Anda di halaman 1dari 25

BAB 3 : APRESIASI SENI VISUAL - PENDEKATAN SEJARAH DAN KRITIKAN SENI

VISUAL
Ringkasan Bab :
(a) Konsep Dan Kaedah Sejarah Seni Visual
i. Maksud Sejarah Seni Visual
ii. Tujuan Sejarah Seni Visual
iii. Kaedah Sejarah Seni Visual
(b) Konsep Dan Kaedah Kritikan Seni Visual
i. Pengertian Kritikan seni Visual
ii. Tujuan Kritikan Seni Visual
iii. Kaedah Kritikan Seni Visual

HURAIAN BAB :
(A) Konsep Dan Kaedah Sejarah Seni Visual
Pengenalan:
Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah.

Seni memenuhi

keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan,
kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian
seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu.
Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambilkira aspek-aspek formal, makna dan
konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan
sosiologi.

Kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik, bahan, dan hubungannya
dengan konteks penghasilan, termasuklah pengkarya dan persekitaran, serta penghayatan khalayak
terhadapnya menjadi perkara-perkara asas kepada bidang Sejarah Seni Visual. Justeru itu, Sejarah Seni
Visual adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji perkembangan tamadun manusia menerusi
penelitian terhadap kerja-kerja seni.

i. Maksud Sejarah Seni Visual


Ringkasan :
MENGKAJI PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA MENERUSI PENELITIAN TERHADAP KERJAKERJA SENI
MELIBATKAN APA JUA BERKAITAN KERJA SENI: PENGKARYA, PEREKA, PELUKIS, BENTUK, STAIL,
PROSES, TEKNIK, BAHAN, MAKNA, PEMILIK, PENAUNG, PERSEPSI, TANGGAPAN, PERANAN, DLL.
MENEROKAI FAKTOR-FAKTOR PENCETUS KARYA, AKIBAT, KESAN, PERANAN, FUNGSI, NILAI,
MAKNA, DAN PERSEPSI MASYARAKAT
BERKAIT DENGAN BIDANG, ILMU DAN PROFESION LAIN: BUDAYA, SASTERA, SAINS, POLITIK,
DLL.
PERJELAS PERANAN SENI DALAM KEHIDUPAN

Keluasan pengertian dan skop seni visual memungkinkan bidang Sejarah Seni Visual juga muncul
sebagai suatu disiplin ilmu mempunyai skop, peranan, dan cabang-cabang yang luas. Sejarah Seni
Visual tidak hanya terbatas kepada persoalan atau pengkajian tentang bentuk-bentuk seni, malahan
melibatkan apa-apa jua yang berkaitan dengan kerja seni itu sendiri, termasuklah tentang pengkarya:
pelukis dan pereka, bentuk, stail atau gaya, proses, teknik, bahan, makna, pemilik, penaung, persepsi,
tanggapan, peranan, dan kemungkinan-kemungkinan yang terhasil akibat daripada kewujudan karya seni
itu.
Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil berlandaskan pelbagai pengalaman yang merentasi
ruang dan jarak waktu yang tertentu. Dalam konteks ini, Sejarah Seni Visual pada dasarnya menerokai
akan apakah faktor-faktor pencetus terhasilnya karya, akibat atau kesan, peranan, fungsi, nilai, makna,
serta persepsi masyarakat terhadap sesuatu karya.

Oleh kerana penghasilan karya seni itu turut

berhubung dengan bidang-bidang ilmu dan kebudayaan yang luas, justeru itu bidang Sejarah Seni Visual
juga dilihat sebagai suatu bidang kajian yang berkait dengan bidang-bidang ilmu dan profesion lain.
Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu disiplin kemanusiaan yang menerangkan peranan seni
dalam kehidupan manusia (Zakaria Ali, 1989; Muliyadi Mahamood, 1993; Pointon, 1994; Tansey dan
Kleiner, 1996).

ii. Tujuan Sejarah Seni Visual


RINGKASAN:
MEMAHAMI MASA LALU MENERUSI KERJA-KERJA SENI

KARYA SENI SEBAGAI DOKUMEN SEJARAH

APRESIASI/PENGHAYATAN SEBAGAI DASAR/ASAS SEJARAH SENI

Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak mengetahui peristiwa masa lalu sebagai asas
untuk memahami situasi masa kini. Jika sejarawan memahami masa lalu dengan mengkaji fakta-fakta
peristiwa, sejarawan seni visual pula berusaha untuk memahami masa lalu menerusi karya-karya seni.
Dalam konteks ini, karya seni visual menjadi dokumen-dokumen sejarah yang merakamkan akan masa
atau era yang menghasilkannya, sementara apresiasi atau penghayatan seni yang menjadi dasar bidang
Sejarah Seni Visual bertindak sebagai asas untuk memahaminya. Selain daripada memperjelaskan akan
bentuk, makna, dan fungsi sesuatu karya, Sejarah Seni Visual juga melihat akan perubahan-perubahan
persepsi, fungsi, mahupun makna yang berlaku ke atas sesuatu karya itu, contohnya dengan mengkaji
faktor-faktor yang mewujudkan sesuatu perubahan (Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996).

iii. Kaedah Sejarah Seni Visual


RINGKASAN:

MENGHAYATI SENI DENGAN BERTANYA SOALAN-SOALAN ASAS TENTANG


KARYA
APAKAH OBJEK ITU?
UNTUK SIAPA DIBUAT?
BAGAIMANA KEADAANNYA SEKARANG?
ADAKAH IA SATU-SATUNYA?
APAKAH MAKSUDNYA?
BAGAIMANA DIPERSEMBAHKAN?
SIAPA MENGHAYATINYA?
(ASAS MENGENALI DAN MEMAHAMI KARYA: MENYESUAIKAN DIRI DENGAN
KARYA SENI)

Dalam bidang Sejarah Seni Visual, karya seni merupakan dokumen sejarah atau sumber primer yang
penting, sementara apresiasi atau penghayatan seni menjadi asasnya.

