Anda di halaman 1dari 12

KESELAMATAN DI KAWASAN SEKOLAH

PROSEDUR KESELAMATAN KAWASAN SEKOLAH


Prosedur keselamatan adalah proses yang digunakan sebagai
panduan seseorang individu atau kumpulan individu dalam mencegah atau
mengelakkan sesuatu kemalangan yang boleh mengundang bahaya dari segi
fizikal, emosi, mental dan sosial berlaku. Di sini akan dibincangkan tatacara
penggunaan am, tatacara penggunaan murid dan tatacara penggunaan guru
bagi empat tempat di kawasan sekolah iaitu stor sukan, kantin, dewan
sekolah dan bilik komputer.
Tatacara penggunaan boleh didefinisikan sebagai satu prosedur
kepada langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh semua warga
sekolah bagi memastikan persekitaran sesebuah tempat memberi keselesaan
dan keselamatan untuk menjalankan sebarang aktiviti tanpa gangguan
daripada sebarang kecelakaan, kemalangan dan kecederaan. Oleh itu, bagi
mewujudkan warga sekolah yang bahagia, sihat mental dan emosi, tatacara
penggunaan tempat perlu dijadikan panduan untuk menjadikan pengurusan
prosedur keselamatan berjalan dengan lancar.

1. STOR SUKAN
Stor sukan merupakan sebuah tempat yang digunakan untuk menyimpan
pelbagai peralatan sukan supaya ianya selamat dan tidak mudah rosak. Ini
bagi mengelakkan pihak sekolah terpaksa membelanjakan ribuan ringgit bagi
menggantikan kerosakan peralatan tersebut. Maka perlu diwujudkan tatacara
penggunaan stor sukan bagi melicinkan pengurusan dan keselamatan murid.

1.1 TATACARA PENGGUNAAN AM


1.1.1

Rekod Keluar Masuk

Perlu mempunyai rekod inventori, rekod keluar dan rekod masuk bagi semua
peralatan

yang

digunakan

agar

mengetahui

bila

dan

siapa

yang

menggunakannya serta mengetahui siapa yang memberi kebenaran tentang

penggunaan peralatan tersebut. Ini bagi mengelakkan kecurian peralatan


berlaku.
1.1.2

Peralatan Disimpan Di Tempat Khas

Alat-alat sukan hendaklah diletakkan di tempat khas yang mudah diambil oleh
Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas. Di samping
itu, tempat-tempat tersebut perlu dilabelkan bagi melicinkan urusan
pengeluaran dan pemulangan kembali peralatan.
1.1.3

Peralatan Berbahaya Perlu Perhatian

Peralatan berbahaya seperti lembing, peluru, tukul besi dan cakera mestilah
disimpan, dijaga dan diawasi penggunaanya. Pengeluaran peralatan ini
adalah terkawal dan perlukan pengawasan daripada guru yang bertugas.
1.1.4
Semua

Kelulusan Piawai Dan Pengikhtirafan


peralatan

pengikhtirafan

sukan

daripada

mesti

mempunyai

undang-undang

kelulusan

persatuan

piawai

sukan.

Ini

dan
bagi

mengelakkan pengeluaran peralatan yang tidak berkualiti.


1.1.5

Dilupuskan Mengikut Prosedur

Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan hendaklah dilupuskan


mengikut prosedur yang ditetapkan. Ini penting bagi mengelakkan kesesakan
peralatan berlaku dalam stor sukan.

1.2

TATACARA PENGGUNAAN MURID

1.2.1

Kebenaran Memasuki Stor Sukan

Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru dalam
pelbagai urusan. Hanya individu tertentu sahaja yang boleh memasuki stor
sukan atas urusan pengeluaran dan pengembalian peralatan tersebut.
1.2.2

Laporan Kerosakan

Murid perlu melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada
peralatan yang digunakan bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku
apabila aktiviti sedang dijalankan.

