Anda di halaman 1dari 4

17 September 2013

Tuesday
KES BULI
BALING: Saya dapati ada kesan lebam di bahagian mata kanan arwah
ketika mengucupnya buat kali terakhir. Saya juga meminta untuk
memeriksa seluruh badannya, tetapi tidak dibenarkan wakil Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) yang hadir mengiringi jenazah ketika itu, kata
Mohd Sobri Mohd Sofian, 41, bapa kepada Mohammad Naim Mustaqim, 16,
pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (MTD) yang mati dipercayai
akibat dibuli dan didera pelajar senior, kelmarin.Menurutnya, dia terpaksa
akur dengan keputusan wakil ATM yang tidak membenarkannya
memeriksa badan arwah anaknya itu.
Mereka kata ikut prosedur tak boleh sebab arwah sudah dikapan dan
mereka hanya membenarkan bahagian muka saja dibuka untuk kami
menatap wajahnya kali terakhir.
Saya tidak membantah, tetapi mendapati ada kesan lebam di mata
kanan arwah ketika mengucupnya kali terakhir.
Saya mahu mereka yang bertanggungjawab memukul anak saya dibawa
ke muka pengadilan, katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung
Lalang, Siong di sini, semalam.Katanya, dia dan keluarga menerima
kejadian itu sebagai takdir, namun kematian Mohammad Naim tetap
memerlukan pembelaan bagi memberi teladan kepada orang lain yang
mungkin menerima nasib sama pada masa depan. Arwah adalah anak
harapan saya untuk membantu keluarga kami pada masa depan, namun
hari ini (semalam) harapan itu hancur berkecai. Sukar bagi saya menerima
kejadian itu yang menyebabkan kehilangannya buat selamalamanya.Saya sentiasa impikan satu hari nanti arwah akan pulang ke
rumah dengan pakaian seragam seorang pegawai tentera dan berharap
dia akan membantu kami dan adik-adik lain untuk berjaya sepertinya,
katanya Harian Metro semalam melaporkan seorang pelajar tingkatan
empat MTD meninggal dunia di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT),
Kem Sungai Besi di sini, awal pagi kelmarin dipercayai akibat dibuli dan
didera pelajar senior.
Mohammad Naim Mustaqim dikatakan pengsan selepas didera kumpulan
pelajar senior terbabit antara jam 11.30 pagi kelmarin dan 1.20 pagi
semalam di asrama MTD sebelum dikejarkan ke PPAT, namun disahkan
meninggal dunia.PeSementara itu, ibu mangsa, Fauziah Abdul Wahab, 45,
berkata kali terakhir berjumpa arwah ketika anaknya itu pulang ke rumah
sempena cuti sekolah seminggu lalu.

BAHAYA MAKANAN SEGERA


BATU PAHAT: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengandaikan makanan
segera yang semakin popular di kalangan rakyat negara ini umpama bom jangka yang boleh
meledak menjadi penyakit kronik apabila diambil sejak usia muda. Malah, Dr Chua
menyifatkan makanan segera lebih berbahaya daripada rokok dan minuman keras kerana ada
kes pengambilan makanan bermula sejak bayi lagi.
Pengambilan makanan segera sejak usia bayi lagi menyebabkan sistem badan kita lemah dari
awal lagi kerana kita sudah terdedah kepada kandungan gula, garam dan lemak yang melebihi
paras minimum yang diperlukan badan kita.
Tidak keterlaluan jika kita letakkan tahap bahaya makanan segera sama taraf atau lebih
tinggi lagi berbanding rokok atau minuman keras, katanya kepada pemberita pada Majlis
Tahun Baru Cina anjuran MCA Batu Pahat, di Dewan Jubli Intan, di sini, malam kelmarin.
Dr Chua berkata, pengambilan makanan segera sejak usia bayi dikenal pasti penyumbang
utama peningkatan mendadak penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing
manis dan buah pinggang.
Dua puluh tahun lalu, hanya enam peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit itu (kencing
manis), tetapi kini sudah meningkat kepada sembilan peratus dan jika amalan mengambil
makanan segera berterusan, tidak mustahil jumlah pesakit akan meningkat 12 hingga 13
peratus pada 2020 nanti, katanya.
Menteri Kesihatan itu berterima kasih sokongan pelbagai pihak, terutama pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) terhadap cadangan kementerian melarang iklan makanan segera di media.
Jika langkah tegas, termasuk melarang iklan makanan segera di media tidak diambil, kami
khuatir bilangan rakyat Malaysia yang menghidap penyakit kronik terus meningkat ke tahap
serius.
Saya akan berjumpa dengan NGO bagi berbincang dengan mereka untuk mencari
pendekatan bagaimana mencapai hasrat kita mendidik rakyat Malaysia supaya tidak memakan
makanan segera, katanya sambil menambah, masalah itu diburukkan dengan keengganan
rakyat Malaysia bersenam.

CERITA HANTU MENANGIS


Ini ada satu cerita hantu yang saya alami, ketika itu saya dan adik ipar
saya nak pergi memancing di sebuah hutan di area selangor.
Kami memancing di sana sebab ada orang kata banyak ikan ketutu.Ikan
ketutu mahal kalau dapat seekor pun dah di kira lumayan. 1kg rm70.00.
Kami bergerak dari rumah sekitar jam 4.12 petang dengan menaiki motor
honda ex5. Kami sedikit pun tidak rasa takut, cuma di dalam kepala hanya
memikirkan untuk mendapatkan duit dengan kerja yang kami lakukan.
Di kawasan hutan itu terdapat anak sungai yang pecah akibat banjir
rupanya disitulah kawasan lubuk ikan ketutu. Ketutu suka mendiami
kawasan lubuk yang dalam dan mempunyai rimbunan pokok mengkuang.
Kami tiba di kawasan Hutan Tebal itu tepat jam 7.15 petang. Berbekal 2
batang Joran dan umpan anak ikan.
Kami memancing tidak berjauhan maklumlah hutan tebal dan gelap gelita.
Malam itu kami dapat seekor ikan ketutu yang berat agak-agak
sekilogram. Wah, untung kita hari ni! menyebabkan kami mula gila nak
mancing lagi. Ikan ketutu aktif bila waktu malam di siang hari ia akan jadi
bodoh macam tunggul kayu.
Tiba-tiba hujan renyai2 di waktu bulan mengambang pada malam itu,
hairan ribut tak ada, guruh pun tak ada tiba2 hujan. Kami tidak berputus
asa masih lagi meneruskan aktiviti memancing ketutu pada malam
tersebut.
Tiba-tiba di jalan laluan balak lama muncul satu kelibat manusia. Muka
kami tidak nampak cuma nampak rambutnya panjang mencecah ke bumi
dipancar cahaya bulan hujan renyai2 pada malam itu, kain kafan
menyaluti tubuhnya.
Dia bergerak pelahan-lahan menuju kearah kami dengan bunyi wanita
sedang menangis.
Kami mula ketakutan lalu berlari mendapatkan motor yang tidak jauh dari

tempat kami memancing.


Bunyi helaian jangan cakap, sangat kuat kedengaran.
kami memecut laju meninggalkannya..setelah jauh kami bergerak bunyi
tangisan tersebut sudah pun reda. Syukur tidak terjadi apa2 pada malam
tersebut .hanya seekor ikan sahaja yang kami dapat.
sekian terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai