Anda di halaman 1dari 2

4.

0 PRINSIP REKAAN DALAM KARYA SENI


Berdasarkan catan yang telah dihasilkan, terdapat beberapa prinsip rekaan yang terkandung dalamnya. Antaranya ialah harmoni.
Harmoni dihasilkan melalui susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang seni yang sesuai, seimbang dan mempunyai perhubungan.
Harmoni dapat mewujudkan keselarasan kerana adanya ciri-ciri yang tidak bercanggah. Bentuk dan sususnan daun pada tumbuhtumbuhan yang sejenis adalah sama dan harmoni. Contohnya, Bunga Rafflesia nampak harmoni kerana rupa, bentuk dan coraknya
yang tersusun serta jalinannya adalah sama dan teratur menimbulkan irama yang harmoni. Selain itu, warna semak-semak
mempunyai ton warna yang lebih kurang sama iaitu kuning muda, hijau muda dan hijau tua. Hal ini telah menunjukkan harmoni dalam
alam semula jadi. Dari segi harmoni pada alam haiwan, monyet dan penyu itu kelihatan harmoni kerana figuranya berimbangan
simetri. Selain itu, warna pada tubuh mereka adalah berharmoni. Contohnya, warna penyua adalah hijau tua dengan hijau muda.
Imbangan adalah keadaan yang tidak berat sebelah atau berpadanan pada kedua-dua bahagian secara bandingan. Imbangan
dapat diwujudkan jika terdapat kesamaan dari segi berat, saiz, bilangan atau tumpuan dalam olahan unsur-unsur seni. Imbangan
termasuklah imbangan simetri dan imbangan asimetri. Daun-daun, dan bunga-bunga bentuk atau rupa pada kiri dan kanan
menunjukkan imbangan simetri. Contohnya Bunga Rafflesia sebelah kiri dan kanannya adalah lebih kurang sama rupanya.
Seterusnya, Gunung Kota Kinabalu mempunyai imbangan asimetri. Dalam keseluruhan karya ini menunjukkan bahawa karya ini
terdapat imbangan asimetri iaitu atas sebelah kiri telah menyeimbangkan bawah sebelah kanan supaya karya tidak nampak berat
sebelah.
Kontra diwujudkan apabila terdapat ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama lain dalam sesuatu gubahan. Ciri-ciri yang
bertentangan dapat menarik tumpuan orang terhadap sesuatu karya seni. Sebagai contoh, corak bintik-bintik putih di atas Bunga
Rafflesia telah menjadi kontra dengan warna merah Bunga Rafflesia. Selain itu, ikan yang terdapat di bawah sebelah kanan juga
mempunyai kontra dari segi warna iaitu warna ungu dan warna kuning. Penegasan merupakan suatu unsur untuk menerik perhatian
orang terhadap sesuatu. Dengan adanya penegasan, maka terdapatlah unsur yang menonjol dalam satu-satu karya yang dapat

menarik tumpuan atau perhatian orang kepadanya. Berdasarkan catan poster yang dihasilkan, Bunga Rafflesia telah menjadi
penegasan dalam keseluruhan karya ini. Hal ini kerana kegunaan warna terang iaitu warna merah pada Bunga Rafflesia.
Kepelbagaian merujuk kepada keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam
sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat diwujudkan malalui aktiviti gayaan, perlanjutan, dan kontra. Penggunaan garisan yang berbeza
dapat mewujudkan prinsip kepelbagaian. Sebagai contoh, garisan berbulu telah digunakan di batu karang untuk menunjukkan jalinan.
Selain itu, garisan beralun telah digunakan untuk menunjukkan rupa semak-semak. Garisan beralun juga digunakan di laut supaya
dapat mewujudkan pergerakan. Di samping itu, karya ini juga telah menggunakan kepelbagaian warna iaitu warna asas, warna
sekunder dan juga warna tertier.
Prinsip yang terakhir yang terdapat dalam karya ini ialah pergerakan atau irama. Pergerakan ialah sesuatu keadaan di mana
sesuatu itu tidak diam atau rehat. Sesuatu objek itu mengalami pergerakan apabila ianya bergetar, bergoyang, bergegar, berayun,
memancar, berpusing dan sebagainya. Sebagai contoh, pergerakan binatang akuatik di dasar laut. Pergerakan dalam arah yang
berbeza menimbulkan irama. Tambahan pula, laut yang dilukis dengan menggunakan garisan beralun juga menunjukkan pergerakan
air laut.