Anda di halaman 1dari 16

PEMARKAHAN

1.

TUGASAN 1

JUMLAH MARKAH

BMK 3023 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI

TAJUK :

TUGASAN 1
Bincangkan halangan-halangan komunikasi dalam keluarga dan bagaimana hendak
meningkatkan keberkesanan komunikasi

KUMPULAN :
UPSI 16 (A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH :
NAMA
NOORHAFIZAH BINTI ISMAIL

NO.ID
D20102044690

NO.TELEFON
012-2508182

NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA MOHD.TAIB BIN ARIFFIN


TARIKH SERAH

: 19 OKTOBER 2012

ISI KANDUNGAN
Halaman
1.0

Pendahuluan

2.0

Topik perbincangan

2.1

Subtopik

2.2

Subtopik

3.0

Topik perbincangan

4.0

Topik perbincangan

5.0

Penutup
RUJUKAN
LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN
Keluarga merupakan satu institusi sosial yang penting dalam masyarakat di mana keluarga yang
sejahtera akan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya. Namun
demikian, dengan kepesatan arus globalisasi cabaran terhadap keluarga semakin kritikal dan
menuntut ibu bapa memainkan peranan yang paling efektif khususnya dalam hubungan dengan

anak-anak agar kesejahteraan keluarga dapat dikekalkan seiring dengan perkembangan tersebut.
Fenomena sosial yang berlaku hari ini menunjukkan bahawa masalah yang berlaku di kalangan
remaja khususnya, berpunca daripada kegagalan institusi keluarga berfungsi dengan baik.
Masalah ini amat membimbangkan kerana ia sudah pasti mendatangkan kesan negatif ke atas
pertumbuhan psikologikal, fizikal, ekonomi dan pembangunan seseorang individu, keluarga,
masyarakat dan negara.
Justeru itu, menyedari akan kepentingan hubungan keluarga yang sejahtera, pelbagai
usaha telah dan sedang dilakukan ke arah memantapkan perhubungan tersebut. Pihak kerajaan
melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merangka pelbagai
program untuk menangani permasalahan khususnya yang berkaitan keluarga. Begitu juga dengan
pertubuhan bukan kerajaan yang turut berusaha untuk membantu meningkatkan kesejahteraan
hubungan keluarga. Seiring dengan matlamat utamakan keluarga yang sering diberikan
penekanan oleh pihak kerajaan, satu langkah perlu dilaksanakan untuk memantapkan hubungan
keluarga khususnya dari perspektif komunikasi keluarga.
Komunikasi merupakan salah satu unsur yang sangat penting untuk menangani
permasalahan yang wujud dalam keluarga ke arah membentuk keluarga yang sejahtera.
Hubungan keluarga dari perspektif komunikasi dilihat berdasarkan kepada teori sistem keluarga
di mana setiap ahli merupakan unsur dalam satu sistem yang saling berinteraksi di antara satu
sama lain ke arah mengekalkan keseimbangan sistem. Justeru itu, setiap ahli adalah bergantung
di antara satu sama lain dan juga saling mempengaruhi. Sekiranya berlakunya sesuatu konflik,
permasalahan yang lebih besar akan timbul di dalam keluarga tersebut disebabkan adanya
halangan komunikasi dan ibu bapa adalah individu yang perlu memikirkan kaedah atau teknik
komunikasi yang lebih berkesan bagi menangani perkara tersebut.
2.0 PENGERTIAN KOMUNIKASI DAN TUJUAN
Secara umum, komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang
kepada yang lain. Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang
disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama. Komunikasi
adalah satu proses seseorang itu bertukar maklumat dan idea. Pengirim dan penerima maklumat

dan saling bertukar maklumat dalam dua hala. Maklumat diterima untuk saling memahami di
antara satu sama lain (Owen,1990). Komunikasi juga adalah satu proses berkongsi makna
melalui pengiriman dan penerimaan mesej secara sengaja dan tidak sengaja. Komunikasi
merupakan satu proses penyampaian maklumat dari satu pihak iaitu penyampai kepada pihak
lain yang bertidak sebagai penerima (Kathleen S Venderber dan Rudolf F Verdeber, 1977).
Manusia berkomunikasi kerana ada beberapa tujuan yang hendak dicapai. Tujuan
pertama individu berkomunikasi dengan manusia lain adalah kerana individu tersebut hendak
memahami orang lain. Kita hendak mengenali siapa mereka, siapa diri mereka, apa yang mereka
fikirkan, apa yang mereka rasakan dan macam-macam lagi maklumat berkenaan dirinya.
Menurut Smith (1966), komunikasi manusia adalah satu rangkaian proses yang halus yang
digunakan manusia untuk berinteraksi, mengawal antara satu sama lain dan memperoleh
kefahaman.
Manusia juga berkomunikasi kerana hendak memahami segala kejadian dan peristiwa
yang berlaku di sekelilingnya. Sebahagian daripada peristiwa itu berlaku ke atas diri mereka
sendiri, manakala sebahagian lagi berlaku ke atas orang lain. Dengan berkomunikasi, diharapkan
mereka akan lebih memahami alam sekeliling dan kehidupan ini (Abdullah Hassan, 2004).
Komunikasi yang berkesan akan tercapai sekiranya maklumat yang tepat dapat disampaikan oleh
penyampai dan diterima oleh pendengar serta mendapat gerak balas yang bersesuaian.
Walaubagaimanapun,

di dalam situasi sebuah keluarga komunikasi tidak akan mencapai

objektifnya apabila wujudnya kekangan-kekangan dan halangan secara langsung atau tidak
langsung. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor kemahiran komunikasi yang diaplikasikan
kurang berkesan atau sikap kedua-dua pihak yang berkomunikasi sama ada ibu, bapa atau anakanak di dalam keluarga berkenaan.
3.0 BENTUK KOMUNIKASI KELUARGA
Secara umumnya, proses komunikasi utama adalah merupakan penghantaran, penerimaan
dan pertukaran maklumat, pendapat atau idea melalui tulisan atau percakapan. Proses
komunikasi terbahagi kepada dua iaitu komunikasi secara lisan atau komunikasi bukan lisan.

KOMUNIKASI

Bukan lisan

Lisan

(non-verbal)

(verbal)

Komunikasi yang berlaku di dalam sesebuah keluarga adalah berbentuk interaksi secara
lisan atau bukan lisan di antara ibu bapa dan juga anak-anak. Komunikasi lisan (verbal) dan
komunikasi tanpa lisan (non verbal) adalah antara dua bentuk komunikasi yang perlu dikuasai
oleh ibu bapa dalam usaha mengenali keperibadian anak-anak. Komunikasi lisan adalah proses
menyampaikan atau menyebarkan mesej yang lazimnya dikaitkan dengan pertuturan, manakala
komunikasi tanpa lisan ialah segala perilaku atau signal selain daripada perkataan atau tulisan
yang wujud semasa proses komunikasi sedang berlangsung. Segala mesej tidak dikodkan dengan
perkataan tetapi disampaikan melalui pergerakan badan (body language) dan tangan (gesture),
nada suara, riak air muka, cara berpakaian dan penggunaan ruang dan waktu (Zulkiple Abd
Ghani, 2001).
Aspek komunikasi di dalam sebuah keluarga juga akan menentukan pernyataan sikap,
nilai, minat, kepercayaan, perasaan dan pemikiran dalam kehidupan seharian. Berdasarkan
kajian, selama tiga dekad kebelakangan ini ramai ahli psikologi dan terapi keluarga telah
mengkaji pola komunikasi pasangan ibu bapa (Fincham dan Bradbury, 1990). Kebanyakan
dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan dari segi komunikasi di antara ibu bapa yang
mengalami tekanan dan pasangan yang tidak mengalami tekanan. Pasangan yang bahagia
menghabiskan masa untuk berkomunikasi bersama ahli keluarga termasuk anak-anak (Kirchler
1988), mudah melahirkan perasaan positif dan negatif dengan cara yang mudah difahami
berbanding pasangan yang tidak bahagia (Vanzetti, Notarius dan Neesmith, 1992).
Kajian tempatan juga banyak mengkaji hubungan di antara kebahagiaan dan kepuasan
perkahwinan dengan komunikasi. Kebanyakan kajian mendapati terdapat hubungan yang
signifikan di antara kebahagiaan sebuah keluarga dengan komunikasi seperti kajian Chin (2001)

di kalangan 61 pasangan dwi kerjaya di Kota Kinabalu Sabah, kajian oleh Loh (1999) di
kalangan 60 pasangan suami isteri di Alor setar Kedah. Kajian Noor Huda Adin (2000) dan Julan
Rumunsal (2000) juga mendapati bahawa hubungan yang signifikan di antara kebahagiaan
perkahwinan dengan komunikasi yang mana faktor komunikasi berkolerasi secara positif dengan
kebahagiaan perkahwinan. Sebaliknya kajian Syarifah Rozana (2003) mendapati tidak terdapat
hubungan yang singnifikan di antara kebahagiaan perkahwinan dengan komunikasi keluarga.
4.0 KOMUNIKASI DI DALAM KELUARGA
Komunikasi merupakan satu faktor yang menentukan kebahagiaan manusia, komunikasi juga
faktor paling penting untuk menjalinkan hubungan yang rapat dengan seorang manusia lain.
Hubungan rapat atau intim boleh didapati melalui proses komunikasi yang berkesan khususnya
di dalam sebuah keluarga yang bahagia. Dalam keadaan begitu, manusia dapat memenuhi
pelbagai keperluan jasmani dan rohani mereka, serta menikmati kebahagiaan. Walaupun wang
dan kerjaya boleh membuat seseorang individu bahagia tetapi faktor hubungan rapat dan intim
dengan seorang manusia lain adalah jauh lebih besar peranannya dalam kebahagiaan ataupun
penderitaan jiwa manusia. Maka oleh itu ramai orang yang kaya raya ataupun yang mempunyai
kerjaya yang baik masih tidak mengecapi apa yang dikatakan jiwa yang bahagia. Sebaliknya
ramai orang yang hidup sederhana, malah kadang-kadang miskin dapat mengecapi kebahagiaan
dalam serba kekurangan. Hubungan yang terjalin adalah melalui komunikasi yang diaplikasikan
di rumah dengan sikap saling hormat-menghormati di antara ahli keluarga.

Komunikasi dalam keluarga bermakna perhubungan dua hala (memberi dan menerima)
secara lisan dan bukan lisan. Komunikasi bukan lisan melibatkan gerakgeri, air muka, pandangan
mata, dan cara memandang. Keluarga yang sihat akan menerima dan cuba memahami mesej
yang disampaikan sama ada kabur atau jelas, antara satu sama lain. Berbeza dengan keluarga
yang tidak berfungsi, mesej yang disampaikan jarang diterima secara betul, bahkan tidak diambil
kisah atau dipedulikan (Lily Mastura dan Ramlah Hamzah 2007). Manakala menurut Brock dan
Bernard, (1992) mereka telah menggariskan ciri-ciri optimum situasi berkomunikasi dalam
keluarga. Mereka menyatakan bahawa cara komunikasi yang terbaik dalam keluarga mestilah

