Apa Itu Islamic State
Apa Itu Islamic State
KUMPULAN militan Negara Islam (IS) adalah kumpulan militan radikal yang
menggunakan nama Islam untuk berjihad, dan kini telah menguasai sebahagian
besar kawasan di timur Syria, di utara serta barat Iraq.
Kumpulan ini menggunakan taktik ganas termasuk pembunuhan beramai-ramai
musuh yang ditangkap, penculikan, dan memenggal kepala petugas media dari
negara luar sehingga menyebabkan campur tangan tentera Amerika Syarikat (AS)
yang menyerang kubu kumpulan itu di Iraq.
Matlamat IS adalah untuk mewujudkan sistem pemerintahan khalifah, iaitu negara
yang diperintah oleh seorang pemimpin politik dan agama.
Walaupun pada masa ini IS masih beroperasi di Iraq dan Syria, kumpulan itu telah
berjanji akan memperluaskan jajahan ke Jordan dan Lebanon serta membebaskan
Palestin.
Ia menerima sokongan militan Islam dari seluruh dunia dan menuntut semua ahlinya
bersumpah setia kepada ketuanya, Ibrahim Awad Ibrahim Ali al-Badri al-Samarrai,
atau lebih dikenali sebagai Abu Bakr al-Baghdadi.
Penubuhan IS boleh dikaitkan dengan kumpulan Tawhid wa al-Jihad yang
diwujudkan oleh seorang lelaki Jordan, Abu Musab al-Zarqawi pada 2002. Setahun
selepas pencerobohan AS di Iraq, Zarqawi menyokong Osama Laden, ketua
kumpulan pejuang Al-Qaeda di Afghanistan.
Zarqawi kemudian menubuhkan kumpulan Al-Qaeda di Iraq (AQI) yang menjadi
kumpulan utama dalam pemberontakan terhadap pencerobohan AS.
1
asing seperti Amerika dan Rusia bahkan Iran dalam urusan Syria dan Iraq.
Beralasankan menentang pengganas, mereka memasuki Iraq dan Syria;
tetapi yang ditentang bukan pengganas bahkan revolusi rakyat.
e.
IS ditolak oleh semua pihak, samada yang sepatutnya menjadi kawan
apalagi lawan. Samada golongan Islam mahupun sekular.
f.
Kejayaan yg dinisbahkan kepada IS yang berlaku secara tiba-tiba dan
begitu cepat menimbulkan pelbagai tanda-tanya; apakah kejayaan itu betul
milik IS ataukah mereka memang sengaja diberi laluan oleh pihak tertentu
dan berkepentingan.
g.
Kejayaan membebaskan utara dan barat Iraq terutama daerah Sunni
Ninawa dan al Anbar bukan milik IS bahkan hasil kebangkitan rakyat Iraq
terharap kerajaan Syiah Nuri Maliki. Protes besar-besaran terharap kerajaan
Maliki telah bermula sejak akhir 2013 bukannya bermula dengan penaklukan
Mosul pada Jun 2014.
h.
Dakwaan bahawa ISIS ciptaan pihak luar yang sengaja ingin
memburukkan Islam dan perjuangan rakyat atau sekurang-kurangnya telah
diresapi oleh anasir jahat sukar ditolak kerana tindakan ISIS hanya merugikan
Islam dan menguntungkan musuh Islam.
RUJUKAN:
1. Artikel tulisan Ar. Hj. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf, J/kuasa Pembelaan
Ummah, Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor.
2. http://www.sinarharian.com.my/nasional/apa-itu-kumpulan-is-1.326714
3. http://www.malaysiakini.com/columns/279990
4. http://www.harakahdaily.net/index.php/global/29583-awasi-pergerakan-dantindakan-isis
5. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-cadangpengenalan-akta-baharu-tangani-keganasan-isis
6. http://www.eramuslim.com/berita/dunia-islam/persatuan-ulama-duniakecilkan-maksud-tujuan-isis-berperang.htm#.VQEyvkeUe-0