Anda di halaman 1dari 13

ISU PENGGUNAAN AYAT DALAM PELBAGAI SUMBER

Kedudukan bahasa Melayu pada hari ini jelas mencerminkan masyarakat


penggunanya

yang

sedang

mengalami

pembangunan

pesat

dan

dalam

proses

perkembangan ini, pelbagai perkara baharu akan ditemui khususnya dari segi perubahan
bahasa Melayu. Perubahan bahasa dari satu peringkat ke satu peringkat dalam
perkembangan sejarahnya sekaligus akan memberi kesan kepada sistem tulisan atau
ujaran, sistem tatabahasa dan juga perbendaharaan kata. Maka dengan itu, seluruh
masyarakat seharusnya peka dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam bahasa
Melayu khususnya dari segi ujaran dan penulisan agar langkah-langkah memartabatkan
bahasa Melayu dapat dilaksanakan.
Isu tentang kesalahan bahasa telah hangat diperkatakan dan mendapat perhatian
daripada pengkaji-pengkaji tempatan sejak sebelum merdeka lagi. Pelbagai usaha
dilakukan ke arah memartabatkan bahasa Melayu dan mula mendapat perhatian yang
serius dalam tahun 1956 apabila soal tentang ejaan Rumi telah dibincangkan dalam
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ke-3 (Abd. Hamid Mahmood: 1998). Antara
lainnya, kajian tentang kesalahan bahasa ini juga telah dilakukan oleh Zainal Abidin Ahmad
atau lebih dikenali sebagai Za`ba pada tahun 1965 dan beliau adalah di antara pengkajipengkaji terawal yang membuat kajian tentang isu ini.
Awang Sariyan (1983) dalam kajiannya mengatakan bahawa pencemaran bahasa
boleh berlaku dengan pelbagai cara. Kebiasaannya pencemaran bahasa tersebut terjadi
apabila sistem bahasa Melayu tidak dipatuhi sehingga timbulnya bentuk-bentuk bahasa
yang salah. Mengikut kajian beliau lagi, kesalahan bahasa dalam sistem ejaan bahasa
Melayu kerap berlaku khususnya dari segi keselarasan vokal, kekecualian keselarasan
vokal, kata pinjaman khususnya daripada bahasa Inggeris, awalan kata sendi di dan ke,
kata ganti singkat dan terakhir ialah dari segi partikel.

Sesungguhnya, media massa merupakan satu media yang secara khususnya


menjadi sumber rujukan serta bahan bacaan bagi semua masyarakat. Kehadiran media
massa banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat sama ada melalui media cetak atau
media elektronik. Seiring dengan perkembangan dunia pada masa sekarang, media massa
memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan bahasa Melayu. Namun begitu,
apa yang dapat kita lihat kini ialah terdapat banyak kesalahan bahasa dalam media massa
seperti media cetak, media elektronik, dan media sosial.

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang fleksibel dan dinamik serta ianya
berkembang seiring dengan perdedaran zaman. Sesungguhnya, bahasa Melayu boleh
dianggap bahasa yang setaraf dengan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris, bahasa
Perancis dan bahasa Jerman. Namun begitu, bahasa Melayu yang sememangnya
mempunyai digniti di mata dunia hilang martabatnya apabila melihat kepada cara bahasa
Melayu digunakan dalam kalangan masyrakat pada masa kini. Hal ini adalah kerana,
penggunaannya dalam media seperti media cetak, elektronik, dan sosial mempunyai banyak
kecelaruan dan pencemaran dari segi ejaan, hukum tatabahasa, singkatan, dan stuktur. Hal
ini sesungguhnya berpunca daripada sikap endah tak endah masyarakat untuk mengangkat
nilai bahasa kebangsaan ini.

