Anda di halaman 1dari 2

1- Kata-kata aluan

2- Saya selaku pengetua Maahad al-Abbasiah tanpa


campur tangan atau dorongan daripada orang lain
berpendirian, saya tegaskan sekali lagi tanpa campur
tangan daripada orang lain bahawa saya belum bersedia
dengan pelaksanaan sekolah ini menjadi sekolah bantuan
kerajaan.
3- Pendirian saya ini disebabkan beberapa faktor iaitu
untuk mempertahankan wakaf orang yang terdahulu.
Andai kata , sekolah ini menjadi sekolah bantuan kerajaan
maka amanah yang telah kami pegang selama ini akan
saya khianati. Jika sekolah ini menjadi sekolah bantuan
kerajaan, berdasarkan akta pendidikan 1996, kuasa akan
terletak kepada menteri. Sebarang lantikan guru mahupun
kakitangan sekolah yang lain semuanya akan tertumpu
kepada kuasa menteri. Oleh sebab itu, untuk menjaga
wakaf dan amanat orang dahulu, saya dengan ini tegas
dan berdiri dengan pendirian saya untuk menolak menjadi
sekolah bantuan kerajaan.
4-Selain itu, sekolah Maahad Abbasiah ini juga menjadi
sekolah alternative kepada penduduk tempatan mahupun
penduduk luar untuk meneruskan pendidikan anak-anak
mereka yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke
mama-mana. Jika maahad Abbasiah ini menjadi sekolah
bantuan kerajaan, maka akan berlaku tapisan untuk
kemasukan pelajar ke sekolah. Oleh itu, bagaimana
dengan nasib anak-anak yang tidak dapat melanjutkan
pelajaran? Di manakah keadilan? Untuk pengetahuan,
sekolah ini membuat penerimaan pelajar secara terbuka.
Samada keputusan pelajar rendah, sederhama mahupun
tinggi. Kami juga Berjaya melahirkan beberapa pelajar
cemerlang dan membentuk pelajar kearah yang lebih baik.
Jadi, kenapa perlu djadikan kami sebagai sekolah bantuan

kerajaan jika kami mampu berdiri sendiri dan membawa


kejayaan kepada para pelajar.
5- Saya tidak mahu berucap panjang kerana saya akan
dianggap mempengaruhi guru-guru untuk menolak
menjadi sekolah bantuan kerajaan ini. Saya percaya
semua guru-guru di sini masih belum bersedia untuk
menukarkan status sekolah ini. Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai