Anda di halaman 1dari 3

Teknik

Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian


masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam
kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik
yang dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan
berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu
1. Topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid.
2. Pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan
perjalanan aktiviti berjalan lancar.
3. Setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan.
4. Semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum.
5. Cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.
Kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan

Murid cuba menyenaraikan bahan atau objek yang boleh mengalirkan arus elektrik
dan sebaliknya. Setiap jawapan yang betul dan memenuhi rubrik pemarkahan
mendapat skala 4 bagi menunjukkan murid tersebut cemerlang. Manakala murid
yang salah 1 sahaja mendapat skala 3 yang menunjukkan murid tersebut baik dan
skala 2 bagi murid yang salah dua dan skala 1 bagi murid yang hanya mendapat
kurang daripada 2 soalan betul. Pentaksiran ini digunakan bagi melihat

perkembangan setiap murid dengan jelas dan berkesan. Semasa proses


pemerhatian dijalankan, murid juga menjalankan aktiviti bersoal-jawab. Aktiviti secara
bersoal-jawab dapat mewujudkan interaksi dua hala antara guru dengan murid dan
murid dengan guru. Ini dapat meransang pemikiran dan kognitif murid dengan
menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis. Selain itu
mendorong murid menyusun dan menghuraikan apa yang di dipelajari di samping
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih dinamik.
Penggunaan soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) dapat membantu
menajamkan pemikiran murid secara berkesan.