1.2.3

Pengembalian Peralatan Sukan

Semua peralatan sukan yang telah digunakan haruslah dikembalikan dalam


keadaan yang selamat dan bersih di samping memastikan jumlah yang
dikembalikan adalah sama dengan jumlah peralatan yang telah dikeluarkan.

1.3

TATACARA PENGGUNAAN GURU

1.3.1

Merekodkan Penggunaan Peralatan Sukan

Guru harus menyediakan buku rekod bagi memudahkan kerja merekodkan


semua peralatan sukan yang digunakan.
1.3.2

Tugas Guru Sebagai Pengendali Stor Sukan

Guru bertanggungjawab mengeluarkan dan memeriksa peralatan agar dalam


keadaan yang baik sebelum sesuatu aktiviti atau acara sukan bermula. Di
samping itu, guru juga akan menyimpan dan memastikan peralatan yang
dikembalikan dalam keadaan seperti sedia kala serta bersih.
1.3.3

Mengawasi Penggunaan Peralatan Yang Berbahaya

Guru sentiasa mengawasi dengan rapi penggunaan alatan yang mempunyai


ciri-ciri bahaya. Selain itu, guru bertanggungjawab memastikan peralatan
sukan tersebut dalam keadaan yang terbaik untuk digunakan. Ini bagi
mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan berlaku.
1.3.4

Laporan Kerosakan Dan Kehilangan Peralatan

Guru harus membuat laporan tentang kerosakan dan kehilangan serta


peralatan yang perlu diperbaiki. Laporan ini penting bagi mengetahui status
peralatan sama ada boleh digunakan atau dilupuskan.
1.3.5

Guru Berkelayakan

Pentadbir sekolah memastikan pelantikan guru penasihat yang berkelayakan


dan bertauliah dalam mengendalikan peralatan sukan. Ini bagi memastikan
urusan sukan berjalan dengan lancar dan tidak berlaku kekeliruan dalam
pengendalian tatacara penggunaan stor sukan.

2. KANTIN
Kantin merupakan premis yang penting kepada warga sekolah bagi
mendapatkan keperluan makanan semasa berada di sekolah. Kantin juga
adalah sebuah tempat yang sentiasa menjadi tumpuan murid-murid sewaktu
rehat bagi mendapatkan makanan dan minuman yang diingini untuk
mengalas perut yang lapar. Andai pengurusan prosedur keselamatan di kantin
diabaikan dan tidak diaplikasi dengan penuh disiplin kemungkinan banyak
risiko yang akan berlaku. Oleh itu, tatacara harus disediakan sebagai
panduan penggunaan kantin kepada semua warga sekolah.

2.1

TATACARA PENGGUNAAN AM

2.1.1

Kebenaran Masa Berada Di Kawasan Kantin Sekolah

Murid perlu mematuhi peraturan kantin dan hanya dibenarkan berada di


kantin pada waktu rehat iaitu pada pukul 1000 hingga 1020 sahaja. Namun
bagi staf sekolah, waktu berada di kantin tidak terbatas asalkan tidak
menganggu jadual bertugas masing-masing.
2.1.2

Kebersihan Kantin Sekolah

Semua pengguna mesti mengutamakan kebersihan dengan memastikan


kawasan kantin sekolah dijaga dengan bersih dan bebas dari sampah sarap.
Selain daripada itu, kantin sekolah juga perlu bebas daripada LILATI ( lipas,
lalat dan tikus ).
2.1.3

Keselamatan Di Kantin Sekolah

Murid tidak dibenarkan bermain-main dan berlari-lari di dalam kantin


terutamanya apabila keadaan lantai yang licin terutamanya selepas hujan
turun.
2.1.4

Makanan Terlarang

Pengusaha kantin dilarang menjual sebarang makanan TIDAK HALAL dan


murid bukan Islam juga dilarang membawa dan makan sebarang makanan
TIDAK HALAL di dalam kantin.

2.1.5

Laporan Kemalangan Dan Pergaduhan

Pengawas atau guru yang bertugas hendaklah dimaklumkan apabila terjadi


sebarang kemalangan dan pergaduhan berlaku di dalam kantin.

