Anda di halaman 1dari 2

KUMPULAN 4:

4. Haba
4.1 Memahami suhu adalah peninjuk darjah kepanasan.
TAJUK: Bertambah dan Berkurang
ALATAN DAN BAHAN: Pemetik api, penunu Bunsen,air, kasa dawai, air,tunku
kaki tiga, jam randik, bikar 250ml,thermometer, kaki retort.

PROSEDUR:
1. Radas disediakan seperti di dalam gambar.
2. Termometer digunakan untukmenyukat suhu.
3. Jam randik dimulakan dan pada masa yang sama air dipanaskan.
4. Bacaan suhu diambil setiap satu minit selama 5 minit. Air dikacau dengan
cermat menggunakan rod kaca.
5. Pemerhatian direkodkan dalam jadual.
6. Api dipadamkan dan pada masa yang sama jam randik dimulakan.
7. Bacaan suhu diambil setiap satu minit selama lima minit.
8. Pemerhatian direkodkan dalam jadual.

KEPUTUSAN:
Masa (minit)
Suhu air
apabila
dipanaskan
(oC)
Suhu air
apabila
disejukkan
(oC)

0
29

1
38

2
48

3
59

4
71

5
84

84

77

70

63

56

49

PERBINCANGAN:
1. Apabila air dipanaskan, suhu semakin bertambah kerana air menyerap haba
yang dibekalkan.
2. Apabila air disejukkan, suhu dibebaskan ke udara. Oleh itu suhu air semakin
berkurang.

KESIMPULAN:
Apabila air dipanaskan:
Semakin bertambah masa, semakin bertambah suhu air.
Apabila air disejukkan:
Semakin bertambah masa, semakin berkurang suhu air.

SOALAN KBAT:
1. Apakah pola perubahan suhu air apabila dipanaskan? Mengapa?
2. Apakah pola perubahan suhu air apabila disejukkan? Mengapa?
3. Ramalkan suhu air pada minit ke-6 apabila dipanaskan.
4. Sekiranya air ditukar kepada larutan garam, adakah pola perubahan suhu
adalah sama ketika dipanaskan? Berikan inferens anda.

Anda mungkin juga menyukai