Anda di halaman 1dari 31

1.

0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam
merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan penentu kepada budaya
dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan dan di sini jugalah
tempat kita membina bangsa kita. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang
berkesan. Oleh yang demikian, untuk menzahirkan wawasan pendidikan negara, guru periulah
menjalankan tugas dengan baik dan bertanggungjawab menerima tugas dengan penuh amanah
dan ikhlas kerana di dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut, guru merupakan
individu yang berperanan bukan sahaja dalam memberikan semangat kepada pelajarnya, malah
yang utamanya membantu, dan mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan supaya pelajar
dapat mengikuti pengajaran dengan sempurna.

Kurikulum sains dan matematik bagi sekolah menengah telah direka bagi melahirkan
para pelajar yang berilmu dan berkemahiran di dalam sains dan matematik, membina kemahiran
berfikir dan strategi untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan dalam kehidupan seharian. ( Kementerian Pendidikan Malaysia 2002). Dalam usaha
kerajaan untuk mencapai matlamat ini, terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu di
tempuhi bagi merealisasikan matlamat yang telah di tetapkan, dan salah satunya adalah isu dalam
pendekatan guru.

Guru merupakan individu yang telah menjalani latihan dan kursus di dalam bidang
pendidikan selama beberapa tahun dan selepas itu mereka akan berkhidmat dengan
menyampaikan ilmu pengetahuan mereka kepada para pelajarnya. Seperti yang kita sudah sedia
maklum, bahawa guru merupakan ibu bapa kedua kepada para pelajarnya kerana kebanyakan
dari masa yang dihabiskan oleh para pelajar adalah berada di sekolah. Setiap guru memikul satu
tanggungjawab yang besar, kerana para pelajar mereka adalah tanggungjawab daripada ibu bapa
mereka. Setiap apa yang disampaikan oleh guru akan menimbulkan kesan terhadap pelajar. Jika

guru tersebut dapat melaksanakan tugasnya dengan baik dan cemerlang, maka pengaruh positif
itu dapat meresap ke dalam diri pelajar, jika guru melaksanakan tuganya bagai melepaskan batuk
di tangga, maka sebaliknya yang akan berlaku.
Kualiti pencapaian akademik pelajar sangat bergantung kepada pengajaran dan
pembelajaran guru di dalam kelas. Memperkasakan pelajar dalam menguasai ilmu sains dan
matematik dapat dicapai melalui pengajaran yang berkesan dan efektif. Walaubagaimanapun,
realiti guru sekarang ini indah khabar dari rupa. Kebanyakkan daripada mereka masih lagi lemah
dan kurang berkualiti untuk menjadi seorang pendidik dalam melaksanakan tugas mereka dengan
baik dan sistematik.

Pendekatan guru di dalam kelas masih lagi berada di tahap rendah. Terdapat beberapa isu
yang timbul dalam pendekatan guru iaitu guru masih lagi mengajar menggunakan kaedah
tradisional, guru kurang berilmu pengetahuan, bukan hanya dalam kandungan matapelajaran
yang dipelajari, malah juga kurang dari segi ilmu pengetahuan semasa. Selain itu, guru pada
masa kini kurang mahir dalam kemahiran teknologi, tidak dapat berinteraksi dengan baik di
dalam kelas, di samping mempunyai sikap yang tidak baik yang boleh memberikan kesan negatif
kepada pelajar.

2.0 ISU-ISU
2.1 ISU PENGAJARAN BERASASKAN TRADISIONAL

Havice (1999) mengklasifikasikan bahawa pengajaran secara tradisional melibatkan


penggunaan buku teks dan kaedah pengkuliahan sahaja. Stinson & Claus (2000) menyatakan
bahawa peralatan dalam kelas tradisional dilengkapi dengan barisan kerusi dan meja berserta
dengan papan tulis di hadapannya, manakala menurut Neo & Rafi (2007) pula, pengajaran dan
pembelajaran secara tradisional merupakan kaedah kapur dan cakap atau kaedah menggunakan
transperansi (OHP), manakala media yang digunakan adalah buku bercetak seperti buku teks

Kebanyakkan guru-guru pada masa kini dikatakan tidak kreatif untuk menggunakan
kaedah yang sesuai untuk menarik minat pelajar ke sekolah. Hal ini sesuai dengan pernyataan
yang dikeluarkan oleh Mohd Ali Hasan, Presiden Permuafakatan Ibu Bapa Nasional (MAPIN)
dalam Utusan Online, (2004) bahawa guru-guru sekolah sekarang ini semakin hilang kreativiti
dalam menarik minat pelajar. Walaupun zaman sudah berubah,malah teknologi maklumat juga
sudah semakin maju, tetapi kita dapat lihat bahawa kebanyakan guru di negara kita masih lagi di
takuk lama. Mereka masih lagi bersikap seperti katak di bawah tempurung. Walaupun terdapat
pelbagai kaedah pengajaran yang boleh di aplikasikan di dalam bilik darjah, tetapi mereka masih
lagi cenderung untuk menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan buku teks dan papan
hitam dalam proses pengajaran dan pembelajaran(P&P).

Laporan Penilaian Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang dibuat oleh para
3

pensyarah maktab-maktab perguruan di Malaysia mendapati sebilangan besar guru-guru tetap


dan kekal dalam mengamalkan gaya pengajaran sehala iaitu chalk and talk . Kenyataan ini,
disokong Jemaah Nazir Sekolah (1992) yang menjelaskan bahawa guru masih kekal dengan
peranan lama mereka sebagai pengajar dan masih lagi membahaskan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ke arah peperiksaan semata-mata (Mohd Majid Konteng, 1997).
Hal ini berlaku kerana, guru malas untuk membuat persediaan dan perancangan dalam
pengajaran yang bakal berlangsung. Terutamanya guru perempuan yang sudah berkeluarga,
mereka sibuk dalam menguruskan hal rumahtangga sehingga tiada masa untuk memikirkan
tentang kaedah pengajaran yang boleh di lakukan di dalam kelas bagi membolehkan pelajar
mudah untuk memahami apa yang ingin di ajari. Terdapat juga segelintir daripada guru di negara
kita, terutamanya guru veteran, mereka tidak suka akan perubahan kerana bagi mereka kaedah
menggunakan papan hitam ini merupakan kaedah yang terbaik yang boleh di guna pakai di
dalam bilik darjah tanpa memikirkan kesan kepada pelajar mereka.

Memang di akui bahawa ramai guru-guru ridak kreatif dalam menvariasikan kaedah P&P
di dalam kelas. Oleh itu, mereka akan mengambil jalan mudah dengan mengunakan papan hitam
dan buku teks sahaja, tanpa perlu menyesakkan fikiran dalam mencari aktiviti-aktiviti yang
berguna dan memudahkan pelajar untuk faham apa yang mereka belajar. Selain itu, masih ada di
kalangan guru yang menganggap buku teks sahaja sudah memadai dalam proses P&P dan tidak
ada inisiatif untuk merujuk kepada buku rujukan atau bahan media yang lain, walaupun telah di
akui bahawa buku teks iru sendiri mempunyai kelemahannya yang tertentu.