2.2

TATACARA PENGGUNAAN MURID

2.2.1

Beratur Sewaktu Membeli Makanan

Murid-murid sentiasa beratur, berkelakuan sopan santun dan mengikut

giliran sewaktu hendak membeli makanan.


Dilarang sama sekali berebut-rebut dan bertolakan sesama sendiri
sewaktu membeli makanan, mendapatkan tempat duduk dan balik ke
kelas masing-masing.

2.2.2

Kebersihan Menjadi Keutamaan

Sentiasa menjaga kebersihan tempat makan (meja) dalam keadaan

bersih.
Cuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas makan di tempat

yang disediakan.
Dilarang membuang sampah di merata tempat.
Membuang bungkusan dan sisa makanan ke dalam tong sampah yang
telah disediakan.

2.2.3

Larangan Sewaktu Berada Di Dalam Kantin


Dilarang makan dan minum sambil berjalan atau berdiri.
Dilarang membawa makanan dan minuman keluar dari kantin.
Jangan meludah di kawasan kantin.
Jangan bergaduh sewaktu membeli makanan dan minuman.
Jangan membuat bising dan bercakap-cakap sewaktu sedang
menikmati hidangan makanan.

2.3

TATACARA PENGGUNAAN GURU

2.3.1

Pengawasan Tingkah Laku Murid

Guru perlu mengawas tingkah laku murid semasa beratur dan bergerak
sewaktu membeli makanan dan minuman. Ini bagi mendidik murid-murid
berdisiplin tinggi dan menjadikan urusan pembelian makanan dan minuman
berjalan dengan selesa.
2.3.2

Memastikan Makanan Dan Minuman Yang Dijual Menepati Piawai

Guru perlu memastikan makanan dan minuman yang disediakan dan dijual
oleh pihak kantin adalah tidak melanggar peraturan-peraturan makanan 1985
dan menepati piawai kebersihan dan keselamatan kantin sekolah yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
2.3.3

Kebersihan Dan Keselamatan Kantin

Guru perlu memastikan kebersihan dan keselamatan di dalam kantin

telah memenuhi piawai Kementerian Kesihatan Malaysia.


Guru memastikan makanan yang dijual sentiasa bersih, bermutu,

berkhasiat dan selamat untuk dimakan.


Guru memastikan semua kemudahan
menyediakan,

mempamerkan

atau

kantin

seperti

menghidangkan

tempat
makanan

hendaklah sentiasa dijaga dalam keadaan bersih dan kemas.


Memastikan tiada staf yang akan merokok di dalam kantin sekolah.

3. DEWAN SEKOLAH
Dewan sekolah adalah sebuah tempat yang luas dan dapat menempatkan
jumlah murid yang ramai pada satu-satu masa bagi tujuan perhimpunan,
mengadakan sesuatu majlis seperti majlis penyampaian sijil dan hadiah serta
majlis sambutan perayaan serta boleh juga digunakan untuk latihan atau
pertandingan permainan seperti ping pong dan badminton. Bagi mengelakkan
kemalangan atau kecederaan berlaku, tatacara dalam dewan perlu digubal
sebagai panduan manual kegunaan murid, guru dan warga sekolah.

3.1

TATACARA PENGGUNAAN AM

3.1.1

Ciri-ciri Keselamatan Di Dewan Sekolah

Penyediaan alat pemadam api yang sesuai dan loceng kecemasan hendaklah
sentiasa diselenggara setiap masa secara berkala. Ini penting untuk
memastikan peralatan tersebut dalam keadaan yang baik semasa hendak
digunakan.
3.1.2

Permainan Yang Dilarang Dijalankan Di Dewan Sekolah

Permainan-permainan seperti hoki, bola sepak, bola tampar dan sepak


takraw tidak dibenarkan diadakan dalam dewan sekolah disebabkan faktor
ruang yang tidak mengizinkan penggunaannya.
3.1.3

Kebersihan Di Dewan Sekolah

Kebersihan adalah tanggungjawab semua.


