Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

Pengenalan
Pendahuluan
Penggunaan Teknologi sebagai Medium Interaksi Sosial
Perubahan Interaksi secara Negatif Akibat dari Perkembangan Teknologi Interaksi
Kepentingan Perkembangan Teknologi Komunikasi
Kesimpulan
Rujukan

Pengenalan
Proses sosial merupakan proses menghubungkan individu dengan individu yang lain dan juga
menghubungkan masyarakat di dalam kelompok mereka ataupun dengan kelompok
masyarakat yang lain. Proses sosial biasanya berlangsung melalui intreaksi yang berlaku
biasanya secara verbal tidak kiralah ianya berlangsung secara bersemuka ataupun dengan
bantuan teknologi ataupun peralatan yang membolehkan mereka berkomunikasi di antara satu
sama lain. Proses sosial boleh dilihat sebagai satu bentuk proses yang berlaku secara ulangalik iaitu di mana dua atau lebih pihak menjalani proses komunikasi di mana maklumat
diterima, diproses dan reaksi akan diberikan semula sebagai respons.

Interaksi sosial merupakan apsek yang paling utama bagi semua kehidupan dan
identiti sosial, interaksi sosial menjadi satu kunci penting bagi menjamin kehidupan secara
bersama-sama berlaku dengan lancar dan kurang masalah. Interaksi sosial menjadi satu
keperluan yang paling utama bagi menjamin hubungan sosial di dalam komuniti ataupun
masyarakat berjalan dengan normal dan mengikut fahaman yang sepatutnya.interaksi berlaku
di dalam semua peringkat, di antara dua individu sahaja ataupun lebih, di kalangan ahli
keluarga dan saudara mara serta di dalam peringkat lebih tinggi iaitu di kalangan ahli
komuniti ataupun masyarakat serta di antara mereka di peringkat yang lebih meluas iaitu
berlainan kawasan, daerah ataupun bahkan juga negara.

Terma interaksi sosial digunakan untuk merujuk kepada bentuk pengaruh secara
sepakat di antara dua atau lebih individu yang mempengaruhi perbuatan serta sifat mereka
sehinggakan terbentuknya satu bentuk hubungan di antara mereka, hubungan ini menjadi asas

kepada struktur sosial di dalam komuniti. Dalam erti kata lain, interaksi sosial melihat kepada
bentuk perlakuan yang mempengaruhi sebarang bentuk penglibatan individu di dalam
kehidupan individu yang lain, ianya tidak merujuk kepada interaksi yang berlaku akobat kerja
sebaliknya ianya merujuk kepada aspek sosial yang lebih menjurus kepada bentuk
perhubungan pada peringkat peribadi dan personal. Interaksi sosial boleh berlaku samada di
dalam rumah sendiri ataupun di luar rumah.

Bentuk interaksi sosial yang berjaya memerlukan satu bentuk persefahaman yang
mendalam dari bentuk pemahaman tentang amalan setiap individu, keperluan, sifat dan
perangai serta tolenrasi dan juga bagaimana setiap individu bertindak dalam aspek untuk
berhubung dan mewujudkan pertalian ataupun hubungan. Dengan pemahaman ini, komuniti
masyarakat secara amnya akan mampu untuk membentuk satu infrastruktur yang mampu
untuk menyokong individu, membina peralatan yang bersesuaian untuk interaksi serta
mampu menyediakan mode komunikasi yang bersesuaian yang boleh digunakan oleh semua
individu.

Pendahuluan
Tahun 2013 melihat teknologi dunia semakin berkembang dengan pesat, ianya tidak
menunjukkan sebarang tanda ianya akan berkurangan ataupun ianya akan berhenti pada masa
sekarang. Perkembangan teknologi ini turut melibatkan perubahan ataupun perkembangan
teknologi di dalam bidang komunikasi dan perhubungan. Di dalam sistem komunikasi
ataupun sistem yang menjana aspek interaksi, kita melihat dengan jelas bagaimana teknologi
berkembang dengan mendadak dan menpengaruhi serta mencorakkan semula bagaimana
komuniti berhubung dengan satu sama lain. Kita dapat melihat dengan jelas bagaimana aspek
komunikasi yang selama ini terbatas dan terhad mula berkembang dengan luas dan mencapai
jangkauan yang selama ini tidak mampu dicapai oleh semua.

Sistem komunikasi melihat bagaimana kita terhad dengan sistem interaksi sosial yang
terbatas dan terhad dan dengan campur tangan sistem teknologi, batasan dan limitasi ini mula
berubah dan pudar. Pada masa sekarang kita sedar bahawa interaksi sosial merupakan satu
bentuk hubungan yang lebih meluas dan lebih tersebar, ianya tidak lagi terhad kepada mereka
yang berada di dalam persekitaran yang sama dengan kita sebaliknya ia menjangkau batasan
lautan dan gurun. Kita kini mampu berhubung dengan mereka yang berada beratus ataupun
beribu kilometer dari kita hanya dengan bantuan teknologi dalam bentuk telefon, ataupun
sistem telefon mudah alih dan juga kewujudan internet dan komputer yang mempunyai impak
yang tinggi di dalam perubahan sistem interaksi sosial manusia.

Telefon bimbit (juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa
wayar) merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat

perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali sebagai tapak
sel. Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini mampu
menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan, dan mempunyai ciri telefon bimbit
tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket
bagi capaian Internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan
Khidmat Pesanan Multimedia (Multimedia Messaging Service MMS) bagi menghantar dan
menerima gambar dan video. Kebanyakan telefon mudah alih akan bersambung dengan
jaringan selular pada stesyen pengkalan (tapak sel), yang kemudiannya bersambung dengan
jaringan telefon suis awam (public switched telephone network PSTN).

Mengikut laporan dari Berita Harian (arkib 02 Disember 2012), terdapat lebih kurang
37 juta unit telefon bimbit yang berfungsi di Malaysia sehingga tahun 2012, jumlah ini
dijangka meningkat dengan lebih banyak lagi pada 2013 akibat dari perkembangan teknologi
yang melihat telefon kini bukan lagi sebagai satu alat untuk berhubung dengan lain melalui
satu cara sahaja. Secar puratannya penduduk Malaysia hanyalah lebih kurang 28 juta orang
sahaja, ini bermakna terdapat ramai individu yang memiliki lebih dari satu telefon bimbit
ataupun telefon pintar, terdapat laporan yang menyatakan bahawa terdapat kemungkinan
individu memiliki lebih daripada satu telefon pintar ini sehingga mencapai 6 unit bagi satu
orang individu.

Data ini diperoleh berdasarkan Kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia


Malaysia (SKMM) yang mendapati pada 2010, sebanyak 33,250,177 telefon bimbit
digunakan oleh rakyat di negara ini. Kajian SKMM itu mendapati peningkatan sekali ganda
berbanding 2005 iaitu hanya 16,243,337 telefon bimbit atau meningkat 3.4 juta telefon bimbit

pada setiap tahun. Kajian juga mendapati bahawa terdapat 198,286 orang pada 2010 yang
menggunakan lima unit telefon bimbit pada satu-satu masa manakala terdapat lebih kurang
254,938 orang yang memiliki empat unit telefon pada satu masa yang sama, manakala
849,795 orang memiliki tiga unit telefon dan manakala 6.77 juta orang mempunyai dua
telefon bimbit dan selebihnya 20.25 juta, mempunyai satu unit sahaja.

Kewujudan internet dan juga dunia web ataupun dunia WWW (World Wide Web)
melihat bagaimana sistem komunikasi mengalami perubahan yang mendadak, jika selama ini
ianya terhad dan terbatas, dengan kewujudan sistem internet dengan bantuan sistem satelit,
komunikasi kini boleh berlangsung dengan lebih mudah dan cepat. Internet dilihat sebagai
bentuk penemuan yang paling memberikan impak terhadap manusia dalam abad ini. Dengan
kewujudan internet kita kini tidak lagi melihat dunai sebagai sesuatu yang luas dan mustahil
untuk dicapai, rangkaian internet dan capaian mereka yang meluas mengecilkan dunia ini
(Bungin, 2005), sekurang-kurang dalam aspek komunikasi dan hubungan sehinggakan kita
kini tidak lagi mempunyai masalah untuk berhubung dengan negara yang jauh dari kita.
Marshall McLuhan melihat internet sebagai satu bentuk sistem hubungan yang menjadikan
dunia ini sbegaia kampung global (Global Village) iaitu di mana masyarakat tidak mengira di
mana mereka berada dengan kewujudan internet mampu berhubung dengan mana-mana
tempat di dunia ini yang mempunyai sistem internet juga (Understanding Media, 1964.)