Guru seolah-olah mengajar dengan gaya syok sendiri tanpa menyedari bahawa pelajar
mereka tidak gemar belajar dengan hanya mengunakan papan hitam sahaja. Tidak salah
mengajar dengan menggunakan papan hitam, tetapi jika hanya kaedah ini sahaja yang di guna
pakai oleh guru dari awal tahun hingga ke akhir tahun, maka pelajar akan mudah berasa bosan di
dalam kelas. Bukan hanya guru yang tidak kreatif, tetapi dengan apa yang di berikan oleh guru
itu, secara tak langsung telah membuatkan fikiran pelajar menjadi beku dan tidak kreatif. Perkara
ini turut di persetujui oleh Muhammad Sobri (2002), di mana beliau mengatakan bahawa guru4

guru yang mengajar dengan hanya menggunakan buku teks sebagai pelajaran, hanya
membuktikan yang dia tidak kreatif untuk menimbulkan suasana yang gembira dan akhirnya
menjadikan kelas mereka bosan serta pelajar-pelajar tidak mendapat idea baru. Natijahnya,
fikiran pelajar menjadi beku dan tidak kreatif.
Apabila pelajar sudah berasa bosan di dalam kelas, maka secara tak langsung mereka
sudah tidak berminat lagi untuk belajar dan menumpukan perhatian kepada guru mereka. Ng
Ying (2004) dimana kajian beliau mendapati bahawa antara sebab pelajar tidak berminat untuk
mengikuti pelajaran dalam kelas adalah kerana corak dan pola pengajaran yang membosankan
mereka. Ramai di antara pelajar yang akan ponteng kelas apabila mereka sudah tidak berminat
untuk mempelajari subjek tersebut, kerana dalam pemikiran mereka walaupun berada di dalam
kelas, mereka tetap tidak faham apa yang di ajari oleh guru mereka, lebih baik mereka
melepaskan diri mereka dengan cara ponteng kelas. Perkara ini turut dipersetujui oleh rokiah
ahmad (2001) dimana beliau mendapati bahawa antara salah satu sebab pelajar ponteng kelas
adalah kerana mereka tidak faham apa yang di ajar oleh guru mereka. Kesan dalam jangka masa
panjang, jika perkara ini tidak di atasi, maka prestasi akademik pelajar akan merosot,
sebagaimana yang telah di akui oleh Abu Hassan (2000) dimana kajian beliau mendapati bahawa
pendekatan guru merupakan faktor terbesar kenapa prestasi pelajar merudum.

Selain itu, penurunan motivasi belajar di kalangan para pelajar juga disebabkan oleh sifat
pengajaran yang homogen dan berbentuk sehala (guru-pelajar) di kalangan kebanyakan guru.
Menurut Mohd Fazreen (2003), pembelajaran yang dijalankan oleh guru dengan hanya
menggunakan buku teks sebagai bahan pelajaran boleh menimbulkan suasana hambar dan
seterusnya menimbulkan kebosanan di kalangan pelajar. Jika perkara ini berterusan, maka ia
akan mendatangkan kesan negatif kepada pelajar, maka guru perlu sedar bahawa setiap pelajar
adalah berbeza, cara penerimaan pelajar dalam kelas juga sangat berbeza. Tidak semua pelajar
akan faham dan nampak jika guru hanya mengunakan papan hitam sahaja ketika mengajar di
dalam kelas.

Menurut teori pelbagai kecerdasan Gardner, terdapat 8 jenis kecerdasan yang dimiliki
5

oleh insan iaitu logik matematik, linguistik, muzik, intrapersonal, ruang, kinestetik, interpersonal
dan kemahiran ahli alamiah. (Marof dalam Norhaslinda, 2001). Beliau menegaskan bahawa
seseorang itu cerdas dalam sesuatu jenis kecerdasan tetapi tidak semestinya cerdas pada jenis
kecerdasan yang lain. Demi mencapai sesuatu kecerdasan, guru perlu bersedia dengan pelbagai
teknik pendekatan pengajaran agar memberi ruang kepada pelajar untuk memperolehi ilmu
dengan cara berbeza dan tidak membosankan.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Mike Rose di dalam bukunya yang bertajuk "Lives in
Boundaries", seorang pendidik mestilah seorang yang berfikiran terbuka, dan menghormati
kepelbagaian yang wujud di antara para pelajarnya dan juga memberikan perhatian yang
sewajarnya terhadap mereka. Pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh di
aplikasikan di dalam kelas. Antara penggunaan kaedah mengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah menengah ialah kaedah sumbang saran, kaedah tunjuk cara
(demonstrasi), simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan, kaedah perbincangan atau kaedah
penyelesaian masalah sehinggalah penggunaan sumber berkomputer dan berteknologi boleh
diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding zaman dahulu yang hanya
menggunakan papan hitam dan kapur.

Kriteria ini penting menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat inovatif dan
kreatif untuk mengembangkan minda kritis dan kreatif pelajar. Amir Hassan (2002), dimana
penggunaan kaedah yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan
memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi
pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Selain daripada mempelbagaikan kaedah pengajaran,
guru juga perlu menyesuaikan kaedah pengajaran tersebut dengan gaya pembelajaran pelajar
dengan lebih menekankan soal minat, intelektual, kreativiti, sikap dan penghayatan pelajar. Oleh
yang demikian, pemilihan terhadap kaedah perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya caracara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah
dan berkesan supaya mudah bagi pelajar untuk menerima pembelajaran tersebut.

Wan Zahid (1993) mengatakan bahawa gaya pembelajaran berkesan di kalangan pelajar
banyak bergantung kepada motivasi dan cara pengajaran yang diperkenalkan oleh guru. Apabila
banyak teknik dan kaedah digabung-jalinkan dengan sepadunya, ia dapat mencernakan pelajar
yang mahir berbincang, mengeluarkan idea, saling bekerjasama, dan pembelajaran masteri
melalui bimbingan guru yang mahir. Tambahan lagi, guru perlu mengunakan alat bant mengajar
yang terkini seperti penggunaan komputer, internet, software dan lain-lain. Ini kerana pengunaan
teknologi diperakui dapat memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran pelajar. Dengan
syarat, bahan-bahan pengajaran haruslah di sesuaikan supaya ianya berkaitan dengan objektif
pembelajaran dan memberi faedah kepada pelajar.

Usaha perlu digembelingkan dalam menukarkan kaedah pengajaran tradisional kepada


proses pengajaran yang berpusatkan kepada pelajar. Oleh itu guru perlulah mempelbagaikan
kaedah pengajaran dan seterusnya menyesuaikan kaedah pengajaran tersebut dengan minat dan
gaya pembelajaran pelajar supaya dapat memberikan kesan positif kepada pelajar-pelajar
mereka.

2.2 ISU GURU KURANG ILMU PENGETAHUAN

Peranan guru sebagai sumber belajar berkait rapat dengan penguasaan isi kandungan
matapelajaran. Baik tidaknya seorang guru itu dapat dinilai dari penguasaan isi kandungan
matapelajaran yang di ajari dan juga peka dengan isu semasa. Wan Hassan Abdullah (2001)
selain daripada memiliki sijil kelayakan kemahiran pendidikan yang diikhtiraf, guru juga perlu
mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek, bukan sahaja
mata pelajaran yang diajarnya. Malangnya kebanyakan guru pada masa kini, bukan hanya kurang
mantap dalam penguasaan isi kandungan matapelajaran malah tidak langsung mengikuti
perkembangan semasa.

Perkara ini berlaku kerana kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran dalam bidang
7

tersebut. Hal ini turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan
statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP)
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pada tahun 2000 sebanyak 61.8 % guru terdiri daripada
guru perempuan, dan KPM telah menghadapi masalah untuk menempatkan mereka di sekolah
luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Hal ini terjadi kerana, kebanyakan sekolah di
pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang ilmu pengetahuan
dalam sesuatu bidang.

Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam


pengagihan guru mengikut opsyen masing-masing. Maka berlakulah keadaan di mana
kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi bidan terjun. Guru yang bukan opsyen
terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi
memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek
berkenaan maka gaya dan penyampaian guru tersebut tidak dapat di fahami oleh para pelajar
mereka. Guru yang mantap dengan ilmu yang diajari akan membuatkan pelajar yakin dengan
guru tersebut dan seterusnya dapat menerima ilmu tersebut dengan baik.