Sentiasa memastikan dewan sekolah dalam keadaan yang bersih

daripada sebarang sampah sarap.


Jangan meludah merata-rata tempat.

3.1.4

Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah

Menyediakan buku catatan penggunaan dewan untuk sesuatu aktiviti.

3.2

TATACARA PENGGUNAAN MURID

3.2.1

Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah

Murid-murid tidak dibenarkan berada di dewan pada waktu malam sama ada
untuk latihan tarian, nyanyian atau permainan badminton dan ping pong
kecuali dengan pengawasan dan kebenaran seorang guru.
3.2.2

3.2.3

Kebersihan Dewan Sekolah


Dilarang membuang sampah sarap di merata tempat.
Buang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
Jangan meludah sebarangan di kawasan dewan sekolah.

Laporan Kerosakan

Murid-murid hendaklah melaporkan kepada guru andai ada sebarang


kerosakan yang berlaku pada kelengkapan dewan.
3.2.4

Pemindahan Dan Pengeluaran Kelengkapan Dalam Dewan

Sekolah
Murid-murid

dilarang

memindahkan

dan

mengeluarkan

mana-mana

kelengkapan dan barang yang berada dalam dewan tanpa kebenaran pihak
yang bertanggungjawab.
3.2.5

Sentiasa Mematuhi Semua Peraturan Dalam Dewan Sekolah

Jangan berlari dan membuat bising sewaktu perhimpunan diadakan.


Sentiasa berbaris dan tidak berebut-rebut apabila masuk atau keluar

dari dewan selepas sesuatu aktiviti dijalankan.


Tidak menconteng dinding dan permukaan peralatan yang terdapat di

dalam dewan.
Tidak merosakkan peralatan dengan sengaja.

3.3

TATACARA PENGGUNAAN GURU

3.3.1

Merekod Aktiviti Yang Dijalankan

Guru perlu merekod masa dan aktiviti yang dijalankan di dalam dewan
sekolah di dalam buku catatan yang telah disediakan.
3.3.2

Peka Dan Bertanggungjawab Dengan Kemudahan Yang Ada

Dalam Dewan

Guru harus memastikan keadaan fizikal dewan sekolah selamat

digunakan untuk aktiviti yang telah dirancang.


Guru harus memastikan ciri-ciri keselamatan diutamakan sebelum

aktiviti dijalankan.
Guru harus memastikan kipas dan lampu hendaklah dipadam selepas
aktiviti dijalankan.

3.3.3

Tugas Pengawasan Keselamatan Murid

Setiap aktiviti yang dijalankan perlu sentiasa diawasi oleh guru bagi
memastikan keselamatan murid terjamin sepanjang aktiviti dijalankan.

4. BILIK KOMPUTER
Bilik komputer merupakan sebuah bilik yang menyimpan banyak perkakas
yang berasaskan elektrik seperti komputer, pelbagai suis, penyambung
wayar, soket dan pelbagai wayar. Ciri-ciri keselamatan amat ditekankan bagi
memastikan tiada kemalangan yang tidak diingini akan berlaku. Beberapa
tatacara penggunaan bilik komputer telah dilaksanakan dari sudut secara am,
murid dan guru bagi mempertingkatkan disiplin pengguna apabila berada di
dalam bilik komputer.

4.1

TATACARA PENGGUNAAN AM

4.1.1

Keselamatan Bilik Komputer

Memastikan semua tingkap dan pintu bilik komputer hendaklah dipasang


dengan jeriji bagi mengelakkan sebarang kecurian dan pencerobohan
berlaku.
4.1.2

Keselamatan Peralatan Dan Perisian

Sebarang peralatan dan perisian tidak dibenarkan dibawa masuk dan keluar
kecuali dibenarkan oleh guru. Ini bagi mengelakkan agar sistem komputer
terlindung daripada virus-virus pada masa kini.
4.1.3

Merekodkan Penggunaan Bilik Komputer

Buku catatan hendaklah disediakan bagi memastikan semua aktiviti dan


tempoh masa yang digunakan dalam bilik komputer direkod. Ini bagi
memudahkan membuat sebarang laporan andai terdapat sesuatu kejadian
idak diingini.