Castells merujuk internet sebagai adalah gabungan berjuta-juta komputer peribadi,


perniagaan, dan kerajaan, menjadi satu bentuk sistem perkakasan yang besar, fungsi dan
proses utama komunikasi dalam zaman maklumat ini sebagai satu sistem rangkaian yang
nyata (Ritzer, 2005). Internet bermula pada tahun 1960 di bawah nama asal "ARPAnet".

ARPAnet pada asalnya satu eksperimen yang dijalankan oleh tentera Amerika Syarikat yang
mahu melihat bagaiamaa manusia boleh mengekalkan sistem komunikasi dalam kes serangan
nuklear yang mungkin berlaku. Selepas itu, ARPAnet menjadi eksperimen awam, di aman
ianya digunakan untuk menghubungkan komputer kerangka utama universiti-univeristi bagi
tujuan akademik. Akibat dari perkembangan keperluan komputer peribadi yang menjadi lebih
satu kemestian dalam tahun 1980-an dan 1990-an, Internet telah semakin berkembang dengan
pesat. Hari ini, Internet telah berkembang menjadi sebuah sesawang yang besar yang
digunakan oleh semua pihak bukan sahaja individu namun ianya juga menjadi keperluan
kepada pentadbiran negara dan sebagainya.

Mengikut BERNAMA melalui Berita Harian (25 Oktober 2013), Malaysia dijangka
akan mencapai 25 juta penggunaan internet menjelang 2015, ini bermakna pada 2015 hampir
semua penduduk di Malaysia akan mempunyai akses dari sebarang bentuk yang
membolehkan mereka menggunakan internet dan sebagainya. Jumlah ini meningkat dari data
yang diperolehi pada 2012 di mana Malaysia mencatatkan penggunakan internet sebanyak 18
juta orang. Mengikut laporan BERNAMA itu lagi melihat kepada kadar penembusan jalur
lebar isi rumah meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala dengan kadar
penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat 42.6 juta langganan.
Statistik juga menunjukkan lebih banyak pengguna Internet di Malaysia adalah pembeli
berbanding penjual dengan saiz pasaran urus niaga dalam talian di Malaysia dijangka
mencecah RM5 bilion menjelang 2014 berbanding RM1.8 bilion pada 2010.

Penggunaan Teknologi sebagai Medium Interaksi Sosial


Media baru ataupun ianya lebih tepat dikenali sebagai satu bentuk media baru yang terbit
akibat dari perkembangan teknologi merujuk kepada perkembangan penggunaan telefon
pintar dan juga penggunaan internet dan WWW sebagai satu platform untuk perhubungan
dan komunikasi. Sistem interaksi sosial manusia memasuki gerbang hubungan yang baru
melalui perkembangan sistem teknologi manusia. Salah satu aspek paling utama bagi
manusia ialah keinginan dan keperluan merkea untuk berhubung atauun membuat hubungan
dengan individu yang lain, sifat sosial merupakan sifat semulajadi manusia, ia merupakan
satu aspek perlu bagi manusia di mana ianya merujuk kepada keperluan manusia dan sifat
semulajadi manusia yang secara azalinya memerlukan teman dan perlu hidup secara
kelompok atauun beramai-ramai.

Manusia pada asasnya memerlukan sistem interaksi sosial ini kerana kita merupakan
entiti yang suka membuat hubungan dan suka untuk bersosialisasi. Manusia pada asasnya
tidak boleh hidup dengan sendiri dan mereka secara amnya memerlukan hubungan dengan
inidividu ataupun benda lain sebagai keperluan asasi mereka. Salah satu perkara yang kita
melibatkan diri dalam dalam kehidupan seharian kita dan penting bagi kami adalah interaksi
antara individu dan kumpulan untuk ia memenuhi keperluan yang berakar umbi kami untuk
interaksi sosial yang timbul daripada sifat kita sebagai makhluk sosial. Bagi membina
masyarakat dan bagi memastikan manusia terus wujud dan pada masa yang sama mampu
mengekalkan identiti sendiri, interaksi di kalangan manusia adalah penting.

