseorang guru, penerapan nilai murni itu tidak boleh
diabaikan. Ini yang dikatakan nilai merentas kurikulum.
Peranan guru berubah mengikut peredaran masa dan zaman yang diiringi dengan
perubahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah iaitu sistem latihan perguruan
dahulu telah dianggap kurang sesuai dan berguna lagi untuk mencapai matlamat pendidikan
yang kompleks. Para guru pada masa kini hendaklah menghadapi cabaran dan tuntutan
daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah supaya
memainkan peranannya dengan lebih berkesan. Guru hendaklah sentiasa berusaha
melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari
semasa ke semasa. Justeru itu, ini akan menghasilkan rakyat Malaysia yang progresif, mahir
serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta
sempurna demi memberi sumbangan kepada kemajuan dan pembangunan.
Setiap guru harus bijak bertindak sebagai penyebar ilmu. Menurut Ragbir Kaur
(2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran
daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat
amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan
mempunyai sikap membantu serta menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-

muridnya. Penekanan di sini ialah menegenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap
konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu
kepada para murid bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu.
Guru berperanan sebagai pembentuk akhlak. Tugas utama guru adalah mendidik
murid menjadi insan yang berguna kepada ibu bapa, masyarakat dan negara. Guru pada masa
lampau dalam suasana pembelajaran yang serba kekurangan dan tidak kondusif masih
berupaya memikul tangunggjawab dengan penuh komited terhadap kewajipan mendidik
sehingga melahirkan generasi masa kini yang cemerlang, hatta pemimpin dan peneraju
pemerintahan negara. Oleh demikian, tiada alasan bagi guru di zaman modenisasi kini untuk
tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab malahan tidak lagi sering
memberi alasan apabila diarahkan bertugas ke kawasan terpencil dan pedalaman.
Guru

merupakan

tenaga

ikhtisas

di

dalam

bidang

perguruan

yang

dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, guru yang


mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan
peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya
ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peranan ini penting bagi
membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr.Ragbir Kaur,
2007).
Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan kemahiran konstruktif.
Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan muridmurid yang dapat belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi
era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada
pandangan jauh dan luar biasa.
Perkembangan dan kemajuan dalam pendidikan tanah air mendesak guru menguasai
pelbagai

kemahiran

generik

seperti

kemahiran

berfkir,

kemahiran

mengguna

dan

mengintegrasikan Teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan


pembelajaran, kemahiran belajar dan kebolehan menguasai bahasa kedua dengan baik.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran sentiasa menganjurkan pelbagai kursus jangka
pendek dan jangka panjang untuk guru. Oleh itu, guru dapat mengaplikasikan kemahiran ini
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Seseorang guru juga hendaklah menjadikan prinsip belajar sepanjang hayat


sebagai pegangan hidup. Ilmu yang dipelajari di institut pendidikan guru ataupun universiti
tidak semestinya cukup bagi diamalkan di dalam kelas. Guru perlu menyedari, ilmu yang
dipelajari semalam tidak semestinya relevan pada hari ini, apa yang dipelajari pada hari ini,
tidak semestinya relevan pada masa akan datang. Oleh itu belajar adalah proses yang
berterusan sepanjang hayat. Tambahan pula, zaman globalisasi yang semakin mencabar
memerlukan guru supaya lebih peka kepada ilmu yang terkini. Guru perlu berpegang pada
konsep sesuatu ilmu itu akan sentiasa bertambah sekiranya dicari. Guru tidak hanya
berbangga dengan segulung ijazah yang diperoleh, tetapi mereka perlu bersedia menambah
segala kepakaran dan pengalaman dalam semua bidang. Ilmu yang diperoleh semasa
menuntut di universiti adalah sedikit dan perlu terus berusaha melengkapkan diri bagi
mencurahkan ilmu itu kepada anak didik. Tanggungjawab guru pada masa kini semakin berat
dan harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk generasi yang akan
menjadi dewasa nanti. Perubahan sistem pendidikan dalam dekad 1980-an dengan pegenalan
program KBSR dan KBSM dan yang terkini KSSR memerlukan guru pula mentransformasikan
diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
dan kemahiranbmengajar yang canggih, demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya
dalam bidang kerja yang kian mencabar. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang menyatakan pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan.
Guru juga berperanan sebagai agen sosialisasi. Sekolah berfungsi sebagai sebuah
institusi yang memberi pendidikan dan latihan yang berperanan memberi peluang kepada
manusia, khasnya generasi muda, untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat
dan kehidupan harian. Proses sosialisasi berlaku apabila berlaku interaksi antara murid dengan
murid di sekolah. Proses interaksi ini boleh berlaku ketika P & P dan juga ketika kokurikulum.
Ketika P&P, murid akan digalakkan untuk membincangkan tajuk yang diajar bersama rakanrakannya dan membuat refleksi dan rumusan daripada apa yang difahami dan dipelajarinya.
Daripada perbincangan kumpulan tersebut, proses sosialisasi akan terbentuk dan murid akan
berkomunikasi antara satu sama lain. Selain itu, proses sosialisasi juga boleh berlaku apabila
aktiviti kokurikulum dijalankan. Aktiviti kokurikulum adalah amat penting dijalankan di sekolah.
Ini kerana melalui aktiviti ini, murid dapat meluaskan persahabatannya bersama murid lain
berasaskan minat dan bakat yang sama. Selain daripada itu, pelajar juga dapat mempraktikkan
konsep kepimpinan yang dipelajarinya dalam bilik darjah. Justeru itu, melalui kepimpinan
persatuan, murid akan bersosialisasi dengan khalayak yang dipimpinnya.

Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir
Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan
mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama,
terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi,
profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik
dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku
guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di
sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003)
guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung,
guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalanamalannya di dalam bilik darjah. Oleh itu, para guru hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku
dan akhlak kerana guru menjadi role model kepada murid-murid dan masyarakat. Seseorang
guru hendaklah seimbang dan harmonis iaitu sentiasa riang gembira dan mempunyai sahabat
yang suka bergaul dengannya. Sifat ramah mesra merupakan satu kualiti yang perlu ada untuk
mendapat kerjasama orang lain. Sifat ini mendorong murid-murid suka berdamping rapat
dengan guru itu. Perkara ini akan mempengaruhi suasana sekolah dan dapat menarik minat
para pelajar untuk mendekati sekolah. Dalam masa yang sama, maka terlahirlah rakyat yang
berilmu pengetahuan,

berketerampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab,

berupaya

mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran


negara.
Setiap manusia diberi kelebihan dan keistimewaan berbeza-beza. Bagi seorang guru, bukan
kelemahan seseorang murid itu dicari, tetapi keistimewaan itu dicari dan digilap agar menjadi
manusia yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan untuk mesyarakat dan negara.
Oleh itu, seorang guru itu harus bijak mencungkil bakat serta kebolehan murid-muridnya agar
tidak disia-siakan begitu sahaja bakat yang mereka peroleh.
Guru ialah pihak yang bertanggungjawab memupuk potensi murid dengan didikan
dan bimbingan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memastikan
kurikulum di sekolah mampu memanfaatkan potensi sedia ada yang ada di dalam diri murid
dengan menekankan pendidikan yang berasaskan nilai murni. Contohnya melalui pelajaran
Pendidikan Moral, Pendidikan Islam serta nilai merentas kurikulum. Setiap guru yang
bertanggungjawab mengendalikan mata pelajaran tersebut merupakan pihak yang boleh
mengenal pasti bakat murid dan menggilap potensi mereka supaya potensi tersebut dapat
menjadi modal insan yang mampu menyumbang kejayaan kepada diri dan negaranya.