Kaedah mendekati atau

menganalisis karya seni boleh dilakukan dengan mengajukan beberapa soalan asas tentang karya yang
sedang dikaji ataupun dihayati.
Misalnya, ia boleh dimulai dengan bertanya apakah objek itu?; untuk siapa ia dibuat?; ia dibuat
daripada apa?; bagaimana keadaannya sekarang?; adakah ia satu-satunya objek sedemikian?; apakah
maksudnya?; apakah yang cuba disampaikan?; bagaimanakah ia dipersembahkan?; dan siapakah yang
menghayatinya?. Atau, ia boleh dimulakan dengan soalan siapakah pembuatnya?; di mana ia sekarang?;
bagaimana ia berada di tempatnya kini?; bila ia sampai di tempatnya kini?; siapa yang
mendapatkannya?; mengapa?; berapakah harganya?; siapa pemilik asalnya?; siapa yang menghayatinya?
(Pointon, 1994: 61). Persoalan-persoalan asas ini menjadi dasar dalam mengenali serta memahami
sesebuah karya seni itu dengan lebih dekat dan bermakna. Ini yang ditegaskan oleh Hauser dalam
tulisannya, bahawa dalam usaha memahami karya seni, kita tidak terus menerangkannya, tetapi cuba
menyesuaikan diri kita dengannya.
Berbicara tentang karya seni, Hauser menulis:
We do not go straight towards them, but circle around them. Each generation sees them from a
different point of view and with a fresh eye; nor is it to be assumed that a later point of view is more apt
than an earlier one. Each aspect comes into sight in its own time, which cannot be anticipated or
prolonged; and yet its significance is not lost, for the meaning that a work assumes for a later
4

generation is the result of the whole range of previous interpretations. (Hauser, 1959 in Fernie, 2001:
205).
Pengkajian Sejarah Seni Mengambilkira Aspek Berikut :
RINGKASAN:
MENGAMBIL KIRA ASPEK:
PENGOLAHAN KARYA : IDEALISASI , REPRESENTASI , STAILISASI
GAYA PENAMPILAN : REALISTIK , SEPARA REALISTIK , ABSTRAK
PERIOD/ASPEK MASA: SEJARAH DAN KEBUDAYAAN
MAKNA: TERSURAT, TERSIRAT

Secara umumnya, pengkajian terhadap karya seni perlu mengambilkira aspek-aspek bentuk (aspekaspek formal, termasuklah pengolahan karya dan gaya penampilan) dan makna (ikonografi: tersurat dan
tersirat). Penelitian terhadap bentuk dan makna ini pula dihubungkan dengan konteks penghasilan
sesuatu karya, misalnya aspek-aspek period atau masa: sejarah dan kebudayaan.
a. Aspek Formal Pengolahan karya : Idealisasi ,Representasi , Stailisasi
-Idealisasi merujuk kepada persoalan kepercayaan
-Staillisasi merujuk kepada pengkaryaan dan perekaan
-Representasi merujuk kepada perlambangan
Pengolahan
Idealisasi

Ciri-ciri/maksud
-Idealisasi merujuk kepada persoalan kepercayaan

Contoh
-contoh dalam

-gaya ini banyak diguna pada imej agama.Olahan dibuat

karya Leonardo

menggunakan formula dan perkiraan.

da Vinci , El

-ia biasa dibuat dalam susunan segitiga(hieratic) dan saiz

Greco.

figura berbeza mengikut kepentingan.


-ia dibuat begitu untuk menyampaikan rasa keunggulan dan
ketinggian serta kemuliaan.
-susunan secara hieratic iaitu satu system susunan bertingkat,
dimana orang yang penting diletakkan di bahagian
atas.Biasanya dibuat dalam susunan segitiga.
-unsur exaggeration juga dibuat pada imej.Exageration
bermaksud imej utama dilebih-lebihkan terutama dari segi
saiznya.Contohnya imej Tuhan dibesarkan saiznya hampir 3
Stailisasi

kali ganda saiz orang biasa.


-Staillisasi merujuk kepada pengkaryaan dan perekaan
5

-motif batik ,

-imej dibuat dengan menekankan aspek bahan yang digunakan wayang kulit
dan rupa yang akan diserasikan.keserasian bahan dengan
imej.Ia lebih kepada masalah rekaan contohnya penggunaan
gambar dalam motif.Sesuai atau tidak gambar yang digunakan
pada motif tersebut,cth motif pada kain batik.
-juga disebut penggayaan imej dimana imej diringkaskan atau
dimudahkan.Contoh imej kartun.
Representasi -Representasi merujuk kepada perlambangan

-ukiran tradisi

-perlambangan untuk tujuan abstrak/mujarad bagi menerangkan Melayu ,


perkara bukan objek contoh tentang asal usul atau ketuhanan.

arabesque(corak

-menekankan aspek elemental(unsur-unsur) dan primeval(asas).

hiasan pada

-corak pada ukiran misalnya boleh menyatakan tentang unsure dinding masjid
asas pada alam kalau ukiran itu bermotifkan

yang bersifat

tumbuhan.Tumbuhan tersebut diringkaskan atau diabstrakkan.

geometric)

Contoh pengolahan idealisasi :


Contoh pengolahan idealisasi
bentuk hieraki segitiga

Contoh pengolahan idealisasi


bentuk hieraki segitiga

Pengkarya
:Leonardo DA
VINCI (14521519) Italian
painter,
draftsman,
sculptor,
architect, and
engineer
Tajuk:The Virgin
of the Rocks
Tahun:1503-06
Media: Oil on wood
Saiz: 189.5 x 120 cm (6 x 4 ft)

Contoh pengolahan idealisasi


bentuk saiz

b. Aspek Formal Gaya Penampilan : Realistik , Separa Abstrak , Abstrak


Gaya
Ciri-ciri/maksud
Penampilan
Realistik
-gaya yang menekankan aspek ketepatan dan realistik.Imej
dilukis seperti objek asal atau menyamai objek asal.
-juga disebut aliran naturalisme , realisme , superealisme.
-superealisme adalah pendekatan pengkaryaan yang hampir
menyamai gambar foto atau seperti foto.
Separa
Abstrak
Abstrak

Contoh
-karya Leonardo da
Vinci , Constable.

c. Period : Sejarah , Kebudayaan


-Sejarah merujuk kepada kronologi.
-Kebudayaan merujuk kepada ketamadunan.
d. Makna : Tersurat , Tersirat
-Ikonologi , ikonografi , tema , hal benda , dan simbol merujuk kepada makna yang tersurat dan
tersirat

Kesimpulan:

SEJARAH SENI VISUAL: MENGKAJI PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA


MENERUSI PENELITIAN TERHADAP KERJA-KERJA SENI

(B) Konsep Dan Kaedah Kritikan Seni Visual


Pengenalan
Karya seni Visual merupakan sesuatu yang amat subjektif untuk dinilai , justeru itu
pemahamannya adalah berlainan antara individu . Dengan itu individu akan mengemukakan
pandangan sendiri (own opinions) tentang sesebuah karya. Pandangan sendiri ini pula perlu
berasaskan peraturan menilai karya seni kerana terdapat aspek-aspek tertentu yang perlu diberi
7

perhatian semasa membuat penilaian.Kebolehan mengemukakan pandangan sendiri dalam proses


kritikan inilah yang perlu ada pada setiap pelajar seni atau masyarakat sekitar , sebab ia dapat
menyumbang kepada pembentukan persepsi dan apresiasi (penghargaan) seni visual yang
lebih berkesan. Dengan itu kewujudan produk seni visual di sekeliling akan dilihat dengan lebih
bermakna dan bukannya sesuatu yang berfungsi sebagai hiasan sahaja.
i. Pengertian Kritikan seni Visual
Seorang pensejarah seni iaitu Feldman (1994) menyatakan bahawa kritikan seni bermaksud wacana
tentang sesuatu karya seni sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan(Defined as talk-spoken or
written-about art ). Kritikan seni dilakukan daripada pelbagai sudut berasaskan satu sistem atau strategi
yang teratur, merangkumi aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan.
Sesebuah karya seni Visual merupakan suatu produk yang bermakna dan berfungsi.Ia dihasilkan
bukan kerana tujuan yang kosong tetapi berisi. Isinya atau maknanya pula boleh dibaca atau
dinilai walaupun persembahannya dalam bentuk imej atau visual. Pembacaan imej adalah satu
proses memahami sesebuah karya itu maka ia disebut PEMAHAMAN SENI. Melalui proses
pembacaan ini juga akan keluarlah pendapat , pandangan , serta ulasan tentang sesuatu karya itu
baik secara bertulis atau lisan dan proses atau aktiviti inilah yang disebut sebagai KRITIKAN
SENI.
Pemahaman dan kritikan ini adalah berasaskan satu sistem yang teratur dan ia dikaji dari
pelbagai sudut yang relevan. Keseluruhan proses atau aktiviti kritikan seni dilakukan daripada
pelbagai sudut berasaskan satu sistem atau strategi yang teratur, merangkumi aspek diskripsi, analisis,
interpretasi dan pertimbangan. Proses kritikan ini pula mungkin dibuat secara bertulis atau secara
lisan dan biasanya ia berlaku secara lisan iaitu secara perbincangan dan sebagainya.Penulisan
pula lebih bertujuan untuk kajian atau lebih ilmiah atau untuk penerbitan.
Selain Feldman (1994) terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh penulis barat lain
tentang maksud kritikan seni visual antaranya :
i. (Art Talk) An organized system for studying a work of art
Dalam konteks ini kritikan seni visual itu dimaksudkan sebagai satu sistem

tersusun

yang

diguna pakai dalam proses mengkaji karya seni visual.Definisi ini lebih menekankan penggunaan
satu sistem atau skima yang teratur yang telah ditetapkan oleh pengkaji tersebut atau pengkaji
8

terdahulu atau satu sistem yang telah diiktiraf oleh ramai pengkaji. Umpamanya dengan
menggunakan

strategi

tertentu

seperti

melalui diskripsi , analisis , interpretasi

serta

proses

pertimbangan.Strategi inilah yang dimaksudkan sebagai sistem tersebut.


ii. (Michael) Write and talk about art
Pendapat ini pula menyatakan bahawa kritikan seni itu adalah satu aktiviti atau proses yang
melibatkan penulisan dan perbincangan serta ceramah tentang karya seni atau tentang seni itu
secara umum.Skop penulisan , perbincangan serta ceramah mungkin boleh melibatkan tentang
pameran seni , stail seni , sejarah seni atau tentang seseorang pelukis.
iii.Those who cultivate this ability to look at art , analyse the forms , offer multiple
interpretations of meaning , make critical judgements and talk or write about what they see ,
think and feel about art are doing art criticism(DBAE)
Pendapat ini adalah merangkumi definisi yang telah dihuraikan terdahulu.Setiap sesuatu aktiviti
yang dilakukan yang berkaitan pemerhatian terhadap karya seni atau menyentuh karya seni
dikatakan adalah proses kritikan seni. Ini termasuklah membuat analisis bentuk karya tersebut ,
memahami maksud , membuat penilaian , menulis , berfikir serta berbincang tentang karya seni
adalah kritikan seni.
Kesimpulan :
Kritikan seni penting dalam perkembangan seni visual kerana ia mempengaruhi profesion
karyawan, persepsi dan daya apresiasi khalayak, cita rasa dan strategi pengumpul seni, pemilik galeri
serta promoter seni. Justeru itu, kritikan seni yang baik boleh dianggap sebagai suatu alat terbaik
menentukan arah perkembangan seni pengkarya dan seni visual secara umumnya.

ii. Tujuan Kritikan Seni Visual


Kritikan seni merangkumi pelbagai persoalan asas dan ruang litup seni visual, seperti bentuk, makna dan
konteksnya. Dalam kritikan seni, pengkritik perlu mengambil kira aspek hal benda, komposisi, dan
kandungan karya menerusi strategi terancang yang melibatkan aspek diskripsi, analisis, interpretasi
dan pertimbangan. Sesebuah karya kritikan seni boleh terhasil dalam bentuk jurnalistik mahupun
ilmiah, diterbitkan serta disebarkan untuk pengetahuan pengkarya dan khalayak.

Kritikan seni

memainkan peranan penting dalam perkembangan seni visual baik bagi pengkarya mahupun khalayak
secara umumnya. Berikut merupakan tujuan kritikan Seni Visual :
1.PENGKARYA: MEMPERTINGKATKAN MUTU KARYA
Kritikan seni boleh mempengaruhi profesion pengkarya kerana ia merupakan suatu bentuk reaksi,
maklum balas, pengesahan malahan pengiktirafan terhadap sesuatu produk seni yang dihasilkan.
Menerusi maklum balas itu, pengkarya boleh menambahbaik mutu atau gaya karya mereka secara
berterusan. Proses penambahbaikan ini boleh menyentuh persoalan idea, konsep, teknik, tema, hal
benda, atau gaya persembahan secara umumnya.