Sesungguhnya, bahan bacaan yang terdapat dalam media massa mutakhir ini
kebanyakannya berbaur hiburan dan gossip semata-mata. Lantaran itu, ramai yang tidak
menyedari bahawa media banyak mempengaruhi bahasa yang kita gunakan kerana ianya
merupakan bahan bacaan dominan dalam rutin harian kita. Melalui pembacaan kita
terhadap bahan-bahan bacaan tersebut, kita akan mempelajari corak penggunaan bahasa
yang sering digunakan. Namun begitu, media tidak mengambil berat mengenai penggunaan
bahasa dalam penerbitan mereka lantas memberi pengaruh bahasa yang salah kepada
para pembacanya. Sesungguhnya, hal ini adalah disebabkan sikap masyarakat yang tidak
menghargai nilai bahasa Melayu dan memantang enteng terhadap penggunaannya.
Tambahan pula, sekiranya ada yang menyedari kekhilafan dalam sesuatu penulisan itu,
tidak ramai yang berani menyuarakan pendapat atau teguran mereka tentang kesalahan
penggunaan bahasa tersebut. Analoginya, dalam majalah-majalah hiburan mahupun bahan
bacaan ilmiah, banyak sekali karya yang mempunyai kesalahan tatabahasa. Perkara ini
secara tidak langsung akan memberi gambaran kepada masyarakat bahawa, perkara yang
tertulis di dalam sesebuah karya tersebut, betul dari segi hukum tatabahasanya dan tidak
mempunyai kesalahan-kesalahan lain. Hal ini bukan sahaja menjejaskan pertuturan

masyarakat, malah penulisan juga terjejas. Sebagai contoh, papan-papan tanda dan iklaniklan yang mempunyai kesalahan ejaan, tidak menuruti hukum DM dan kadang kala ejaan
bahasa Ingggeris dan bahasa Melayu dicampuradukkan sekali. Perkara ini seolah-olah
menggambarkan bahasa Melayu itu tidak mempunyai maruah dan boleh digunakan sesuka
hati.
Di samping itu, dalam media elektronik bahasa rojak menjadi juara dalam senarai
tajuk-tajuk filem dan juga skrip filem yang dipaparkan. Sebagai contoh, drama bersiri Awan
Dania, rancangan realiti televisyen seperti Master Chef Selebriti Malaysia, dan filem Ombak
Rindu. Kata-kata seperti beb, lu, gua, awek, pakwe, I, you, sorry sering sahaja digunakan
dalam drama, filem serta rancangan tersebut. Perkataan-perkataan itu sedikit sebanyak
mempengaruhi para penontonnya kerana filem, drama, serta rancangan tersebut
sememangnya diminati ramai. Sememangnya, kata-kata tersebut digunakan untuk
mempelbagaikan kata-kata dalam skrip dan memudahkan proses penyampaian maklumat.
Namun begitu, penggunaanya bertentangan dengan hukum tatabahasa dan tidak
memaparkan kemajuan dan perkembangan yang telah dicapai bahasa Malayu.

Di samping itu, bukan sahaja bahasa yang digunakan dalam filem tempatan yang
mengalami pencemaran bahasa tersebut, tajuk filem juga mengalami pencemaran dan
kecelaruan tatabahasa. Tajuk-tajuk filem seperti Cinta Strawberry dan Uncle Usin boleh
dianggap sebagai pencemaran bahasa. Walaupun sebenarnya tajuk filem tersebut dieja
mengikut bahasa slanga, iaitu kata-kata ungkapan yang tidak tergolong dalam bahasa baku
yang biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2013)
Namun, bahasa-bahasa tersebut tetap tidak diterima dalam penulisan. Hal ini adalah kerana
tajuk-tajuk tersebut bukan sahaja mempunyai kesalahan ejaan, malah ada yang
mencampuradukkan bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Situasi seperti ini boleh
mengakibatkan salah faham dalam fikiran masyarakat sehingga wujudnya istilah-istilah
daripada perkataan bahasa Inggeris. Contohnya perkataan aplikasi yang berasal daripada
perkataan application yang bermaksud penggunaan. Oleh sebab perkataan bahasa
Inggeris application itu biasa digunakan, maka wujudlah istilah insiden, walaupun terdapat
perkataan bahasa Melayu yang sama maksud dengan perkataan tersebut. Oleh itu, tidak
mustahil suatu hari nanti perkataan-perkataan lain juga akan berubah disebabkan tajuk-tajuk
filem tersebut. Pengejaan yang digunakan mungkin atas tujuan promosi, namun tindakan
tersebut memberikan kesan yang agak besar terhadap bahasa Melayu.

Di samping itu, dalam media sosial seperti Twitter, Facebook, dan Youtube juga
terdapat pelbagai pencemaran bahasa yang sering digunakan oleh pengguna internet.
Dalam laman media sosial Facebook contohnya, pengguna internet akan menggunakan
pelbagai singkatan. Kononnya, singkatan tersebut digunakan untuk menjimatkan masa dan
memudahkan komunikasi. Contoh-contoh singkatan yang digunakan ialah aq, awk, nape,
xnak, xpe, dan mkn. Sekiranya perkara ini dipandang remeh, lama-kelamaan, masyrakat
kita akan turut menggunakannya dalam perkara-perkara rasmi kerana telah terbiasa
menggunakan perkataan yang tersilap itu.

Selain itu, penggunaan singkatan seperti ini juga digunakan dalam Sistem Pesanan
Ringkas (SMS) dan gejala penggunaan singkatan ini berlaku pada seluruh dunia, tanpa
mengecualikan Malaysia dan bahasa kebangsaannya. Sesungguhnya, Bahasa Melayu ini
berkembang secara berperingkat iaitu dari satu zaman ke satu zaman (Abdul Rashid
Melebek dan Amat Juhari Moain, 2006). Lantaran itu, penggunaan singkatan tersebut
semakin berleluasa pada zaman ini, terutamanya setelah munculnya laman muka buku atau
Facebook. Laman ini merupakan laman sosial yang amat popular pada masa kini
terutamanya dalam kalangan remaja. Laman tersebut boleh digunakan untuk berkongsi
maklumat, video, audio, foto, teks, dan penggunanya boleh berinteraksi antara satu sama
lain. Natijahnya, kewujudan laman sosial seperti ini akan menggalakkan lagi penggunaan
singkatan dan perkataan-perkataan yang tidak ada dalam perbendaharaan kata bahasa
Melayu.

Isu penggunaan ayat juga dapat dilihat melalui sikap penutur bahasa Melayu
tersebut.. Bukitnya dapat dilihat pada penggunaan bahasa yang kurang tepat semasa
proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru di sekolah dan pensyarah-pensyarah
di institusi pengajian tinggi. Sikap guru di sekolah yang ada kalanya menggunakan bahasa
yang tidak mengikut standard bahasa Melayu yang betul dalam penulisan mahupun lisan.
Sebagai contoh mereka menggunakan bahasa rojak yang mencampuradukkan antara
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Hal yang demikian akan menyebabkan murid-murid
terikut-ikut dan akhirnya terbiasa dengan penggunaan ayat yang mengandungi bahasa
rojak. Penggunaan ayat yang bercampur aduk tersebut turut terjadi kepada guru mahupun
pensyarah yang mengajar subjek bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, akan
menyebabkan masalah dari segi hukum tatabahasa yang betul.

Namun kata orang, kalau ada racunnya, pasti ada penawarnya. Lantaran itu, bagi
mengelakkan masalah pencemaran bahasa ini, tanggungjawab sesebuah kementerian,
jabatan atau agensi adalah sangat penting. Antara langkah yang boleh diambil oleh
kementerian, jabatan atau agensi tersebut adalah dengan memastikan semua pegawai dan
kakitangan kerajaan menggunakan Bahasa Melayu yang baik dan betul dalarn semua
urusan rasmi, sama ada secara tulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan apabila
berurusan dengan pelanggan. Kekecualian bagi urusan yang melibatkan negara asing dan
untuk tujuan melatih pegawai dan kakitangan supaya fasih berkomunikasi dalam bahasa
asing boleh dilakukan. Seterusnya, mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan
betul dari segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa dalam hal-hal seperti mesyuarat, suratmenyurat, arahan pada papan tanda dan papan kenyataan, iklan, dokumen rasmi, kawasan
perumahan, premis pemiagaan dan lain-lain. Bahasa-bahasa lain boleh digunakan
berdasarkan kepada keperluan sahaja. Selain itu, menjalankan latihan dan menganjurkan
aktiviti secara berterusan yang bertujuan meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Melayu
yang betul dalam kalangan pegawai dan kakitangan.

Dalam masa yang sama, DBP telah berusaha dalam pengembangan dan
peningkatan kualiti bahasa di tempat awam melalui Pantau Tegur Bahasa. Pantau Tegur
Bahasa bermaksud mengesan kesilapan bahasa yang berlaku atau yang dipamerkan di
tempat-tempat awam, seperti di papan iklan atau papan tanda, sama ada di luar bangunan
ataupun di dalam bangunan, yang jika tidak dicegah dengan segera akan mencemarkan
maruah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Antara ciri pencemaran bahasa ialah
pengutamaan bahasa asing, sama ada dari segi saiz atau warna, penggunaan bahasa yang
tidak menepati tataBahasa Melayu, termasuk sistem ejaan, pemilihan kata, pembentukan
kata, pengolahan ayat, dan penggunaan laras, ataupun pencampuradukan Bahasa Melayu
dengan bahasa Inggeris. Bagi memastikan tindakan segera diambil setelah proses
pengenalpastian kesilapan dibuat, pemantau disediakan dengan sehelai borang untuk
dipenuhi dan dipulangkan kepada DBP. Pegawai DBP yang bertanggungjawab akan
mengambil tindakan segera menghubungi syarikat atau agensi yang berkenaan bagi
membuat pembetulan.

Tambahan lagi, guru juga perlu menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan
bahasa yang teratur dan anggapan bahawa bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak

perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar. Penguasaan bahasa
Melayu yang baik dan teratur dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi tidak
kira awam atau swasta juga perlu diberi penekanan. Hal ini kerana merekalah yang akan
menentukan sama ada menggunakan bahasa Melayu yang tercemar ataupun tidak dalam
urusan pentadbiran.

Menurut Awang Sariyan (Utusan Malaysia, Februari 15, 2004) pula, bagi
mengelakkan bahasa Melayu tercemar akibat penggunaan bahasa SMS, guru mesti
memberi penekanan kepada pelajar supaya tahu membezakan antara bahasa untuk urusan
rasmi dan tidak rasmi Menurutnya, penggunaan singkatan perkataan berlaku terhadap
semua bahasa di dunia, tetapi tidak menjadi masalah jika mereka dapat membezakan
pengunaannya untuk tujuan rasmi atau tidak. Menurutnya lagi, Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) tidak memberi perhatian terhadap bahasa yang diguna pakai dalam SMS, tetapi jika
ragam bahasa itu digunakan dalam urusan rasmi yang mempengaruhi masyarakat, DBP
akan memberi perhatian terhadap penggunaan bahasa tersebut bagi mengelakkannya
merosakkan bahasa. Beliau juga berkata bahawa pihak berkuasa tempatan dan jabatan
kerajaan perlu bekerjasama dalam hal ini kerana mereka bertanggungjawab mengawal selia
papan tanda dan memastikan pihak yang mengeluarkan iklan menggunakan bahasa betul.
Tambahan pula, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa rojak atau pasar
perlu dihentikan kerana dikhuatiri mempengaruhi remaja.

Di samping itu, media elektronik dan bukan elektronik perlu menyekat penggunaan
bahasa yang tidak mengikut sebutan baku bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan
pendengar, penutur dan pengguna bahasa Melayu. Media massa ini juga berperanan untuk
menyekat iklan-iklan dalam bahasa Melayu yang menyalahi sistem bahasa Melayu akibat
daripada terjemahan yang salah.
Sektor pengiklanan seharusnya turut menggunakan bahasa Melayu yang ilmiah dan
bermutu. Pengamal-pengamal media juga perlu memartabatkan bahasa Melayu yang
bermutu tinggi. Bagi syarikat-syarikat penerbitan majalah pula hendaklah mewujudkan satu
biro khas berkaitan dengan bahasa baku agar makalah yang diterbitkan diedit dan mengikut
bahasa baku yang betul. Hal yang sama juga harus dilakukan syarikat-syarikat penerbitan
filem Melayu. Perkara ini adalah untuk mengelakkan penggunaan bahasa yang bercampur
aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris. Hal in
kerana penggunaan bahasa rojak ini boleh dilihat secara langsung dalam penggunaan

judulnya.
Konklusinya, mesej-mesej penting yang hendak disampaikan melalui penulisan ini
ialah yang pertama, semua pihak khususnya para pengiklan, penerbit filem, dan peniaga
hendaklah memahami penggunaan bahasa Melayu dengan betul agar yang salah tidak
menjadi ikutan. Seterusnya ialah pengiklan juga tidak seharusnya terlalu ghairah untuk
mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka sehinggakan mencemarkan bahasa
Melayu dengan kesalahan-kesalahan yang minor tetapi banyak. Akhir sekali, ialah
perubahan perlu dilakukan dalam sikap masyarakat yang bersikap endah tak endah dengan
kemelut yang melanda penggunaan bahasa di negara kita.