dan melibatkan rasa ingin mendengar dan berkongsi. Mesej yang disampaikan juga harus jelas
dan sesuai. Apabila terdapat pencanggahan pendapat, keluarga itu akan menerima persetujuan
untuk berbincang. Keluarga sihat menjurus ke arah penyelesaian masalah dengan cara yang
positif iaitu memfokuskan bagaimana masalah yang dihadapi dapat diselesaikan bukan dengan
cara mancari siapa yang bersalah.
Dalam komunikasi sebuah keluarga, ada kalanya ibu bapa berkomunikasi tentang alam
dan kehidupan dunia di luar rumah tangga dan keluarga. Kadangkala anak-anak juga turut
melibatkan diri di dalam topik perbincangan dan keadaan ini secara tidak langsung sebenarnya
menyumbang kepada perhubungan kekeluargaan melalui komunikasi sebuah institusi keluarga.
Namun demikian, terdapat juga situasi di mana berlaku halangan komunikasi di antara ibu bapa
dan anak-anak di dalam sebuah keluarga. Individu khususnya ibu bap perlu memainkan peranan
untuk mengkaji dan mencari jalan untuk mengatasi masalah bagi mengelakkan berlakunya
konflik yang lebih serius di antara ahli keluarga.
Sesungguhnya hati-hati itu tempat bertanam, maka tanamkanlah padanya perkataan
yang bagus. Seandainya tidak tertumbuh semuanya, akan tertumbuh sebahagiannya.
- Pesanan Luqman Al-Hakim

5.0 HALANGAN-HALANGAN KOMUNIKASI DALAM KELUARGA


Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi dalam keluarga yang menyebabkan komunikasi
tersebut kurang berkesan. Antaranya adalah pemahaman yang berbeza-beza, maklumat yang
tidak mencukupi atau lengkap, semantik iaitu perkataan yang berlapis atau berbagai makna
(selalunya kiasan), punca yang diragukan (gosip), keadaan sekeliling yang tidak sesuai seperti
bising dan sebagainya, tidak fokus serta leka memikirkan sesuatu yang lain, sekatan emosi (tidak
mampu meluahkan apa yang difikirkan), kejadian yang baru berlaku (trauma), kurang minat dan

prasangka. Kesemua halangan ini boleh dikelaskan kepada 5 katogori iaitu halangan fizikal,
halangan bahasa, halangan sikap penghantar, halangan sikap penerima dan halangan alam sekitar.
5.1 Halangan fizikal
Halangan fizikal merupakan satu jenis halangan yang melibatkan kedua-dua belah pihak
sama ada ibu bapa atau anak-anak. Keadaan fizikal adalah suatu perkara yang membezakan
penyampai dan penerima dari sudut pendidikan, latar belakang, pemahaman, pengalaman, tahap
intelektual dan sebagainya merupakan halangan yang sangat ketara dalam proses komunikasi.
Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan lebih tinggi dengan latar belakang
keluarga yang lebih baik akan sentiasa mengawal komunikasi dengan menggunakan bahasa yang
lembut dan enak di dengar ketika berkomunikasi bersama ahli keluarga. Cara berkomunikasi ini
akan dipraktikkan oleh anak-anak secara tidak langsung.
Namun demikian, terdapat sesetengah individu pula yang biasa menggunakan cara
komunikasi yang agak kasar. Contohnya komunikasi yang menggunakan dialek sesuatu daerah
atau negeri. Secara kasarnya, situasi di dalam sebuah keluarga berkemungkinan ibu atau bapa
akan menggunakan dialek sesebuah negeri ketika berkomunikasi dan perkara tersebut dianggap
biasa di negeri tersebut. Apabila kita melihat situasi sebuah keluarga, perkara tersebut akan
menjadi satu halangan penyampaian mesej komunikasi kerana tidak diterima oleh individu lain
dalam keluarga tersebut. Maka ianya menjadi halangan fizikal yang ketara apabila kedua-dua
golongan ini berkomunikasi. Selain itu, ada juga individu yang kurang berkemahiran untuk
berkomunikasi sejak kecil dan memilih untuk berdiam diri sahaja.

5.2 Halangan Bahasa


Perbezaan asal usul dan keturunan keluarga juga menyebabkan bahasa menjadi salah satu
halangan dalam komunikasi berkesan. Penggunaan bahasa yang kurang jelas, tahap bahasa yang
berbeza-beza, panjang ayat yang digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran perkataan yang
digunakan dan nada suara memainkan peranan untuk menentukan keberkesanan komunikasi di
antara ibu bapa dan anak-anak. Kadang kala penggunaan bahasa yang tidak jelas seperti

menggunakan perkataan yang susah disebut dan difahami juga menjadi penyebab maklumat
yang ingin disampaikan tidak tepat. Sesuatu perkataan mungkin membawa erti yang berbeza
antara individu dengan individu yang lain mengikut interpretasi masing-masing.

