Permainan ini
merupakan permainan yang mudah dan menjimatkan. Hal ini kerana botol boleh
didapati sebagai bahan terbuang manakala buah kelapa mudah diperolehi.
kepada
pemain
bagi
menambah,
mengukuh
dan
mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dipelajari. Disamping itu, ia dapat
mendidik pelajar supaya mengenali adat dan permainan tradisional nenek moyang.
Dengan ini juga, pemain berbangsa Cina dan India dapat mengetahui salah satu
permainan rakyat yang dimainkan orang melayu.
Secara keseluruhan, pertandingan ini bertujuan mengekalkan permainan ini
supaya tidak hilang ditelan zaman serta memberi peluang kepada generasi yang
akan dating untuk lebih mengenali dan dapat menikmati akan keindahan warisan
budaya kita di sepanjang zaman
4.0 OBJEKTIF PERMAINAN.
Psikomotor : Menguji tahap kemahiran kadar tindak balas dan
koordinasi mata dan tangan serta pergerakan kaki
peserta.
Kognitif
Afektif
5.0 KEPENTINGAN
Tingkatkan kemahiran motor kasar murid.
Tingkatkan koordinasi mata dan tangan serta pergerakan kaki murid.
Dapat beri peluang kepada murid untuk menyusun strategi dengan berkesan.
Dapat tingkatkan kerjasama antara ahli kumpulan.
Mencergaskan badan dan mencerdaskan minda.
Untuk memastikan permainan ini tidak hilang ditelan zaman.
Buah Kelapa.
Buah Kelapa hendaklah bersaiz lebih kurang tiga atau empat inci pada garis
pusatnya. Walaupun hanya sebiji buah kelapa yang akan digunakan dalam
permainan ini, buah kelapa tambahandiperlukan sekiranya golekan tersasar jauh
dan untuk menjimatkan masa.
Semasa
Pada
hari
karnival
Matematik
dikehendaki untuk berada di kawasan sekolah, SK Bukit Pantai tepat pada jam 7.30
pagi. Catatan kehadiran diambil untuk mengesahkan penglibatan kami dan
pendaftaran peserta juga diadakan. Sarapan pagi disediakan untuk para penganjur
dan peserta karnival. Para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Merah,
Kuning, Hijau dan Biru. Setelah itu, diadakan senaman memanaskan badan bagi
menyediakan para peserta untuk menyertai setiap permainan.
Permainan Boling Buah Kelapa adalah merupakan permainan pertama yang
akan dilaksanakan pada hari tersebut. Sebagai kumpulan pengelola permainan
tersebut, kami adalah wajib untuk berada di kawasan permainan pada jam 8.00 pagi
bagi menyusun peralatan yang akan digunakan. Sementara menunggu para peserta
menerima taklimat mengenai karnival di dewan sekolah, kami cuba sedaya upaya
untuk menentukan jarak yang terbaik untuk permainan.
Permainan Boling Buah Kelapa bermula pada jam 8.50 pagi hingga 10.20
pagi. Sebelum memulakan permainan, Nornazrahni telah membacakan peraturanperaturan permainan yang perlu dipatuhi, larangan-larangan dalam permainan dan
cara pemarkahan. Noor Mardiana pula telah melakukan demonstrasi permainan.
Semasa permainan berlangsung, Nor Ainun dan Asiah serta beberapa orang dari
kumpulan penganjur permainan yang lain telah menjalankan tugas sebagai hakim
dan pembantu permainan.
Penggunaan wisel perlu bagi menandakan masa permainan dimulakan.
Permainan ini dijalankan serentak bagi 4 kumpulan murid tersebut. Para peserta
diberi peluang untuk melakukan dua golekan sahaja. Pergerakan setiap peserta
ditentukan dengan tiupan wisel agar permainan dilaksanakan dalam keadaan teratur
dan memudahkan pengiraan markah. Permainan tamat apabila peserta terakhir
telah melakukan golekan. Markah yang diperolehi oleh setiap kumpulan dikira dan
diserahkan kepada ketua hakim.
Selepas
Setelah permainan tamat, kami mengumpulkan semula botol mineral
berwarna dan buah kelapa yang telah digunakan. Asiah telah ditugaskan untuk
membuang air berwarna di dalam botil mineral untuk mengelakkan daripada
diminum oleh murid. Pada masa kami mengemas segala peralatan, kami telah
berbincang beberapa perkara yang mana kami telah analisis daripada pergerakan
permainan yang berlaku sebentar tadi. Hal ini kerana dalam penulisan refleksi
memerlukan kami melaporkan kekuatan, kelemahan dan juga cadangan untuk
penambahbaikan. Kami lakukan sedikit perbincangan bagi mengukuhkan lagi
ingatan tentang permainan sebentar tadi.
Kami juga dikehendaki menyediakan laporan permainan dan refleksi individu
berkaitan dengan permainan yang kami anjurkan. Kemudian diserahkan kepada
pensyarah pembimbing untuk penilaian yang seterusnya.
10.0 PENAMBAHBAIKAN
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMM
11.0
PETUNJUK
skittle besar
Pembaling
pengadil
botol mineral berwarna
12.0
PENUTUP
Permainan tradisional memainkan peranan penting dalam mengeratkan
lagi hubungan antara pelajar di samping dapat melepaskan tekanan dalam bekerja.
Malahan, permainan tradisional merupakan satu lambang atau panji yang
menunjukkan negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap permainan
mampu dimainkan oleh semua kaum di Malaysia. Permainan rakyat seperti ini harus
diadakan lagi bagi mengekalkan budaya kaum masing-masing di Malaysia.
Warisan turun-temurun ini seharusnya dikekalkan hingga ke generasi yang
akan datang. Ia merupakan satu kerugian besar jika permainan-permainan
tradisional ini dibiarkan luput dari ingatan kerana aktiviti seperti inilah yang akan
memupukkan semangat kekitaan di samping membina semangat kesukanan dalam
diri para pelajar khususnya. Semoga permainan rakyat seperti ini menjadi tradisi
rakyat di Malaysia.
GAMBAR
Pembahagian Kumpulan
Demonstrasi permainan