Guru boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Dengan itu, untuk memenuhi ciri
pengusaha yang dinamik, guru perlu mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya berfikir
secara inovatif dan kreatif. Oleh itu, peranan guru seterusnya ialah sebagai pendorong
pemikiran kritis dan kreatif anak muridnya. Tanggungjawab guru mendorong pemikiran kritis dan
kreatif adalah usaha ke arah pembinaan modal insan yang mampu membangunkan negara
menerusi pemikiran mereka. Apabila seorang guru itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan
kreatif, secara tidak langsung dapat memperkasakan lagi gaya pemikiran anak muridnya
supaya dapat menjana idea-idea yang bernas dan kreatif agar dapat melahirkan murid yang
kompeten dalam pelbgai bidang dan berdaya kreatif serta berkebolehan.
Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 usaha membangunkan
modal insan, tumpuan diberikan dalam melahirkan murid yang kompeten dalam sains dan
berdaya kreatif serta berkebolehan pasaran. Hal ini bererti setiap guru bertanggungjawab
dalam mendorong pemikiran murid yang kritis dan kreatif menerusi pengajaran guru.
Apabila seorang guru itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara tidak langsung
dapat memperkasakan lagi gaya pemikiran anak muridnya supaya dapat menjana idea-idea
baru yang bernas dan kreatif agar dapat melahirkan murid yang kompeten dalam pelbagai
bidang dan berdaya kreatif serta berkebolehan.
Guru bertanggunjawab meransang pemikiran murid agar mampu berfikir pada tahap
yang tinggi dengan memilih strategi pengajaran yang berkesan. Antara tindakan guru yang
boleh merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid adalah pemilihan teknik pembelajaran yang
memberi ruang kepada murid untuk meneliti, mengamati dan berfikir serta pembelajaran di luar
bilik darjah meluaskan pengalaman dan pengamatan murid terhadap persekitaran. Bukan itu
sahaja, keadah pembelajaran yang boleh dikendalikan oleh guru adalah penyediaan sumber
pengajaran dan pembelajaran yang mengajak murid-murid berfikir dan menyelesaikan masalah
di samping membaca pelbagai bahan ialah ransangan kemahiran berfikir kepada guru dan
murid.
Seterusnya, guru juga berperanan sebagai seorang pendidik kemahiran asas. Maksud
pendidik kemahiran asas disini tentulah guru menjadi orang yang bertanggungjawab dalam
mengajar kemahiran asas yang utama iaitu kemahiran bertutur. Ini kerana keupayaan bertutur
merupakan salah satu keutamaaan kepentingan bagi seseorang manusia memandangkan
kebolehannya bertutur membolehkannya menyampaikan ilmu yang diperolehinya kepada orang
lain.

Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran
mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan, guru
perlu memastikan bahawa muridnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang
mungkin dihadapi dalam hidupnya. Peranan seorang guru sebagai pembimbing dan
kaunselor sangat besar dan sangat penting dalam memastikan kelahiran manusia-manusia
yang berilmu, yang boleh berfikir untuk membawa perubahan keidupan manusia ke arah yang
lebih selesa dan sempurna.
Di samping itu, guru harus bertugas sebagai jurulatih yang dapat mencungkil bakat
dan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu. Guru itu perlu menggilap potensi
murid-murid agar potensi mereka dapat digilap secara bersepadu yang meliputi aspek, jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial. Setiap murid di sekolah mempunyai keistimewaan tersendiri.
Guru merupakan insan yang terbaik dalam mengenalpasti dan mengembangkan bakat dan
potensi murid-muridnya. Hal ini kerana, sesetengah murid yang berbakat tidak dapat
menonjolkan bakatnya kerana tidak mempunyai peluang dan tidak mengetahui cara yang betul
untuk mengembangkan bakat mereka. Sekiranya guru di sekolah peka terhadap bakat dan
potensi yang ada dikalangan murid, bakat mereka boleh diketengahkan dan dilatih ke tahap
yang terbaik supaya dapat memberi sumbangan kepada pihak sekolah dan ke peringkat yang
lebih tinggi. Sebagai contoh, sekiranya seseorang murid itu mempunyai potensi dalam acara
sukan, guru boleh melatih, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada beliau supaya bakat
beliau dapat diasah dan menjadi atlet yang terbaik. Secara tidak langsung, faktor jasmani murid
tersebut dapat diperkembangkan dan mencapai salah satu matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Guru juga bertindak sebagai pembimbing anak murid secara seimbang dari segi intelek,
rohani, jasmani dan emosi. Pada awal persekolahan, murid tidak faham apa yang perlu
dipelajari oleh mereka dan mereka hanya akan tahu setelah mereka diajar, selepas itu mereka
akan belajar apa yang diajarkan kepada mereka. Guru sebagai seorang pembimbing perlu
menguasai kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling untuk membimbing murid-murid dalam
proses pembinaan modal insan. Guru juga adalah pekerja yang mematuhi segala etika
profesion ke arah membimbing anak muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub
dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG).
Di samping itu, guru juga berperanan sebagai penasihat kepada ibu bapa. Guru
haruslah menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa supaya perkembangan murid di
sekolah dan di rumah dapat diikuti. Sehubungan itu, guru haruslah mengetahui latar belakang