Hal ini demikian kerana kritikan seni lazimnya

menyentuh kepelbagaian aspek itu, berdasarkan kemampuan serta pendekatan yang diambil oleh
pengkritik. Bagi pengkarya, kritikan boleh membantu mereka mempertingkatkan profesion menerusi
penambahbaikan dalam proses pengkaryaan dengan mengambil kira reaksi serta maklum balas dari
pengkritik mahupun khalayak.
2.MASYARAKAT/KHALAYAK/PENGHAYAT: PERTINGKAT TAHAP APRESIASI DAN BERI
KEFAHAMAN
Penulisan sejarah serta kritikan seni merupakan dokumen-dokumen penting bagi pengkaji dan khalayak
untuk mengenali sesebuah karya itu dengan lebih berkesan dan bermakna. Hal ini memungkinkan
mereka mempertingkatkan kefahaman, persepsi dan daya apresiasi tentang seni secara umumnya.
Menerusi kritikan seni, khalayak boleh memahami dengan lebih lanjut akan sesebuah karya itu,
misalnya dari sudut tema, teknik, gaya dan makna. Khalayak memahami aspek bentuk dan makna karya
secara tersurat dan tersirat, bukan melihat secara luaran sahaja kerana kritikan seni menampilkan
diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan yang membolehkan mereka meletakkan seni pada
konteks ruang dan masanya.
Bagi penghayat pula, kritikan seni boleh mempertingkatkan tahap apresiasi serta persepsi mereka
terhadap seni visual secara umumnya.Dalam kritikan, pengkritik seni menyentuh persoalan-persoalan
yang meliputi aspek perasaan, idea, serta pelbagai perkara lain yang diungkapkan pengkarya melalui
karyanya, sama ada dalam bentuk catan, lukisan, arca, periklanan, kartun, komik, reka bentuk laman
web, poster dan seumpamanya.

Pengkritik berperanan sebagai penghubung antara pengkarya dan

khalayak menerusi hasil kritikannya yang mengupas kepelbagaian nilai serta makna. Dengan kata lain,
pengkritik juga berupaya mengupas serta memperjelaskan nilai-nilai yang tersurat dan tersirat dalam
sesebuah karya seni untuk makluman khalayak dan pengkarya itu sendiri. Menurut Feldman (1994),
pengkritik mempunyai dua peranan besar, iaitu mengulas organisasi estetik dan pengolahan teknik
10

karya, di samping menyentuh persoalan-persoalan minat serta nilai yang disimbolkan dalam sesebuah
karya seni.
3.MENENTUKAN

ARAH

PERKEMBANGAN

SESEBUAH

KEBUDAYAAN:DKK,

PENCARIAN IDENTITI NASIONAL SERTA MENYELESAIKAN ISU KEBUDAYAAN


Oleh kerana kritikan seni mengulas, menganalisis, menginterpretasi, dan menilai karya seni visual yang
juga merupakan objek budaya, maka ia pada dasarnya berhubungan dengan hal ehwal kebudayaan.
Dalam konteks ini, kritikan seni sebenarnya turut berperanan dalam menentukan arah perkembangan
sesebuah kebudayaan. Karya seni adalah cerminan masyarakat dan budaya yang terungkap melalui
pengucapan tatabahasa visual pengkarya. Pengkritik mengupas persoalan-persoalan tersebut, justeru
memaklumkan kepada khalayak tentang kedudukan pengkarya dan kebudayaan secara umumnya.
Pertimbangan serta penilaian pengkritik boleh dijadikan landasan serta panduan penambahbaikan
mahupun penentuan arah seni dan budaya. Dalam konteks ini, tujuan-tujuan kritikan seni adalah untuk
membimbing, memberi kefahaman dan penjelasan kepada khalayak mengenai sesuatu karya yang
dikupas. Menerusi pertimbangan serta penilaian yang dilakukan, pengkritik berupaya memperjelaskan
ataupun menyelesaikan isu-isu berkenaan estetik dan kebudayaan.

Justeru itu, kritikan seni pada

dasarnya tidak terpisah daripada konteks kebudayaan pengkarya, masyarakat mahupun tamadun.
4.PROMOSI SENI, GALERI, BAKAT BARU
Bagi pemilik galeri dan promoter seni, kritikan boleh membantu mereka mempromosi serta menjual
karya seseorang pelukis. Ia boleh mewujudkan suatu bentuk komunikasi antara pemilik galeri atau
promoter seni dengan pembeli atau khalayak. Kritikan membolehkan pemilik galeri dan promoter seni
mengenalpasti bakat-bakat baru di samping terus mempromosikan pelukis-pelukis sedia ada. Meskipun
dalam etika kritikan, seseorang pengkritik tidak seharusnya secara langsung bekerjasama dengan
pemilik galeri ataupun promoter seni bagi menaikkan seseorang pengkarya ataupun sesuatu produk,
tulisannya yang neutral itu boleh mempengaruhi khalayak secara umumnya.

5.PERTINGKAT NILAI KARYA BAGI PENGUMPUL KARYA SENI


Bagi pengumpul karya seni, kritikan boleh mempertingkatkan nilai sesuatu karya yang mereka miliki.
Sesebuah karya seni akan menjadi lebih terkenal jika ia diperkatakan serta dibicarakan secara meluas,
justeru itu memungkinkan ia dikenali lebih ramai dan menjadi popular. Kepopularan karya boleh
mempertingkatkan nilai komersilnya. Di samping itu, kritikan juga berupaya mengesahkan atau
membenarkan persepsi atau tanggapan pengumpul seni terhadap sesuatu karya yang mereka miliki atau
11

berhajat untuk dibeli.

Bagi muzium, galeri seni awam dan swasta, serta yayasan kesenian yang

mengumpul seni, kritikan seni berupaya memperkayakan dokumentasi serta bahan rujukan koleksi, di
samping memberi mereka panduan bagi membeli karya-karya yang baru, baik dan berpotensi.
6.DOKUMEN SEJARAH SENI
Bagi sejarawan dan pengkaji seni, kritikan seni boleh membantu usaha mereka meletakkan kedudukan
seseorang pengkarya mahupun produk seni itu dalam peta perkembangan seni yang lebih luas. Hal ini
menunjukkan bahawa, selain daripada menjadi wadah pendidikan, kritikan seni juga boleh menjadi
dokumen-dokumen sejarah yang penting lagi berharga.

iii. Kaedah Kritikan Seni Visual


1. Pendekatan Kritikan Seni
Terdapat dua pendekatan asas yang digunakan untuk membuat kritikan terhadap karya seni visual iaitu
pendekatan Jurnalistik dan Ilmiah.Dua pendekatan ini adalah lebih kepada bentuk kritikan secara
penulisan.

