Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1.0 PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah izin-Nya akhirnya dapat saya
menyiapkan tugasan Falsafah dan Pendidikan di Malaysia atas bimbingan Puan.Sabariah
Binti Yaakub ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang
telah membimbing saya sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang
iaitu Puan.Sabariah Binti Yaakub. Beliau bukan sahaja berjaya membimbing saya tetapi
banyak memberikan panduan, pengajaran dan ilmu-ilmu yang amat berguna kepada saya
dan rakan-rakan yang lain.
Selain itu, tidak lupa juga kepada ibu bapa saya dan suami saya yang banyak
membantu saya dalam menyiapkan tugasan pada kali ini. Walaupun mereka berjauhan
namun mereka tetap membantu saya dari segi sokongan dan bantuan kewangan.
Sehubungan dengan itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang juga
banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa pertolongan mereka
kemungkinan agak sukar untuk saya menyiapkan tugasan yang diberi ini.
Akhir kata dari saya, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu saya
secara langsung atau secara tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus
ini.
Sekian , terima kasih
-BHAVANII RAJASEGAR-
1.0 PENGHARGAAN
3.0 PENGENALAN
3-7
8-12
5.0 REFLEKSI
13
6.0 RUJUKAN
14
7.0 LAMPIRAN
15
3.0 PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan teras kepada sistem pendidikan di
Malaysia sejak 1988. FPK telah distruktur berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan
berlandaskan ideologi kebangsaan yang menerapkan Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru
dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (Choong, 2008).
" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
2 ( EDU 3101 / JUN 2013)
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke
kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang
mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling
rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan
matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk
melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan
menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama
untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung
merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita
negara.
Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang
berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk
membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya
kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan
budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang
ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.
Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan
peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada
kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan
kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan
membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan
masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu
proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan
memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman
bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan
mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan.
Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi
juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan
bermula dengan keluarg seterusnya kepada masyarakat dan negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan adalah untuk pembangunan diri
manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga
dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan
berbakti.
Pada 19 Ogos hingga 25 Mac 2013, saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) di SJK(T) Changkat, Batu Gajah,Perak. Jadi, saya telah membuat
pemerhatian terhadap peranan pihak pengurusan, prasarana, dan program dan aktiviti yang
dilaksanakan di sekolah ini dalam merealisasikan FPK.
Perkembangkan dan mempertingkatkan bakat, potensi dan kebolehan pelajar amat penting .
ia boleh berlaku melalui interaksi sosial (manusia dan alam sekeliling). Daripada
pendidikanlah pelajar diberi peluang untuk kembangkan bakat, potensi dan kebolehan.
7) Unsur emosi
Setiap individu mesti mempunyai emosi yang matang dan stabil. Selain itu individu juga
mesti memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang serta mempunyai sifat kekitaan dan
perpaduan.
8 ) Unsur jasmani
Setiap insan harus menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal. Ianya penting bagi
mengembangkan bakat dan kemahiran seperti teknikal, manipulatif ,dan sosial. Dan mereka
juga harus menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.
9) Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
5 ( EDU 3101 / JUN 2013)
Setiap individu wajib mengakui tentang kewujudan Tuhan. Sebagai Pencipta manusia dan
alam.Di samping itu, setiap insan harus menyedari bahawa hukum dan fenomena alam
merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan.Oleh itu, Individu bertanggungjawab ke
atas perbuatan dan tindakannya.Serta mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti.
10) Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
Setiap individu perlu menyintai ilmu pengetahuan.Mereka perlu berusaha memupuk budaya
ilmu dan budaya membaca.Serta berfikiran luas dan terbuka.
11) Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Rakyat yang berketrampilan mestilah mempunyai kecekapan dan kompetensi diri.Oleh itu,
mereka mestilah berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna serta
berpandangan jauh dan berinisiatif .
12) Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
Setiap individu mestilah mempunyai perwatakan diri yang baik serta berpegang kepada
nilai-nilai murni yang baik dan moral prinsip hidup.
15) Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara
Individu perlu berusaha memupuk perpaduan dengan sifat yang baik.Selain itu juga,kita
perlu berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang
ditetapkan untuk mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara. Oleh itu, kita mesti
mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.
6 ( EDU 3101 / JUN 2013)
17) Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
Dalam hal ini, setiap insan perlu mengamalkan serta menghayati Rukunegara sebagai
amalan hidup. Kita juga perlu memupuk persefahaman keluarga mematuhi norma
masyarakat semangat cintakan negara.
