Anda di halaman 1dari 12

TUGASAN INDIVIDU ANALISIS ARTIKEL

PSIKOLOGI SILANG BUDAYA


GGGB6423

DISEDIAKAN OLEH:
MOHD IZZUDDIN BIN CHE AZAHARI
(P69069)

DISEDIAKAN UNTUK:
DR NORHAYATI BINTI MOHD NOOR
DR KU SUHAILA BINTI KU JOHARI

TARIKH:
1 APRIL 2014

PENGENALAN

Sejak selepas Perang Dunia Kedua dan yang lebih mendesak semasa kita mencapai kemerdekaan
ialah: Bagaimanakah sebaik-baik cara untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu
padu, yakni satu masyarakat majmuk Malaysia yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan
kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran,
keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.
Satu cara yang paling penting bagi mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara
ialah menerusi pelajaran. Menurut Ho Seng Ong (1998) dalam bukunya yang berjudul Education
for unity in Malaya telah mencatat:
It is accepted that educations is not the only means available in the taks of achieving
national unity and solidarity in the plural community of Malaya, but it remains the most
important single factor for integration in the racial, religious and cultural complexof Malaya.
Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan
bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah perpaduan ini
dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat.
Tiga artikel dipilih bagi menerangkan secara am bagaimana silang budaya berlaku dalam
atmosfera pendidikan di Malaysia. Artikel tersebut antaranya ialah Pendidikan Multikultural
(Kepelbagaian Budaya) dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik dari Perspektif Islam : Satu
pandangan oleh Dr.Ahmad Ali Bin Seman (Program Sejarah, Politik dan Strategi, UKM),
Prejudis dan Streotaip dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik Di Sekolah Kebangsaan Malaysia
oleh Mohd. Amar b. Hj. Ibrahim, dan Komunikasi Budaya Silang, Kompetensi, Pengajaran dan

Pembelajaran: Satu Analisis (Intercultural Communication, Competence, Teaching and


Learning: An Analysis) oleh Jamilah Hj Ahmad & Niranjala Weerakkody.
Artikel Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) dalam Mata Pelajaran
Hubungan Etnik dari Perspektif Islam : Satu pandangan oleh Dr.Ahmad Ali bin Seman adalah
mengenai kajian yang membincangkan mengenai pendekatan multikultural adalah satu teori
mengenai kepelbagaian budaya kaum yang beragam untuk dihargai dalam mewujudkan
kebudayaan masing-masing di Malaysia. Konsep pendidikan Multikultural dalam mata pelajaran
Hubungan Etnik di IPG KPI dan sejauhmanakah ianya dapat memupuk pemahaman terhadap
kepelbagaian budaya dan kaum di Malaysia terutamanya kepada bakal guru yang dilatih di IPG KPI. Selain itu, artikel ini juga akan membincangkan kepentingan dan kaitannya antara mata
pelajaran Hubungan Etnik yang dilihat sudut perspektif Islam. Artikel ini menerangkan mengenai
asas teori multikultural (kepelbagaian budaya) yang terdapat tiga perspektif utama bersesuaian
yang mewujudkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Hubungan Etnik untuk memupuk
perpaduan dan pembentukan integrasi nasional. Pertama, multikultural (kepelbagaian budaya)
melihat dari perspektif sejarah budaya yang dapat memberi kefahaman kepada pelajar tentang
unsur kepelbagaian budaya yang wujud di negara kita Malaysia. Kedua, pendidikan multikultural
(kepelbagaian budaya) dari sudut sejarah etnik yang meninjau asal-usul keturunan dan latar
belakang sejarah setiap etnik dari segi cara hidup, sosio budaya, asal usul, agama dan kegiatan
ekonomi. Ketiga, pendidikan multikultural (kepelbagaian budaya) dari perspektif sejarah
kebangsaan dengan matlamat menyatukan unsur kepelbagaian budaya yang ada berintegrasi
membentuk identiti kebanggaan sebagai satu bangsa Malaysia.
Artikel Prejudis dan Streotaip dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik Di Sekolah
Kebangsaan Malaysia oleh Mohd. Amar b. Hj. Ibrahim pula menerangkan mengenai kajian
untuk menguji sejauh mana sikap prejudis dan stereotaip dalam kalangan murid pelbagai etnik di
Sekolah Menengah Kebangsaan pelbagai etnik di negeri Perak, Pulau Pinang dan Selangor.
Kajian ini adalah berdasarkan kepada empat teori utama berkaitan dengan isu prejudis iaitu teori
Scapegoat, Keperibadian Autoriti, Prejudis dan budaya, serta Prejudis dan konflik social.
Artikel

bertajuk

Komunikasi

Budaya

Silang,

Kompetensi,

Pengajaran

dan

Pembelajaran: Satu Analisis (Intercultural Communication, Competence, Teaching and


