Pasar Perasaan
Pasar Perasaan
Maksud
Rangkap 1:
Penyajak memperkatakan sikap pemilik sebuah warung
dan pengunjungnya yang begitu mengikut perasaan.
Rangkap 2:
Di warung itu, mereka meluahkan pendapat yang bukan
daripada akal yang waras tetapi daripada perasaan sendiri.
Rangkap 3:
Pendapat yang dikemukakan oleh golongan ini sudah
ketinggalan zaman, tidak bernas, dan mudah untuk
dipatahkan.
Rangkap 4:
Pendapat mereka semuanya tidak bermakna atau tidak
berasas.
Rangkap 5:
Warung itu hanyalah tempat orang berakal sempit dan
tidak berilmu.
Rangkap 6:
Apabila penyajak berada dalam kalangan mereka, dia
berpendapat bahawa mereka bukan golongan yang bijaksana.
Rangkap 7:
Warung itu lambang kecetakan ilmu yang hanya penuh dengan
isu-isu yang tidak berasas dan tidak membawa apa-apa erti.
Tema
Pe r b i n c a n g a n ko s o n g d i m e j a ko p i
Segolongan masyarakat begitu lantang bersuara di warungwarung kopi tanpa menggunakan saluran yang betul.
Penyajak menegur sikap mereka yang menyuarakan
pendapat mengikut perasaan semata-mata dan tidak
menggunakan fikiran yang waras. Semua pendapat dan
idea mereka sudah lapuk, tidak bernas, dan mudah
dipatahkan
oleh
orang
lain.
Kerenah
mereka
melambangkan kecetekan ilmu mereka.
Persoalan
Persoalan emosi yang berkecamuk menyebabkan tindakan yang dibuat hanya
mengikut perasaan
Segelintir pengunjung di warung berada dalam keadaan tidak tenang
dan tidak mampu untuk berfikir dengan betul ketika berhujah tentang
sesuatu isu.
Persoalan kecetekan ilmu dalam kalangan masyarakat
Masyarakat yang mempunyai ilmu yang cetek sering menyuarakan
pandangan yang tidak bernas sehingga mereka tidak sedar bahawa
hujah mereka tidak membawa apa-apa makna.
Bentuk
Jumlah suku kata bagi setiap baris adalah antara enam hingga empat
belas.
Jumlah perkataan bagi setiap baris adalah antara tiga hingga lima patah
perkataan.
Unsur Bunyi
Asonansi
ini pasar perasaan (perulangan vokal a)
yang sering dikunjungi pembeli emosional (perulangan vokal e)
Aliterasi
di dalamnya mengalir sungai manusia (perulangan konsonan m)
di tengah-tengah penjual dan pembeli (perulangan konsonan n)
Rima akhir
Rangkap 1 abb ;
Rangkap 2 abcd ;
Rangkap 3 abbcd ;
Rangkap 4 abc ;
Rangkap 5 abc ;
Rangkap 6 aaabb ;
Rangkap 7 - ab
Gaya Bahasa
Anafora
yang terbit daripada kalbu
yang rapuh dan lapuk
yang mudah dipatahkan
(Perulangan berselang)
Responsi
yang terbit daripada kalbu
bukan terbit daripada akal
yang kaya dengan perasaan
tetapi miskin dengan kebijaksanaan
Simile
bagai kayu buruk
bagai ranting kering
Metafora
pasar perasaan
sungai manusia
Nada
Sinis
Nilai Murni
Kebijaksanaan
Seseorang haruslah bijaksana apabila berhujah agar
dihormati oleh masyarakat.
Kesyukuran
Manusia haruslah mensyukuri akal yang dianugerahkan
oleh Tuhan.
K e ra j i n a n
Sikap rajin mencari ilmu perlu diamalkan untuk menguasai
kemahiran.
Rasional
Masyarakat seharusnya membincangkan sesuatu isu dengan fikiran
yang rasional dan memberikan hujah-hujah yang bernas secara tenang,
bukannya emosional supaya pendapat mereka dihargai oleh orang lain.
Pengajaran