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia
dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dengan adanya FPK, maka
sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan
dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan
membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga
kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan
untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang
7 ( EDU 3101 / JUN 2013)
berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang
warganegara yang baik. Jika dilihat, falsafah pendidikan kebangsaan ini dapat membantu
dalam melahirkan murid yang
mampu
pelbagai aspek. Iaitu daris segi aspek (JERIS) jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh
segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara
menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat
dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.
Pendidikan di Malaysia suatu usaha berterusan ke arah melahirkan insan atau individu
yang seimbang dari aspek Sosial Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani atau lebih dikenali
sebagai JERIS. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan,
berakhlak
mulia,
bertanggungjawab
dan
berkeupayaan
mencapai
kehidupan.
Bagi
pelajar
yang
mempunyai
masalah
emosi
guru
kaunseling
bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan panduan supaya konflik emosi dalam diri
pelajar dapat diselesaikan dengan baik. Penjagaan emosi adalah penting kerana masalah
emosi bukan sahaja boleh menjejaskan mental malah juga fizikal. Jadi FPK, dapat
merealisasikan seseorang murid yang berkaliber dan penjagaan emosi yang baik, dimana
murid tersebut dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara pada masa akan
datang.
Justeru itu, seimbang daripada aspek jasmani iaitu sihat tubuh badan, emosi yang
stabil juga tidak cukup untuk melahirkan insan yang seimbang, jika tidak ada unsur rohani
dalam diri. Rohani adalah merujuk kepada pembentukan dan pembinaan watak dan
kejatidirian manusia. Sistem pendidikan melahirkan watak dan kejatidirian watak yang
sesuai dengan agama, adat dan sosio-budaya Malaysia, sebagaimana termaktub dalam
Rukun Negara. Unsur rohani ini diselitkan agar setiap individu percaya kepada Tuhan,
sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan serta berakhlak mulia dan berpegang
teguh kepada amalan-amalan yang baik. Jika rohani kosong atau penerapan nilai-nilai moral
tidak ada maka kita tidak dapat melahirkan keperibadian yang mulia. Oleh itu kerajaan telah
memantapkan
matapelajaran
agama
Islam
di
sekolah
kebangsaan
dengan
memperkenalkan program Jawi, Quran, Arab dan Fardu Ain (J-QAF). Bagi pelajar yang
bukan Islam pendidikan moral sudah cukup tetapi amali haruslah diutamakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran agar ianya dapat dipraktikan di luar.
Dengan itu, sihat, emosi stabil dan bermoral juga tidak dapat melahirkan insan yang
seimbang tanpa intelek. Intelek bermaksud daya kemampuan berfikir dan memahami
(menganalisis dan sebagainya). Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) insan
yang seimbang dan harmonis dapat mengamalkan ilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
mempunyai kepercayaan teguh kepada Tuhan, berfikiran tenteram, sihat tubuh badan, hidup
bermasyarakat dan cergas. Intelek merupakan unsur yang sangat diperlukan.
Keseimbangan dalam aspek intelek dapat diperkembangkan dalam pendidikan. Bagi
rakyat Malaysia intelek diukur di atas kertas ujian. Kebanyakan rakyat Malaysia
menganggap bahawa intelek merupakan lembing kejayaan individu. Perkara ini harus
dihakis, persepsi rakyat Malaysia harus diubah. Aspek intelek sepatutnya dijelaskan dengan
lebih menyeluruh di dalam pendidikan dengan menyatakan kepada individu bahawa
kejayaan intelek bukan bermaksud cemerlang di dalam peperiksaan, malah kejayaan
merangkumi intelek ialah kejayaan yang merangkumi keupayaan berfikir untuk hidup dan
berdikari. Contohnya, apalah guna cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
9 ( EDU 3101 / JUN 2013)
dengan mendapat 18 A1 tetapi tidak mampu hidup berdikari dan berfikiran rasional untuk
membuat keputusan yang bijak bagi menentukan masa hadapan. Guru-guru harus
mengukuhkan keyakinan pelajar dalam setiap subjek yang diajar supaya murid yang lahir
akan menjadi masyarakat Malaysia yang dapat membuat keputusan yang bernas dan bijak
serta tidak mendatangkan masalah pada masa hadapan. Guru boleh memberi peluang
kepada pelajar untuk menambahkan keyakinan pelajar dengan memberi mereka peluang
untuk bercakap di khalayak ramai.
Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), perkara yang sangat dititikberatkan
adalah berkaitan dengan soal keagamaan iaitu kepercayaan kepada Tuhan. Kepercayaan
kepada Tuhan adalah elemen yang ketujuh dalam Pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dimana kalau kita lihat kepentingannya, semua pelajar Islam diwajibkan
mengambil mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam dalam peperiksaan awam.
Sementara itu, pelajar bukan Islam hendaklah diberikan pelajaran Pendidikan Moral.
Kewajipan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pelajar-pelajar dapat mengamalkan
konsep kepercayaan kepada Tuhan kerana mereka telah diajar perkara tersebut di dalam
kelas. Dalam melihat kepada kerelevan kepercayaan kepada Tuhan dalam kalangan pelajarpelajar di negara kita berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pengkaji bersetuju dan
berpendapat bahawa ianya begitu relevan dan sesuai mengikut peredaran zaman dan
masa. Hal ini kalau kita lihat secara rasionalnya, individu-individu pelajar telah mengakui
tentang wujudnya Pencipta. Pelajar-pelajar telah mengamalkan kepercayaan keagamaan
masing-masing seperti dalam agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya.
Mereka mengakui bahawa manusia dan alam semesta dijadikan oleh Pencipta yang disebut
sebagai Tuhan. Malah mereka juga mengetahui hukum dan fenomena alam merupakan
peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta. Pelajar-pelajar juga boleh berfikir dan menyedari
bahawa manusia dijadikan adalah untuk memakmurkan alam dan bertanggungjawab di atas
perbuatan yang dilakukan seperti percaya adanya syurga dan neraka, dosa dan pahala,
hukuman dan tindakan dan lain-lain.
Secara realiti dunia pada hari ini, peredaran zaman telah mengubah pelbagai aspek
dalam kehidupan manusia di dunia ini. Tidak terkecuali dalam aspek pendidikan dan sahsiah
pelajar. Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah elemen yang
ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Elemen ini menyarankan rakyat
yang
memiliki
sikap
suka
membaca,
cintakan
ilmu
pengetahuan
serta
akan
menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan
iaitu gemar membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan berusaha
meningkatkan serta menyebarkan ilmu pengetahuan di samping memanfaatkan ilmu untuk
10 ( EDU 3101 / JUN 2013)
kebaikan diri dan orang lain serta berfikiran terbuka luas dan mendalam. Selain itu, dalam
pembentukan
FPK,
ianya
juga
menekankan
penyebaran
ilmu
pengetahuan
dan
dan
keluarga,
tanggungjawab
terhadap
perlembagaan
undang-undang,
tanggungjawab terhadap keamanan sejagat dan sebagainya. Oleh sebab itu, nilai ini telah
dipupuk dan disemai kepada rakyat Malaysia sejak berada di bangku sekolah lagi. Dengan
mengetahui tugas dan tanggungjawab ini diharapkan agar rakyat Malaysia mampu untuk
menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara yang berwibawa,
disegani dan dihormati disamping memelihara perpaduan kaum untuk menjamin keamanan
negara diteruskan.
Seterusnya hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan rakyat
Malaysia
yang
mampu
dan
berkeupayaan
untuk
menikmati
kesejahteraan
diri.
5.0 REFLEKSI
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Puan. Sabariah binti Yaakub
yang memberi
memahami konsep-konsep yang ingin dilaksanakan oleh FPK dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi penanda aras kepada perkembangan
sistem pendidikan di Malaysia ini. FPK sangat berguna bagi semua pihak terutama saya
yang akan berkecimpung di dalam bidang pendidikan tidak lama lagi. Saya dapat
menganalisis bagaimana FPK dapat membantu dalam melahirkan pelajar yang boleh
memberi sumbangan kepada masyarakat, sekolah dan negara.
Pertama sekali saya dapat analisis tugasan ini bahawa dalam sukatan pelajaran,
FPK telah menetapkan bahawa penggabungjalinan amat penting bagi memudahkan murid
12 ( EDU 3101 / JUN 2013)
memahami isi yang ingin disampaikan oleh guru pada setiap mata pelajaran . Tugasan ini
dapat menyedarkan saya bahawa perkembangan pendidikan di Malaysia bermula dari satu
Rukun Negara yang diterapkan dalam jiwa murid pada masa kini. Tugasan ini dapat
membantu saya dalam mengetahui proses pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan elemen-elemen serta implikasinya terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Saya
mengharapkan sistem ini akan digunakan berterusan dan tidak disalahgunakan oleh manamana pihak dalam sistem pendidikan di Malaysia. Banyak elemen-elemen yang penting FPK
dapat merealisasikan pelajar yang berketerampilan dan berwibawa kepada masyarakat dan
negara.