Selain itu, isu guru kurang ilmu pengetahuan ini timbul apabila guru langsung tiada
persediaan sebelum mengajar. Guru seakan-akan ambil mudah tentang tanggungjawab yang
dipikul dan mengajar pelajar mereka dengan sambil lewa. Jika guru kurang ilmu pengetahuan
tentang subjek yang di ajarnya dan langsung tidak membuat perancangan dan persediaan
sebelum masuk ke kelas, maka apabila ada di kalangan pelajar yang bertanya soalan yang
membuatkan guru itu terdiam kaku dan tak mampu untuk menjawab soalan pelajar tersebut, ini
akan memperlihatkan kelemahan guru itu sebagai seorang pendidik.

Tambahan pula, kebanyakan guru tidak suka atau kurang membaca yang membuatkan
ilmu guru tersebut terhad terhadap sesuatu benda sahaja dan tidak berkembang. Guru perlu sedar
bahawa ilmu itu bukan bersifat statik. Ilmu sentiasa melalui fasa perubahan dan pembaharuan.

Apa ilmu yang di ketahui oleh guru sekarang ini, belum tentu ilmu itu boleh di guna pakai pada
masa hadapan. Jika guru masih dengan tabiat lama iaitu kurang membaca, maka guru ini akan
ketinggalan zaman, dan mungkin menjadi bahan ketawa oleh pelajar mereka, kerana pelajar pada
abad ini sudah semakin maju, malah kadang-kadang lebih maju dari guru mereka.

Selain itu, guru juga perlu peka dengan perkembangan dan isu semasa. Ini merupakan
cabaran kepada guru kerana pelajar pada abad 21 ini bukan seperti pelajar pada zaman dahulu,
dimana mereka lebih aktif dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengetahui sesuatu
benda. Kadang kala, pelajar ini akan bertanya sesuatu yang tiada perkaitan langsung dengan
subjek yang guru itu ajari, jika guru itu tidak dapat menjawab soalan tersebut, maka guru itu
telah meninggalkan persepsi negatif dalam pemikiran pelajar. Terdapat juga sesetengah daripada
pelajar yang ingin menduga guru mereka dengan bertanya soalan yang mereka sudah tahu
jawapannya, jadi apabila guru gagal menjawab soalan tersebut, ini akan membuatkan pelajar
mereka mempertikaikan kewibawaan guru itu.

Dalam pemikiran pelajar, mereka melihat guru sebagai orang yang luas ilmu
pengetahuannya. Mereka menganggap guru sebagai orang yang serba boleh dan serba tahu. Jadi
apabila perkara sebaliknya yang berlaku, maka mereka mempersoalkan kebolehan guru tersebut.
Pada mereka, guru itu tidak layak menjadi seorang pendidik. Apabila perkara ini berlaku, maka
mereka akan hilang kepercayaan terhadap guru mereka dan tidak lagi menumpukan perhatian
ketika guru mengajar. Jika pelajar itu mempunyai jati diri dan strategi belajar tersendiri, maka
mereka ini sebenarnya tidak memerlukan guru yang sebegitu, mereka boleh faham dan balajar
dengan cara mereka. Tetapi malangnya, kebanyakkan daripada pelajar kita tidak mempunyai
kesedaran sebegitu, mereka banyak bergantung kepada guru, tetapi apabila guru bersikap
sebegitu maka pelajar mereja akan hanyut dan membuatkan prestasi akademik mereka merosot.

Jika perkara ini berterusan, maka ia akan memberikan impak yang negatif kepada para
pelajar mereka. Oleh itu, guru perlu melakukan satu anjakan paradigma untuk kepentingan

bersama. Buka hanya pelajar yang perlu melalui proses pembelajaran, guru juga perlu
mempunyai kemahiran belajar tersendiri. Zaleha Zaid (1999) mengatakan bahawa sekiranya
seseorang itu telah memiliki pelbagai kemahiran dan pengetahuan hasil daripada
pembelajarannya, maka dia dapat menyampaikan ilmu tersebut dengan baik kepada orang lain
khususnya pelajar mereka. Justeru itu, guru haruslah mempunyai kemahiran belajar agar dapat
menguasai ilmu tersebut dengan baik sebelum mengaplikasikannya kepada pelajar mereka.
Selain itu, guru juga perlu sentiasa berusaha untuk melengkapkan diri mereka dengan
mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran dari semasa ke semasa.

Kemahian merangcang adalah sangat penting dan perlu di amalkan oleh setiap guru
kerana ia dapat menjamin kelancaran ketika proses P&P berlangsung. Jika guru tidak
merangcang ketika mengajar, maka guru itu akan mengalami kesulitan dan ketidaklancaran
ketika berada di dalam bilik darjah. Guru yang membuat persediaan dan merangcang sebelum
malaksanakan pengajaran, mereka berupaya untuk memilih bahan-bahan pengajaran yang sesuai
untuk di gunakan selain dapat merancang aktiviti-aktiviti menarik yang mampu membuatkan
pelajar mereka mudah untuk memahami konsep yang akan dipelajarinya. Sekiranya guru dapat
merancang pengajarannya dengan baik, ini akan menjamin keberkesanan pengajaran tersebut dan
seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatannya.

Peranan guru bukan sekadar mengajar pelajar di dalam bilik darjah sahaja, malah dalam
masa yang sama guru juga perlu berusaha untuk mempertingkatkan keupayaan dan
kecermelangan diri demi kejayaan masa depan pelajar mereka. Guru yang hanya melihat dan
memerhati kejayaan rakan-rakan guru yang lain tidak akan membawa perubahan dan makna
kepada pelajar mahupun kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, guru perlu memikirkan strategi
untuk meningkatkan keupayaan dan kecemerlangan diri. Melalui pembacaan, guru boleh
meluaskan pengetahuan dan meningkatkan prefesion sebagai seorang guru. Selain itu, dengan
mengikuti kursus, seminar, bengkel dan seumpama dengannya dapat meningkatkan kemahiran
kendirinya. Ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar menyelesaikan sesuatu masalah
yang melibatkan bidang berkenaan.
10

Dengan itu, para guru hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa tentang
kaedah mengajar dan kesannya ke atas proses pembelajaran pelajar. Selain perlu bersedia dengan
ilmu dan maklumat yang meluas, guru juga perlu sentiasa berusaha ke arah pengajaran yang
dapat memberikan kesan positif kepada pelajarnya. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malahan dapat melahirkan pelajar yang dapat
menyumbang tenaga kepada pembangunan negara.

2.3 ISU GURU KURANG MAHIR DALAM KEMAHIRAN ICT

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa


penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik
seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu pengunaan teknologi maklumat. Bermula dari
kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar
kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal
display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah. Dalam era digital ini,
komputer digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Salah satu penggunaan
Information Communication Technology (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) ialah
melalui penggunaan computer.

Penggunaan ICT adalah salah satu pendekatan pengajaran yang berkesan dan dapat
membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah mengajar bagi memudahkan pelajar faham di
samping membantu guru melaksanakan pengajaran dengan lancar dan teratur. Kemajuan
teknologi maklumat dan komunikasi ( Information and Communication Technology atau ICT)
telah meningkatkan penggunaan internet, laman web (web page) dan jaringan (networking)
dalam pendidikan. Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru
yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran (Abu Bakar Nordin,
1991). Kementerian Pendidikan juga telah mengadakan beberapa reformasi pendidikan dengan
tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kemampuan sistem pendidikan untuk
11

menghadapi cabaran yang mendatang.