Learning: An Analysis) oleh Jamilah Hj Ahmad & Niranjala Weerakkody pula menerangkan

mengenai isu berkaitan kemampuan komunikasi budaya silang dan perkongsian maklumat
pembelajaran di dalam kelas pelbagai budaya di Australia. Dua metadologi utama iaitu
Metadalogi naratif personal dan auto ethnography diguna pakai untuk mengkaji cabaran yang
dihadapi oleh tenaga pengajar dan pelajar dari sudut bahasa seperti penggunaan perbendaharaan
kata yang berbeza, slanga, simpulan bahasa dan kata kunci dengan mengambil kira pengetahuan
budaya yang diperlukan oleh pengajar dan pelajar dari pelbagai negara dan budaya. Aspek yang
dilihat dalam kajian ini ialah konteks kepentingan budaya pengajaran, kompetensi komunikasi,
kurikulum tersembunyi, perencah pengajaran, memahami keterbukaan terhadap budaya lain,
mengiktiraf kekayaan dan pengalaman kepelbagaian budaya pelajar yang releven dari sudut
akademik pengkhususan komunikasi.

DAPATAN ARTIKEL

Berdasarkan kepada artikel Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) dalam Mata


Pelajaran Hubungan Etnik dari Perspektif Islam : Satu pandangan oleh Dr.Ahmad Ali bin Seman,
dapatan kajian yang dilakukan ialah pendidikan multikultural dapat diertikan sebagai suatu
proses komprehensif pembaharuan di sekolah dan dasar pendidikan untuk semua siswa IPGM
menerusi mata Pelajaran Hubungan Etnik yang bersesuaian dengan prinsip Islam. Ia merupakan
cabaran iaitu penolakan rasisme dan bentuk diskriminasi lain di sekolah dan masyarakat dan
penerimaan serta menegaskan pluralisme (etnik, rasial, linguistik, keagamaan, ekonomi, dan
gender, di antara orang yang lain) adalah keistimewaan dalam kaum di Malaysia yang perlu
difahami oleh semua siswa IPGM, komuniti mereka, dan gambaran para guru kelak. Pendidikan
multikultural menembus kurikulum dan strategi pembelajaran yang digunakan di sekolahsekolah, seperti halnya interaksi antara para guru, siswa, dan anggota masyarakat lain dan sistem
pengajaran

dan

pembelajaran

di

sekolah.

Sebab

dengan

menggunakan

pengajaran

danpembelajran pendidikan multikultural yang kritis itu sebagai dasar pemikiran pendidikan
sejarah di peringkat institusi tinggi di Malaysia agar dapat memusatkan pada pengetahuan,
refleksi, dan tindakan sebagai asas untuk perubahan sosial, maka pendidikan multikultural

mempromosikan prinsip keadilan yang demokratik bersesuaian dengan prinsip keadilan dalam
Islam.
Pembentukan integrasi nasional melalui platform pendidikan menjadi misi penting negara
kerana penerapan dan penghayatan nilai-nilai kebersamaan, kesatuan dan perpaduan perlu
dipupuk sejak kanak-kanak di bangku sekolah lagi, agar sebati, kekal dalam minda dan menjadi
budaya kehidupan mereka apabila dewasa kelak. Pendapat ini disuarakan oleh Omar Mohd
Hashim. (1992) dalam bukunya Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh sebab itu, usaha konkrit
perlu dilakukan untuk menjayakan hasrat ini. Bagi menggalas tanggungjawab besar ini, tidak
dapat tidak peranan pensyarah dan guru sebagai perantara kurikulum dan penterjemah dasar
kerajaan menjadi begitu crucial kerana pensyarah dan guru menjadi pegawai barisan hadapan
bagi menjayakan hasrat murni untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar (Jemaah Nazir
Persekutuan, 1997). Usaha konkrit yang perlu dilaksanakan oleh pensyarah dan guru ialah
memilih model dan pendekatan yang strategik bagi membolehkan pelajar menghayati elemen
perpaduan kaum dan perspektif integrasi agar merasai semangat kekitaan dan kesatuan, tanpa
prejudis atau perkauman. Pemilihan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik menjadi faktor
penentu keberkesanan matlamat integrasi nasional sesuai dengan amalan dan peraturan yang
telah ditetapkan dalam Islam.
Bagi artikel Artikel Prejudis dan Streotaip dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik Di
Sekolah Kebangsaan Malaysia oleh Mohd. Amar b. Hj. Ibrahim, dapatn kajian yang dijalankan
dinyatakan dengan ringkas iaitu kajian telah menunjukkan bahawa tidak terdapatnya perbezaan
yang signifikan dalam konstruk prejudis dan stereotaip murid sama ada mengikut jantina , etnik ,
jenis sekolah rendah asal dan mengikut tingkatan. Pengkaji juga turut menyatakan bahawa kajian
ini akan dapat menyumbangkan kepada proses pembentukan polisi di peringkat sekolah yang
bertujuan untuk memupuk integrasi murid pelbagai etnik. Ini juga akan menggalakkan sekolah
dalam proses polisi pendidikan untuk mencapai integrasi nasional. Memetik pandangan Ozga
(2000), perkara-perkara yang berkaitan dengan polisi tidak sepatutnya hanya menjadi kegiatan
eksklusif di peringkat atasan (kerajaan ) , sebaliknya proses penghasilan polisi perlu juga
melibatkan peringkat mikro seperti sekolah bagi mencapai tujuan dasar di peringkat nasional.
Artikel bertajuk Komunikasi Budaya Silang, Kompetensi, Pengajaran dan Pembelajaran: Satu
Analisis (Intercultural Communication, Competence, Teaching and Learning: An Analysis) oleh