Saya sebagai bakal pendidik akan menerapkan konsep falsafah ini dalam diri saya
supaya saya dapat menggunakannya di masa akan datang. Walaupun sistem pelajaran
akan berubah namun konsep dan elemen yang terdapat dalam falsafah pendidikan tidak
akan digubal sewenang-wenangnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing Puan Sabariah binti Yaakub kerana memberi bimbingan dan tunjuk
ajar kepada saya sehingga saya mampu mendalami makna sebenar FPK dalam sistem
pendidikan Negara ini. Sepanjang saya menjalankan PBS , saya membuat banyak
pemerhatian terhadap pelaksanaan FPK di sekolah ini. Banyak pengalaman baru yang saya
telah dapat di sekolah ini. Dalam tempoh saya menjalankan PBS ini, saya mendapati
bahawa semua pihak terutamanya pihak pentadbiran dan guru-guru menunjukkan sikap
yang positif dalam tugas masing-masing bagi merialisasikan FPK di sekolah ini.
Sebagai buktinya, banyak program telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak
pentadbiran kepada murid-murid bagi memastikan murid-murid mereka mendapat
kecemerlangan dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sebagai penutup,
peranan semua pihak di sekolah ini adalah amat penting dalam membentuk kecemerlangan
murid-murid dari aspek JERIS seperti yang terkandung dalam FPK.
Seterusnya, dalam tugasan ini saya telah menerima satu cabaran dimana menghasilkan
e-book yang agak kreatif dan inovatif yang saya tidak pernah mengetahui tentang e-book.
Setelah saya menerima tugasan , saya perlu menghasilkan satu e-book yang menarik
tentang tokoh pendidik. Jadi saya mencari pelbagai bahan dalam internet mengenai
penghasilan e-book dan ia dapat memperkembangkan potensi saya dalam menghasilkan ebook yang cantik. Dengan bantuan rakan saya iaitu Azizan dapat saya mempelajari tentang
e-book ini. Ini merupakan satu pengalaman baru apabila menghasilkan e-book mengikut
kriteria atau idea sendiri. Penghasilan e-book ini sesuatu yang menyeronokkan dan dapat
memperluaskan fikirannya. Saya dan pasangan saya berusaha mencari bahan-bahan dan
maklumat tentang e-book dan tokoh pendidikan.
13 ( EDU 3101 / JUN 2013)
Syukur kepada Tuhan, akhirnya dengan limpah kurnia , dapat jua saya menyiapkan
tugasan ini sebagaimana yang dikehendaki tepat pada tarikh dan masanya dengan
sempurna. Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan kepada mereka yang telah
banyak terlibat secara langsung dan juga secara tak langsung dalam menyiapkan kerja
kursus ini, khasnya kepada pensyarah yang banyak berbudi, Puan. Sabariah binti Yaakub
serta ahli kumpulan saya yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar.
Saya juga amat mengharapkan teguran, cadangan dan nasihat yang membina dan
berguna agar dapat memperbaiki lagi hasil mutu kerja saya pada masa hadapan.
6.0 RUJUKAN
Abdul Rahman Arof & Zakaria Kasa (1994).Falsafah dan konsep pendidikan.
KualaLumpur: Fajar Bakti.
Chong Lean Keow (2008), Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia untuk PPPRPET.
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Ee Ah Ming (1998), Pendidikan Di Malaysia II (Semester V). Penebit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ibrahim Mamat (1993), Kepimpinan Sekolah, Teori Untuk Praktis. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Mok Song Sang, Falsafah Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, PTS
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
LAMAN SESAWANG
http://www.scribd.com. Akses pada 20 Februari 2008.
SK Seri Cheding, (2006). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. http://sksc.
ppdkualalangat.gov.my/index.php. Akses pada 20 Februari 2008.
Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein, (2005). Pesanan Menteri Pelajaran.
http://www.angkasa.coop/pelancar/Arkib/julai05/index.htm. Akses pda 22 Febuari 2008.
Wan Muhammad Wan Ibrahim, (2007). Kenyataan Media JIM - Guru Tonggak Pembinaan
Masyarakat Madani http://www.jim.org.my/modules.php?module=akhbar. Akses pada 24
Februari 2008.