Anda di halaman 1dari 11

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2

1.2 KEMAHIRAN PENGURUSAN

1.2. Kemahiran pengurusan [MINGGU 2 6 WAKTU]


1.2.1. Peringkat pengurusan [2]
(a) Menjelaskan kepentingan kemahiran dalam pengurusan;
Definisi Kemahiran Pengurusan

Kemahiran pengurusan atau kebolehan mengurus adalah berhubung


dengan proses pengarahan, penyelarasan, atau pengawasan pekerjaan
orang lain.
Kepentingan kemahiran teknik atau kemahiran pengurusan bergantung
kepada tingkat pengurus itu berada dalam organisasi dan keadaan
operasi yang dijalankan.
Semakin rendah pangkat seseorang pengurus itu, semakin tinggi ia
memerlukan kemahiran teknik untuk menjalankan tugas pada
peringkat operasi.

Kepentingan Kemahiran Pengurusan


1. Membolehkan pengurus mengurus dengan berkesan
2. Membolehkan pengurus menyelaras kerja di dalam organisasi secara
lebih baik dan berkesan
3. Membolehkan pengurus membuat keputusan yang tepat bagi sesuatu
situasi yang penting.
4. Membolehkan pengurus mengurus masa secara cekap dan berkesan.
5. Membolehkan pengurus berhubung dengan semua pihak secara
berkesan
6. Membolehkan pengurus mengetahui dan menyelesaikan semua
masalah secara cekap dan berkesan.
7. Membolehkan pengurus mengenalpasti dan mengambil peluag yang
wujud sama ada dari dalam dan luar organisasi.
8. Membolehkan pengurus mengkoordinasikan semua semua secara
cekap dan berkesan.

(b) Menjelaskan

tiga

peringkat

pengurusan

iaitu peringkat bawahan,


KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2


1.2 KEMAHIRAN PENGURUSAN

peringkat pertengahan, dan peringkat atasan;


1. Pengurus Atasan
Pengurus yang menduduki peringkat atasan ini terdiri daripada Ketua
Eksekutif, Presiden atau Pengurus Besar yang menetapkan matlamat dan
menentukan ia tercapai mengikut tujuan organisasi. Pengurus atasan ini
juga meneliti perkembangan dan peluang yang berlaku di persekitaran
luaran supaya organisasi itu dapat menyesuaikan diri kepada perubahan
yang berlaku.
2. Pengurus Pertengahan
Tugas pengurus pada peringkat ini, termasuklah menyelaras dan
menyatupadukan aktiviti bahagian untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan oleh pihak atasan. Mereka pada peringkat ini terdiri daripada
Pengurus Kawasan, Dekan Pusat Pengajian di universiti, Pengurus
Personel dan lain-lain.
3. Pengurus Bawahan
Penyelia, Fomen, dan Ketua Kumpulan adalah antara mereka yang
dimasukkan ke dalam kategori pengurus bawahan. Tugas mereka
mengawasi pekerjaan harian di bahagian operasi seperti bahagian
pengeluaran agar pengeluaran itu mengikut perancangan yang telah
ditetapkan oleh pihak