keluarga muridnya. Guru juga bertanggungjawab dalam menyimpan semua maklumat yang
diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka dan
tidak membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
Hal ini kerana guru merupakan insan yang paling dipercayai oleh ibu bapa dalam menjaga dan
mendidik anak mereka di luar jagaan mereka di sekolah dengan cara yang terbaik dan
berkesan. Sekiranya ibu bapa mempunyai masalah berkaitan dengan anak mereka, guru
merupakan insan yang terbaik untuk mereka meluahkan perasan dan masalah serta meminta
nasihat dan dorongan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian,
peranan guru ketika ini amatlah penting dalam memberi nasihat, dorongan dan bimbingan
kepada ibu bapa supaya mereka dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan anak
mereka dan membantu anak mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta
pengembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial anak mereka.
Seterusnya,

sebagai

seorang

pendidik,

guru

juga

merupakan

seorang

penyelidikan. Penyelidikan Tindakan merupakan salah satu amalan profesionalisme yang


efektif. Ini merupakan salah satu lagi strategi guru yang mampu meningkatkan profesionalisme
diri dengan menjalankan penyelidikan tentang semua aspek yang berkaitan dengan
pengajaran. Penyelidikan juga akan menyediakan cara untuk membolehkan proses tersebut
berlaku. Untuk meningkatkan profesionalisme diri, guru wajar menjadikan profesion keguruan
sebagai a research-based profesion iaitu profesion yang berasaskan kajian dan amalan
pengajaran perlu berasaskan kajian saintifik melalui budaya penyelidikan dan bukan sekadar
berdasrkan pendapat.
Berdasarkan peranan guru yang telah dinyatakan, ianya jelas berkait rapat dalam
merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Guru. Melalui Falsafah Pendidikan Guru juga
secara tidak langsung telah memberi satu garis panduan kepada para pendidik dalam
menjalankan

tugasnya

untuk

melahirkan

anak

didik

yang

berdaya

saing,

berilmu,

berkepimpinan dan berketrampilan dalam mengharungi cabaran yang mendatang.


Perkembangan profesional ialah perkembangan profesionalisme sepanjang karier
seseorang. Ia melibatkan kedua-dua aspek iaitu aspek deskriptif dan preskriptif. Bagi aspek
deskriptif, perkembangan profesional merujuk kepada cara bagaimana evolusi seorang guru
mengambil tempat atau berperanan sepanjang kariernya. Sebaliknya, aspek preskriptif
menghubungkan faktor latihan dalam mencorak sikap profesionalisme sebagaimana yang kita
inginkan (Kelchtermans, 1993). Day (1999) menakrifkan profesionalisme diri sebagai hasil dari
suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Proses

ini melibatkan penyemakan semula, pembaharuan dan peningkatan dalam komitmen mereka
sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran. Pembangunan profesional juga dilihat
sebagai suatu proses yang intensif, berterusan dan sistematik untuk meningkatkan pengajaran,
pembelajaran dan persekitaran sekolah (Ferst & Berliner, 1985). Pembangunan profesional juga
boleh dilihat sebagai suatu proses kesedaran dalaman yang membawa kepada pemikiran yang
kritis dan usaha untuk menyelesaikan masalah (Boon P.Y, 2002).
Perkembangan profesional juga merupakan suatu proses yang berterusan berserta
latihan yang membina yang membolehkan guru menyelesaikan pelbagai masalah dalam
pemdidikan. Ia juga membolehkan guru mendidik pelajar sehingga pelajar mampu berdepan
denagn cabaran hidup di luar sekolah dan juga memikul tanggungjawab di zaman kerjanya
nanti pada tahap yang membanggakan (AFT, 2000). Perkembangan profesional guru juga boleh
dinyatakan sebagai pembangunan guru dalam profesionnya yang bertujuan meningkatkan
pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka sebagai ahli akademik bagi mencapai
kecemerlangan untuk memenuhi sepenuhnya keperluan mereka dan masyarakat (Ramaiah,
1992). Mogana (1996) menyatakan keberkesanan pembangunan profesional guru dapat dilihat
dalam proses membaiki pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan profesional boleh dilihat sebagai perkembangan dalam