12

a) Pendekatan Jurnalistik (lihat contoh lampiran)


Pendekatan ini adalah penulisan dalam bentuk laporan , penerangan dan penulisan secara diskriptif
(penerangan ringkas dan tidak terperinci) seperti penulisan berkaitan sesebuah pameran seni di galeri atau
isu seni visual yang disiarkan dalam surat khabar atau majalah , radio dan televisyen untuk bacaan dan
makluman umum.Penulisan biasa dibuat oleh orang/penulis yang berkaitan dengan seni atau oleh orang
/penulis biasa.Pendekatan ini merupakan penulisan yang tidak menyeluruh dan kurang terperinci.
b) Pendekatan Ilmiah(lihat contoh lampiran)
Penulisan yang lebih terperinci dan in-depth dibuat secara interpretif yang disiarkan dalam jurnal dan
majalah ,buku , laporan dalam seminar dan conference berkaitan dengan isu-isu seni visual juga berkaitan
dengan sesebuah karya tetapi lebih menyeluruh konteks penganalisaannya. Pendekatan ilmiah selalunya

disokong oleh fakta serta sumber-sumber rujukan dan kajian lain yang menyokong serta
memperkukuhkan sesuatu hujahan. Penulisan seperti ini lazimnya dilakukan oleh sarjana seni, misalnya
profesor, kurator muzium, penyelidik, dan penulis.
PERBEZAAN ANTARA PENDEKATAN KRITIKAN SENI SECARA ILMIAH DENGAN
JURNALISTIK
ILMIAH
Kaedah/Cara
-Penulisan yang lebih terperinci dan in-depth
dibuat secara interpretif
Medium Penerbitan/Penyiaran
-Biasa disiarkan dalam jurnal dan majalah ,buku ,
laporan dalam seminar dan conference
Penulis
-Penulisan seperti ini lazimnya dilakukan oleh
sarjana seni, misalnya profesor, kurator muzium,
penyelidik, dan penulis.
Fakta Rujukan(Nota kaki dll)
Pendekatan ilmiah selalunya disokong oleh fakta
serta sumber-sumber rujukan dan kajian lain yang
menyokong serta memperkukuhkan sesuatu
hujahan.Fakta rujukan merupakan sesuatu yang
wajib.

JURNALISTIK
Kaedah/Cara
-Laporan , penerangan dan penulisan secara
diskriptif (penerangan ringkas dan tidak
terperinci)
Medium Penerbitan/Penyiaran
-Biasa disiarkan dalam surat khabar atau majalah ,
radio dan televisyen
Penulis
-Penulisan biasa dibuat oleh orang/penulis yang
berkaitan dengan seni atau oleh orang
/penulis/wartawan biasa yang tiada kaitan dengan
seni visual.
Fakta Rujukan(Nota kaki dll)
Pendekatan jurnalistik tidak begitu memerlukan
fakta yang menyokong serta memperkukuhkan
sesuatu hujahan. Terdapat fakta rujukan yang
digunakan tetapi tidak wajib.

2. Strategi Kritikan Seni


Pengenalan :
Strategi kritikan seni adalah satu proses yang sistematik dan teratur dalam membuat kritikan
seni visual.Ia meliputi peringkat mudah sehinggalah ke peringkat kompleks iaitu meliputi aspek
diskripsi , analisis , interpretasi dan pertimbangan.Dalam hal ini kefahaman pengkritik tentang
aspek asas bahasa seni(rujuk tajuk Bahasa Seni Visual) visual karya iaitu hal benda ,
komposisi(aspek formal/asas seni reka) serta kandungan(makna /fungsi/konteks) amatlah perlu.Tanpa
13

kefahaman atau penguasaan bahasa seni visual ini seseorang pengkritik itu tidak akan berjaya
membuat kritikan yang berkesan dan menyeluruh.Justeru itu untuk menjadi seseorang pengkritik
mereka perlu menguasai bahasa seni visual.Biasanya seseorang yang buta seni visual hanya akan
dapat membuat kritikan sampai peringkat diskripsi sahaja iaitu melihat secara tersurat/luaran
sahaja. Berikut merupakan strategi-strategi utama kritikan seni visual mengikut tahap.
i.Diskripsi
Diskripsi adalah peringkat strategi kritikan yang paling mudah,ia meliputi satu proses yang
melibatkan pemerhatian tentang imej , subjek/hal benda/objek yang kelihatan/tersurat pada karya
sahaja secara ringkas tanpa perincian.Juga disebut mengkaji aspek Imitationalisme(Literal
Quality).Dalam strategi diskripsi, seseorang pengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya,
seperti pengolahan formal dan mengenal pasti imejan tanpa perincian. Dia perlu mengumpul data-data
asas atau data-data visual karya dan fakta-fakta pengkarya seperti biodata, tajuk, medium,saiz/dimensi
dan tarikh: jelasnya, menyediakan suatu inventori akan perkara-perkara utama itu.
ii.Analisis
Mengkaji dari segi organisasi atau penyusunan hasil seni umpamanya bagaimana prinsip seni dan
elemen rekaan (asas seni reka) digunakan

untuk

menimbulkan

kesan

kesatuan(unity)

pada

karya.Juga disebut sebagai mengkaji aspek formalistik (formal qualities).


Pada tahap analisis karya, pengkritik perlu menganalisis fakta-fakta visual, contohnya dari sudut
pengolahan komposisi, garis, cahaya, bentuk, warna, permukaan, dan jalinan. Ini dihubungkan dengan
persoalan proses dan teknik serta mencari pertaliannya dengan persoalan idea dan perasaan misalnya.
Menerusi strategi ini, pengkritik seharusnya berupaya menganalisis serta mengenal pasti kepelbagaian
hal benda dalam karya yang antara lain merangkumi figura, alam semula jadi, alam persekitaran dan
objek buatan manusia. Keupayaan mengenal pasti ini seharusnya diiringi dengan kebolehan membaca
bentuk penampilan imejan yang mungkin berkaitan dengan pelbagai aliran dan gaya seni, baik yang
bersifat tradisi, moden, pascamoden mahupun kontemporari.

Pengetahuan ini memungkinkan

pengkritik membuat perbandingan serta perhubungan di antara satu karya dengan karya-karya yang lain,
ataupun satu gaya dengan gaya-gaya yang lain. Hal ini amat penting bagi membentuk pandangan dan
pertimbangan kendiri oleh pengkritik.
Komposisi merangkumi aspek-aspek asas seni reka, media dan teknik. Pengkritik sewajarnya berupaya
menganalisis pengolahan komposisi karya dengan memberi tumpuan kepada prinsip dan unsur seni serta
memahami kepelbagaian bentuk tatabahasa visual seperti abstrak, realistik, naturalistik, dan separuh
abstrak yang digunakan pengkarya bagi mengungkapkan bentuk dan makna karyanya.