1.2.2. Jenis-jenis kemahiran pengurusan [4]


KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2


1.2 KEMAHIRAN PENGURUSAN

(c) Menjelaskan berbagai-bagai jenis kemahiran pengurusan termasuklah


konseptual, antara- perorangan/kemanusiaan, teknikal, pengurusan masa,
dan pembuatan keputusan;
1. Kemahiran Konseptual
Kemahiran konseptual ialah kebolehan mental atau minda untuk
menganalisis dan mengdiagnosis setiap situasi dan masalah, malah
berupaya untuk menyelaras dan menyepadukan keseluruhan aktiviti
organisasi agar ia lebih sistematik dan efektif.
Setiap organisasi sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dan saingan
yang memerlukan kepada penentuan polisi dan strategi organisasi yang
lebih berdaya saing.
Kemahiran konseptual yang tinggi sanggat diperlukan untuk membolehkan
seseorang pengurus memahami dengan sempurna dan rasional setiap
peluang dan tindakan-tindakan yang lebih strategik dari semasa ke semasa.
Dengan yang demikian, organisasi akan dapat berfungsi dengan lebih
efektif sesuai dengan situasi dan kehendak semasa.
Disamping itu, perlu dipahami bahawa proses untuk mencapai matlamt
organisasi melibatkan jumlah aktiviti yang banyak dan pelbagai.
Kesemuanya perlu di organisasi sejara efektif supaya wujud kelancaran
beroperasi demi untuk meminimumkan kos pengeluaran di samping akan
dapat mencapai tahap produktiviti yang tinggi serta berkualiti.
2. Kemahiran Kemanusiaan/Interpersonal
Kemahiran kemanusiaan merujuk kepada kebolehan seseorang pengurus
untuk bekerja dan memahami serta memotivasi para pekerja, sama ada
secara individu mahupun secara kumpulan dan pasukan.
Sebahagian besar daripada urusan seharian para pengurus organisasi adalah
bekerja bersama-sama dengan para pekerja mereka.
Malah, kejayaan seorang pengurus adalah bergantung kepada sejauh mana
mereka dapat merealisasikan matlamat syarikat melalui kerja-kerja yang
dijalankan oleh para pekerja mereka.
Berdasarkan kepada hakikat ini, kemahiran kemanusiaan amatlah kritikal
kepada seorang pengurus. Antaranya, komunikasi, perundingan, motivasi
dan kepimpinan.
3. Kemahiran Teknikal
Kemahiran teknikal merujuk kepada pengetahuan dan kebolehan seseorang
pengurus mengaplikasi segala teori, kaedah, teknik, prosedur dan alat-alat
yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu tugas yang spesifik.
Kemahiran teknikal ini amat mudah untuk diphami dalam dunia pekerjaan
profesional yang bersifat teknikal, seperti kerja seorang jurutera dan
seorang doktor.
Mereka mestilah mempunyai kemahiran teknikal dalam bidang masingmasing untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas-tugas seharian
mengikut keperluan dan piawaian yang ditentukan.
Dalam bidang pengurusan pula, seorang pengurus personel hendaklah
KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2


1.2 KEMAHIRAN PENGURUSAN

mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknikal yang secukupnya dan


terkini serta mahir dalam prosedur dan peralatan yang digunakan untuk
proses pengrekrutan, penstafan, latihan, pembangunan staf, penilaian
prestasi, pampasan dan sebagainya.
4. Kemahiran Pengurusan Masa
Kemahiran pengurusan masa merujuk kepada kemampuan pengurus untuk
menjadualkan kerja mengikut keutamaan kerja.
Oleh kerana seseorang pengurus merupakan seorang yang sibuk dengan
tugas berkaitan dengan pengurasan, maka beliau perlu pandai menguruskan
kerja yang perlu dilaksanakan tidak terbengkalai.
Kemampuan untuk menggunakan masa dalam melakukan aktiviti mengikut
tempoh yang ditetapkan.
5. Kemahiran Pembuatan Keputusan
Kemahiran pembuatan keputusan merujuk keupayaan memilih alternatif
terbaik yang dapat diterima & membawa kebaikan
Pengurus dapat membuat keputusan yang bijak dengan mengambilkira
perubahan persekitaran dll
Sebagai contoh, seorang pengurus kewangan mempunyai pengalaman dan
tahu menguruskan belanjawan pembelian bahan mentah untuk
mengeluarkan sesuatu produk