5.3 Halangan Sikap Penghantar


Sikap penghantar khususnya ibu bapa yang sering memerintah, mengarah, mengancam,
memberi amaran dan menghakimi menyebabkan kesan kepada penerima iaitu anak-anak di mana
mereka akan menjadi pasif, tidak kreatif, takut dan terkongkong. Ini juga menjadi halangan yang
besar kerana komunikasi akan didorong dengan emosi dan pemikiran yang negatif. Penampilan
penghantar tidak kira ibu bapa atau anak-anak juga dilihat sangat penting dalam memberi
keyakinan penerima untuk mendengar apa yang ingin disampaikan. Sikap penghantar yang kerap
menasihat atau menyiasat dan bertanya secara terperinci akan menjadikan penerima merasa tidak
selesa dan seolah-olah telah melakukan kesalahan yang besar. Ini juga akan menjadi salah satu
daripada halangan komunikasi.

5.4 Halangan Sikap Penerima


Sikap prejudis, konflik antara penerima dan pengirim, persepsi terhadap mesej yang
hendak disampaikan adalah contoh-contoh kepada halangan daripada penerima. Komunikasi di
antara ibu bapa dan anak-anak adakalanya akan mewujudkan situasi penerima yang telah
mengetahui maklumat yang ingin disampaikan oleh penghantar akan menganggap komunikasi
itu membosankan dan mula memberi perhatian terhadap perkara lain. Sesetengah penerima tidak
dapat menerima maklumat baru kerana menganggapnya tidak perlu. Dalam situasi ini, ibu bapa
menjadi contoh kepada anak-anak di mana mereka perlu menjadi pendengar setia terhadap
komunikasi pasangan dan juga anak-anak. Sikap seperti tidak berminat dan mengalihkan
tumpuan perlu dielakkan supaya anak-anak tidak melakukan perkara sedemikian. Tidak

dinafikan, kadangkala manusia mendengar dan melihat apa yang mereka mahu dengar dan lihat
sahaja tetapi amalan ini tidak wajar dipraktikkan kerana ia akan menjadi sebahagian daripada
halangan

komunikasi

keluarga.

Anak-anak

yang

sering

ditegur

tentang

kerjanya,

pada suatu hari mendapat pujian daripada ibu bapa tentang kerja akan sukar mempercayai apa
yang didengar dan menganggap ada mesej yang tersirat. Sekiranya kenyataan atau maklumat
yang diterima bercanggah dengan sangkaan awal akan menyebabkan halangan untuk penerima
tersebut untuk terus mendengar dan menerima mesej.

5.5 Halangan Alam Sekitar


Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap atau kotor turut
mempengaruhi

keberkesanan

proses

komunikasi.

Dalam

situasi

ini

manusia

akan

mudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga yang ingin disampaikan.
Komunikasi dalam keluarga juga tidak akan dapat mencapai matlamatnya dalam keadaan
persekitaran yang tegang. Contohnya, setiap individu di dalam sebuah keluarga khususnya ibu
bapa perlu mengetahui bagaimana situasi yang sesuai untuk berkomunikasi dengan anak-anak.
Komunikasi dengan jarak yang jauh sebenarnya akan mengundang timbulnya permasalahan lain
akibat penyampaian mesej yang kurang jelas. Jadi, untuk memastikan perkara ini tidak berlaku
langkah positif yang perlu diambil ialah memastikan komunikasi dua hala yang berlaku adalah di
dalam jarak yang sesuai iaitu lebih dekat.
Selain itu, gangguan kebisingan daripada televisyen, radio dan pelbagai peralatan lain di
rumah juga menjadi penghalang kepada komunikasi keluarga yang berkesan. Di dalam situasi
ini, tidak kira sama ada ibu bapa atau anak-anak akan berkomunikasi dengan suara yang agak
kuat akibat gangguan yang dialami. Perkara ini akan menjadi tidak relevan kerana anak-anak
khususnya akan meninggikan suara apabila bercakap dengan ibu bapa sekaligus dapat
menimbulkan konflik kerana anak-anak akan di label sebagai tidak menghormati kedua orang tua
mereka. Begitu juga halnya dengan ibu bapa, situasi berkomunikasi dalam suasana bising akan
menyebabkan anak-anak terasa dimarahi akibat nada suara yang digunakan ketika
berkomunikasi.

