Anda di halaman 1dari 1

Guru Mengajar, Murid Belajar Suatu Penilaian Semula

Ong Jia Wei


SMK Terusan Sugut (Kluster)
Dalam pegagogi, ramai berpendapat bahawa untuk sesuatu pengajaran dan pembelajaran untuk
berjalan, terdapat dua komponen yang mesti wujud dan berinteraksi iaitu Guru dan Pelajar. Guru
haruslah menjadi pemberi, memberi ceramah panjang berjam-jam tatkala pelajar mengantuk dan
pemikiranya melayang. Hakikatnya adalah, idea tentang pengajaran dan pembelajaran seperti di
atas adalah sebenarnya sangat tradisional. Kaedah pengajaran ini juga tidak membuat pelajar
untuk berfikir dan mencuba, menjadikan kristalisasi idea yang baru dipelajarai itu sukar.
Terdapat pelbagai cara di mana pembelajaran boleh dilakukan dimana Guru tidak lagi perlu
menjadi pemberi. Guru kini boleh menjadi pendemonstrasi, pembetul, fasilitator, dan masih
mampu membawa kepada pencapaian objektif pelajaran di mana pelajar melakukan tindakan
yang sepadan dengan objektif pengajaran.
Guru Sebagai Pendemonstrasi
Pengajaran dimana Guru menjadi pendemonstrasi biasanya menggunakan kaedah PPP
(Presentation, Practice, Production). Kaedah ini bermula dengan Guru menunjukkan, atau
membuat demonstrasi berkenaan sesuatu idea/kemahiran. Sebagai contoh, guru menunjukkan
cara-cara memasang palam pencucuh pada enjin motorsikal. Setelah melihat demonstrasi yang
ditunjukkan guru, pelajar pula akan cuba membuat benda yang sama. Di sini, guru boleh
membuat keputusan samada ingin memberi kebebasan kepada pelajar untuk mencuba sendiri,
ataupun membuat demonstrasi sekali lagi dengan pelajar mengikutinya pada masa yang sama.
Kaedah sebegini mengeluarkan Guru dari menggunakan kaedah pemberian input yang
tradisional. Kaedah ini juga memastikan pelajar mendapat latihan atau peluang untuk mencuba
menggunakan ilmu yang baru dipelajari.

Anda mungkin juga menyukai