ISU PENGGUNAAN AYAT DALAM MEDIA & CARA MENGATASI


Dahulunya saban hari kita mendengar lagu yang terpapar di media televisyen
mengandungi lirik Gunakanlah bahasa kebangsaan kita, marilah amalkan ramairamai.. ciptaan Dol Ramli sebagaiusaha untuk memperjuangkan martabat Bahasa
Melayu di negara kita . Walau bagaimanapun sejak akhir ini, isu pencemaran bahasa ini
semakin menjadi-jadi berikutan pencemaran Bahasa Melayu melalui media. Definisi media
menurut Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada pelbagai jenis saluran atau perantara
komunikasi,

alat

atau

saluran

komunikasi

amnya

atau

keseluruhannya.

Seperti

televisyen,radio, akhbar, majalah ,internet dan sebagainya yang boleh menyampaikan


maklumatdengan pantas. Di sini terdapat beberapa contoh pencemaran Bahasa Melayu
dalam mediasebagai renungan bersama.
Antaranya ialah penggunaan bahasa Rojak dalam media,buktinya apabila media
penyiaran memilih bahasa rojak sebagai nama rancangan dan nama siaran mereka.
Sebagai contoh, Memang power seperti dalam iklan Sony boleh digantikandengan :
Memang Berkuasa atau Memang Hebat. Dalam iklan Panasonic pula, Slogan Panasonic
Ideas For Life boleh diterjemahkan kepada Panaconic, Ciptaan Sepanjanghayat. Selain
itu terdapat penggunaan bahasa asing dalam pengiklanan. Contohnya, Iklan Produk Ellgy
Plus menyatakan Ellgy Plus is uiterst wekzam.zaelfsmijn moeder is hetdaarmee eens
yang bermakna Ellgy Plu Berkesan. Persoalannya adalah iklan ini berkesan dengan
mengaplikasikan bahasa asing untuk penerimaan masyarakat tempatan.Begitu juga dari
segi pemilihan kata yang kurang tepat dalam media pengiklanan. Contohnya Iklan Jacker,
POTATO CRISPS Meriangkan selera, Dari segi kolokasi,Meriangkan tidak sesuai
digandingkan dengan kata selera kerana riang ialah kata sifat yang dikaitkan dengan
suasana,situasi dan perasaan hati yang gembira. Kata sesuai yang dipadankan dengan
selera seharusnya membangkitkan atau membuka selera. Oleh itu,lebih tepat kalau
dikatakan POTATO CRISPS Membuka Selera.
Kesalahan Bahasa Melayu pada Papan Tanda juga berlaku. Ini boleh kita ketahui
apabila melihat mana-manapapan tanda premis-premis perniagaan atau nama kawasan
mengabungkan bahasa asingdengan Bahasa Melayu. Contohnya perkataan Suiz Letrik
seharusnya menggunakan Suis Elektrik. Begitu juga di dalam Perkataan Di Larang
sebagaimana dalam contoh diatas,ialah awalan dan seharusnya dicantum Dilarang
Bukannya Di Larang. Dilarang adalah bentuk pasif daripada kata melarang.Menurut
Kamus Dewan Edisi Empat pencemaran bahasa bermaksud penggunaanbahasa yang tidak
betul di kalangan masyarakat. Malah definisi pencemaran bahasa ini turutdisokong oleh Nik

Safiah Karim (1986), menurut beliau pencemaran bahasa ialahpenggunaan bahasa yang
melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui,
Cara menanganii masalah penggunaan ayat dalam bahasa Melayu yang tidak betul
Perbincangan antara badan-badan kerajaan
Antara ialah sentiasa mengadakan forum ataupun dialog bersama dengan semuaagensi
yang berkaitan untuk mencari dan membahaskan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam
pengiklanan. Seperti dialog bertajuk Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Pengikalnan
Pada 26 Mei 2011, di Dewan Seminar, Menara DBP yang dipengerusikan oleh Ketua
Pengarah DBP, YBhg.Dato Haji Termuzi Haji Abdul Aziz dan Dihadiri oleh seramai150
peserta dari agensi pengiklanan, wakil kementerian,Pihak Berkuasa tempatan,Pengawal
Media, Pengamal Media dan para wartawan. Tutur hadir Ahli majlis Agensi Pengiklanan
Bertauliah Malaysia (4As),Encik Gary Tay, Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan
Sastera, Encik Rusli Abdul Ghani dan Pengarah Pengembangan Bahasa danSastera, Encik
Salehuddin Abg Shokeran.
Pemberian kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka
Selain daripada itu, pertimbangan pemberian kuasa pantau pihak Dewan Bahasadan
Pustaka dalam pengiklannan yang telah diumumkan oleh Timbalan Menteri PelajaranDr
Mohd Puad Zarkashi melalui petikan terbitan Suara13 Online pada 27 Jun 2012.
Melaluipendekatan ini, DBP akan berperanan sebagai penegur, penasihat dan mendidik
mana-mana agensi media dalam memartabatkan Bahasa Melayu berbanding menghukum
pihak-pihak yang menggunakannya dengan betul.
Peranan pihak berkuasa tempatan dan swasta serta agensi berkaitan
Pihak