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2


1.2 KEMAHIRAN PENGURUSAN

RINGKASAN NOTA JENIS-JENIS KEMAHIRAN


1. Kemahiran Konseptual
Melihat organisasi secara keseluruhan
Menyelesaikan masalah jangka panjang
Membuat perancangan strategik
Memahami persekitaran dan perubahan persekitaran
Melihat peluang masa depan dan menjangka ancaman
Berkebolehan menganalisis persekitaran
Menentukan arah perjalanan organisasi
Kemahiran ini diperlukan oleh pengurus atasan
2. Kemahiran Kemanusiaan
Memimpin pekerja
Memberi arahan /tugas
Memberi motivasi
Menyelaraskan pekerja dan kerja
Memahami hubungan pekerja
Semua peringkat pengurus memerlukan kemahiran ini
3. Kemahiran Teknikal
Mengoperasi mesin dan peralatan
Menggunakan kaedah/prosedur untuk melaksanakan kerja
Menggunakan teknologi dan kemahiran untuk kerja harian
Kerja yang agak rutin
Peringkat pengurus bawahan sangat memerlukan kemahiran ini
4. Kemahiran Pengurusan Masa
Kemampuan pengurus menjadualkan kerja mengikut keutamaan kerja
Kerja yang perlu dilaksanakan tidak terbengkalai
5. Kemahiran membuat keputusan
Keupayaan membuat keputusan dengan baik
Bertepatan @ berkesan dengan matlamat organisasi
Mengurangkan risiko @ tidak menimbulkan risiko

(d) Menghubungkaitkan kemahiran pengurusan dengan peringkat pengurusan.

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2


1.2 KEMAHIRAN PENGURUSAN
RAJAH KONSEP :
HUBUNGKAIT ANTARA KEMAHIRAN PENGURUSAN DENGAN PERINGKAT
PENGURUSAN
KONSEPTUAL
AP
Hub.antara bghn
Anal.swot
ATASAN
prcgn orgn
Keputusan
P
Rcgn
PERTENGAHAN
Jabatan

KP
BAWAHAN

KEMANUSIAAN

PENGURUSAN MASA

BUAT KEPUTUSAN

AP

Hub.pihak luar/
Pengurus bawah

Rcgn j/pjg
Tercapai

P
Hub.atasan/
Rakan/bawahan/
Pihak luar

P
Rancang/Sedia
Jadual
Utk Jabatan

P
Berhubgung Dgn
Pekerja Bawahan
& Peng.Pertghan

P
Ikut/Patuh Jadual
Utk Proses
Pengeluaran

Strategi
Dasar/Utg/Rugi
Peluang Niaga
P
P
Selia/latih
Pgunaan
Nilai Prestasi
Sumber/
Kawal/Elak
Strategi
Ditipu/Dihormat
Jabtn
KP

AP
KP
Fahami aturan
Prosedur kerja/
Aplikasi kaedah/
Teknikal kerja
TEKNIKAL

JADUAL KONSEP :
HUBUNGKAIT ANTARA KEMAHIRAN PENGURUSAN DENGAN PERINGKAT PENGURUSAN

Kemahiran

Penyelia

Teknikal

Memahami prosedur
dan peraturan kerja
Aplikasi kaedah,
prosedur dan teknik
dalam semua bidang
kerja

Konseptual

Kemanusiaan

Berhubung dengan
pihak bawahan.

Pengurusan Masa

Ikut/patuhi jadual
untuk proses
pengeluaran

Pembuatan Keputusan

Pengurus
Pengeluaran
Bertujuan memberi
tunjuk ajar kepada
pihak bawahan

Pengarah Urusan

Peringkat jabatan

Perancangan
peringkat
organisasi
Analisis SWOT
Berhubung
dengan pihak luar.

Hubungan dengan
pihak atas, rakan
sejawat dan
bawahan
Merancang dan
menyediakan
jadual untuk
jabatan.
Penggunaan
sumber.

Strategi
Dasar/ isu
Peluang
perniagaan
Agihan sumber

1. Kemahiran Konseptual
Definisi:
KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2


1.2 KEMAHIRAN PENGURUSAN

Kebolehan melihat perkaitan antara bahagian/perubahan persekitaran organisasi


Keupayaan berfikir secara abstrak
Mengenalpasti & menganalisis masalah dalam pelbagai situasi
Dapat melihat jauh kehadapan.
Contoh kemahiran : daya kreativiti yg tinggi, mempunyai inisiatif