Jamilah Hj Ahmad & Niranjala Weerakkody mempunyai dapatan kajian dengan menyatakan
bahawa terdapat perbezaan budaya di antara individu tempatan dan antarabangsa yang
mewujudkan situasi kegagalan memahami dan mengintepretasi mesej yang akhirnya
menyebabkan salah tafsir dan kegagalan dalam menghantar mesej. Perbezaan berlaku apabila
pelajar antarabangsa tidak berupaya memahami kehendak tenaga pengajar dan pelajar tempatan
yang lebih mahir dari segi bahasa dan komunikasi. Contohnya seorang pelajar antarabangsa tidak
dapat memahami isu negara yang dibincangkan akan rasa tertekan, keadaan ini juga akan dialami
oleh pengajar tempatan apabila berdepan berdepan dengan pelajar antarabangsa yang tidak
mempunyai pengetahuan berkaitan isu semasa dan politik negara itu akan menyebabkan
ketidakseimbangan dalam sistem individu. Tenaga pengajar yang mengikuti yang mengikuti
model deficit melihat pelajar antarabangsa kurang berkemahiran berbahasa Inggeris sebagai satu
masalah.
Walau bagaimanapun pandangan ini adalah steroetypical dalam masalah penulisan
akademik kerana tidak semua warga bumiputera mempunyai penguasaan yang bagus dalam
kemahiran menulis (Nagata 1999). Kebanyakan pengajar mengelaskan pelajar mengikut warna
kulit dan menganggap pelajar satu masalah walaupun pelajar itu warganegara dan dapat
mengemudi sistem pembelajaran sedia ada dengan baik, ini adalah disebabkan oleh sistem
prejudis yang meluas dalam kalangan pengajar yang menghadapi permasalahan kemahiran
penulisan bahasa Inggeris oleh kumpulan Angolo Australia atau pelajar domestik berkulit putih.
Sikap prejudis dipraktikan oleh sesetengah pelajar antarabangsa apabila berurusan dengan
pengajar yang berlainan kulit tanpa mengira kelayakan dan kemampuan pengajar itu ataupun
ketinggian terhadap penguasaan bahasa Inggeris. Sikap prejudis juga dipraktiskan oleh
sesetengah pelajar antarabangsa apabila berurusan dengan pengajar yang berlainan warna kulit
tanpa mengira kelayakan dan kemampuan pengajar itu ataupun ketinggian tahap penguasaan
bahasa Inggeris. Pada masa yang sama, terdapat laporan daripada pengajar mengenai pelajar
tempatan yang berasa kecil hati apabila diajar oleh pengajar yang sama bangsa kerana
menganggap pengajar tersebut sebagai kekurangan kredibiliti. Oleh itu, cara yang terbaik bagi
menguruskan kepelbagaian di dalam kelas pembelajaran adalah melalui budaya pengajaran
responsif.