Pada 20 Mei 2002, kabinet mengumumkan mata pelajaran Sains dan Matematik akan
diajar dalam bahasa Inggeris untuk Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah pada tahun
hadapannya, iaitu tahun 2003 (Utusan Malaysia 10 Ogos 2002). Maka kerajaan mencadangkan
ICT digunakan bagi memudahkan dan membantu guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut. Persoalanya, adakah guru-guru yang
terlibat bersedia menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Adakah guruguru Matematik mempunyai kemahiran komputer yang mencukupi bagi melalui proses
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini. Masalah utama penggunaan ICT dalam
pengajaran adalah kurang mahir di kalangan guru dari segi pengendalian peralatan dan perkakas
ICT serta kurang mahir dalam selok belok penggunaan komputer untuk menghasilkan bahan
pengajaran. Memandangkan adalah penting penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Matematik, kemahiran komputer guru-guru juga menjadi aspek penting.

Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah menengah daerah
Jelebu mendapati bahawa perisian multimedia mampu memenuhi masa pengajaran dengan
efektif, membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, dapat mencapai objektif yang
disasarkan, mempertingkatkan minat pelajar dan boleh dijadikan bahan rujukan yang berguna
kepada guru.

Walaubagaimanapun tanpa kemahiran mengendali dan memanipulasi sesuatu alat, betapa


penting dan berguna pun peralatan tersebut tidak akan memberi kesan atau faedah. Begitu juga
dengan komputer, walaupun terdapat banyak kelebihan dan kekuatan menggunakan komputer
dalam pengajaran, banyak peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan untuk peralatan ICT
tetapi jika guru-guru tidak menggunakannya, segala pelaburan dan harapan hanya akan menjadi
sia-sia.Tambahan lagi, melalui kajian yang dijalankan oleh Norida Suhadi (2001) ke atas 100

12

orang guru siswazah dan bukan siswazah mendapati bahawa hanya 10% daripada guru-guru
yang menghasilkan bahan pengajaran dalam bentuk multimedia.

Kurang mahir merupakan masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam menghasilkan
bahan pengajaran berbentuk multimedia.Kurang mahir dalam penyediaan bahan mengajar dalam
ict menyebabkan guru tidak dapat menghasilkan bahan pengajaran yang menarik dan berkesan
dalam memudahkan pengajaran serta pemahaman pelajar. Tambahan lagi apabila guru tidak
mahir dalam penggunaan ICT, mereka akan mengambil masa yang lama untuk membuat
pemasangan seperti LCD projektor dan ini akan mengurangkan masa mengajar mereka.
Sepatutnya ICT sangat membantu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tetapi apabila guru
kurang mahir dalam selok belok pengggunaan ICT selalunya mereka akan memilih untuk tidak
menggunakan ICT dalam pengajaran.

Teknologi telah dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi,


menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat unik, dan
meningkatkan literasi maklumat (Roblyer & Schwier, 2003). Bahan pengajaran yang berkesan
dapat menjadikan pengajaran tersebut berkesan.Bagi menghasilkan bahan pengajaran yang
menarik dan berkesan, guru perlu membuat persediaan yang rapi. Bahan pengajaran boleh dalam
bentuk power point, audio, video ataupun menggunakan perisian.

Kemahiran adalah perkara yang sangat penting dalam apa perkara pun. Sama juga seperti
untuk membuat penyediaan bahan pengajaran. Untuk menarik minat pelajar supaya memberi
tumpuan semasa guru mengajar bahan pengajaran mestilah menarik agar sesuatu pengajaran itu
berkesan dan memudahkan pelajar faham apa yang diajar oleh guru untuk mencapai objektif
pengajaran. Penghasilan bahan pengajaran yang menarik memerlukan kemahiran dalam selok
belok penggunaan perisian dan computer. Apabila guru tidak mahir dalam penggunaan ICT,
bahan pengajaran jadi kurang menarik atau guru memilih untuk tidak menggunakan ICT dalam
pengajaran. Hal ini akan membuatkan guru menggunakan pendekatan cara lama iaitu cara
menggunakan papan hitam. Guru tidak dapat mempelbagaikan cara mengajar dan ini akan
13

membuatkan pelajar cepat bosan.

Bagi topik yang perlukan imaginasi, dengan menggunakan ICT guru dapat menunjukkan
video atau ilustrasi supaya mudah difahami pelajar tetapi jika guru tidak mahir menggunakan
ICT cara ini mungkin tidak dapat diaplikasikan dan pelajar akan sukar untuk faham kerana tidak
nmpk gambarannya. Contohnya dalam matematik topic sudut dongakan. Bagi pelajar yang
pemikiran abstrak , dia akan dapat membayangkan sudut tersebut tetapi bagi pelajar yang jenis
pemikiran konkrit, sukar bagi pelajar tersebut membayangkan dimana sudut tersebut berada. Jadi
pelajar ini akan merasakan topic tersebut susah dan moralnya akan menurun.

Berdasarkan beberapa kajian (Abdul Rahim, 1998a;1998b) telah menunjukkan bahawa


terdapat beberapa stail pembelajaran dikalangan murid. Ada yang lebih selesa belajar secara
konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai field dependent
berbanding dengan murid field independent(Abdul Rahim Saad,2000). Aktiviti- aktiviti
pengajaran bagi murid yang suka abstrak atau tergolong dalam field independent adalah mudah
tetapi bagi murid yang belajar secara konkrit atau tergolong dalam field dependent mereka akan
mudah faham seperti beberapa konsep,prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat dalam
beberapa ilustrasi, rajah latihan dan amalan.ini bermakna pelajar- pelajar ini diberi peluang
menggunakan kesemua pancaindera semasa proses pembelajaran berlaku. Dengan itu pelajar
pelajar dapat memahami subjek dengan cepat dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Isu- isu ini perlu diatasi antaranya dengan cara langkah pertama ialah mewajibkan bakal
guru di universiti mengambil dua atau tiga kertas berkaitan komputer sebagai subjek teras.
Tujuan utamanya supaya setiap bakal guru mempunyai kepakaran ilmu yang khusus dalam
bidang komputer sebagai persediaan menjadi guru. Contoh kursus komputer yang boleh
diketengahkan di universiti seperti multimedia, animasi, pengaturcaraan permainan komputer,
dan sistem maklumat geografi (GIS).

14

Langkah kedua pula dengan mengutamakan kursus latihan dalam Perkhidmatan


(LADAP) yang berkaitan ICT. Melalui kursus ini guru-guru di sekolah boleh mempelajari
program-program tertentu yang bertujuan untuk menghasilkan bahan pengajaran. Antara contoh
program yang boleh dipelajari guru dalam menghasilkan bahan pengajaran seperti Flash dan
Dreamweaver. Tambahan ilmu pengetahuan ini akan menjana semangat guru menggunakan ICT.

Langkah ketiga, pihak sekolah perlulah menghantar guru guru lama bagi mempelajari
selok belok penggunaan ICT. Dalam kursus tersebut penekanan diberikan kepada cara- cara
pembinaan bahan pengajaran yang menarik dan berkesan.

2.4 ISU SIKAP GURU

Kita tentu pernah mendengar kenyataan bahawa kecermerlangan seseorang guru tidak
terbatas pada kebolehannya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik
tetapi juga pada kualiti peribadinya yang tinggi kerana guru diharapkan mempamerkan peribadi
contoh kepada pelajarnya.