Proses komunikasi merupakan satu proses pertukaran maklumat antara dua atau lebih
manusia. Halangan yang menjejaskan proses komunikasi dalam keluarga ini dapat dikurangkan
sekiranya penyampai dan penerima maklumat memahami peranan dan tugas masing-masing
dalam mendapatkan proses komunikasi yang efektif. Dengan memastikan prinsip-prinsip
komunikasi iaitu jelas, ringkas, tepat, lengkap dan sopan dipatuhi, akan membolehkan
komunikasi mencapai matlamat yang diinginkan. Justeru segala halangan dan kelemahan
dalam

mencapai

komunikasi

efektif

perlu

diberi

perhatian

dan

diperbaiki

bagi

meningkatkan kepentingan komunikasi keluarga dalam kehidupan seharian.

6.0 LANGKAH MEWUJUDKAN KOMUNIKASI BERKESAN DALAM KELUARGA


Halangan komunikasi yang berlaku di dalam keluarga perlu dilihat sebagai salah satu faktor yang
besar menyumbang kepada pelbagai perkara negatif lain seperti konflik yang akan menjejaskan
hubungan kekeluargaan. Terdapat beberapa kaedah yang boleh mengatasi halangan komunikasi
supaya komunikasi yang dijalankan berkesan dan membawa manfaat terhadap kedua-dua belah
pihak sama ada ibu, bapa atau anak yang tinggal di bawah satu bumbung yang sama. Antara
kaedah-kaedah tersebut ialah penggunaan bahasa yang mudah, pendengaran aktif, pengawalan
emosi dan tanggapan negatif, serta penggunaan bahasa tubuh.

6.1 Penggunaan bahasa yang mudah


Penghantar perlulah menggunakan bahasa dan perkataan
difahami

yang mudah dan senang

supaya mesej yang disampaikan akan dapat difahami oleh penerima seterusnya

menjadikan komunikasi yang dihasilkan adalah berkesan. Ini kerana salah satu halangan yang
wujud dalam komunikasi keluarga adalah bahasa yang digunakan untuk berinteraksi antara
penghantar dan penerima ialah berlainan dan susah untuk difahami. Jika bahasa yang digunakan
adalah berlainan namun dapat difahami oleh kedua-dua belah pihak, ia sudah memadai untuk
interaksi itu berlaku. Ibu bapa perlu mengetahui sejauh mana tahap penerimaan anak-anak
terhadap bahasa komunikasi yang digunakan. Ibu bapa atau anak-anak perlulah menggunakan
perkataan yang tepat, ringkas, dan juga tekanan suara yang lembut dan jelas. Apabila penghantar
menggunakan perkataan yang tepat dan ringkas, ia akan menarik minat pendengar kerana mudah
difahami dan tidak menggunakan masa yang panjang. Tekanan suara ataupun intonasi suara yang
lembut dan jelas juga salah satu faktor komunikasi yang dihasilkan menjadi efektif. Ini kerana
pendekatan yang lembut tetapi tegas yang terhasil daripada intonasi suara akan menimbulkan
impresi pertama yang penting di dalam sesebuah komunikasi.