KESIMPULAN ANALISIS

Kesimpulan yang dapat dihuraikan mengenai artikel yang dianalisis ialah melihat
bagaimana silang budaya berlaku dalam pendidikan di Malaysia, khasnya di sekolah. Sekolah
merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam merubah
kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada
budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. Di sini
jugalah tempat kita membina bangsa kita. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang
berkesan. Jikalau sistem pendidikan dan carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi
pengurusannya lembab, maka cita-cita negara, dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan
oleh kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan hanya
tinggal terukir di pejabat atau bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah sematamata.
Sekolah seringkali diungkapkan sebagai sebuah institusi yang menyeluruh bagi
segolongan manusia berkumpul dan bekerja bersama-sama untuk sesuatu tempoh masa yang
tertentu. Organisasi seperti ini ditadbirkan secara formal. Oleh sebab sekolah merupakan sebuah
organisasi, maka wujudlah suatu budaya yang tersendiri dan berkembang di sekolah.
Budaya secara ringkasnya merujuk kepada cirri-ciri dan hasilan tingkah laku yang
dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. Tylor (1871) menyatakan
budaya sebagai keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan dan
kebiasaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat.

Budaya merupakan apa yang terkandung dalam diri individu hasil daripada pengalaman
interaksi sosial dengan masyarakat di sekeliling kita. Menurut T.Marimuthu (1990;96) budaya
sekolah terdiri daripada
nilai-nilai, kepercayaan, pengetahuan dan tradisi, cara berfikir dan tingkah laku yang
semuanya berbeza daripada institusi sosial yang lain.
Ringkasnya , sekolah mempunyai suatu budaya yang tersendiri yang sememangnya
berbeza daripada budaya institusi yang lain seperti institusi penjara atau hospital sakit jiwa. Ini
kerana sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang wujud dengan adanya para guru dan
pelajar. Guru dan pelajar berinteraksi dalam menyampai, menyumbang dan menimba ilmu
pengetahuan. Proses pengajaran dan pembelajaran tersebut telah melahirkan suatu silang budaya
di dalam persekitaran sekolah. Dalam erti kata lain, budaya sekolah sebahagian besarnya adalah
hasil daripada interaksi diantara guru-guru dan pelajar-pelajarnya yang membentuk satu
pembudayaan yang terhasil melalui beberapa aspek-aspek penting dari faktor persekitarannya.
Budaya sekolah selalunya kekal untuk satu tempoh yang tertentu.Budaya sekolah biasanya
wujud melalui lima faktor iaitu :
Faktor pertama: Faktor pertama yang mempengaruhi kewujudan budaya sekolah ialah sekolah
sebagai sebuah institusi formal, sekolah mewujudkan objektif dan peringkat tingkah laku tertentu
di kalangan pelajar mengikut rangkaian peraturan dan undang-undang. Faktor disiplin akan
mempengaruhi pembentukan budaya di sekolah berdasarkan kepada pentadbiran dan penglibatan
guru dan murid di sekolah.
Faktor kedua: Sekolah merupakan sebuah organisasi berdasarkan waktu . Sekolah bermula dan
tamat pada waktu yang telah ditetapkan . Oleh sebab itu pelajar yang datang lewat akan
dikenakan tindakan disiplin atau didenda.
Faktor Ketiga: Sekolah juga merupakan institusi yang digred mengikut umur pelajar. Pelajar
diasingkan mengikut umur dan sesetengahnya mengikut kebolehan dan keupayaan. Pelajar yang
lebih umur tidak dibenarkan mengulang kelas. Di negara kita, seseorang pelajar hanya
dibenarkan mengulang sekali sahaja dalam tempoh sembilan tahun persekolahan.

Faktor Keempat: Upacara dan keramaian yang diadakan di sekolah seperti perhimpunan
sekolah , upacara menaikkan bendera dan menyanyi lagu kebangsaan , lagu negeri dan lagu
sekolah memberi pelbagai makna atau simbol kepada pelajar. Upacara lain ialah seperti hari
ucapan dan penyampaian hadiah, hari sukan tahunan, pameran tahunan, lumba jalan kaki, pesta
dan persembahan pentas. Semua upacara dan perayaan ini mengembangkan budaya sekolah yang
membawa kepada stabiliti sekolah sebagai sebuah sistem sosial . Perkara lain yang telah menjadi
simbol atau lambang budaya sekolah ialah seperti pakaian seragam sekolah, lencana, tali leher,
warna sekolah dan sebagainya.
Faktor kelima: Dalam konteks yang lebih luas, budaya sekolah ditentukan oleh matlamat
institusi berkenaan. Matlamat pendidikan ialah pemindahan budaya , sosialisasi golongan muda,
menyerapkan pengetahuan dan kemahiran serta mengembangkan kebolehan pelajar. Sekiranya
sekolah hanya memberikan perhatian kepada pemindahan pengetahuan dan kemahiran dengan
tujuan lulus dalam peperiksaan, akan wujudlah subbudayanya yang berorientasikan akademik.
Sebahagian besar sekolah di negara kita mempunyai budaya akademik yang amat kuat di
samping subbudaya yang lain seperti olahraga, sukan, permainan dan persatuan.
Menurut Bantock (1973) pula budaya yang wujud di sekolah adalah akibat daripada dua
faktor yang besar. Faktor yang pertama ialah masalah disiplin di sekolah. Semenjak dahulu lagi ,
pelajar yang nakal dan melanggar peraturan sekolah akan didenda manakala yang baik dan patuh
kepada peraturan akan diberi ganjaran seperti puji-pujian dan sebagainya. Maka timbullah satu
bentuk

budaya

yang

dikenali

sebagai

budaya

informal

di

sekolah

berkenaan.