Sebagai seorang guru seharusnya dihormati pelajar merupakan perkara yang paling
penting. Apabila guru dihormati pelajarnya perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran akan
berjalan dengan lancar dan berkesan kerana pelajar mudah dikawal, patuh pada arahan dan tidak
memberi banyak masalah semasa guru mengajar. Jadi untuk menjadi guru yang dihormati guru
hendaklah mempunyai sikap dan sahsiah yang positif. . Selain itu, bagi menjadi guru yang
berkesan, popular, disukai ramai dan disanjung pelajar, mereka perlu menguasai dan sentiasa
berusaha meningkatkankemahiran komunikasinya bagi membolehkan pelajar mudah bergaul
dengan merekadan lebih terbuka dalam berkongsi pengalaman dan pengetahuan di antara keduaduanya. Secara tidak langsung, murid akan berasa diri mereka dikasihi, dihargai dandimuliakan
15

(Abdullah Hasan, 1999). Tetapi terdapat beberapa isu dimana guru memilih bulu atau suka
membezakan pelajar, guru bersifat demoralizing dan bersifat autokrasi.

Isu 1: Pilih Kasih Dan Jangkaan Rendah/Negative


Kajian Ee (1998) juga mendapati bahawa guru dapat meningkatkan minat pelajar melalui
pelbagai rangsangan seperti nada yang berubah-ubah, bahan bantu yang menarik, permainan, dan
seumpamanya. Melalui cara ini guru akan dapat meningkatkan minat dan rasa ingin tahun pelajar
terhadap pengajarannya. Pelajar yang mendapat motivasi daripada guru biasanya akan menjadi
lebih berminat yang seterusnya membantu proses pencapaian objektif pembelajaran.

Namun terdapat guru yang bukan sahaja tidak meningkatkan minat pelajar tetapi
membuatkan pelajar tidak minat untuk belajar dengan sikapnya yang negatif seperti pilih kasih
dan membuat jangkaan negatif kepada pelajar. Memang sudah menjadi lumrah alam bahawa
murid- murid yang diajar di sekolah mempunyai tahap pencapaian yang berbeza- beza. Ada yang
cepat faham akan isi kandungan pelajaran yang diajarkan oleh guru,namun ada juga yang lambat
untuk memahami isi pelajaran yang diajar oleh guru. Pelajar juga datang dari pelbagai jantina,
ras dan latar belakang sosioekonomi. Walaupun begitu guru tidak seharusnya bersikap pilih
kasih dengan memberi perhatian lebih kepada mana- mana jantina atau sosio ekonomi keluarga
mahupun pencapaian. Selalunya hal ini timbul bila guru perempuan selalu melebihkan pelajar
lelaki atau guru lelaki selalu hanya beri perhatian pada murid perempuan. Terdapat juga
sesetengah guru yang hanya berminat mengajar murid pandai sahaja iaitu yang dari kelas
hadapan murid yang dari kelas belakang diajar sambil lewa sahaja sekadar mengikut jadual yang
telah ditetapkan.

Selain itu, ada juga terdapat guru yang memandang rendah pada pelajar yang miskin atau
pencapaiannya rendah dengan anggapan kalau diajar pun tidak boleh kemana juga. Guru perlu
sedar bahawa setiap murid mempunyai hak masing-masing dalam mempelajari apa yang diajar
oleh guru. Oleh itu guru seharusnya bertindak sama rata untuk smua pelajar.
16

Hal ini akan memberi impak kepada pelajar antara impaknya seperti boleh
menyebabkan sesetengah pelajar akan terasa hati dan tidak meminati subjek yang diajar oleh
guru tersebut. Pelajar pelajar ini akan bertindak untuk tidak masuk ke kelas yang diajar guru
tersebut dan ponteng sekolah. Akibatnya, pelajar- pelajar ini akan ketinggalan dalam subjek
tersebut dan mempengaruhi pencapaian pelajar tersebut.

Jangkaan guru yang rendah dan negatif terhadap pelajar juga boleh menjadikan pelajar
tidak selesa dan tidak suka terhadap guru tersebut. Lagipun apabila jangkaan guru terhadap
pelajar negative ini akan memberi kesan kepada prestasi pengajaran guru. dimana kaedah atau
pendekatan yang guru gunakan tidak sama dengan pelajar yang jangkaannya tinggi. Guru
tersebut hanya akan mengajar sambil lewa dan tidak bersemangat dalam menyampaikan ilmu
kepada pelajar tersebut. Adakalanya guru- guru juga ini akan masuk ke kelas lewat. Perkara
seperti ini boleh membuatkan motivasi pelajar menurun dan bagi kelas belakang yang
sememangnya pencapaian akademik mereka rendah akan menjadi bertambah rendah apabila
guru bersikap seperti ini. Pelajar akan berasa guru kurang menunjukkan perhatian dan minat
untuk membantu meningkatkan kebolehan mereka

Menurut Kamaruddin (1997), tanggungjawab dan tugas guru tidak sahaja mentadbir
ataupun menguruskan kelas. Malahan mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih penting
dalam proses pengajaran iaitu menyampaikan ilmu kepada pelajar. Beliau turut menyatakan
pengajaran guru seharusnya berdaya tarikan dan mampu meningkatkan motivasi pelajar.

Kajian yang dijalankan oleh Marimuthu (1990) mendapati bahawa sikap dan harapan
guru memberi kesan yang ketara kepada peningkatan akhlak dan pencapaian pelajar Sikap atau
imej negatif ini terbentuk disebabkan jangkaan guru yang tidak mendorong kemajuan pelajar
terutama di kelas-kelas yang lemah. Persepsi negatif guru dan jangkaan guru yang rendah
pastinya melemahkan lagi semangat dan harapan mereka. Motivasi menjadi berkecai dan lumpuh
17

disebabkan jangkaan guru yang tidak merangsangkan kemajuan pelajar-pelajarnya.

Sebagai manusia biasa sememangnya guru tidak terlepas daripada pilih kasih terhadap
pelajarnya. Sikap pilih kasih ini berlaku disebabkan oleh banyak factor seperti disiplin pelajar,
budi pekerti pelajar, keaktifan pelajar dan hubungan yang baik antara guru dan pelajar. namun
begitu, guru tidak boleh menonjolkan sikap pilih kasih bagi mengelakkan rasa rendah diri pelajar
yang lain. Contohny, guru perlu menyoal semua pelajar di dalam kelas dan bukannya hanya
tertumpu pada pelajar yang bijak sahaja. Apabila guru bersikap adil, ia memberikan suasana
belajar yang sihat dan mewujudkan persaingan antara pelajar. Bimbingan yang diberikan juga
perlu adil supaya dapat meningkatkan minat pada pelajaran.

Skinner melalui Teori Pelaziman Operan Skinner (1953) telah menekankantentang proses
pembiasaan dalam membentuk tingkah laku dan mengemukakanbeberapa rumusan tentang
pembelajaran manusia. Menurut beliau, pembelajaranberlaku melalui pelaziman dan peneguhan
positif pula merupakan rangsangan yangpenting dalam menambahkan kebarangkalian gerak
balas pelajar. Oleh itu, peneguhanpositif perlu diberi dari semasa ke semasa untuk mengubah
tingkah laku yang tidakdiingini sekaligus menjayakan proses pembiasaan ini. Manakala
peneguhan negatifpula membawa kesan yang tidak menyeronokkan dan pelajar akan mengulangi
tingkahlaku operan yang diingini.

