Anda di halaman 1dari 1

Yang Berhormat .

Biro Rekreasi Wanita dan Pemuda Persatuan Tionghua Kota


Belud
Yang Berusaha Pemangku Guru Besar Puan Sally Tham,
Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Para ibu bapa,
Guru-guru, murid-murid yang dikasihi.
Selamat malam dan salam sejahtera saya ucapkan.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur, Puan Sally
Tham dan ahli jawatankuasa kerana telah menganjurkan Pesta Tanglung tahun 2014 ini dengan
jayanya. Sambutan baik warga sekolah, ibu bapa dan murid-murid terhadap Pesta Tanglung ini telah
membuktikan bahawa Pesta Tanglung yang berasal daripada masyarakat Cina semakin menarik minat
dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Saya berasa gembira kerana aktiviti ini bukan sahaja disambut oleh murid berketurunan Cina tetapi ia
turut disertai oleh murid pelbagai kaum. Keadaan ini menunjukkan kaum-kaum lain juga berminat
untuk mempelajari dan mengetahui budaya Tionghua yang unik dan berpelbagaian ini. Selain itu,
Pesta Tanglung ini tidak merupakan perayaan yang diraikan oleh kaum Cina sahaja tetapi ia
sememangnya diraikan oleh semua kaum untuk mengamalkan konsep 1 Malaysia.
Pesta Tanglung atau juga dikenali sebagai Pesta Kuih Bulan adalah merupakan aktiviti
tahunan Persatuan TiongHua dan telah dijalankan setiap tahun. Di samping itu, perayaan Pesta
Tanglung ini juga bertujuan supaya masyarakat Cina dapat berkumpul bersama dalam mengekalkan
warisan budaya masyarakat Cina. Walaupun kita semua dihimpit oleh kesibukan dengan pekerjaan
masing-masing, semangat dan sikap proaktif pihak sekolah yang sentiasa aktif di dalam kegiatan
berpersatuan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti di peringkat sekolah sebegini harus diberi pujian.
Ia secara refleksi menggambarkan sikap kita semua yang sentiasa berpegang kuat kepada adat dan
budaya tinggalan nenek-moyang dan berbangga meneruskan tradisi tersebut walaupun pengaruhpengaruh budaya luar sekarang ini sangat menghakis nilai-nilai ketimuran yang menjadi kebanggaan
kita semua. Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi.
Penganjuran Pesata Tanglung pada hari ini sudah pasti mempunyai matlamat atau objektifnya
yang tersendiri. Saya percaya dengan adanya sambutan sebegini, ia secara jelas memberi peluang
kepada kaum lain untuk mengenali dan memahami dengan lebih dekat budaya masyarakat kaum
Tionghua. Penganjuran program ini secara tidak langsung juga diharapkan dapat mengeratkan
hubungan dan ikatan persahabatan sesama warga sekolah dan masyarakat di luar sana. Sebelum
mengakhiri ucapan, syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat yang telah
bekerjasama dalam menganjurkan Pesta Tanglung ini yang pasti akan tercatat sebagai memori yang
cukup manis dan indah buat kita semua.
Akhir kata, adalah menjadi harapan saya supaya program ini dapat diteruskan pada tahuntahun akan datang dan pihak sekolah lebih giat lagi dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dapat
melibatkan semua warga sekolah. Semoga Pesta Tanglung yang sedang berlangsung ini berjalan
dengan lancar.
Dengan kata-kata itu, saya dengan bangganya merasmikan Malam Pesta Tanglung Peringkat
Sjkc Chung Hwa Kota Belud 2014. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai