Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
RENCANA
Rencana ialah karangan atau cerita tentang sesuatu perkara yang dapat
berdiri sendiri, biasanya terdapat di dalam suatu karya yang lebih besar . Karya
bukan rekaan ini dapat diterbitkan dalam surat khabar, majalah, jurnal atau
penerbitan lain. Setiap rencana lazimnya mengandungi nama penulis atau
pengarang .
Antara ciri-ciri rencana yang berkualiti adalah seperti berikut :Mudah difahami oleh pembaca
Bebas daripada sebarang kesalahan ejaan
Tiada kesalahan tatabahasa dalam rencana
Mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu
Sumber-sumber maklumat tepat dan padat serta bernas
Isi-isi rencana disusun dengan baik
Menyebut sumber-sumber rujukan
Dalam rencana Berita Harian yang bertajuk Punca Ponteng Sekolah patut
dicari bersama
berleluasa hingga kini .Kandungan rencana terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
pendahuluan , tubuh rencana dan penutup rencana . Pendahuluan merupakan
bahagian pengenalan dalam sesuatu rencana . Bahagian ini penting dan seharusnya
dapat menarik minat dan menimbulkan perasaan ingin membaca rencana itu
sehingga akhir . Untuk menarik minat pembaca , bahagianpengenalan rencana
boleh dimulakan dengan unsur-unsur yang menarik seperti data , madah,
peribahasa , persoalan , dan sedutan kata-kata . Pemilihan gaya pendahuluan
haruslah dibuat dengan berhati-hati supaya dapat menggambarkan tajuk rencana
dan persoalan umum yang akan dibincang dalam rencana tersebut . Selain itu,
kenyataan inti
pengenalan.
Apa yang saya dapat lihat , pendahuluan utama yang cukup sinonim dalam
tajuk rencana ini ialah mengenai pengenalan sistem pemantauan pergerakan keluar
masuk pelajar iaitu schooltrac yang diperkenalkan di 20 sekolah sekitar Lembah
Klang . Akan tetapi , pendahuluan mengenai sistem ini tidak berapa kemas dijadikan
pendahuluan kerana penulis seharusnya menceritakan permulaan sedikit sebanyak
mengenai gejala ponteng di sekolah ketika ini . Selain itu , sistem schooltrac juga
tidak diceritakan dengan lebih mendalam dalam rencana ini dan menyebabkan para
pembaca kurang memahami mengenai sistem tersebut .
Apa yang saya cadangkan ialah agar penulis menceritakan sedikit tentang
latar belakang produk schooltrac yang hangat dikatakan di sekolah supaya para
pembaca lebih peka dan tertarik untuk dibaca . Penulis rencana ini juga haruslah
menambah sedikit isi dalam rencana beliau dengan menceritakan sedikit sebanyak
mengenai produk schooltrac di sekolah agar nampak lebih menarik . Apa yang saya
tambah di sini , sistem schooltrac ialah produk yang mengirim maklumat
pergerakan murid menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel . Menerusi
sistem itu , murid akan dibekalkan dengan kad pelajar Schooltrac yang
menggunakan frekuensi radio dan mampu mengesan pergerakan keluar masuk
murid melalui pagar sekolah ketika waktu persekolahan . Kad schooltrac juga
mengandungi cip yang disambungkan terus ke pusat data sekolah untuk
memaklumkan guru dan penjaga mengenai status kehadiran pelajar menerusi emel
atau SMS . Dengan adanya penceritaan sedikit mengenai schooltrac ini , maka
dapat mejadikan rencana lebih menarik kepada para pembaca .
Tubuh rencana pula boleh dibahagikan kepada beberapa perenggan yang
dapat
merangkumi
keseluruhan
tema
rencana
Perenggan-perenggan
ini
kerajaan yang turut membuka mata mereka sendiri dengan melihat sejauh mana
produk ini berkesan kepada sekolah . Penulis juga ada memberitahu bahawa
penyedia perkhidmatan schootrac yang terbabit dengan sistem itu seharusnya
membina sistem itu dengan lebih praktikal , kos yang lebih efektif dan juga boleh
dilaksanakan di seluruh negara .
Isi kedua dalam rencana ini pula mengatakan bahawa pihak sekolah dan ibu
bapa perlu memainkan peranan yang penting dengan mengenal pasti punca
sebenar pelajar atau anak mereka ponteng sekolah . Akan tetapi , huraian kurang
diberikan atau tidak berapa menonjol dalam isi tersebut oleh penulis rencana ini dan
menyebabkan rencana ini menjadi ringkas . Mengikut pemerhatian saya yang boleh
ditambah sedikit dalam rencana ini,
Isi yang ketiga dalam rencana ini mengatakan bahawa komunikasi antara
pihak sekolah dan ibu bapa wajar dijadikan amalan . Saya amat bersetuju dengan
cadangan penulis rencana ini yang memberikan cadangan yang cukup bernas dan
perlu diambil perhatian oleh para pembaca yang membacanya . Penulis rencana ini
ada memberitahu bahawa pihak sekolah boleh beromunikasi dengan ibu bapa
menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) antara guru dan ibu bapa itu sendiri .
Turut ditulis oleh penulis yang mengatakan bahawa Kementerian Pelajaran
sewajarnya menerapkan kaedah komunikasi seperti ini dengan memberi elaun
kepada guru-guru di sekolah.