Isu 2: Demoralizing
Selain isu diatas, terdapat juga amalan yang tidak sihat dan bersifat demoralizing
pelajar sama ada secara sengaja atau tidak sengaja oleh guru dan juga dalam amalan sistem sosial
yang tidak sihat di sekolah. Demoralizing adalah proses yang meruntuhkan moral pelajar
sehingga mereka merasakan diri tidak berguna, tidak dihormati, dan tidak dihargai. Kecaman
yang sering dilemparkan oleh guru terhadap pelajar serta memburuk-burukkan pelajar boleh
membunuh segala motivasi dan harga diri pelajar. Pelajar menjadi benci dan anti sosial kepada
sekolah dan masyarakat. Memberi gelaran yang buruk dan menghina adalah satu proses
18

demoralizing yang boleh memusnahkan maruah pelajar. Motivasi diri menjadi hancur
disebabkan proses demoralizing yang dialami secara berterusan oleh individu.
Guru yang gemar menghina pelajar-pelajar akan menyebabkan pelajar-pelajarnya menjadi pasif,
menarik diri serta tidak yakin menyertai aktiviti-aktivitipengajaran dan pembelajaran (Ee Ah
Meng, 1992)

Guru memainkan peranan yang penting disekolah untuk menyampaikan ilmu kepada
pelajar. Guru seharusnya mempunyai sikap dan sahsiah yang baik, bertutur dengan perkataan
yang baik- baik sahaja. Tidak sepatutnya seorang guru menghina, memalukan pelajar di depan
ramai orang dan juga menjatuhkan moral pelajar. Jika berlakunya perkara seperti ini, pelajar
tersebut akan merasa malu pada kawan- kawan dan motivasi untuk terus belajar semakin
menurun. Hal ini akan menyebabkan pelajar tersebut tidak mahu ke sekolah lagi dan terjebak
dengan anasir- anasir yang tidak sihat. Jadi pelajar ini bukan sahaja terlibat dalam masalah
disiplin sekolah malahan dibimbangi terlibat dengan jenayah dan masalah dadah.

Jersild (1978) yang mengkaji perlakuan ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah
mendapati pengajaran guru memainkanperanan penting dalam menentukan kadar ponteng
sekolah.

Hal ini jika dibiarkan berleluasa, sekolah akan menjadi tempat yang semakin tidak
disukai pelajar dan kadar ponteng akan meningkat. Jadi beberapa penyelesaian harus diambil
seperti pertama, pada peringkat persediaan untuk menjadi guru lagi kementerian pelajaran harus
menitikberatkan subjek sahsiah guru dan psikologi serta motivasi remaja agar guru- guru yang
keluar mempunyai sahsiah, sikap dan personliti yang baik. Di samping tahu untuk menghadapi
pelajar dengan mengetahui psikologi remaja, para guru juga tahu bagaimana untuk
memotivasikan pelajar agar pendekatan yang diambil oleh guru bersesuaian dan tidak timbul isu
demoralizing dikalangan pelajar.

19

Kedua , guru-guru yang sedia ada di sekolah juga perlu dihantar semula menjalani kursus
untuk mengingatkan semula mengenai etika, sikap dan profesionalisme sebagai seorang guru.
Kadangkala guru tidak sedar bahawa tindakannya di dalam kelas boleh membuatkan pelajar
berasa hati dan malu pada kawan-kawan kerana sudah lama mengajar dan merasakan perkara itu
sebagai biasa. Jadi guru seperti ini yang perlu diingatkan semula.

Ketiga, ketua panitia seharusnya selalu menyelia guru- guru dibawah bidangnya agar
perkara seperti demoralizing ini timbul. Bagi guru- guru yang demoralizing ini, tindakan
tatatertib seharusnya dikenakan keatasnya.

Isu3: guru bersifat autokrasi


Dalam gaya pengajaran guru terdapat beberapa gaya iaitu gaya kepimpinan
autokrasi,demokrasi dan laissez-faire. Gaya pengajaran autokrasi adalah dimana guru tidak
memberi peluang langsung kepda pelajar untuk bertanya atau memberikan pendapat. Hanya
komunikasi satu hala sahaja yang wujud dan pengajaran menggunakan kaedah pengajaran
berpusatkan guru.

Omardin Ashaari (1999) menjelaskan guru yang bersifat autokratik dan melaksanakan
tugas secara kuku besi dan terlalu dominan dalam tindak tanduk mereka ketika mengawal bilik
darjah boleh menyebabkan pelajar tidak bebas dan berfikir.Pelajar perlu diberi peluang untuk
melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan pembelajaran seperti mengeluarkan pendapat dan
saranan agar tidak menjejaskan keupayaan dan kemampuan mereka untuk menerima pelajaran.

Guru bersikap autokrasi tidak akan menerima pandangan atau pendapat daripada pelajar.
Tidak berlaku proses pengajaran dan pembelajaran dua hala. Pelajar terpaksa menerima sahaja
semua yang disampaikan tanpa boleh bertanya atau menyangkal setiap pengajaran yang
disampaikan. Hal ini boleh menyekat percambahan minda pelajar. Idea pelajar tidak dapat
20

berkembang untuk membentuk pemahaman yang kukuh. Akhirnya pelajar tidak dapat
memahami konsep subjek yang diajarkan. Lama kelamaan pelajar akan bosan dan malas untuk
masuk ke kelas guru tersebut. Perkara seperti ini akan menyumbangkan kepada masalah ponteng
dan masalah disiplin yang lain. Mengikut Musa Hitam (1981), masalah disiplin terutamanya
ponteng berpunca dari pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu sendiri. Pelajar yang bersikap
nakal disebabkan oleh gurunya yang kurang mempunyai minat terhadap pengajaran atau bahanbahan yang di sampaikan sama saja dengan apa yang terdapat dari buku teks dansebagainya.
Daripada keadaan ini, pelajar memerlukan kelainan dalam pengajaran danpembelajaran bagi
mewujudkan minat serta menghindarkan sikap bosan dan nakal yang akan mengganggu suasana
persekolahan.

Untuk mengatasi demoralizing ini tiada cara selain guru tersebut sendiri yang berubah.
Sebagai seorang guru kita seharusnya sedar akan tanggungjawab yang terletak diatas bahu kita.
Kadang kala guru tersebut bukan sengaja hendak bersifat demoralizing atau menjatuhkan maruah
pelajarnya tetapi disebabkan tidak dapat menahan sabar akan karenah pelajar menyebabkan guru
bersikap sedemikian. Jadi guru harus tahu cara untuk menangani emosi sendiri serta tahu cara
untuk mengawal pelajar yang member masalah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.

Selain itu, guru juga harus memberi sepenuh komitmen kepada tugas. Bukan hanya
mengaggap tugas mengajar itu sebagai satu kerja untuk mendapat gaji tetapi tugas seorang guru
lebih daripada itu. Apabila guru mengaggap mengajar adalah satu pekerjaan untuk dia mendapat
gaji bukan untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar maka akan berlaku perkara seperti ini.

Adalah lebih baik sekiranya guru menggunakan pendekatan kawalan terpimpin yang
bersifat sederhana dengan jenis kepimpinan demokratik demi mewujudkan keadaan kondusif
yang sesuai di samping menjamin proses pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Omardin
Ashaari (1999) berpendapat pelajar perlu diberi bimbingan dan pimpinan mengikut pelbagai

21

langkah dan peringkat pembelajaran dengan menggunakan kaedah yang sistematik bagi
membolehkan mereka maju dengan seberapa cepat yang boleh. Ini kerana pelajar adalah
organisma yangberkembang dan guru sepatutnya membiarkan mereka berkembang secara
semula jadi. Oleh itu, pelajar seharusnya belajar melalui peringkat demi peringkat secara teratur
rmengikut kehendak dan keperluan mereka untuk menentukan arah yang sesuai bagi diri mereka
sendiri.

