Anda di halaman 1dari 1

Memupuk nilai kemanusiaan

Peranan media massa, sama ada media cetak dan media elektronik amat
dominan dalam usaha memupuk nilai-nilai murni dalam atma kanak-kanak.
Berdasarkan penyelidikan, dipercayai bahawa kecanggihan teknologi media
seperti televisyen, radio dan internet serta akhbar arus perdana mampu
mempengaruhi akhlak kanak-kanak kerana kanak-kanak pada era moden ini
sememangnya sudah celik teknologi maklumat. Mereka akan tergila-gila
kepada media baru. Oleh hal yang demikian, pihak media massa bolehlah
mengambil kesempatan ini untuk menyiarkan iklan, dokumentari, drama dan
paling penting, siaran kartun yang semestinya menjadi kegemaran kanakkanak. Misalnya, iklan tentang seorang kanak-kanak yang memberi tempat
duduk kepada orang tua di dalam komuter yang kerap disiarkan di TV3 dan
iklan kanak-kanak membantu seorang wanita tua mengangkat barang amat
berkesan kepada penonton. Malahan, drama-drama seperti Precious
Babies, Three Pads, One Mom, Hwang Jin Yi, Next Stop, Happiness
dan lain-lain lagi mengandungi babak-babak yang menonjolkan kepentingan
nilai-nilai murni yang boleh dipelajari dan seterusnya diamalkan oleh kanakkanak dalam kehidupan seharian. Jadi, sudah terang lagi bersuluh, bahawa
media massa merupakan wadah yang paling sesuai untuk memupuk nilainilai murni dalam sanubari kanak-kanak.

LINK YOUTUBE : http://www.youtube.com/watch?v=psMhRoryTNA

(Tengok contoh video ni.tajuk sama---dorang sebagai pembakang)

Anda mungkin juga menyukai