Aplikasi/kepentingan
Atasan:
Amat diperlukan kerana perlu buat keputusan dan perancangan yang melibatkan
organisasi secara keseluruhan.
Contoh perancangan pelaburan /produk/peluang baru/pasaran/strategi persaingan
Perlu cekap dan peka kepada apa-apa perubahan di persekitaran dalaman dan luaran
kerana ini akan mempengaruhi perjalanan organisasi.
Pertengahan:
Menyelesaikan masalah jangka panjang untuk peringkat jabatan
Memahami persekitaran dan perubahan persekitaran untuk peringkat jabatan /
berfikiran secara abstrak
Membuat perancangan strategik/jangka panjang untuk peringkat jabatan
Melihat peluang masa depan dan menjangka ancaman di peringkat jabatan
Berkebolehan menganalisis persekitaran peringkat jabatan (faktor dalaman dan luaran)
Menterjemah visi dan misi organisasi kepada pengurus bawahan
Bawahan:
Menyelesaikan masalah jangka panjang untuk peringkat unit kerja
Memahami persekitaran dan perubahan persekitaran untuk peringkat unit kerja /
berfikiran secara abstrak
Membuat perancangan strategik/jangka panjang untuk peringkat unit kerja
Melihat peluang masa depan dan menjangka ancaman untuk peringkat unit kerja
Berkebolehan menganalisis persekitaran unit kerja/(faktor dalaman dan luaran)
Menterjemah visi dan misi organisasi kepada para pekerja untuk peringkat
unit/kumpulan kerja

2. Kemahiran Pembuatan Keputusan


KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2


1.2 KEMAHIRAN PENGURUSAN

Definisi:
membuat keputusan yang bijak dengan mengambilkira perubahan persekitaran dll
Menggunakan kaedah membuat keputusan dengan sistematik dan baik
Kebolehan memilih dan mengambil alternatif yang terbaik /keupayaan memilih
alternatif terbaik yang dapat diterima & membawa kebaikan
Aplikasi/kepentingan:
Atasan:
Penting kerana pengurus atasan perlu membuat keputusan dalam pelbagai aspek pada
setiap masa.
Keputusan tepat penting kerana akan memberi kesan kepada keseluruhan organisasi
Melibatkan pembuatan keputusan-keputusan penting seperti penentuan pelaburan,
produk dll
Strategi
Dasar/ isu
Peluang perniagaan
Agihan sumber
Keputusan penilaian prestasi
Pertengahan:
Keputusan berkaitan agihan sumber
Menyelesaikan masalah dengan cepat dan tepat di peringkat jabatan
Mengambil tindakan segera terhadap isu dan permasalahan yang berlaku di peringkat
jabatan
Memberhentikan para pekerja yang bermasalah
Membuat penilaian prestasi pekerja dengan adil
Bawahan:
Menyelesaikan masalah dengan cepat dan tepat
Meneruskan atau memberhentikan pengeluaran jika berlaku kemalangan/output tidak
mematuhi standad
Mengubahsuai kaedah pengeluaran yang tidak efisyen
Memberhentikan para pekerja yang bermasalah di peringkat operasi
Membuat penilaian prestasi pekerja dengan adil