Penutup rencana merupakan bahagian yang memenuhi perasaan ingin tahu
dan seterusnya menimbulkan rasa puas hati dalam kalangan pembaca kerana
semua persoalan dan maklumat telah diketengahkan . Untuk mencapai tujuan ini
penulis biasanya boleh merumuskan isi-isi penting atau membuat kesimpulan
tentang penulisan yang berkenaan.
Apa yang saya dapat lihat , isi kandungan terakhir yang tersurat dalam
rencana ini menyatakan bahawa pihak sekolah wajar mengambil langkah bagi
memastikan keselamatan pelajar di sekolah , terutama selepas tamat tamat waktu
persekolahan seperti penyediaan tempat menunggu yang selamat untuk pelajar
menunggu ibu bapa mereka setelah tamat sesi persekolahan . Walaupun begitu , isi
kandungan yang terakhir ini kurang menepati
ponteng sekolah . Walaupun begitu , tidak salah kepada penulis untuk menceritakan
tentang isi ini kerana amat penting bagi pihak sekolah untuk mengambil perhatian
dalam hal bagi mengelakkan dari ancaman jenayah seperti merompak dan menculik.
oleh penulis yang pakar dalam sesuatu bidang . Selain itu , pendapat yang
dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan sendiri atau orang lain . Setiap
fakta , huraian , ulasan serta pendapat mestilah ada dasarnya sekiranya rencana itu
tidak berdasarkan penyelidikan sendiri .
Apa yang saya ketahui ialah terdapat Sembilan jenis rencana dalam
komunikasi bertulis seperti rencana jenis penerangan , rencana jenis berita ,
rencana jenis profil, rencana jenis penyiasatan , rencana jenis pendapat , rencana
jenis perbahasan , dan akhir sekali adalah rencana jenis umum . Jenis rencana ini
juga dapat saya katakan bahawa rencana jenis berita . Rencana jenis berita
berasaskan kenyataan atau isu semasa dengan memberi keutamaan terhadap
sesuatu kejadian yang baru , luar biasa dan bernilai beritanya . Biasanya , rencana
berita mengandungi huraian lanjut tentang berita yang hangat diperkatakan . Dalam
penulisan berita , penulis dikehendaki melaporkan apa yang benar-benar berlaku di
samping memberikan pendapatnya .
Semasa menulis rencana , terdapat dua aspek yang perlu diberi perhatian
iaitu bahasa dan isi kandungan rencana . Apa yang saya dapat kaji mengenai
rencana ini ialah bahasa rencana ini ringkas , bernas , padat dan sesuai dengan
konsep rencana . Penulisan rencana ini juga tidak banyak menggunakan
ayat
penyata . Akan tetapi , ada sedikit ayat yang ditulis yang terlalu panjang dan berbelitbelit sehingga sukar untuk difahami oleh pembaca . Sebagai contoh ayat pada
perenggan kedua yang berbunyi : Sebelum itu , penilaian teliti mesti dilakukan untuk memastikan apakah
sistem itu perlu dilaksanakan jika kerajaan akan membiayainya
SISTEM EJAAN
Sistem ejaan sangat penting dalam komunikasi bertulis . Di dalam Bahasa
Melayu terdapat dua sistem ejaan yang terus dipakai sehingga sekarang , iaitu ejaan
rumi dan ejaan jawi . Kedua-dua sistem ini telah banyak mengalami perubahan
untuk disesuaikan dengan kehendak semasa dalam komunikasi terutamanya dalam
menerapkan dan perkataan ini dapat menjadi ayat tersebut dapat difahami oleh
para pembaca . Dalam perenggan terakhir dalam rencana ini , turut terdapat
kesalahan penggunaan perkataan iaitu seperti yang sepatutnya digantikan
penggunaan perkataan dengan agar ayat dalam perenggan tersebut lebih lancar
dan menepati maksud yang ingin dihuraikan . Kesalahan tidak meletakkan imbuhan
pada perkataan rompak dan culik juga turut menjadi kesalahan dalam sistem ejaan
ini kerana memberikan makna yang lain . Penulis rencana ini seharusnya peka
dengan imbuhan sebegini agar tidak pesong dalam sistem ejaan Bahasa Melayu .
Perkataan tersebut harus digantikan dengan perkataan rompakan dan penculikan
dan menjadikan rencana tersebut lebih gramatis ketika dibaca .
RUMUSAN KESELURUHAN
Apa yang saya dapat rumuskan dalam rencana ini ialah boleh dikatakan
cukup memuaskan dengan isinya yang ringkas,tepat dan padat dan membuat para
pembaca ingin membacanya . Selain itu , isu artikel ini juga menepati isu zaman
sekarang ini kerana banyak berlaku kes sebegini .
Dari segi laras bahasa dan sistem ejaan , terdapat sedikit kesalahan yang
dapat saya kesan pada artikel tersebut . Kesalahan tersebut menyebabkan artikel
tersebut kurang difahami oleh para pembaca . Saya berharap agar penulis artikel ini
mengambil perhatian dari segi laras bahasa dan sistem ejaan ini agar tidak berlaku
lagi pada masa akan datang .
Apa yang dapat saya rumuskan juga , penulisan seperti rencana radio ,
rencana majalah , rencana deskriptif , rencana akhbar , rencana sukan , rencana
sejarah dan sebagainya yang turut dikategorikan sebagai penulisan rencana
merupakan satu seni penulisan yang tersendiri . Walaupun rencana tersebut melalui
berbagai-bagai alat media seperti surat khabar , majalah , radio , televisyen dan
buku tetapi rencana tetap merupakan penulisan yang menarik sekiranya diolah
dengan baik .