aspek

penyuburan diri guru dalam pekerjaan mereka, mengukuhkan keyakinan, memupuk kemahiran,
mengemaskini pengetahuan secara berterusan, mendalami dan memahami dengan meluas
apa yang mereka ajar dan menambah kesedaran tentang sebab mereka perlu berbuat sesuatu
di dalam bilik darjah (Perry, 1980). Menurut Kathryn et al. (2008), pembangunan profesional
ialah suatu proses yang intensif, berterusan dan bersistematik yang bertujuan untuk
meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan suasana sekolah. Tambahan lagi, beliau
berpendapat bahawa melalui proses ini juga, guru akan diberi peluang untuk meningkatkan ilmu
dan skil dalam kandungan dan pengajaran mereka. Dengan peningkatan ini diharap dapat
meningkatkan pembelajaran matematik dan sains di semua sekolah di seluruh dunia.
Di antara strategi khusus yang membolehkan perkembangan profesionalisma seorang
guru dalam membangunkan modal insan mereka termasuklah aktiviti pementoran, melibatkan
diri dalam latihan dalam perkhidmatan, kursus dan seminar, amalan refleksi, amalan
penyelidikan tindakan, latihan profesional berterusan, perkembangan profesional online dan
penglibatan dalam aktiviti Pusat Kegiatan Guru.

Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisma di kalangan guru ialah sistem
pementoran di sekolah. Sistem pementoran adalah suatu sistem dimana seorang guru yang
lebih berpengalaman bertindak sebagai role model, penasihat dan pembimbing kepada guru
lain yang kurang berpengalaman untuk memindahkan perkembangan profesional dan
peribadinya. Ini dilaksanakan secara bersahaja dalam suasana kasih sayang di sepanjang
waktu (Anderson & Shannon, 1995). Proses pementoran melibatkan pengajaran, bimbingan,
memberi galakan, kaunseling dan membina persahabatan dengan guru yang lebih
berpengalaman. Guru juga sepatutnya bertanggungjawab bukan sahaja dalam peningkatan
profesional guru dibawahnya, malah sepatutnya peningkatan keseluruhan perkembangan guru
tersebut. Pada kebiasaannya, seorang guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang
mentor untuk membimbingnya.
Konsep belajar seumur hidup memberi peluang kepada guru membaca, menulis dan
membuat penyelidikan tindakan. Ini dapat memahirkan guru, seterusnya dapat meningkatkan
profesionalisme guru tersebut. Hanya dengan ilmu pengetahuan dapat menjadikan manusia
bertaqwa dan mengagumi Tuhannya (Tajul Ariffin & Noraini, 2002). Dengan ilmu jugalah
manusia mampu memikul tanggungjawab mengurus dan mentadbir alam ini. Dunia sekarang
semakin maju dan teknologinya juga cepat berkembang. Kemajuan dalam bidang internet
memungkinkan guru di Malaysia dapat berhubungan dan bertukar maklumat. Bukan itu sahaja,
kini dengan konsep dunia tanpa sempadan, membolehkan ilmu dan pengalaman dapat sampai
ke negara kita dengan cepat. Menurut Mohd Amin (2002), guru-guru bahasa Inggeris sangat
bagus dengan dengan penggunaan internet sebagai contohnya ialah VirTEC (Virtual Teacher
Education Center) telah berjaya merangsang guru dalam membina profesionalisme mereka.
Mengadakan program perkembangan staf merupakan salah satu strategic untuk
memajukan diri

dan

profesionalisme guru.

Diantara peranan

yang dimainkan

oleh

perkembangan guru termasuklah memberi sumbangan kepada peningkatan ilmu, ketrampilan


dan kepakaran guru, membina semangat berpasukan dan meningkatkan kualiti pembelajaran
dan pengajaran di sekolah. Menurut Sani et al. (2008), adalah mustahil untuk meningkatkan
keberkesanan sekolah atau menggerakkan profesionalisme guru tanpa program perkembangan
guru. Malah, banyak kajian tentang perkembangan guru telah membuktikan bahawa
penglibatan melalui aktiviti kerjasama dalam pasukan akan mencetuskan pemikiran dan
memberikan perspektif baru yang penting kepada perkembangan profesional staf (Little, 1982).