Pengetahuan

pengkritik mengenai penggunaan media dan teknik akan mempertajamkan kritikannya kerana dia
berupaya menyelami kaedah-kaedah pembentukan sesebuah karya dengan lebih mendalam.

14

iii.Interpretasi
Bahagian ini lebih terperinci di mana ia mengkaji kualiti ekspresif yang melibatkan mood ,
perasaan dan idea.Dalam erti kata lain pengkritik mengkaji maksud tersirat yang terdapat dalam
karya melalui analisis terhadap kualiti ekspresif pada karya.Ia juga disebut sebagai Emotionalisme
(expressive qualities).Tafsiran kualiti ekspresif ini mungkin berbeza antara seorang pengkritik
dengan pengkritik yang lain.
Berdasarkan analisis hal benda dan komposisi, seseorang pengkritik berupaya melakukan interpretasi
iaitu mengenal pasti kandungan sesebuah karya yang mengungkapkan sesuatu tema, makna, dan
fungsi. Dalam hal ini, pengkritik berusaha meletakkan bentuk dan makna karya pada konteksnya.

iv.Pertimbangan(Judgement)

Pada bahagian ini seseorang pengkritik sudah boleh menilai sesebuah karya itu samada ia karya
yang berkesan atau sebaliknya , berkualiti atau tidak.Rangkuman ketiga-tiga proses di atas iaitu
diskripsi , analisis dan interpretasi memungkinkan pengkritik membuat pertimbangan dan penilaian
yang sewajarnya.Pengkritik boleh membentuk pendapat dan membuat keputusan bagi menentukan degree
of artistic merit dalam hasil karya seni visual.

Menurut

Feldman terdapat

tiga

bentuk

pertimbangan

dan penilaian

iaitu yang berbentuk

formalisme, ekspresivisme, mahupun instrumentalisme (Feldman, 1994).


Pertimbangan dari sudut formalisme adalah pertimbangan berasaskan aspek-aspek keindahan dan
harmoni; ekspresivisme ialah pertimbangan berdasarkan keupayaan menyampaikan perasaan dan idea;
sementara instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai suatu
wadah atau alat, contohnya dalam konteks sesuatu institusi, masyarakat dan negara.
Kesimpulan :
Kritikan seni memerlukan daya kefahaman individu yang baik terhadap pelbagai aspek karya seni visual
yang dibicarakan. Justeru itu, untuk menjadi seorang pengkritik yang baik, seseorang individu itu
sewajarnya mempunyai pendidikan formal dalam bidang seni serta berpengetahuan luas. Dia
seharusnya berupaya berkomunikasi dengan baik dan jelas, sama ada secara lisan ataupun tulisan. Dia
juga sewajarnya bersifat terbuka, bersedia untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan
khalayak, serta mempunyai kejelasan pemikiran dan ekspresi. Aspek-aspek ini amat perlu bagi
seseorang pengkritik dalam menghasilkan pertimbangan dan penilaian yang berbentuk formalisme,
ekspresivisme, mahupun instrumentalisme (Feldman, 1994).
CONTOH PENGGUNAAN STRATEGI KRITIKAN SENI VISUAL
DISKRIPSI
Pengkarya: Abdullah Ariff
Tajuk : Coconut Plantation-Dawn(1948)
15

Media: Cat Air


Saiz : 15x22
Hal benda : Ladang kelapa (alam) , peladang , pondok , kambing , buah kelapa .
ANALISIS
-Perbezaan cahaya yg ketara mewujudkan kesan ruang.Warna-warana gelap memenuhi
bhgn latar hadapan sementara cahaya cerah menguasai latar belakang.
-Pengolahan ruang menggunakan tona warna yg mewujudkan kesan-kesan kekabusan
dikenali sebagai atmosphera perspektif.Stail impresionis.
-Imej diolah dgn sapuan yg berhati-hati.Pokok kelapa berfungsi sebagai garisan
menegak menampakkan ruang yg jelas.
Sumber Idea : Pemerhatian , persekitaran , pengalaman .
Gaya penampilan:-Imitasi (realisma) ,imej jelas dipersembahkan dalam bentuk
nyata.Pengaruh aliran realime dan impresionis. Imej :-Naratif ,wujud cerita di sebalik
karya.Aliran:- Moden
INTERPRETASI
-Menggambarkan kehidupan kampung masyarakat setempat.Dokumentasi budaya msykt
sezaman.
-Kehidupan sederhana masyarakat kampung sebagai petani kecilan.Kehidupan yang
harmoni.
-Menghargai unsur alam ciptaan tuhan.Menghargai tanah air tercinta
-Kegigihan dan ketekunan mengerjakan sumber alam.
Fungsi/peranan karya :
Nasionalisme(sosiologi),sensitiviti,(psikologi)
PERTIMBANGAN
-karya yang dihasilkan agak bermutu tinggi.Ia menimbulkan kesan ruang yang amat
jelas.Satu karya dokumentasi yang agak berjaya.

Aspek Asas Dalam Strategi Kritikan Seni Visual dan Cara Kritikan dibuat(contoh ayat)

16

Terdapat beberapa aspek asas yang perlu disentuh dalam strategi kritikan seni visual iaitu hal
benda/subjek matter/imej , penampilan imej dari segi stail/aliran , bentuk imej (realistic , abstrak
atau non-objektive) , komposisi dan kandungan/mesej/isi.
1.Hal Benda /subjek matter
Hal benda adalah berkaitan dengan penampilan dan penggunaan imej yang digunakan oleh
pelukis dalam sesebuah karya seni tampak. Aspek ini meliputi benda/subjek matter (figura , objek
alam , objek buatan manusia dan lain-lain) dalam karya seni visual .Merujuk kepada penggunaan
imej tertentu seperti figura , lanskap , kerusi , haiwan dan sebagainya.
Contoh ayat :
Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah :
pelukis menjadikan imej figura manusia sebagai subjek utama dalam karya, unsur lanskap
merupakan imej yang diguna oleh pelukis dalam karya ini. objek-objek yang terdapat dalam
karya ini ialah perahu nelayan , pukat , manusia ,pokok kelapa.
Biasanya terdapat banyak objek dalam sesebuah karya seni visual.
2.Penampilan imej dari segi stail/aliran
Aspek ini merujuk kepada aliran yang digunakan oleh pelukis umpamanya aliran kiubisme ,
impressionime , realisme , pop-art dan lain-lain.
Contoh ayat :
Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah :
imej-imej yang digunakan oleh pelukis pada karya bersifat geometric atau dalam bentuk kiub ,
ini bersesuaian dengan aliran yang digunakan oleh pelukis iaitu aliran kiubisme, pelukis
merujuk kepada aliran realisme dalam penghasilan karya ini,jadi semua imej adalah ditampilkan
secara nyata dan jelas.
3.Bentuk imej (realistic , abstrak atau non-objektive)
Aspek ini menjurus kepada bentuk imej yang digunakan oleh pelukis samada imej realistic ,
abstrak atau non-objektive.
Contoh ayat :
Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah :
imej diolah oleh pengkarya secara abstrak, karya diolah secara realistic oleh pengkarya ,
unsure lanskap begitu jelas sekali.
17