Interaksi ini telah berkembang dari masa ke masa akibat dari perkembangan dan
kedatangan sistem media dan teknologi baru, jika dahulu kita tidak mempunyai komputer
ataupun internet namun sekarang komunikasi melalui internet sudah menjadi sesuatu yang
umum dan biasa. Adalah jelas bahawa bagaimana berinteraksi dan berhubung dengan
kelompok masyarakat dan individu yang lain telah diubah oleh perkembangan dan
kewujudan media-media baru ini. Namun demikian sejauh mana perubahan sistem interaksi
sosial manusia tidak dipengaruhi oleh perubahan dan perkembangan sistem teknologi
komunikasi ini, sebaliknya ianya adalah manusia yang menjadi faktor utama yang
membentuk dan mencorakkan perubahan sistem interaksi sosial mereka sendiri. Dalam erti
kata lain, ianya bergantung kepada manusia sendiri dan bagaimana mereka melihat, menilai
dan menggunakan kemudahan yang wujud dalam aspek interaksi sosial mereka yang
mengubah dan membentuk semual bagaimana interaksi sosial manusia berlaku pada masa
sekarang. Jike teknologi wujud secara dorman dan tidak digunakan oleh manusia, sistem
interaksi sosial mungkin akan tidak mengalami perubahan langsung.

Kebangkitan sistem komunikasi yang lebih cekap dan mudah untuk digunakan
melalui Internet menggunakan media-media komunikasi seperti Skype, Twitter, Facebook dan
juga penggunaan sistem e-mel ataupun elektronik mel yang menjadi satu kemestian sekarang
memperlihatkan bagaiamana teknologi telah membantu sistem komunikasi manusia menjadi
lebih mudah dan senang dicapai.

Perubahan Interaksi secara Negatif Akibat dari Perkembangan Teknologi Interaksi


Sedikit demi sedikit, teknologi mudah alih dan juga internet telah mula mengubah corak dan
bagaimana interaksi wujud pada waktu dahulu, secara amnya jika kita lihat secara mendalam
walaupun kemudahan teknologi pada masa sekarang banyak membantu dan banyak
menolong bagaimana kita mampu berhubung dengan lebih mudah dan lebih meluas, namun
pada yang sama teknologi ini sebenarnya telah menolak dan secara perlahan-lahan mengubah
sistem interaksi tradisional manusia. Sistem di mana semua hubungan interaksi sosial berlaku
secara terus dan biasanya bersemuka. Faktor interaksi secara verbal menjadi hanya salah satu
daripada aspek komunikasi kerana manusia juga berhubung melalui mata, telinga dan
sentuhan, kesemua elemen komunikasi ini betindak dan berperanan untuk menjadikan proses
komunikasi itu berjalan dengan lebih bermakna dan mempunyai lebih impak secara zahiriah
dan juga emosi.

Pada peringkat kewujudan dan berkembangnya sistem komunikasi ini, kita dapat
melihat bagaimana interaksi sosial manusia mula kehilangan punca dan aspek sebenarnya.
Kita sebenarnya telah menjadi mangsa dan hamba kepada perkembangan teknologi dan
berbanding dengan menggunakan ianya untuk kemudahan kita, kita telah menjadi alpa dan
sebaliknya membiarkan ianya menguasai kita dan mengubah corak sistem sosial kita sendiri.
Kita tidak boleh menyalahkan kemudahan teknologi ini dengan sepenugnya kerana secara
asasnya, semua ini tidak mampu melakukan apa-apa jika kita tidak membenarkannya. Namun
apa yang berlaku ialah kelemahan manusia yang menajdi taksub dan obses dengan
kemudahan teknologi dan menyebabkan kita lupa. Kita mula kurang bertemu dengan individu
yang lain akibat dari semua sistem komunikasi dan keperluan hubungan dilakukan secara
dalam talian ataupun menggunakan telefon pintar kita.