4.2

TATACARA PENGGUNAAN MURID

4.2.1

Kebenaran Menggunakan Bilik Komputer

Semua murid dibenarkan masuk ke bilik komputer dengan kebenaran dan


pengawasan guru.
4.2.2

Benda-benda Yang Dilarang Dibawa Masuk Ke Dalam Bilik

Komputer

Semua beg hendaklah ditinggalkan atau diletakkan di rak yang berada

di luar bilik komputer.


Semua jenis makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk

ke dalam bilik komputer.


Objek tajam juga dilarang dibawa masuk.
Kasut dan selipar hendaklah ditanggalkan sebelum masuk ke dalam
bilik komputer.

4.2.3

Mencatat Kehadiran

Semua murid perlu mencatatkan kehadiran mereka di dalam buku caatan


yang telah disediakan di setiap meja komputer.
4.2.4

Laporan Yang Perlu Dibuat

Murid perlu melaporkan sebarang kerosakan dan bau yang asing

kepada guru bagi tindakan selanjutnya.


Jika berlaku sebarang masalah kepada sistem komputer hendaklah
dilaporkan dengan segera kepada guru.

4.2.5

Kebersihan Dan Keceriaan Bilik Komputer

Murid-murid hendaklah memastikan bilik komputer dalam keadaan

kemas dan bersih setiap masa.


Murid memastikan tidak membuang sampah sarap di merata tempat
dan tidak menconteng dinding bilik komputer bagi memelihara
keceriaan dalam bilik tersebut.

4.2.6

Perlu Minta Kebenaran

Murid perlu memberitahu dan meminta kebenaran apabila hendak

megakses internet.
Murid harus memberitahu guru jika ingin menanggalkan sebarang
sambungan pada sistem komputer bagi mengelakkan renjatan elektrik
atau litar pintas berlaku.

4.3 TATACARA PENGGUNAAN GURU


4.3.1

Persediaan

Sebelum

Memulakan

Proses

Pengajaran

Dan

Pembelajaran

Guru perlu memastikan semua murid telah mematuhi peraturan yang

telah ditetapkan sebelum memulakan pelajaran.


Guru menyediakan satu prosedur yang mudah dalam memulakan
sistem komputer agar semua murid dapat menerimanya dengan
senang dikuasai.

4.3.2

Laporan Kerosakan

Setiap kerosakan yang terdapat pada peralatan, guru haruslah merekod dan
membuat laporan untuk tindakan yang selanjutnya.
4.3.3

Kerja-kerja Penyelenggaraan

Guru memastikan kerja-kerja peyelenggaraan dan baik pulih seharusnya


dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan sistem komputer berada
dalam keadaan yang terbaik diguna setiap masa.

PENUTUP

Keselamatan adalah sangat penting walau di mana sahaja kita berada sama
ada di darat, udara dan laut. Salah satu tempat yang memerlukan perhatian
penuh dalam isu keselamatan adalah sekolah. Sekolah adalah salah satu
tempat di mana terdapat ramai generasi yang perlu diselamatkan daripada
pelbagai ancaman bahaya. Ini kerana sekolah akan melahirkan manusia yang
berguna dan berkualiti untuk memajukan dan membangunkan negara kita
pada masa akan datang. Oleh itu, tatacara penggunaan sesuatu tempat perlu
disebarkan bagi memberi peluang kepada semua warga sekolah memahami
peraturan yang perlu diikuti bagi mengelakkan sebarang kecelakaan dan
kemalangan berlaku. Jadi, pelbagai cara yang boleh digunakan dalam
menyebarkan tatacara penggunaan sesuatu tempat seperti melalui risalah,
poster, media cetak dan juga media elektrik. Melalui medium ini akan
memberi satu panduan untuk kegunaan murid, guru dan secara am dalam
membantu mengelakkan kemalangan dan kecelakaan berlaku di kawasan
sekolah.

Anda mungkin juga menyukai