Bagi sesebuah negara, untuk mendapatkan pendidikan sesuatu subjek yang lebih baik
mestilah dengan mendapatkan guru yang lebih baik. Pihak kerajaan seharusnya menyusun
satu program yang canggih dan tersusun untuk melatih guru-guru secara berterusan seperti
Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM) dan lain-lain kursus. Sepanjang latihan, guru akan
didedahkan dengan kemahiran dalam subjek, mengembangkan kemahiran-kemahiran,
memperkaya diri dengan pengetahuan dan trend-trend pengajaran dan pembelajaran. Setelah
menghadiri kursus, guru yang pulang ke sekolah masing-masing sepatutnya menjalankan
latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar guru-guru lain juga dapat pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang tertentu seperti pembelajaran bestari, pengajaran matematik dan sains
dalam Bahasa Inggeris, teknologi maklumat dan komunikasi atau bimbingan dan kaunseling.
Aktiviti-aktiviti dalam Lesson Study melibatkan pelajar, guru dan pensyarah dalam
pembelajaran dan pengajaran matematik, skil kehidupan, aktiviti hands on dan pembinaan
silibus. Objektif sebenarnya adalah untuk meningkatkan pendidik matematik dengan kegiatan
pengajaran matematik yang betul (Hera, 2003). Di Jepun, Lesson Study dibuat dengan guru
membina pelan pengajaran dan membina soalan-soalan dari perspektif pelajar matematik.
Dengan menganalisa soalan matematik tersebut, guru dikatakan boleh membina soalan
matematik yang lebih bagus. Ia ternyata dapat meningkatkan profesional guru dari segi
pengajaran dan pelbagai metod pengajaran. Para pensyarah pula dapat mengetahui masalah
yang dihadapi oleh guru dengan lebih jelas. Lebih dari itu, banyak bahan-bahan alat bantu
mengajar telah dihasilkan oleh guru-guru dan pensyarah matematik (Marsigit, 2007). Dengan
bertambahnya pelbagai bahan mengajar, ini akan menjadikan proses pengajaran dan
pendidikan lebih efisien.
Pihak sekolah juga sepatutnya mengaktifkan program Bimbingan Rakan Sekerja. Ia
adalah satu program untuk melatih guru yang dapat membantu guru lain disekolah melalui
pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi melalui sokongan, perbincangan dan
perkongsian amalan pengajaran. Ia juga boleh dikatakan sebagai satu kaedah peningkatan
profesional yang dapat meningkatkan mutu pengajaran. Ianya satu program dimana guru
berkongsi kemahiran dan menyumbang kepada sokongan dan bantuan untuk belajar skil-skil
pengajaran yang baru dan menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran (Dalton, 1991). Ia juga
dilihat sebagai satu strategi yang sangat baik untuk meningkatkan profesional seorang guru
kerana melalui strategi ini guru dapat mengemaskini latihan pengajarannya dan meningkatkan
pencapaian pelajar (Joyce et al., 1996). Diantara peranan program ini ialah ia dapat
merangsang perkembangan peribadi dan profesionalisme, berkongsi strategi yang berkesan

dalam proses pengajaran, memberi peluang untuk membina dan mengguna skil bimbingan dan
akhirnya membantu dalam melibatkan diri dalam isu peribadi atau profesional.
Strategi-strategi lain yang boleh digunakan juga dalam meningkatkan profesionalisme
guru ialah dengan menetapkan laluan kerjaya untuk guru-guru dan mengenalpasti guru yang
boleh dilantik sebagai guru cemerlang dan memastikan guru lebih komited kepada matlamat
dan nilai organisasi masing-masing.
Secara kesimpulannya, guru merupakan permata yang bernilai kepada bangsa,
masyarakat dan negara. Oleh itu, guru memikul tanggungjawab yang sangat penting dalam
pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Maka, warga guru wajar dan wajib
memanfaatkan kepakaran dan ilmu masing-masing untuk membina modal insan dalam pelbagai
disiplin dan dimensi demi memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di negara kita
selama ini. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan

mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran


masyarakat dan negara.