6.2 Pendengaran aktif


Setiap individu terutamanya ibu bapa haruslah terlebih dahulu berfungsi sebagai
pendengar yang aktif kepada anak-anak supaya sikap tersebut boleh dicontohi. Pendengaran
aktif adalah satu situasi yang mana kedua-dua belah pihak menjadi pendengar. Situasi ini berlaku
apabila salah satu dari pihak yang terlibat menjadi penghantar, satu pihak yang lain yang menjadi
penerima hendaklah mendengar maklumat atau mesej dengan baik. Inilah yang dinamakan
mendengar secara aktif. Di dalam situasi ini, gangguan bunyi hendaklah dikurangkan untuk
mencapai tujuan komunikasi berkesan. Mendengar secara aktif bukanlah semata-mata
mendengar sahaja namun memberi respons terhadap apa yang didengar untuk mendapat

kefahaman yang baik. Sikap memberi dan menerima perlu diamalkan di dalam sebuah keluarga
supaya setiap individu akan berasa dihargai. Terdapat beberapa ciri pendengar yang baik seperti
memberi respons positif terhadap apa yang dikatakan oleh penghantar. Pendengar yang baik juga
akan berhenti bercakap semasa penyampai maklumat sedang bercakap. Ini membolehkan
tumpuan dapat diberikan sepenuhnya terhadap penyampai. Minat mendengar juga salah satu
faktor di dalam pendengaran aktif. Minat boleh mendorong seseorang itu untuk terus menerus
melakukan benda yang diminati. Jika individu tersebut minat untuk mendengar, maka dia boleh
menjadi pendengar yang baik serta dapat mengatasi halangan-halangan terhadap komunikasi.

6.3 Pengawalan emosi dan tanggapan negatif


Pengawalan emosi dan tanggapan negatif adalah penting di dalam mengatasi halangan
komunikasi keluarga kerana kewujudan kedua-dua ini boleh menghilangkan minat pendengar
dan juga penghantar itu sendiri. Jika penghantar itu beranggapan bahawa pendengar itu tidak
mendengar mesej atau maklumat yang diberinya, maka akan wujud suasana yang tidak
menyenangkan di dalam interaksi itu nanti. Di dalam situasi keluarga, perbalahan kecil mungkin
akan berlaku. Begitu juga apabila pendengar itu menganggap bahawa maklumat yang
disampaikan itu tidak penting dan tidak berguna, maka pendengar tersebut akan menunjukkan
sikap acuh tak acuh dan juga sikap yang tidak menyenangkan. Ketika komunikasi berlaku, emosi
negatif boleh menjejaskan isi kandungan maklumat. Maka, kedua-dua pihak yakni pendengar
dan juga penghantar hendaklah banyak bersabar dan mengawal perasaan. Untuk mengelakkan
masalah masa dan yang berkaitan dengannya, penghantar hendaklah bijak mencari masa yang
sesuai. Ibu bapa yang berkomunikasi dengan anak-anak juga perlu memilih masa dan posisi
kedudukan yang betul supaya mesej yang cuba disampaikan dapat diterima dengan jelas dan
berkesan. Penghantar dan pendengar hendaklah mengelak perkataan yang boleh menyinggung
perasaan antara satu sama lain. Perbuatan ini boleh mengelakkan sebarang perbuatan yang boleh
mengeruhkan hubungan masing-masing lalu tidak mencapai matlamat komunikasi berkesan.

6.4 Penggunaan bahasa tubuh

Bahasa tubuh adalah salah satu bentuk komunikasi bukan lisan. Ia melibatkan ekspresi
wajah, gerak-geri individu dan seni percakapan. Maklumat akan lebih baik jika disampaikan
dengan menggunakan perkataan dan juga bahasa tubuh kerana hasil gabungan daripada keduadua ini akan menghasilkan keyakinan pada maklumat itu kepada pihak yang satu lagi iaitu
pendengar. Contohnya, ekspresi wajah yang sedih boleh menerangkan bahawa maklumat yang
akan atau sedang disampaikan adalah mendukacitakan. Penggunaan bahasa tubuh memerlukan
pendengar dan penghantar maklumat itu bersemuka sama ada secara elektronik atau secara
berdepan. Setiap perkataan yang dikeluarkan hendaklah selari atau sejajar dengan pergerakan
anggota badan, memek muka serta gerak-geri mata. Oleh itu, kawalan mimik muka dan
pergerakan diri adalah penting dalam bahasa tubuh. Contohnya ibu bapa yang ingin menasihati
anaknya akan menggunakan komunikasi lisan yang disertakan dengan bahasa tubuh iaitu mimik
muka yang menunjukkan pengharapan.
Satu lagi aspek yang penting ialah seni percakapan. Seni percakapan walaupun bukan
di dalam golongan bahasa tubuh, namun ia berkaitan dengan bahasa tubuh seperti yang
dinyatakan di atas tadi. Seni percakapan ( The Art of Talking ) berkaitan dengan suara iaitu
tekanan dan juga alunan suara dan juga kecepatan percakapan. Tekanan dan alunan suara yang
dikeluarkan oleh penghantar boleh memberi pandangan awal terhadap individu tersebut.
Contohnya, jika suara yang dikeluarkan tinggi namun terkawal, ia boleh menunjukkan bahawa
individu tersebut adalah orang yang tegas dan boleh mengawal komunikasi atau interaksi dengan
baik. Maka, maklumat yang disampaikan mestilah disampaikan pada kecepatan yang difahami
oleh penerima untuk tindakan yang seterusnya.
7.0 KESIMPULAN
Berkomunikasi merupakan proses bagaimana seseorang individu berkongsi pengalaman dan
berhubung dengan individu lain. Setiap individu mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang
tersendiri. Apabila seseorang itu menyampaikan pengalaman dan pengetahuan mereka kepada
orang lain proses tersebut dinamakan komunikasi. Komunikasi dalam keluarga merupakan
proses individu bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan di samping mewujudkan
kemesraan.

Peranan komunikasi dalam hubungan kekeluargaan dari sudut komunikasi yang positif
adalah untuk menyampaikan sesuatu maksud. Namun demikian, setiap individu di dalam
keluarga berkenaan perlu memainkan peranan masing-masing semasa berkomunikasi supaya
dapat mencapai komunikasi berkesan. Terdapat pelbagai halangan di dalam proses komunikasi
yang berlaku namun setiap individu khususnya ibu bapa perlu mengambil langkah bijak untuk
menanganinya setiap halangan-halangan tersebut. Sikap dan amalan ibu bapa mengamalkan
bentuk dan cara berkomunikasi di rumah menjadi contoh dan ikutan kepada anak-anak.
Komunikasi yang berkesan akan dapat dicapai apabila semua halangan komunikasi keluarga
dapat diatasi dengan baik dan efektif seterusnya mewujudkan hubungan kekeluargaan yang lebih
erat dan harmoni.
Kepentingan komunikasi dalam pembentukan sebuah keluarga yang bahagia berdasarkan
kepada situasi masyarakat kini yang sedang mengalami perubahan-perubahan besar akibat proses
permodenan dan pembangunan ekonomi. Oleh yang demikian, institusi kekeluargaan akan lebih
kukuh seandainya ibu bapa dan anak-anak pandai berkomunikasi sehingga menyebabkan
keseluruhan ahli keluarga merasakan dirinya dicintai, dikasihi, dihargai dan dimuliakan.

BIBLIOGRAFI/RUJUKAN
Permata Berbicara : Komunikasi Dalam Keluarga Edisi Kedua, Rezki Perdani Sawai & Sapora
Sipon Siri Menjana Cendekiawan Islam, Universiti Sains Islam Malaysia
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2004). Psikologi asuhan Keluarga jilid 1. Fungsi
Komunikasi. Kuala Lumpur.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2004). Seni Bercakap-cakap dan Berbual-bual.
Etika Komunikasi. Kuala Lumpur.

Lily Mastura & Ramlan Hamzah.(2007). Asas Kaunseling Keluarga. Corak Komunikasi
Berkesan. Universiti Teknologi Mara.
Salasiah Binti Hanin dan Helwa Binti Mohammad Zainal. Kemahiran keibubapaan: antara
Keperluan Dan Cabaran dalam Menangani Masalah Gengsterisma. Kemahiran komunikasi.
Fakulti Pengajian Islam UKM.