Perjumpaan di hujung minggu yang dilakukan untuk menghabiskan masa bersamasama mungkin sudah tidak wujud lagi, dan jika ianya ada berlaku, tujuan pertemuan itu
mungkin sudah kehilangan maknanya. Ia hanyalah menjadi satu bentuk ilusi ataupun paparan
sahaja di mana individu-individu bertemu untuk berjumpa dan sepatutnya berhubung untuk
menguatkan semula hubungan mereka namun sebenarnya ia menjadi dua atau lebih individu
yang berada di satu tempat yang sama pada masa yang sama namun setiap mereka sibuk
dengan dunia mudah alih mereka sendiri. Kita menjadi lebih mudah untuk hanya berhubung
melalui panggilan telefon, menghantar teks mesej ataupun menggunakan laman sosial yang
lain untuk berhubung dan untuk mengemaskinikan status terbaru sendiri berbanding dengan
melihat siapa yang berada di hadapan kita dan mula berbual dengan mereka. Kita menjadi
taksub dengan perkembangan infomasi melalui internet ataupun mudah alih sehinggakan kita
merasakan kita tidak boleh mengalihkan pandangan dari gajet-gajet ini walaupun hanya
sesaat.

Apa yang lebih menakutkan tentang bagaimana teknologi ini telah mengubah corak
interaksi kita ialah melalui kenyataan di mana merujuk kepada fakta bahawa manusia sudah
semakin kurang bercakap dengan satu sama lain, kita sebaliknya lebih banyak berkomunikasi
secara teks ataupun melalui perkataan yang ditulis berbanding dengan oral komunikasi. Kita
menajdi terlalul taksib dengan dunia siber dan internet sehinggakan kita secara amnya lupa
bagaiman untuk berhubung secara tradisional dan normal. Terdapat banyak kes-kes yang
dilaporkan memperlihatkan bagaimana perkembangan sistem komunikasi yang baru ini telah
mempengaruhi serta mengubah aspek kemahiran sosial bagi mana-mana individu. Terdapat
banyak individu sekarang yang dilihat kurang ataupun mempunyai kemahiran sosial yang

terbantut dan salah. Mereka dididik untuk berhubung melalui sistem teknologi komunikasi
sehinggakan mereka lupa bagaimana untuk berhubung dengan individu yang lain secara
bersemuka.

Kita juga menjadi terasing dan bersifat menyendiri akibat dari penggunaan teknologi
komunikasi ini, ini bertentangan dengan sifat semulajadi manusia iaitu sebagai makhluk
sosial, kita mencari dan sentiasa memerlukan interaksi dengan individu yang lain, namun
akibat dari kemudahan teknologi kita menjadi lupa tentang mereka yang berada di sekeliling
kita dan lupa tentang persekitaran sebaliknya kita menjadi terlalu fokus terhadap kawankawan yang kita ada di dalam alam siber. Selain daripada itu, kebergantungan kita kepada
kemudahan-kemudahan ini menjadikan kita alpa dan lupa tentang batas sosial dan adab kita
sendiri, semakin ramai kita dapati mereka yang mungkin makan bersama-sama namun setiap
seorang lebih fokus kepada gajet yang terdapat di dalam tangan mereka berbanding dengan
memberi fokus serta berhubung dengan mereka yang berada di hadapan mereka.

Kepentingan Perkembangan Teknologi Komunikasi


Namun demikian, tidak semua teknologi ini membawa aspek buruk dan negatif sahaja, kita
tidak boleh menafikan bahawa dengan perkembangan teknologi komunikasi ini, jurang yang
kita selama ini tidak boleh atasi menjadi sesuatu yang mudah untuk dilangkah, hubungan
dengan mereka yang jauh ataupun sukar untuk berhubung melalui kaedah tradisional kini
menajdi lebih mudah dan lebih pantas. Kita kini boleh berhubung dan kekal berhubung
dengan kawan-kawan, saudara-mara dan juga kerja dengan lebih mudah dan lebih ringkas.
Perkembangan teknologi ini juga menjamin kes perhubungan menjadi lebih murah dan lebih
stabil, ini menjamin bagi sebarang bentuk perhubungan agar ianya berlangsung dengan lebih
mudah dan terus. Jika dulu kita banyak bergantung kepada penggunaan surat dan pos untuk
berhubung, sekarang dengan kemudahan teknologi komunikasi dan interaksi berlaku dengan
lebih pantas dan cepat.

Selain daripada itu kemudahan teknologi ini juga menajdi satu kemudahan ataupun
keperluan terutamanya apabila berlaku satu kecemasan ataupun keperluan yang penting
seperti sebagai contoh jika anda lewat untuk satu temujanji ataupun perlu untuk menghubungi
pihak lain dengan kadar yang cepat. Selain daripada itu perkembangan teknologi ini
berperanan untuk memudahkan kehidupan kita dan ianya berfungsi untuk menjadi alat
bantuan dan juga sebagai aspek bantuan komunikasi kepada masyarakat. Dengan
perkembangan sistem komunikasi ini juga melihat kepada perubahan dalam bukan sahaja
sistem perhubungan namun ianya juga mempengaruhi aspek pendidikan, perkhidmatan dan
pelbagai lagi.

Dalam aspek pendidikan, dengan perkembangan sistem teknologi, kita kini melihat
perkembangan sistem pendidikan jarak jauh yang membolehkan lebih banyak individu yang
tidak mempunyai masa yang banyak untuk diluangkan untuk mendapatkan pendidikan
ataupun mereka yang tidak mampu untuk belajar sepenuh masa mempunyai pilihan lain bagi
mereka melanjutkan pendidikan mereka melalui kemudahan pendidikan jarak jauh dan juga
sistem pendidikan di dalam talian yang wujud akibat dari perkembangan teknologi sistem
komunikasi pada masa sekarang.

Kesimpulan
Manusia memerlukan aspek interaksi sosial secara bersemuka, interaksi ataupun komunikasi
tidak hanya berlaku melalui oral ataupun secara verbal, sebaliknya seluruh tubuh kita
memainkan peranan dalam menjadikan sesuatu komunikasi berjaya dan dicapai. Kita tidak
hanya boleh bergantung kepada aspek litreal komunikasi sahaja iaitu bagi memastikan
sebarang maklumat ataupun mesej disampaikan, diproses dan di beri respon, sebaliknya
komunikasi yang berjaya hanya akan berlaku apabila secara amnya segala aspek komunikasi
itu dicapai. Ini termasuklah mesej yang ingin disampaikan, hubungan komunikasi terbentuk
dan tercipta, aspek luaran komunikasi juga disentuh sebagai contoh emosi semasa
komunikasi, interaksi yang bukan verbal iaitu bahasa tubuh, mimik muka, dan juga
pendekatan secara emosi di antara mereka yang menjalankan proses komunikasi itu.

Perubahan teknologi dan kemunculan lebih banyak sistem ataupun gajet-gajet yang
membenarkan bagaimana komunikasi dijalankan tidak boleh dibendung dan kita sebagai
mereka yang mengikut arus perubahan harus menerima perubahan ini, namun pada masa
yang sama, kita sebagai pengguna haruslah mampu menilai sejauh mana kita boleh menerima
perkembangan teknologi ini, dan sejauh mana batasan yang harus kita sendiri wujudkan bagi
memastikan bahawa semua teknologi komunikasi ini tidak mempengaruhi bagaimana kita
menjalani proses interaksi sosisla kita. Selain daripada itu, batasan dan limitasi juga harus
wujud bagi memastikan kita tidak menajdi terlalu bergantung kepada teknologi ini sehingga
kita lupa kemahiran asas yang sudah wujud di dalam diri kita sebagai makhluk sosial.

Rujukan
1. Berita Harian (25 Okt 2013), Bajet 2014: Pengguna Internet Malaysia cecah 25 juta
orang pada 2015 dipetik dari http://www.bharian.com.my

2. Utusan Malaysia (02 Disember 2012) 37 juta telefon bimbit di Malaysia dipetik dari
http://www.utusan.com.my

3. Melissa Nilles (2012), Technology is Destroying the Quality of Human Interaction,


Arts

&

Entertainment

Editor

dipetik

dari

http://thebottomline.as.ucsb.edu/2012/01/technology-is-destroying-the-quality-ofhuman-interaction

4. Jack Cafferty (2011), Technology replacing personal interactions at what cost? CNN
dipetik

dari

http://caffertyfile.blogs.cnn.com/2011/01/03/technology-replacing-

personal-interactions-at-what-cost/

5. Mark Glaser (22 Okt 2007), How Cell Phones Are Killing Face-to-Face Interactions

dipetik dari http://www.pbs.org/mediashift/2007

Anda mungkin juga menyukai