4.Komposisi(Bahasa Seni Visual)


Dalam membuat kritikan seni visual aspek komposisi adalah sangat penting dan perlu dianalisis
secara

terperinci

kerana

setiap

karya

yang

berkualiti

adalah

dibuat

berdasarkan

aspek

ini.Komposisi dalam kritikan seni adalah merujuk kepada aspek asas seni reka yang diguna
oleh pelukis dalam penghasilan karya.Komposisi juga merangkumi aspek media dan teknik
yang digunakan oleh pelukis dalam berkarya.Berikut adalah huraian tentang aspek berkenaan dan
bagaimana aspek ini dianalisis dalam sesebuah karya seni visual.
Asas Seni Reka
Asas seni reka lebih merujuk kepada hukum atau aturan yang harus digunakan dalam
penghasilan karya seni visual. Pengolahan imej dalam karya seni visual adalah terikat dengan
hukum aturan aturan. Seorang sejarawan seni iaitu Giorgio Vasari ada menyatakan bahawa karya
akan rosak tanpa hukum dan peraturan. Seorang penulis buku seni iaitu Edmund Burke dalam
bukunya Varieties of Visual Experience ada menyatakan ;
formal order is the expression of a preference for stabillity in art
Asas seni reka ada dua komponen utama iaitu ELEMEN/UNSUR dan PRINSIP rekaan. Elemen
rekaan termasuklah garisan , rupa , bentuk , jalinan , ruang dan warna. Prinsip rekaan pula meliputi
harmoni , kepelbagaian , kontra , penegasan , imbangan , ekonomi , dominan ,
pergerakan/irama/rentak/pengulangan , dan kesatuan. Elemen dan prinsip ini perlu diadun dengan
baik oleh seseorang pelukis dalam menghasilkan sesebuah karya seni visual yang bersatu
bentuknya.
Proses Analisa Aspek Asas Seni Reka Dalam Sesebuah Karya Seni Visual
Kenalpasti asas seni reka yang diguna dalam karya tersebut.
Kenal pasti unsur-unsur dan prinsip rekaan yang agak dominan digunakan dalam karya berkenaan .
Namun demikian tidak semua aspek asas seni reka berkenaan terdapat dalam karya.
Contoh ayat :
Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah :
pelukis banyak menggunakan unsur garisan halus pada karya, pelukis banyak menggunakan
pengulangan atau unsur pergerakan dalam karya , pelukis begitu taksub menggunakan warna
yang berjalinan dalam karya.
Kaji dan Kenal pasti maksud asas seni reka (sifat ekspresif) tersebut.
Terdapat sesetengah aspek asas seni reka yang digunakan dalam karya berkenaan yang membawa
maksud tertentu( bersifat ekspresif) .
18

Contoh ayat :
Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah :
jalinan

warna

yang

agak

kuat

menunjukkan

tentang

emosi

yang

memberontak , atau

penggunaan garisan yang agak kasar menimbulkan kesan perasaan yang bercelaru atau warna
sejuk memberikan suasana tenang pada karya. Jadi aspek asas seni reka juga boleh membawa
maksud tertentu terutama warna.
Kaji olahan dan adunan asas seni reka dalam karya tersebut.
Terdapat sesetengah pelukis mengolah asas seni reka secara spontan atau tanpa disedari dan ada
yang merancang secara sedar.Ini bergantung kepada kebolehan pemerhati untuk membuat analisa.
Contoh ayat :
Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah :
pelukis mengolah aspek jalinan dengan baik dalam karya , jalinan yang kuat di bahagian
hadapan menimbulkan kesan ruang yang ketara pada karya, warna-warna kabur dan sejuk di
bahagian belakang diselang selikan dengan garisan halus menimbulkan kesan ruang yang jelas,
untuk menimbulkan pergerakan pelukis menggunakan pengulangan yang ketara terhadap aspek
garisan .Biasanya unsur-unsur dan prinsip rekaan ini saling membantu dan melengkapi antara satu
sama lain .
Media dan Teknik
Merujuk kepada bahan dan kaedah yang digunakan oleh pengkarya untuk menghasilkan kesan
ekspresif.
Contoh ayat :
Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah :
teknik warna tebal atau impasto yang diguna oleh pelukis menimbulkan suasana tegang, kesan
goresan yang kuat pada warna tebal memberi kesan emosi yang kuat, Media arang yang diolah
secara bercelaru yang diguna oleh pelukis membantu menimbulkan

kesan

kemarahan pada

karya, Teknik terang gelap pada imej memberi kesan dramatik pada karya, Media akrilik yang
digunakan oleh pengkarya memberikan kesan ceria pada karya, Besi yang tajam menimbulkan
kesan kekuatan pada arca ini.

19

5. Kandungan(Tema , makna , mesej , idea dan fungsi)


Bahagian kandungan biasanya boleh difahami melalui tajuk karya serta imej yang digunakan
pada karya.Ia meliputi aspek tema , makna , mesej , idea yang digunakan oleh pelukis serta fungsi
karya.
Contoh ayat :
Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah :
tema yang digunakan oleh pelukis adalah berkaitan dengan alam sekitar, peperangan, flora
dan lain-lain. Mesej dan makna pula lebih menjurus kepada pengajaran atau isu yang hendak
dibawa oleh pelukis umpamanya gambaran mangsa perang menimbulkan rasa insaf kepada
audien ,karya meggambarkan tentang keadaan ekonomi masyarakat setempat ketika itu yang
bergantung kepada pertanian.

20

Contoh Kritikan Karya


1.

Pelukis : Mohammed Hoessein Enas


Tajuk Karya : Mengutip Daun Tembakau
Tahun : 1963
Media : Cat Minyak
Ulasan/Kritikan Karya :
-Warna yang cerah dan kontra digunakan untuk menimbulkan suasana yang riang dan sibuk di
ladang
-gaya catan realistic menonjolkan imej gadis Melayu yang cantik , lemah lembut , gembira , rajin
dan menghormati warisan budayanya.
-tema catan menggambarkan aspek kehidupan masyarakat Melayu dalam bidang pertanian atau
ekonomi di Kelantan.
-karya ini menonjolkan imej kemelayuan yang bersifat kebangsaan.
2.

