Anda di halaman 1dari 2

JENIS MEDIA PENGAJARAN : MEDIA CETAK

S
u
r
a
k
h
a
b
a
r

P
o
R
s
i
t
s
et
a
r
l
a
h

M
e
d
M
aa
jc
ae
lt
aa
hk

B
u
k
u
t
e
k
s

M
o
d
u
l

PERANAN MEDIA CETAK DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN P&P


DALAM BILIK DARJAH
Media cetak dapat membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan memperjelaskan penyampaian mesej.
Penyampaian mesej lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau
simbol yang lebih konkrit maknanya. Dalam era teknologi yang serba canggih ini
pelbagai media cetak yang menarik dapat dihasilkan. Contohnya penggunaan grafik
dalam buku teks dapat meminimumkan penggunaan perkataan dan meningkatkan
kefahaman pelajar terhadap konsep yang hendak disampaikan.
Selain itu, media cetak juga dapat membantu guru mengatasi batasan ruang
dan waktu. Sebagai contoh objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan
dengan gambar yang lebih jelas. Gmabar dapat mengatasi batasan ruang dan waktu
dengan memaparkan sesuatu objek sebenar dalam bentuk visual. Contohnya guru
hendak memperkenalkan tentang haiwan liar dalam pengajarannya, media cetak
yang sesuai digunakan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah ialah kad gambar. Dengan demikian, pelajar dapat
mengenali haiwan liar tersebut walaupun tidak menggunakan objek sebenar.
Seterusnya, penggunaan media cetak dapat membantu guru meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan memberikan pengalaman
dan persepsi yang sama kepada setiap pelajar. Sifat unik yang ada pada setiap
pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbeza membuatkan guru mengalami
kesulitan. Media pengajaran mampu memberikan rangsangan pengalaman dan
persepsi yang sama. Contohnya penggunaan buku teks yang selaras di semua
sekolah di negara ini dapat memberikan pengetahuan dan maklumat yang sama
kepada pelajar tidak kira pelajar yang berada di bandar mahupun pedalaman.

Anda mungkin juga menyukai