Faktor kedua yang mempengaruhi kewujudan budaya sekolah ialah peranan peperiksaan.
Peperiksaan mendorong persaingan yang sihat di kalangan pelajar. Mereka berlumba-lumba
untuk mencapai kecemerlangan , dan akhirnya mewujudkan suatu budaya sekolah yang formal .
Pelajar mempunyai nilai dan persepsi yang positif, tetapi dalam proses bersaing dan berlumbalumba menimba ilmu , terdapat pelajar yang lemah, dan ketinggalan dalam pelajaran mereka.
Maka wujudlah segolongan pelajar yang mempunyai nilai yang negatif. Mereka menimbulkan
budaya pelajar yang tidak sihat di sekolah .
Secara simplistik, ciri-ciri yang saya anggap tergolong di bawah budaya sekolah ialah
budaya ilmu, budaya insan yang kamil seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, budaya kepimpinan, budaya kerja, budaya komunikasi dan seterusnya budaya bilik

darjah. Budaya sekolah yang sihat itu ialah ciri-ciri budaya dan sub-budaya yang dapat
menyumbangkan kepada perwujudan dan pertumbuhan sekolah sebagai institusi pendidkan
dengan erti kata yang sebenarnya, yang mana dapat membantu merealisasikan segala yang
tersurat dan yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

RUJUKAN
Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat. (1997). Pengajian Melayu I.
Petaling Jaya : Longman
Appadurai, A. 1990. Disjuncture and Difference in the Global Cultural Economy. Theory,
Culture, Society 7: 295-310
Asiah Abu Samah (1985). Pendidikan Budaya, Suatu Kemungkinan Dalam Ideologi dan
Kebudayaan Kebangsaan. Kuala Lumpur : Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Abu Bakar Nordin Dan Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum.
Perak: Quantum Books.
Abu Talib Putih (2001). Soal Pemikiran Dalam Pendidikan Seni: Asas Pertimbangan
Untuk Praktis Pengajaran Di Sekolah-sekolah dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual.
Tanjong Malim, UPSI.
Al Hurwitz, Michael Day. (1995). Children and their art: Methods for Elementary
School. United States of America.

Brechwald, W.A.& Prinstein, M.J 2011. Beyond Homophily : A Decade of Advances in


Understanding Peer Influence Processes. Journal Of Reasearch on Adolescence. 21(1) :
166-179.
Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi (2005). Budaya Masyarakat Malaysia. Sintok :

Penerbit Universiti Utara Malaysia.


Ibrahim Saad (1986). Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2002). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :
Pusat Perkembangan Kurikulum.
Malaysia, (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996 2000. Kuala lumpur: Percetakan
Negara.
Md. Nasir Iberahim, Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk
Maktab & Universiti. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd. Manshur B. Kiyai Masyhadi. (1993). Sumbangan Kami Terhadap Wawasan
2020. Selangor: Perniagaan Al Wathaniyah.
Musa Hitam. (1986). Nasionalisme Krisis dan Kematangan. Selangor: Pelanduk
Publications.
Samsudin Suhaili (2008). Kepelbagaian Budaya Dalam Sistem Pendidikan Malaysia: Suatu
Pengenalan. Dalam Mien A.Rifai (Penyunting). Rampak Serantau (Terbitan pada sidang
ke-44 Mabbim, 7-11 Mac 2005, m.s 211-223). Republik Indonesia : Panitia Kerjasama
Kebahasaan Pusat Bahasa dan Departmen Pendidikan Nasional.
Syed Othman Alhabshi. (2001). Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan
Kebangsaan. [On-line]
Tajul Ariffin Noordin. (1990). Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Volet, S. & Renshaw, P. 1996. Chinese Student at an Australian university; Cultural

Psychological and Contextual issues, edited by D. Watkins & J Biggs(eds.). Comparative


Education Research Centre, University of Hong Kong and Australian Council of
Education Research, Melbourne.
Zaragoza, N.1997. Rethinking languange arts : Passion and Practice. New York : Gerland
Publisher In.

Anda mungkin juga menyukai