Pelukis : Peter Harris


Tajuk : Rumah Rakit Kuala Lipis
Tahun : 1960
Media : Cat Gouche
Ulasan / Kritikan Karya :
-Pelukis menggunakan gaya impresionis dalam catannya.Kesan gaya warna yang harmoni kuning
kehijauan mengukuhkan gaya tersebut dan kesan suasana serta cahaya.
-tema pemandangan landskap tempatan rumah rakit di Kuala Lipis
-pelukis berjaya menonjolkan suasana hidup masyarakat di kawasan persisiran Sungai Pahang.
-sapuan berus yang terkawal dengan sifat gouche yang lebih tebal.Karya yang berwarna
monokromatik kehijauan ini melukiskan keindahan dan ketenangan alam semulajadi tempatan
yang belum tercemar oleh arus pemodenan.
-pengolahan komposisinya agak dinamik dan bernyawa,terutamanya pada aliran sungai yang
bersifat diagonal.
21

3.

Keluarga Haji
Keluarga Baba

Malaysian Story No. 2

Pelukis : Redza Piyadasa


Tajuk : Keluarga Haji , Keluarga Baba , Malaysian Story No. 2
Tahun : 1990 , 1986 , 1999
Media : campuran ( cetakan sutera saring dengan warna akrilik serta foto)
Ulasan/Kritikan Karya :
-karya menampakkan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya , tentang
penghijrahan dan asimilasi budaya , tradisi dan warisan , sejarah politik dan social.
-kebanyakkan karyanya dibentuk dengan imej frontal(dialog) iaitu gambar foto dengan imej
mengadap ke depan.
-karya menggabungjalinkan cetakan sutera saring untuk imej figurative dengan sapuan warna
akrilik pada bahagian tertentu untuk menimbulkan penegasan dalam gubahannya.

Tajuk : Dua Orang Wanita Melayu


Tahun 1984
Media : Cetakan Sutera Saring
Ulasan :
-bertemakan masyarakat Melayu tradisi
-pelukis menggunakan media cetak untuk mendapatkan imej dua orang wanita Melayu yang
memakai pakaian tradisional.
-warna yang digunakan memberi kesan tradisi kepada karya.
-pelukis berjaya menonjolkan pakaian Melayu tradisi.

22

4.
Pengkarya: Patrick Ng Kah Onn
Tajuk : Spirit of Earth , Water and Air
Tahun : 1958
Media: Cat Minyak atas Hardboard (48 x 40/137 x 122 cm)
Sumber Idea : Homages dan imaginasi (unsur keagamaan/spiritual
hinduisme dan animisme)

Huraian Karya :
Catan penting 50-an.Karya mengenai benda semulajadi yang anih dan ganjil , penuh dengan lambang , ia
mendapat perhatian hingga ke hari ini . Sumbangan Patrick adalah mengenai dunia benda semulajadinya
yang tersendiri dipenuhi dengan daun-daun rimbun yang banyak iaitu di bahagian tepi karya.Terdapat
juga imej bunga teratai iaitu di bahagian posisi bawah karya.Teratai merupakan bunga yang dianggap
mulia di kalangan orang India atau orang Hindu.Unsur alam digabung jalin dengan baik sekali oleh
Patrick.Air digambarkan di bahagian posisi bawah depan karya dimana bunga teratai hidup.Manakala
posisi tengah mewakili tanah atau bumi dimana segala tumbuhan dan hidupan hidup,Pada posisi ini juga
elemen pondok dimasukkan oleh pelukis mungkin untuk menggambarkan kehidupan..Manakala kawasan
posisi atas mewakili angin.Ia digambarkan dengan kesan tiupan angina pada pokok dimana daun-daunnya
menghala ke atas seolah-olah ada angin sedang bertiup dari bawah.Anehnya angin bertiup dari bawah !
Mungkin pelukis cuba menggambarkan konsep semangat atau roh,kekuatan semangat bumi , air dan angin!
Unsur pergerakan mendominasi keseluruhan karya ini.Seolah-olah ada tarian sedang dipersembahkan.Unsur
pergerakan diwujudkan dengan cara membuat ulangan pada elemen tertentu seperti pada imej manusia dan
daun pokok palma di belakang.Ruang diolah dengan baik oleh pengkarya ,ruang depan ,tengah dan
belakang nampak jelas dalam posisi menaik.Unsur garisan juga banyak digunakan oleh pelukis.
Imajan figura manusia yang digayakan dan dipermudahkan , dan jinjang.Warna perang terhad,hijau dan
kuning serta merah , mencadangkan seruan kerohanian.Dengan sengaja menggelakkan rasa antarabangsa dan
menumpukan kepada penyelesaian sendiri.Penglibatan beliau dengan mitos tempatan , motif flora dan
fauna , memberinya ramuan gambaran dalam bidang penglibatan pilihannya.Catan ini menampakkan bentuk
garis lengkung warna yang terkawal dan implikasi zat alam , satu usaha sedar mewujudkan identiti
Malaysia. Berdasarkan

pengaruh

lukisan

tradisional

Bali , Patrick

Ng

membuat

percubaan

untuk

menggabungkan simbolisme mitologi dan metafizik . Ciptaan pelukis ini menggambarkan kemesraan Taman
Firdausi dalam konteks pemandangan Malaysia.Alam semula jadi menghiasi bumi dengan tumbuhan
tumbuhan dan didiami oleh dewa-dewi alam. Patrick Ng cuba mengabadikan semangat bumi , air dan
angin . Beliau juga meminjam corak susunan bentuk dari tarian kecak Bali untuk menghiaskan karyanya
dengan bentuk-bentuk manusia lelaki dan perempuan.Langkah ini menegaskan lagi perkaitan karya ini
dengan konteks Asia Tenggaranya.Dilihat dari skop dan cara persembahanya , karya ini masih lagi
disanjung sebagai sebuah karya utama yang memperolehi sifat-sifat sanjungan kepada Tuhan.

CONTOH PENDEKATAN KRITIKAN SENI VISUAL


Pendekatan Jurnalistik (Laporan tentang sesuatu pameran di galeri)
23

CONTOH PENDEKATAN KRITIKAN SENI VISUAL


Pendekatan Ilmiah (Penulisan terperinci tentang sesuatu isu seni secara interpretif )
24

25

Anda mungkin juga menyukai