Anda di halaman 1dari 3

CONTOH FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR

1. Mata Pelajaran dan Kelas

: Pendidikan Moral, Tahun 4 ___

2. Nilai / Tajuk

: Kepercayaan Kepada Tuhan / (Tajuk)

3. Masa

: 10.40 -11.40 pagi (30 minit)

4. Standard Pembelajaran

: ( 1.1.1), (1.1.3 ), (1.1.4).

5. Objektif Pembelajaran

: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

Penaakulan

: i. Mennyenaraikan sekurang-kurangnya 3 amalan beribadat agama Islam,


Budha dan Hindu jiran anda.

Perasaan

: Menyedari kepentingan menghormati amalan beribadat jiran beragama Islam,


Budha dan Hindu.

Perlakuan

: Menunjukkan sikap menghormati amalan beribadat bagi jiran beragama Islam,


Budha dan Hindu dengan cara:
-

Lakonan adab sopan ketika orang Islam berpuasa.

Lakonan adab sopan ketika bertanya kepercayaan agama Budha

Lakonan adab sopan ketika melawat ke Kuil Hindu.

6. Pengetahuan sedia ada : Murid mengetahui bahawa keluarga mengamalkan kepercayaan


kepada Tuhan semasa dalam tahun 1 dan 2
7. Teknik : Lakonan
8. Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran:
Set induksi:
i.

Murid ditunjukkan gambar-gambar rumah ibadat Di Malaysia.

ii. Murid bersoal jawab dengan guru. (guru mengajukan beberapa soalan contoh:

Terangkan apakah yang dapat dilihat dari gambar yang dipaparkan?

Langkah 1:
i.
ii.

Murid menjana idea pelajaran yang akan diajar oleh guru berdasarkan gambar-gambar.
Murid menyatakan 3 nilai-nilai dalam gambar tersebut dengan menggunakan I Think
(dipandu oleh guru)

iii. Guru menjelaskan nilai kepercayaan kepada Tuhan.

Langkah 2:
i.

Dalam kumpulan, murid menggunakan internet untuk mencari 2 gambar berkaitan


kepercayaan kepada Tuhan.

ii.
iii.

Sumbangsaran perasaan murid berdasarkan gambar-gambar tersebut dan,


Murid menjelaskan kepentingan bersikap menghormati kepercayaan beragama dalam
kalangan jiran .

Langkah 3:
i.

Murid dibahagikan kepada kumpulan untuk mewakili 1 gambar rumah ibadat (Islam,
Budha dan Hindu)

ii. Murid menunjukkan cara / perlakuan pada setiap amalan mengikut kepercayan kepada
Tuhan mengikut agama masing-masing.
Contoh:
1) Orang Islam bersalam dengan mencium tangan
2) 2) Orang Cina menunjukkan cara ucapan dengan mencantumkan kedua tangan
dalam bentuk gengaman.
3) Orang India merapatkan kedua belah tangan berdekatan dengan dada.
iii.

Perbincangan kelas dijalankan dengan mengaitkan aktiviti-aktiviti dalam kalangan jiran


supaya wujud persefahaman dan menghormati agama lain di Malaysia.

Penutup:
Murid diminta tampil ke hadapan untuk membuat kesimpulan dan apresiasi diri dari hasil
pembelajaran pada hari tersebut.
9. EMK:
i.

Kreativiti & inovasi menjana idea, sumbangsaran

10. Bahan Bantu Belajar:


Gambar-gambar rumah ibadat, peta buih (I Think)
11. Penilaian p&p:
i.

Lembaran kerja (temuramah murid dengan jiran berhampiran mengenai


kepercayaan yang dianuti)

ii. Murid lemah menemuramah rakan sekelas mengenai kepercayaan yang dianuti.
12. Refleksi

i. 20 orang murid telah mencapai objektif yang ditetapkan.


ii. 3 orang murid akan diberi latihan pemulihan sebelum waktu pelajaran akan datang.

Anda mungkin juga menyukai