Anda di halaman 1dari 1

2.

0 PENDAHULUAN
Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan
matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan sebagai wardah untuk mencapai
hasrat negara. Mata pelajaran ini merupakan satu subjek yang dipelajari di
sekolah dengan hasrat untuk melahirkan generasi yang berilmu, berdisiplin
dan berwawasan. Dalam usaha melahirkan insan yang bermoral, guru
Pendidikan Moral memainkan peranan dan tanggungjawab yang besar.
Sehubungan

ini,

tugasan

ini

telah

membincangkan

tentang

tanggungjawab dan peranan guru panitia dan guru Pendidikan Moral.


Perbandingan tanggungjawab dan peranan antara kedua-dua pihak ini juga
akan dijelaskan. Sepatutnya, guru panitia dan guru Pendidikan Moral perlu
bekerjasama, saling bantu-membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman
untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan
mutu pengajaran subjek ini masa ke semasa.
Untuk menentukan tindakan susulan yang harus dilakukan bagi
penambahbaikan dalam aspek kaedah, pendekatan, teknik dan strategi
pengajaran dan pembelajaran (P&P), 4 aspek iaitu pengujian, pengukuran,
penilaian dan pentaksiran akan dibincangkan. Hubungan serta bandingbeza
antara keempat-empat aspek ini telah dipersembahkan dalam bentuk grafik.
Ahkirnya adalah mengenai pembinaan instrumen dan item pentaksiran
dalam Pendidikan Moral. Ia berkaitan dengan aras Taksonomi Bloom.
Terdapat 6 aras dalam Taksonomi Bloom yang terbaru iaitu mengingat,
memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Setiap aras
tersebut telah disertai dengan dua contoh soalan objektif dan dua soalan
subjektif.

Anda mungkin juga menyukai