Pendekatan sebegini menjadikan pelajar lebih matang dan mempunyai rasa percaya diri
kerana pelajar akan mempelajari apa yang perlu mereka ketahui. Manakala guru pula hendaklah
memainkan peranan yang aktif dalam member pandangan dan saranan semasa merancang dan
mengelolakan sesuatu aktiviti pembelajaran.Jenis kepimpinan demokratik ini bertujuan memberi
kebebasan kepada pelajar untuk bertindak dalam kumpulan. Guru akan memilih ahli dan sentiasa
melakukan penyerahan tugas. Hasilnya, pelajar akan berusaha menghasilkan kerja yang baik dan
aktif dalam semua keadaan tidak kira sama ada dengan kehadiran guru atau sebaliknya.
Perbezaan di antara diri pelajar dengan persekitaran pula membantu menambahkan ketentuan
dan keyakinan diri. Suasana rapat dan mesra dapat diwujudkan hasil sifat toleransi dan kerjasama
antara pelajar dan guru malah dikalangan pelajar itu sendiri. Oleh itu, sekiranya guru dapat
mengesan bahawa pengajaran mereka kurang menarik perhatian pelajar atau membosankan,maka
guru perlu mempelbagaikan teknik, kaedah, strategi dan pendekatan pengajaranserta
menggunakan pelbagai bahan bantu yang sesuai untuk menarik perhatian pelajar

Disamping itu, Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid ( 1992 ) guru yang baik mempunyai
kualiti dan sifat tertentu. Antaranya mereka perlu mempunyai unsur-unsur humor yang
menjadikan pengajaran merekatidak membosankan. Laurence J.Peter (1975) , pula dalam
bukunya bertajuk,menjelaskan bahawa bakal guru perlu menjadikan diri mereka guru
yangberkesan dan berpengaruh. Kemahiran berjenaka adalah amat penting dan merupakan salah
satu ciri pensyarah yang baik kerana merekaapatmenghasilkan perubahan tingkah laku yang
efektif di kalangan pelajar. Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa unsur kecindan juga
memainkan peranan penting di dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan
22

pembelajaran, tetapi ia boleh diibaratkan seperti garam di dalam makanan, hendaklah diletakkan
hanya secukup rasa sahaja.

2.5 ISU KOMUNIKASI TIDAK BERKESAN

Selain daripada pedagogi dan penyampaian ilmu di dalam kelas, komunikasi juga
memainkan peranan yang penting kepada seorang guru, kerana tanpa komunikasi yang berkesan,
ilmu tidak dapat di sampaikan dengan baik dan sempurna. Komunikasi merupakan satu proses
penyampaian mesej, samaada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai
dapat di fahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Suara
merupakan elemen penting kepada guru kerana jika guru tidak mampu berinteraksi dengan baik
semasa mengajar, maka ia akan membuatkan suasana di dalam bilik darjah tidak harmoni dan
proses P&P tidak dapat berlangsung dengan sistematik.

Senario guru kita pada dewasa ini, mereka masih tidak mampu untuk berinteraksi dengan
pelajar mereka. Walaupun telah mengikuti kursus pendidikan selama beberapa tahun, mereka
masih lagi tidak mempunyai keyakinan diri sebagai seorang pendidik. Masih ramai lagi guru
yang mempunyai suara yang perlahan ketika mengajar, sehinggakan pelajar yang berada di meja
belakang tidak dapat mendengar apa yang dikatakan oleh guru mereka. Secara logiknya, jika kita
tidak dapat mendengar apa yang di katakana oleh guru, maka kita tidak mungkin akan faham apa
yang guru itu sedang ajarkan. Pakar dalam bidang komunikasi percaya bahawa komunikasi yang
lemah merupakan punca kepada kebanyakan masalah dalam pembelajaran.

Flanders (1970) dalam (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap
interaksi bilik darjah telah merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku
dalam bilik darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar.
23

Di sini kita dapat simpulkan bahawa, guru masih lagi mengamalkan komunikasi sehala ketika
proses P&P berlangsung, di mana hanya guru yang bercakap dan pelajar bertindak sebagai
pendengar sahaja. Pelajar seolah-olah tidak berpeluang untuk mengemukakan soalan atau pun
sekadar ingin berkongsi pendapat tentang perkara tertentu.

Hal ini akan membuatkan pelajar berasa bosan sepanjang proses P&P berlangsung dan
seterusnya mereka akan membuat hal masing-masing dan tidak lagi berminat untuk
menumpukan perhatian ketika guru mengajar. Fanders meletakkan tanggungjawab utama
mencorakkan interaksi bilik darjah itu kepada guru, jika guru gagal mewujudkan suasana dan
interaksi yang baik kepada pelajar semasa menyampaikan pengajaran, maka proses P&P tidak
akan berjaya dilaksanakan.

Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Norsin berkata, secara
umumnya 95% proses pengajaran dan pembelajaran sekarang masih berpusat kepada guru dan
hanya 5% membabitkan interaksi dengan pelajar. Sepatutnya kelemahan ini tidak sewajarnya
berlaku dalam bidang pendidikan yang kegiatan utawamnya memerlukan aspek kemahian
berfikir serta mengembangkan minsa selain penekanan yang diberikan kepadanya di dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Terdapat tiga elemen penting menurut Adi
Gunawan dalam berkomunikasi, terutama komunikasi antara guru dan pelajarnya iaitu:

i.

Konten
Konten atau isi kandungan matapelajaran merupakan elemen terpenting yang perlu ada
pada seorang guru. Konten tidak hanya terdiri daripada subjek yang akan kita sampaikan
akan tetapi ia turut menrangkumi kemampuan guru dalam membangunkan hubungan
dengan pelajar, membangkitkan motivasi untuk belajar, memberikan nilai tambah dan
membangkitkan rasa ingin tahu pelajar tentang sesuatu subtopik yang ingin akan di
pelajari di samping memberi peluang kepada pelajar untuk mengutarakan sebarang
soalan.

24

ii.

Penyampaian
Penyampaian ilmu meliputi penggunaan bahasa tubuh seorang guru sebagai
media penyampaian, postur, kontak mata, ekspresi wajah dan gerakan tubuh ketika
mengajar. Selain itu, penyampaian juga meliputi kualiti suara dalam menyampaikan isi
kandungan matapelajaran. Guru perlu tahu bila masa yang sesuai untuk menggunakan
nada tinggi, dan situasi bagaimana yang menuntut guru menggunakan nada yang rendah
supaya ia dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif kepada pelajar. Ini
secara tidak langsung dapat membuatkan pelajar berasa senang dan selesa untuk
bertanyakan soalan apabila mereka tidak memahami sesuatu subtopic matapelajaran.

iii.

Konteks

Konteks meliputi suasana hati, perkara yang berlaku di kelas dan sekolah, pengalaman terdahulu
dan sebagainya. Oleh itu, guru harus mempunyai kemampuan untuk mempengaruhi pemikian
pelajar. Hal ini penting kerana, apabila belajar berasa subjek itu susah untuk di pelajari dan di
fahami, guru akan bertindak untuk mempengaruhi pemikiran pelajar supaya mereka dapat
menghapuskan segala perkara-perkara negatif yang berlegar di kepala pelajar. Ini secara tidak
langsung, dapat menarik kembali minat pelajar supaya mereka sentiasa bersemangat dan
bermotivasi untuk belajar dan seterusnya membuatkan proses pembelajaran berlangsung dengan
jayanya.

Dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi komunikasi yang berkesan di antara


guru dan pelajar, gurulah yang perlu memainkan peranan yang penting dalam menjayakan usaha
ini. Dimana guru perlu bijaksana dalam menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara
pelajar dengan guru dan juga pelajar dengan pelajar berlaku secara harmonis, saling bantu
membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan
berkesan. Tambahan pula guru boleh menggunakan direct dan spontaneous communication
iaitu menerangkan dengan jelas apa yang hendak di sampaikan oleh guru dan cuba menerima
pendapat pelajar terutamanya di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti di dalam
bilik darjah.
25

Guru juga perlu membuat aktiviti yang mana dapat menggalakkan pelajar
berinteraksi secara teratur di antara satu sama lain, supaya mereka berpeluang untuk memberi
pendapat masing-masing tentang sesuatu perkara dan seterusnya dapat mempertahankan
pendapat tersebut mengikut cara dan gaya mereka tersendiri. Ini dapat membuatkan pelajar
melibatkan diri secara aktif dalam proses P&P di samping dapat meningkatkan keyakinan diri
pelajar itu sendiri. Pakar motivasi ada menyatakan bahawa salah satu cara untuk meningkatkan
keyakinan diri adalah dengan berani bersuara dan mengutarakan pendapat walaupun kadang kala
tidak semua orang bersetuju dengan apa yang kita cuba sampaikan. Apabila pelajar dapat
memberikan pendapat yang bernas atau dapat menjawab soalan dengan betul, guru di galakkan
untuk memberikan pengukuhan positif seperti member pujian supaya pelajar itu berasa di hargai
dan bersemangat untuk memnjawab soalan yang lain.

Abdul hamid Mahmood (1990) telah menggariskan beberapa ciri-ciri komunikasi guru
dan pelajar yang boleh menghasikan pengajaran yang berkesan yang mana boleh di aplikasikan
di dalam bilik darjah oleh para guru. Antaranya ialah, guru seharusnya mempunyai sifat
penyabar, penyayang serta suka akan pelajarnya. Sifat ini dapat melahirkan kemesraan antara
guru dengan pelajar. Guru yang pemarah dan garang tidak bertempat, tidak mungkin akan di
sukai oleh pelajar mereka. Selain itu, pelajar suka dan senang dengan guru yang memberikan
pujian dan penghargaan kepada mereka jika mereka dapat membuat sesuatu dengan baik. Oleh
itu, guru haruslah ringan mulut dalam memberikan pujian kepada pelajar mereka sebagai
pembakar semangat untuk mereka membuat yang terbaik, dengan syarat pujian dan penghargaan
yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur.

Di samping itu juga, guru perlulah menjaga air muka, pertuturan dan tindakan supaya
mencerminkan kewibawaan sebagai seorang guru supaya pelajar berasa hormat dan memandang
tinggi dengan profesion keguruan dan seterusnya berasa yakin untuk belajar di bawah kawalan
guru tersebut. Dalam proses P&P, guru perlu menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang
sesuai supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang sempurna. Semasa bercakap atau
26

berinteraksi dengan pelajar, guru haruslah mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata dengan
pelajar supaya menampakkan keyakinan dan kemantapan guru itu sebagai pendidik. Hal ini akan
membuatkan pelajar bertambah yakin dengan guru mereka dan secara tak langsung akan
membuatkan mereka sentiasa mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru tersebut.
Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan
pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau komunikasi
bilik darjah berlaku secara berkesan. Perhubungan atau komunikasi boleh berlaku secara
berkesan apabila interaksi guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar terjadi dalam suasana
yang ramah mesra, lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati, sabar, berdisplin dan
sistematik. Melalui komunikasi juga guru dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pelajaran
yang di ajari di samping dapat menyelitkan sedikit jenaka yang boleh menghiburkan pelajar
ketika pelajar kebosanan.

27

3.0

PENUTUP
Kesimpulannya, dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran guru perlu

menggunakan pendekatan yang sesuai mengikut budi bicara dan kebijaksanaan guru agar
pengajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Pendekatan pengajaran sangat penting
kerana dari situ akan timbulnya minat, motivasi dan semangat pelajar untuk belajar. Jika
pendekatan yang digunakan tidak menarik dan membosankan, ianya akan dapat mempengaruhi
minat pelajar untuk belajar. Guru seharusnya memilih kaedah atau pendekatan yang mengikut
peredaran zaman. Pada zaman serba canggih ini penggunaan information and communication
technology( ICT) sangat digalakkan oleh kerajaan dalam meningkatkan pencapaian dan kualiti
pelajar. Guru memegang tanggungjawab sepenuhnya dalam menyampaikan ilmu kepda pelajar.
Oleh sebab itu, setiap pengajaran perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian agar dapat
mewujudkan pengajaran yang berkesan di mana tujuan dan objektif pengajaran tercapai
seterusnya meningkatkan prestasi pencapaian pelajar.
An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi
kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang
memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan
memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan
lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai
dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
canggih dan menarik.
Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang
tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak
dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam
setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap
pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini
harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:
1. Tujuan am (learning goal)
28

2. Objektif pelajar (specific objective)


3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktivit
tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran
4. Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar
5. Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur
pencapaian pelajar
Kata Cangelosi (1992):
Learning goal is the overall purpose of the teaching unit. It indicates what
students are expected to learn.
Specific objective, define the learning goal. That is a number of specific skills,
abilities, and/or attitude that the student to/or must acquire. (ms. 24)
Perrott (1986) menerangkan semua aktiviti itu dalam tiga istilah yang lebih mendasar, iaitu:

Planning
Implementation
Evaluation

Tiga perkara ini dan juga langkah-langkah yang dikemukakan sebelum ini merupakan asas
pengajaran yang berkesan, di sampiang pengetahuan yang patut ada pada guru. Langkahlangkah ini disusun demikian rupa untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang
menarik dan berkesan. Ini yang dikatakan pengajaran yang berkesan (effective teaching).
Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak
memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas. Guru yang mampu menjalankan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang didikasi, mempunyai wawasan
yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan
langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan BBM yang menarik dan dengan
pergerakannya yang cukup lincah. Inilah dia guru yang efektif (effective teacher).
effective teacher is one who is able to demonstrate the
ability to bring about intended learning goals. Parrott (1986:5)

Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Ini
termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai,
pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan
dijalankan.
Selain itu, komunikasi juga sangat penting dalam pengajaran. Dimana ianya merupakan
29

proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh
penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun
berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan
pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di
papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah
diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi
seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Ee Ah
Meng, 1996). Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan
yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik.
Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui
peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha
menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi
termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial
bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan
pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah.

RUJUKAN

30

Abu Bakar Nordin (1991) dan Halim Hui (ed). Kurikulum: Perspektif dan
Perlaksanaannya. Kuala Lumpur: Pustaka Antara
Sham b. Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru
di Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia
Ee Ah Meng. (1996). Psikologi Pendidikan Dalam Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Kamaruddin Husin. (1997). Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Utusan
Publications and Distributors.
Marimuthu, T. (1990). Pengenalan Sosilogi Pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Abdul Rahim bin Abdul Rashid. 1990. Strategi pengajaran Sejarah. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan et. al (1999), Komunikasi Untuk Guru , Utusan Publication
&Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur
Abd. Rahim Abd. Rashid (1999), Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah ,
Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Omardin Ashaari (1999), Pembelajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif ,
DewanBahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Sumber: http://id.shvoong.com/social-sciences/education/2246526-guru-sebagaisumber-belajar/#ixzz1qI5qv4Qw

http://210.48.147.84/doc/deraman_abdullah.pdf
http://qaryafikir.wordpress.com/2008/09/11/kaedah-penyesuaian-bahan-bantu-mengajar-bukuteks/
http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-malaysia/
http://ppdmachang.edu.my/V2/index.php?blog=8
http://www.scribd.com/doc/17216720/Proses-Pengajaran-dan-PembelajaranBerkesan

31