berkuasa

tempatan,

negeri

dan

kerajaan,

seperti

Majlis

Bandaraya,

MajlisPerbandaran, Majlis Daerah ataupun pihak KDPNKK boleh memganding bahu


dalammenyelaraskan pemberian lesen perniagaan dengan memastikan nama premis
perniagaan menepati penggunaan Bahasa Melayu yang Betul. Melalui langkah ini, bukan
sahaja semua premis perniagaan di dalam negara menggunakan Nama Premis dengan
penggunaan Bahasa melayu yang betul malah ia dapat memartabatkan Bahasa Melayu ke
seluruh dunia dengan pembabitan peniaga dari luar negara yang perlu mengikuti peraturan
yang ditetapkan di Malaysia sekiranya ingin menjalankan perniagaan di sini

Kerjasama penghasilan buku ilmiah dan bahan pelbagai media


Begitu juga, kerjasama antara pihak Dewan Bahasa & Pustaka, para cendekiawan dan para
sasterawan tempatan boleh menjalankan usaha sama bagi melaksanakan penghasilan,
penulisan, penterjemahan, penyebaran dan penggunaan buku dan bahanpelbagai media
Bagi membantu membenteras penyalahangunaan bahasa Melayu dalam media.
Peranan pemimpin dan para artis
Para pemimpin harus menggunakan Bahasa Melayu yang tepat terutamanya ketikaberucap
kepada media. Jika diperhatikan pengugunaan Bahasa Melayu sering kali dicampur
adukkan dengan penggunaan Bahasa Inggeris. Jadi Persoalannya, jika pemimpin
sendirinya tidak memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul inikan pula pula
rakkat yang dipimpin. Turut dicadangkan juga kepada para artis hiburan terutamanya dalam
telemovie dan sebagainya sentiasa menggunakan Bahasa Melayu yang betul penggunaan
tatabahasanya kerana peranan mereka sebagai artis dalam memartabatkan Bahasa Melayu
amat penting dalam media.
Peranan penghasilan media berbentuk penggunaan Bahasa Melayu yang tepat
Satu langkah yang telah dijalankan oleh pihak media ,Radio Televisyen Malaysia (TV)iaitu
dengan cuba mengajak orang ramai peka terhadap kesalahan ejaan dan bahasa rojakyang
dianggap memudahkan dalam kehidupan harianmenerusi drama Osman Baku yang
diarahkan oleh Dato'Rahim Razali sendiri yang menjadi Pakcik Osman dalam cerita seorang
pesara guru bahasa melayu. Di dalam drama ini dia membetulkan kesalahan
ejaan,penggunaan bahasa melayu,bahasa rojak dalam kehidupan seharian disamping turut
diselitkan juga dengan pengolahan jalan cerita yang menarik supaya penonton tidak berasa
bosan. Walaubagaimanapun, Drama ini hanya tamat sehingga 13 episod sahaja. Oleh yang
demikian, usaha ini tidak harus terbantut disini sahaja, penambahbaikan harus
diketengahkan dengan memanjangkan lagi episod tersebut kerana jalan ceritanya
mempunyai implikasi yang boleh dianggap sebagai sebuah langkah murni bagi
memartabatkan Bahasa Malaysia.

IMPLIKASI ISU KEPADA MASYARAKAT

Pencemaran bahasa melalui pelbagai media yang yang semakin berleluasa ini
sudah pasti akan memberikan kesan negatif kepada bahasa itu sendiri. Antaranya ialah :

Penulisan Esei Pelajar tidak Berkualiti


Kesan yang paling ketara adalah menyebabkan mutu Bahasa Melayu baku sama
ada lisan atau tulisan merosot. Perkara ini dapat dilihat dalam bidang pendidikan khususnya
dalam kalangan pelajar. Ramai pelajar yang tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan
baik. Walhal bahasa Melayu merupakan bahasa bangsa dan bahasa Ibunda. Lebih-lebih lagi
dengan

keadaan

penyalahgunaan

sekarang
bahasa

yang

seterusnya

timbul

pelbagai

mempengaruhi

perkara
cara

yang

penulisan

menyebabkan
para

pelajar.

Terutamanya penulisan esei dalam peperiksaan. Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan
istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas, lama-kelamaan bahasa ini akan
menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang sering disogok
oleh perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan
bahasa yang betul.
Wujudnya Salah Faham Semantik dalam Masyarakat
Salah faham semantik ialah kesukaran serta kegagalan penyampai dan penerima
mesej mentafsirkan kod yang ingin dijelaskan. Ianya akan mengganggu komunikasi antara
individu yang terlibat. Hal ini juga turut sama menjejaskan bahasa Melayu baku. Akibat
daripada perbezaan dialek, kesan yang jelas kelihatan ialah berlakunya salah faham
semantik. Ada sesetengah media yang menggunakan dialek tempat masing-masing.
Contohnya adalah siaran radio bagi setiap negeri. Selain itu, penulisan dalam laman sosial
iaitu blog. Sudah pastinya setiap individu mengarang penulisan mereka dengan bahasa
Melayu yang betul, namun ada segelintir individu yang menggunakan dialek mereka
mengikut negeri kelahiran.
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan
tergugat.

Umumnya, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan Bahasa


Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Walu bagaimanapun jika
penggunaan bahasa rojak yang melibatkan bahasa Inggeris dalam perbualan tidak
dibendung maka secara tidak langsung ia akan mengugat kedaulatan bahasa Melayu itu
sendiri. INi akibat sikap kebanyakkan masyarakat menganggap penguasaan bBahasa asing
terutamanya Bahasa Inggeris merupakan satu standard yang tinggi dalam kalangan
masyarakat. Maka secara tidak langsung, Bahasa Melayu akan menjadi bahasa dipingirkan
khususnya di Bandaraya metropolitan. Dengan menguasai Bahasa asing misalnya Bahasa
Inggeris akan menaikkan taraf pergaulan mereka.
Kemerosotan Kualiti Bahasa Melayu
Perkembangan media elektronik semakin maju ekoran perkembangan media siber
atau media baharu iaitu internet sehingga mampu menghasilkan pengiklanan yang menarik..
Namun begitu, kemajuan elektronik yang sedang dicapai ini telah dicemari dengan bahasabahasa yang kurang menyenangkan. Ini kerana terdapat pelbagai bahasa yang digunakan,
antaranya ialah bahasa Melayu. Jenis bahasa yang digunakan juga adalah pelbagai seperti
bahasa baku, bahasa rojak, bahasa perbualan dan dialek. Bahasa rojak atau bahasa
basahan telah menjejaskan kualiti bahasa melayu. Penggunaan bahasa dalam media ini
sukar dikawal kerana tiada peraturan yang dibuat untuk menghalangnya terutamanya di
media . Ianya hanya bergantung pada kesedaran dan tahap pengetahuan bahasa pengguna
media tersebut. Kesannya pada suatu ketika nanti, Bahasa Melayu tidak akan dipandang
tinggi lagi walaupun di Negara kita sendiri.
Bahasa Melayu diperlekehkan
Sikap peniaga atau pengiklan yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang
betul,

tepat

dan

berkesan

menyebabkan

martabat

bahasa

Melayu

seolah-olah

diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau salah penggunaan bahasa Melayu pada papan
tanda mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama peniaga dan pengiklan,
sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang digunakan pada papan tanda yang
mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru, dengan adanya sikap yang
sedemikian, kita dapat menyimpulkan bahawa, tahap kesedaran tentang penggunaan
Bahasa Melayu yang betul bukanlah suatu agenda yang penting. Akibatnya, generasi akan
datang menganggap perkara semikian tidak perlu lagi diketengahkan menjadi isu. Maka
Bahasa Melayu yang bertindak sebagai Bahasa Kebangsaan akan pupus menjadi sejarah
Bahasa sahaja.

Anda mungkin juga menyukai