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2


1.2 KEMAHIRAN PENGURUSAN

3. Kemahiran Kemanusiaan
Definisi:
Kemahiran hubungan manusia / komunikasi dengan pelbagai pihak
Sebagai perantara antara pihak pengurusan dengan para pekerja
kebolehan bekerja dengan orang lain/secara berpasukan
kebolehan berkomunikasi dengan baik & berkesan
Aplikasi/kepentingan:
Atasan:
Berkomunikasi dan berinteraksi secara berkesan[]
Memimpin pekerja[]
Memberi arahan/tugas
Menyelaras kerja dan pekerja
Memahami hubungan pekerja
Memberi motivasi pekerja
Menyelesaikan masala
Contoh:Pengurus atasan perlu memberi dorongan dan arahan kepada pekerja bawahan,
Pengarah memberi arahan kepada Eksekutif Pengeluaran, Pengarah/CEO Berhubung
dengan pihak luar.
Pertengahan:
Kebolehan untuk bekerja dengan orang lain[f=1]-staf bawahan dan staf jabatan lain
termasuk pengguna/pelanggan-huraian[h=1]
Memahami tingkahlaku-pengguna/pekerja/pihak berkaitan dengan aspek pemasaranhuraian
Memotivasi/Berupaya
meransang
individu
supaya
rajin
bekerja-orang
bawahan/jurujual/promoter/agen pemasaran-huraian
Berkomunikasi
dengan
berkesan-arahan
jelas/maklumat
produk/pengaruhi
pengguna/staf kepada pihak berkaitan
Mempunyai hubungan yang baik dengan penguru lain- di semua peringkat dalam
organisasi-pengurus lain seperti pengurus/staf jabatan lain dalam organisasi sama.
Memahami sikap dan perasaan orang lain-staf dalaman/pihak pengguna/pelangganpeka dan prihatin terhadap masalah berkaitan dengan aspek pemasaan produk.
Bawahan:
Perlu untuk berinteraksi dengan berkesan dengan para pekerja operasi
Untuk memberi arahan dan teguran
Mewujudkan suasana harmoni pengurus-pekerja
Memberi maklum balas kepada pengurusan pertengahan dan atasan
Memberi motivasi
Memimpin pekerja

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2


1.2 KEMAHIRAN PENGURUSAN

4. Kemahiran Pengurusan Masa


Definisi:
Penggunaan masa dengan berkesan
Penjadualan tugas/perancangan masa yang rapi
Keupayaan menggunakan masa dalam melakukan sesuatu aktiviti untuk mencapai
kualiti piawai yang ditetapkan
Kecekapan menentukan keutamaan setiap tugas
Aplikasi/kepentingan
Atasan:
Membuat perancangan jangka panjang.
Memastikan perancangan jangka panjang tercapai
Mengenalpasti peruntukan masa yang diperlukan untuk sesuatu projek
Mengendalikan sesuatu mesyuarat secara berkesan.
Pertengahan:
Merancang jadual peringkat jabatan
Menyediakan jadual untuk peringkat jabatan dan bawahan
Memastikan projek dan perancangan peringkat jabatan mengikut jadual dan masa
yang ditetapkan
Memastikan peringkat bawahan menjalankan operasi seperti yang dirancang dalam
jadual
Bawahan:
Mengetahui jumlah masa yang diperlukan bagi sesuatu kerja
Menyiapkan kerja sebagaimana yang dirancang
Memperuntukan masa mengikut keperluan tugas

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2


1.2 KEMAHIRAN PENGURUSAN

5. Kemahiran Teknikal
Definisi
Kebolehan aplikasi kaedah, prosedur, teknik, alatan dalam membuat atau memasang
sesuatu
Aplikasi/kepentingan
Atasan:
Pengurus atasan mengetahui dan memahami prosedur setiap aspek teknikal
Memahami masalah teknikal yang berlaku di peringkat bawah
Memahami tanggungjawab teknikal pengurus peringkat operasi/bawahan
Pertengahan:
Menyelia subordinat (memberi panduan)
Melatih subordinat- (tunjuk ajar)
Menilai prestasi subordinat- (tahu ukuran prestasi)
Mengawal subordinat -(memastikan ikut prosedur)
Mengelakkan penipuan-(patuh kepada peraturan)
Dihormati subordinat -(tidak memandang rendah keupayaan pengurus)
Bawahan:
Menggunakan teknologi dan kemahiran untuk kerja harian/kerja rutin
Menunjuk ajar / memberi penerangan kepada para pekerja
Mengenalpasti sebarang kekurangan / kerosakan peralatan
Dapat memantau dengan berkesan pematuhan prosedur kerja yang dikuti pekerja
Bertanggungjawab secara langsung dengan operasi harian kilang/
Menyediakan jadual bertugas pekerja supaya operasi kilang berjalan dengan lancar/
Memastikan operasi pengeluaran dilaksanakan secara berterusan
Memastikan pekerja melaksanakan tugas /Menggunakan /Menagaplikasikan kaedah
pengeluaran dengan cekap dan berkesan
Kemahiran mesin : Membimbing /Menunjuk ajar para pekerja menggunakan
peralatan/mesin dengan cara yang betul

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy